gambar ihsan google
semenjak dua ni korang semua dah nampak yang mama macam nak meroyan dah dok terbayang2 nak shopping bagai.. huhuhu.. sekarang ni ada satu dilemma.. dilemma hampas disebabkan mama sendiri gatal pergi tengok itu penyata kewangan geran mama.. untuk pengetahuan korang, lecturer kat sini dimestikan berusaha untuk punya wang sendiri (selalunya bukan dari USM) wang terbaik mestilah datang dari international agency seperti Unesco (ada kawan punya 2 juta dari geran ini - dia sorang punya!!) dari local agency seperti TNB (ada kawan punya hampir setengah juta - dia sorang juga!! bukan orang sama dgn unesco tu tau) dan yang agak common adalah dari kementerian sama ada Kem Pengajian Tinggi mahupun Kem Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
masalah mama sekarang, saya amat payah untuk mendapat pelajar MSc.. mama sedar lecturer baru memang terhegeh2 nak dapat barang seorang dua.. kalau dah ada Dr atau Prof Madya toksah la cerita.. memang senang la sikit.. tambahan pula agak kecewa sebab pada mulanya ada satu pelajar ni memang dah berjanji nak buat master under mama, tapi itu GAMUDA sudah bolot keseluruhan pelajar tahun akhir kami (laku bak goreng pisang!!) untuk ditempatkan pada projek landasan berkembar - fasa utara.. nak kata apa, pelajar kami semua terkejar2 la nak ke sana.. mungkin juga mereka terlupa, lepas projek itu tamat, ke mana pula perginya.. dan masih ada lagi stigma masyarakat, yang orang buat research ini tidak kemana2.. untuk pengetahuan, sekarang USM punya duit yang tidak habis2 yang sedang cuba disedekahkan kepada rakyat Malaysia.. haa.. jangan tak percaya, kalau sambung master dan PhD dan punya CGPA > 3.00 semasa degree, maka anda janganlah susah hati.. segala yuran ditanggung dan siap ada elaun bulanan lagi.. di bawah skim Zamalah Universiti, setiap seorang pelajar master akan mendapat RM1500 pada tahun pertama dan RM1800 pada tahun kedua..
untuk pelajar PhD pula, Rm1800 tahun pertama dan Rm2100 untuk tahun kedua.. ha.. tak gila?? itu pun punya la kami susah nak dapat student!! itu tak masuk lagi kalau dilantik jadi Research Assistant ka, bantu kerja perundingan ka.. wooOOoo.. kira tak perlu la susah2 hati.. dah le pulak, untuk skim ni tiada ikatan dengan universiti.. alahai, nampak gaya masih ada orang punya stigma yang sambung belajar itu tidak ke mana.. hmmm.. nak kata apa kan?
berbalik kepada isu geran mama.. sebelum tiba ke bulan 10 ini, mama perlu habiskan RM24k ++ giler ah!!! mana aku nak sumbangkan duit tu.. kalau tak habis, report kena tulis justification kenapa duit itu tidak habis??? aiyak!! lepas bulan 10 akan dapat lagi RM20k.. giler!!!! aku tak tau nak belanja apa ni!!!
ada ide tak? oh, ide tersebut mestilah logik.. takleh la belanja beli handbag ye wahai kawan2.. huhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan