Selasa, 14 April 2009

Allah tu kan Maha Besar

Hehe, untuk meredakan ketegangan yang dicipta oleh orang- orang tertentu di pejabat ini, makanya mulai hari ini blog ini diprivatekan.. hehehe.. tapi rasanya tak lama sangat kut nak private.. mungkin barang sebulan dua sehingga tegang itu reda.. bagi orang lain, mungkin ada yang tak berapa kisah, tapi mama agak kisah juga.. ye la, kerja bukan sehari dua.. dari orang menyampah dengan kita, baik kita undur pelan2 ye tak? hehe..


sehari je lepas post entry terakhir, mama ke holiday inn feringghi untuk kursus Mental Health Facilitator.. alhamdulillah, kursus 4 hari ni membimbing mama untuk mengendalikan masalah diri sendiri dan juga masalah rakan- rakan.. kursus ini dianjurkan untuk melatih staf membantu menjadi pendengar serta mentor yang baik buat rakan2 sekerja.. sijil dikeluarkan oleh National Board of Certified Counselor - International (NBCC-I) berpengkalan di Amerika.. huhu.. ku ingatkan pergi kursus ciput2 aje.. mana nak tau besar pulak cabaran yang bakal digalas..


masa dalam kursus ini kami diberikan maklumat dan teori2 pengendalian masalah mental.. ini juga termasuklah stress, krisis dan trauma.. macammana nak menghadapi situasi itu dan juga macammana nak mendapatkan bantuan sewajarnya.. nak jadi kelakar, bila mama fikir2 kembali, maka sahihlah mama boleh kelaskan rakan- rakan mama yang tak ada kerja lain itu juga mempunyai kecelaruan mental.. huhu.. kejam, tapi itu yang benar.. sama ada kita sedar atau tidak, kita juga kadang2 mempunya masalah berkaitan mental.. perlu kita ingat masalah mental bukan bermakna kita gila ye.. itu mesti diperjelaskan..
mama bersyukur sebab Allah memberi ruang untuk mama berfikir dan mendalami diri sendiri masa kursus tersebut.. ada juga masa sesi sharing experiences tu dengar cerita macam-macam rencah hidup manusia di sini.. ye la, mana sama semua manusia menangani masalah sendiri ye tak? mama juga bersyukur sebab kawan-kawan dan family mama tak putus2 memberi semangat.. terima kasih.. semangat macam ni la kita kena pupuk sentiasa.. pandangan positif tu penting supaya tak berserabut otak kita..
okeyla.. nanti sambung lain.. ni bertimbum pula answer sheets student.. nak siapkan by tomorrow.. lepas tu yeaaahhooo.. rilekssssssss

Tiada ulasan: