Rabu, 30 Disember 2009

rasa yang kosong

ada sesapa yang tengok 'nizam kambing' tak sabtu haritu? kan ade satu scene nizam tu nyanyi depan mila tu.. lagu kosong.. hahaha.. siap buat hantu tangan lembik2 lagi.. mama sekarang rasa nak nyanyi macam tu la.. sigh.. T_T

esok adalah hari terakhir tahun 2009.. dan sampai saat ini mama rasa tak ada hati nak jengah tahun baru.. seumur hidup, inilah kali pertama mama rasa tak ada hati langsung nak buat azam baru.. tak 'look forward' dengan kedatangan 2010..

dengan macam2 masalah yang ade, tak boleh nak selesaikan dan kerja berkoyan2 disiapkan tahun ni tapi langsung tak rasa hasilnya, tak masuk lagi susah hati hutang2 tak selesai.. hai, memang tak ade perasan langsung..

rasanya, tahun 2010 ni mama tak mahu bubuh azam seperti tahun 2009.. nak biar semuanya 'go with the flow'..... boleh? korang semua macam mana? 'feel' tahun 2010 lagi baik dari 2009 ke?

Isnin, 28 Disember 2009

ngempis-ngempis

okey.. kalau korang perasan, mama tak letak lagi current pic mama.. hehehe.. konon cam le dah kurus.. sigh.. dah 26 hari.. tp masih ada banyak lemak2 manja kat perut dan punggung.. bahagian dada memang tak boleh blah.. 

masa seminggu sebelum bersalinkan aidan, berat mama 75.5kg.. BAIKKK PUNYAAA.. 8 hari lepas timbang baru turun jadi 67.5kg.. timbang masa pi rumah mil.. sigh T_T tensi betul la.. ada 7.5kg nak turun ni baru rasa selesa.. kalau dapat turun sampai 58kg sangat heaven ok!!!

rutin pakai bengkung adalah hari2 kecuali kelmarin.. hari2 mesti pakai siang dan ada 5-6 malam tak pakai bengkung.. lain2 hari semua pakai.. siang pakai bengkung dan barut (barut gue 12m ok) dan malam pakai beautiful.. nampak juga le kecutnya bila siang pakai minyak panas n krim barut no.na roguy malam pula pakai krim halia mustajab dengan serum halia.. tapi korang ade tak idea lain yang boleh jadi lagi kecut perut ku ini??

ubat jamu nona roguy makan 2-3 biji hari2.. depending on badan rasa panas atau tidak.. itupun haritu stop makan 3 biji sebab aidan naik rashes.. panas sangat dan mata mama jadi bengkak..

kalau korang ade idea macammana nak kasi kurus sikit lagi, sila la bagi.. huhuhuhu..

Sabtu, 26 Disember 2009

rabak poket..

setelah 23 hari tak tengok matahari dan tak keluar rumah (except 1 hari pi rumah mil), jumaat dan sabtu lepas mama berjaya keluar rumah kejap.. har har har..

jumaat petang ke mother.care BSC - katanya yang paling besar.. bolehla.. barang dia boleh la tahan.. tapi takde la special sangat pun.. jumaat tu berjaya membeli 4 helai baju dalam baru.. hik hik.. beli liner untuk susu aidan, beli bottle warmer sebab ada 30% off.. nanti tinggal kat nurseri.. breast pad dan legging untuk aidan.. masa makan kat dome terserempak la pula dengan kawan sekolah - jaja n aren.. har har har.. kantol! dapat le keluar 3 jam gitu.. hehehehe

sabtu lagi hampagas.. keluar ke munaw menabur bakti 3 helai tudung dan 2 helai t-shirt labuh (saya suka t-shirt munaw.. selesa) tudung munaw ada kain2 baru.. mama beli satu kaler biru kain denim lembut dan 2 kain jenis cam t-shirt.. 

keluar dari munaw gi pavi nak beli perfume yang dihajati.. masuk pavi lunch kat foodcourt.. pastu terus ke parkson beli perfume.. aaaaa.. pueh hati dapat yang dihajati..

dan skrg dah kembali perintah berkurung.. har har har.. semalam abah, makcik n makcik ida n anak2 blk ke alor setar.. harini sepupu mama nak tunang.. dan esok mama akan ke rumah mil.. mil akan tiba dari madinah malam ni..

sekian, update last weekend..

Khamis, 24 Disember 2009

nak buat camne kan?

berita yang ditunggu tak juga kunjung tiba.. alahai.. takpela..

esok lepas gian kat mothercare ngan pavi la!! ade sapa2 nak join???

uhuhuhuhuhu T_T

Rabu, 23 Disember 2009

rama-rama dalam perut

InsyaAllah esok mama akan finalize ke mana nak pi belajar.. sebab esok meeting untuk staf yang akan sambung study 2010 dengan top management.. tu yang rasa berdebar2.. seriau ada, gabra pun ada, sebab yang pergi bukan dekan, tapi timbalan dekan.. dan kes mama, papa akan dibincangkan esok.. sebut kes cam buat jenayah je kan? huhuhuhu.. korang doakan mama ye.. dapat pi tempat yang bagus untuk belajar dan bagus untuk bawa family..

kalau depa takde keputusan akhir, serius mama cari kerja lain.. ahakss..

in the mean time, to kill the time, I am currently reading this.. baru je start.. terkedek2.. zaman bila la baru leh habis.. hoho

gambar incik google bagi..

lepas ni boleh cari dvd dia pula...

Selasa, 22 Disember 2009

need vs want

I need:
  • new perfume - the one i'm currently using has finished before giving birth and I have no extra perfume.. sigh.. pathetic
  • new nursing bras - currently has only 2 new bras brought before delivering aidan and those from aiman's time has worn out so badly. I can't bought a lot in the first place since my bo.ob size definitely will jump 1 cup size (not the number, but the alphabet ok!) each time I got pregnant.. care to guess what size is mine right now?? hahahahaha.. fano, sila syadap!
  • more bottles to store aidan's supply
I want:
  • new clothes.. just to give me some motivation before I start back to work.. really need a good boost since there have been so much problems I had to face.. papa, care to spend for me.. puhleeeaaasseeee sayang.. hehehehe
  • new shoes - am really stressed out this year since I don't get to wear heels.. last pair of shoes bought was during raya and has wore it once or twice.. boohooo
  • new stroller for aidan - but really don't know where to fork out money laaa
sigh, YES is almost towards the end.. and I am yet to buy anything.. tangan makin gatal.. I think I need some retail therapy this weekend.. tak sedar diri!!

Sabtu, 19 Disember 2009

ketagihan baru

dulu-dulu, time kat uni, tergila-gilakan betul si dao ming se.. siap beli vcd lagi.. hahahahaha..










sekarang ni dah mula dah ketagih F4 baru.. versi korea.

setiap senin sampai jumaat.. 8tv.. 8.30malam..



ada la juga something to look forward to malam hari.. next monday baru episod 4.. sila join ketagihan ini..


entah kenapa tak ketagih lagi la itu aliff firdaus

Khamis, 17 Disember 2009

keganasan rumahtangga

Aiman gigit paksu dia.. 


sebab



































tak nak main dengan dia.. sigh T_T ape la nak jadi dengan anak bujang sorang ni!

review on freestyle medela


ye, yang ini la breastpump nye ye..

hari genap 2 minggu Aidan lahir.. alhamdulillah, production susu adalah baik.. cukup untuk aidan minum dan masih punya sikit stok untuk aidan.. stok untuk selepas cuti masih belum buat lagi.. insyaAllah next week baru plan nak start.. aidan dah mula gain weight.. pipi sudah mula labuh dicampur triple chin serta leher berlemak2 sangat sedap untuk digeget!

mama nak review pasal breastpump mama memandangkan ada juga kawan2 yang pernah bertanya pasal breastpump ni.. masa aiman, mama pakai medela harmony.. kecil, murah dan low efficiency.. sebabnya perlu masa lama untuk memerah stok susu.. tapi rasanya jenis harmony ni sesuai untuk orang yang memang dah pandai atau hardcore dalam breastfeeding.. 

bagi mama, dah le time bersalin aiman tu memang takde pengalaman, kurang ilmu dan macam2 jenis kurang lagi le.. bila dah tahap hampir jahil tu, tu yang jadinya tak pandai nak invest good breastpump dan tak pandai nak tambah kuantiti..

sekarang bila dengan aidan, dah ada ilmu sikit.. tambah2 ada kawan2 sekeliling yang bagi idea itu ini untuk support breastfeeding.. dan yang lebih penting ada rezeki lebih sedikit untuk beli breastpump yang lebih baik..

ye, medela freestyle (fs) adalah lebih mahal berbanding medela harmony.. tapi harus diingat, fs adalah dual pump dan harmony single pump sahaja.. dengan harga menjangkau 2k, seharusnya keupayaannya lebih baik..

antara kelebihan fs termasuklah dual pumping yang betul2 menjimatkan masa.. kalau guna harmony untuk satu side susu kena pump dalam 15 min, makanya untuk 2 susu kena 30minit.. tapi untuk fs, 15min aje dah siap pump both side..

lagipula, siap ada hands free... owh, ini la yang paling best ok! sambil makan leh pump, sambil tengok tv pun boleh pump.. jadi sila jangan beri alasan untuk malas mengepam ok!

fs ni juga best sebab dia ada dual expression pumping.. maknanya, mula2, dia sedut kuat, pastu dia ada program letdown reflex.. aaa.. masa tu, susu kuar pergh.. memang best.. bayangkan dari hari ke 3, susu mama dah leh pump 3oz sekali session aje.. pencapaian tuh! sekarang 15min leh dapat 5 - 6 oz.. 

dan yang best juga, pumpnye senyap.. tak le sebising harmony.. segan ada sikit la.. sebab bunyi dalam bilik bising.. hahahaa.. macam project rahsia je..

kiranya, untuk beginner sampaile yang ke dah hardcore breastfeeding, fs adalah worth the investment! hahaha.. promo seh!

Rabu, 16 Disember 2009

huru-hara

status sambung belajar mama sekarang adalah huru-hara! total chaos! dan bakal menjadi haru kalau usm suruh juga ambil scholar kpt itu.. chait! time aku nak hangpa buat aku macam taik! la ni aku dah macam ayam je baru hangpa hulur itu ini.. dan hangpa saja ja huluq time aku tengah cuti.. awatla hangpa buat kat orang lagu ni haaaaa?? sat suruh pi sana, sat suruh pi sini.. sabaq je laaa... 

entry membebel.. sorry..

Selasa, 15 Disember 2009

hari ini dalam sejarah

tarikh ini tiga tahun lepas, mama dan papa selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.. dan bersyukur dikurniakan 2 orang cahayamata.. moga usia perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati Allah.. amin

Isnin, 14 Disember 2009

diurut tu kan best!

harini confinement lady (cl) start datang rumah.. yep, memang dah lambat juga la kiranya.. tapi yang penting ada juga orang yang boleh datang untuk pamper badan mama.. hehehehe.. harini hari ke 12, masa time aiman hari ketujuh tu cl dah datang rumah.. kali ni ambil cl yang berbeza dari masa pertama haritu.. awalnya ingat takde orang lain dirumah menunggu mama.. alhamdulillah, kali ni ramai.. ada makcik (yang tengah jadi penganggur bertauliah sebab tgh tunggu nak pindah tempat kerja baru) dan makcik ida yang mai dari aloq setaq.. sebab asalnya ingat takde orang lain yang menunggu mama, jadinya mama ambil pakej cl dari jam 9am-4pm.. mama ambil cl dari shadira beauty house kat brickfields.. macam2 jenis pakej dia ada.. ada yang tidur rumah, datang harian, datang separuh hari je.. depends on kita dan poket kita la..

jadinya, pagi tadi cl mai pukul 8.40am.. siapkan air mandi mama dan tangas, mandikan aidan, siapkan aidan, buat infra-red therapy, urut, bertungku, bengkung, barut (ye, mama pakai barut 12m) dan siapkan air ubat periuk untuk mama minum.. pakej yang mama ambil tu siap dengan dia masak.. tapi sebab makcik ada masak, so dia tak le masak.. hehehe.. dan dia memang jaga baby siap urutkan aidan sebab perut angin sikit..

sebelum ni memang makcik n makcik ida yang tolong buatkan semuanya cuma tak le sampai berurut bagai.. sekadar sapukan minyak, tungku, bengkung dan siapkan baby..

alhamdulillah, mama syukur sangat kali ni sebab ramai bantu jaga mama.. tadi pun madeh, kak irni n clan baru je balik lepas ada dirumah di untuk 5 hari.. huhuhuhu.. ramai woo kat sini.. rasa cam pantang kat kampung2 tau.. 

harap2 cepat le leh kempis perutku ini.. hahahahahhaha.. cita2 tinggi menjulang woo..

pencapaian breastfeeding - sekali pump 5oz.. alhamdulillah.. hasil tuaian sangat memberangsangkan..

 

Jumaat, 11 Disember 2009

menjengah usia lewat 20-an.. yep, saya dah tua harini

harini mama genap dua puluh tuuuuuuuutttttttttt tahun hahahahaha.. umur mama dah stop tang 25 tu lama dah.. tak gerak2 dah.. hahahhaha.. 

alhamdulillah, dikala usia begini, dikurniakan keluarga yang membahagiakan disamping 2 orang putera kecil dan prince charming idaman, kerjaya yang kukuh (walaupun ongkosnya kadang2 ada, banyak kadang tak tahu ke mana.. haha), kawan2 yang baik dan macam2 lagi, rasanya tak layak untuk mama mengeluh kepada tuhan.. kena lebih banyak bersyukur..

transformasi yang mama telah lalui dari tahun 80an membawa ke 2009 ni banyak sungguh.. dari luaran sampai dalaman.. boleh kira banyak sudah perubahan yang dialami.. walau begitu, mama masih individu yang sama.. yang anda kenali mungkin sudah puluhan tahun, belasan tahun, beberapa tahun, bulan, minggu mahupun hari.. cuma diupgrade untuk jadi lebih baik (baik ke?) hanya Allah yang mengetahui..

dan untuk tahun2 mendatang, mama simpan azam yang lebih tinggi untuk mama gapai.. dan mama yakin mama boleh.. 

kepada yang telah mengucapkan selamat, terima kasih.. mama pun doakan kalian bahagia dan dilimpahi rahmat dan rezeki dari Allah SWT

- terkedu bila org pertama yang wish adalah fano kesayangan dan ibu mentua yang jauh ditanah suci.. papa?? cit.. dah pagi baru wish.. sebab dia terlena malam tadi kepenatan balik kerja..

Khamis, 10 Disember 2009

exercise untuk ibu mengandung dan dalam pantang

majoriti ibu mengandung dan dalam pantang mungkin dah tahu exercise ni.. ala, kegel floor exercise atau pelvic floor exercise.. exercise ni bagus semasa mengandung, dalam pantang dan juga untuk semua orang perempuan..

camne nak buat exercise ni? senang je.. tarik nafas dalam2, kemutkan bahagian bawah anda tu.. ala, yang depan tu.. bukan yang belakang tau.. pastu cuba tahan dalam kiraan 1-10 dan kemudian lepas nafas anda.. haa.. senang je kan.. cuba la buat sekerap mungkin.. especially masa tengah kerja ke, tengah memandu ka.. bila2 la.. 

bagusnya exercise ni, untuk bantu kuatkan otot2 pelvik dan membantu mengecutkan bahagian sulit anda.. pastu, exercise ni juga bantu untuk mengurangkan gejala terkincit (incontinence) dan juga bagus untuk hubungan suami isteri..

cuba la.. 

Rabu, 9 Disember 2009

dah 7 hari

alhamdulillah, kejap je dah seminggu.. cepat je masa berlalu.. Aidan masih ada kuning sikit2.. tapi mama continuously bfeed dia sampai nipple sore gilerrrr rasa macam nak terkucil time Aidan nak hisap.. ngeeeeee... Pusat Aidan baru je gugur tadi.. Alhamdulillah, moga dilancarkan perjalanan pantang mama n Aidan.. hehehe..

Good news for mama, malam tadi try balik bengkung beautiful mama.. yeay!! boleh pakai seh!! masih dalam kategori saiz lama.. tak perlu tukar saiz baru.. harap2 dapat le kempiskan bahagian perut by end of pantang.. 

auntie aweng, tq baju kite ni.. muat2 je.. hehehehhe

Selasa, 8 Disember 2009

jawab menjawab

nak menjawab dalam comment box adalah leceh dan payah.. hehehe.. jadi satu entry pula semua jawapan kepada persoalan yang ditanya..

okey.. bab pilihan nama.. Aidan pilihan last minute sebenarnya.. sampai dekat 9 bulan pregnant pun masih tidak punya idea untuk pilih nama yang simple, sweet, easy to be remembered and most importantly, nama yang mudah untuk dipanggil.. kang kalau panjang2 namanya tiba2 dipanggil 'chot' ke, 'chet' ke adalah tidak best ok.. pastu yang jadi concern incik papa adalah Aiman punya nama punya la 5 huruf, adik punya?? 5 huruf juga? 6 huruf?? 7 huruf?? nanti merajuk tak depa?? lerr.. sebenarnya mama tak kisah pun.. mula nama dengan huruf apa pun mama tak kisah.. janji mudah diingati.. dan memberi makna yang baik..

maksud nama aidan yang berjaya digoogle dalam laman web nama baby islam adalah intelligent, helpful

kepada yang rasa cam seriau je baca pengalaman mama, ala, jangan risau, lain orang lain pengalamannya.. mama suka juga dengar pengalaman orang lain bab2 bersalin ni.. rasa takut memang ada.. tipu la kalau orang nak beranak tu sempoi je masuk labour room kan? hehehe.. yang penting, kita kena banyak berdoa dan mohon dipermudah perjalanan bersalin tu.. nak cerita lebih2 pun tak syok juga.. takut lain hari kalu mama nak bersalin lagi kang kena teruk2.. ngeeee...

mama rasa nak buat sikit juga catatan selepas ni pasal breastfeeding.. walaupun tidak la se'pro' kawan2 lain, tapi kurang2nya, pengalaman sejemput ni mungkin juga beri faedah kepada kawan2 yang membaca.. tak mahu riak, sebab nikmat ni tak tahu berapa lama akan dapat.. tapi harap dapat beri semangat untuk kawan2 yang bercita2 nak breastfeed. 

harini sambung la nak tidur siang.. Aidan dari tadi tidur.. bangun nak susu aje.. Aiman pula nak manja2 main dengan mama n papa.. papa as usual buat kerja tak habis2.. esok papa nak balik parit buntar dah.. lusa dia kerja..

Isnin, 7 Disember 2009

pengalaman kedua yang indah

mula2, tq untuk semua ucapan tahniah untuk mama n baby.. sorry juga sebab lambat update blog ni.. rasa bersawang pun ade.. hehehe.. mesti ramai tertanya2 apa yg dah berlaku dari hari bersalin tu sampai la harini kan? (chewwah, perasan je!) tak kira la.. hahahahha cam harem.. 

okey.. cerita pasal hari kejadian (cam CSI) rabu malam tu mama memang siap prepare dah.. beg diperkemas, siap syampu rambut semua, dan memang nak bersenang lenang untuk malam terakhir sebelum menyerah diri ke hospital khamis pagi tu.. malam tu tunggu papa balik.. tapi papa balik lewat sangat (12 tengahmalam to be exact) pukul 11 mama dah tertidur.. yang lagi bestnya, aiman siap tidur lewat lagi.. tunggu papa dia.. kesian sebenarnya papa time haritu.. sebab tidur kejap betul..

malam tu memang perut rasa tak sedap sangat.. tp memikirkan baby gerak cukup n khamis pagi nak ke spital dah, sempoi je la tidur.. pukul 3 pagi, mama rasa sakit perut dan nak terkencing sangat2.. sekali pi toilet tengok ada darah.. aiyak! patut le perut rasa contraction makin kerap..

kejutkan papa, tok ayah n tok.. pukul 3.30am sampai dah ke spital.. tok ayah hantar mama n papa.. masa ni sakit dah mula kerap.. tapi masih boleh tahan.. rupanya jalan dah buka 5cm.. giler betul! air ketuban tak pecah lagi lak tu.. time kat ER tu baru Dr pecahkan.. haaaa.. pastu memang le rasa cam nak matiiiiiiiii.. perghhh.. sakit betul penangan kena pecahkan ketuban n turun darah ni.. Dr tu tanya kat mama, nak epidural tak? woohooo, confirm beb.. tak tahan menanggung..
anesthetist sampai lebih kurang pukul 5.30am.. masa tu tuhan aje yang tahu sakitnya bila dia suruh duduk tegak tapi bawah dah buka 6cm.. ngeri wooo.. sampai menjerit mama.. serius tak boleh tahan.. lagipun sebenarnya, mana orang ambil epidural bila dah buka besar.. aku ni je giler!! hahahhaa.. masa time aiman buka 4cm dah ambil siap2 dah epidural.. masa tu tak sakit sangat.. lagipun masa time aiman ambil epidural lepas dapat pethidine (injection) tu.. kira dah ada sedikit bantuan aa.. Dr Joanna, tq so much for making things easy (Dr ni baik betul.. siap lapkan peluh mama lagi)

tapi lepas je dapat epidural, legaaaaaaaaaaaaaaa.. hahahha.. tu yang siap sempat update ikut phone tu..

sekali jam 6.40am gitu jalan dah buka 8cm.. masa ni, kaki dah rasa kebas.. memang rileks je aa.. x sakit.. contraction pun rasa ala2 orang urut kaki mama je.. hahahaha.. pukul 7am, prof Hatta mai.. tengok sekali jalan sudah buka 10cm daaaa... waaahhh.. cepat giler.. tp prof cakap adik dah terberak.. so kena push cepat sikit.. memandangkan dah numb, nurse la bantu bgtau bila contraction mai untuk push.. mula2 tu rasa happy juga sebab prof kata tak perlu epi (potong, potong, potong!) wah, best tu kalau tak kena epi seh!! sekali masa lepas first push, prof nampak tali pusat lilit adik.. kena la potong juga.. nasib la sikit.. (memang sikit giler sebab la ni tak rasa sakit pun.. serius! papa tengok pun kata sikit je)

dengan 3 kali push, alhamdulillah, lahir la adik ke donia.. hehehhehe.. 

nama saya Aidan bin Muhd Harris 
 kalau korang geram ngan pipi dia, mama lagi la geram!!! ni dah dalam bilik dah..

his first cry - dalam labour room.. pastu kena nenen terus senyap!! serius first hour after labour feeding really helps me in bfeeding.

memandangkan epi tak lama, cord blood pun selesai ambil awal (hopefully darah cukup untuk disimpan) - mama keluar dari labour room dan masuk bilik lebih kurang pukul 10am..

masuk hari kedua, mama dah discaj.. tapi Aidan tak dapat keluar sebab detect jaundice.. agak tinggi juga.. dan Aidan kena double phototherapy bagi bantu cepatkan kurang kuning.. 

Alhamdulillah.. after 4 days, mama dah selamat keluar dari hospital bersama Aidan.. kepada yang doakan kami sekeluarga, terima kasih banyak2.. to papa, sorry to burden you with the bills.. we love you..

hari kedua, dah nampak kuningnya kan??

pencapaian hari ke-5 bfeed - perah dah dapat 3oz.. tak masuk lagi yang adik minum.. ish, time aiman dulu kenapa la tak cukup semangat camni..


Khamis, 3 Disember 2009

Welkam..

berikan salam dan takbir kalian menyambut kedatangan adik aiman.. alhamdulillah, syukur.. Ketibaan pada 7.25am.. Berat 3.26kg.. Hehehehe..

Dah dekat dahhhhhh

Di saat update ni, mama baru je dpt epidural.. Phewwww... Legaaaa.. doakan semuanya lancar ok..

Isnin, 30 November 2009

minta ampun, minta maaf

aduhai.. ramai yang tinggalkan jejak dlm last entry mama.. minta maaf ye kengkawan, mama memang tak terbalas.. bukan sebab tak sempat, tapi sebab asal buka pc je rasa mual.. pening.. hohoho..

mama masih dirumah.. kesihatan mula merosot sebab mudah benar letih.. kejap2 kena baring, kejap2 kena duduk kat sofa.. *sigh.. makin menjengah 40 minggu ni makin teruk.. jalan sikit kena duduk.. serius..

last week dipenuhi dengan agenda2 yang perlu disiapkan sebelum baby keluar.. pagi ni tadi ke JPN kejap sebab nak tukar surat beranak.. tahukah anda, surat beranak baru punya translation ke dalam bahasa inggeris?? mama punya kena tukar sebab nak kena hantar untuk apply scholarship luar negara.. tapi JPN KL agak lambat sebab esok baru dapat.. kalau dibuat di Parit Buntar, mau siap cepat (kawan ada tukar di sana.. sempoi je setengah jam siap)

dan tadi juga dah dapat kettle elektrik baru yang diorder semalam.. nak memudahkan kami buat susu aiman n nak reheat ebm adik later.. dan dah siap juga men'cash'kan check premium bea.utiful mama yang dah tertangguh (duit nak pakai deknon)

karang pukul 2 appointment di HUKM.. kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya.. kepada yang menanti, sila sabar menanti ok.. ni cam cerita hindustan dah ni.. dah nak klimaks.. hahahahha (sila bayang shah rukh khan ok!! mama sukeeee)

Rabu, 25 November 2009

alooooo

ye, mama masih di rumah.. masih belum beranak.. baby nak tunggu sampai raya kut.. jumaat ni cukup 39weeks..

yang pasti, Dr tak bagi lepas due date since ada history admission kat hospital due to low fetal movement. worse come to worse, next monday induce.. kalau jalan tak buka, kena ceaser.. which memang mama tak mahu sangat2.. hopefully by end of this week dah beranak le..

to those yang ada call n sms, mama minta maaf sebab tak dapat balas.. phone kena bar semalam.. insyaAllah petang karang ok balik..


Isnin, 23 November 2009

big as a house

apo laie nak dikato?? mama masih belum beranak lagi (up until 9am laa) tengahari ni jumpa Prof Hatta dan maybe petang ni akan induce.. mama takut.. serius.. rasa seriau je.. sebab haritu memang ada rasa contraction and last few days langsung takde rasa sakit.. except rasa cam big brown bear penat jalan terkedek2 ade laa..

so, semalam kami ke zoo negara.. mama n clan (papa, aiman, wancu, madeh n maksu) decided that we should go somewhere than just sitting at home doing nothing! sila jangan tensi.. mama kira exercise la ni sebelum beranak.. serius memang best giler tak hengat donia semalam sebab kami sampai lebih kurang 10 pagi (lepas bfast dengan tok n tok ayah di nasi lemak tang.lin - hehe) dan masa tu banyak haiwan sedang diberi makan.. aiman memang enjoy betul tengok all animals sebab last time kami ke zoo taiping, binatangnya semua agak jauh dari pelawat..

untuk 2 jam berjalan, memang penat ya rabbi.. petang dah tergolek dok dan malam tadi memang melepak aje la di rumah..

hari ni mama berdebar2 tunggu pukul 2.. we'll wait and see.. kalau Allah kata beranak, maka beranak la mama petang ni.. 

serius rusa kat belakang itu pun tidak mahu geng sama mama yang gumuk ini.. huwaaa

Ahad, 22 November 2009

Di mana kami di pagi ahad?

Kami disini.. Anda dimana? Happy weekend everyone..

More updates later.. Mama masih belum beranak.. Hehehe

Update using E71

Sabtu, 21 November 2009

it's your day sayang

empat tahun yang lepas, kita berjanji bersaksikan pantai (oppss.. takleh bagitau pantai mana ek) dikala hujan rintik janji setia cinta..

empat tahun yang lepas jua, pertama kali mama celebrate birthday papa (masa tu panggil saya-awak je) 

dan hari ini kita menantikan cahayamata kita yang kedua..

mama sayang papa, selagi hayat mama.. selagi nyawa dikandung badan dan selagi Allah izinkan..




SELAMAT HARI LAHIR
buat insan yang mama sayangi dan cintai

hero tanpa nama.. echewwaaahhh







*nota: papa, baby takmau share birthday dengan papa ke? jimat mama.. ahahahha

Khamis, 19 November 2009

jalan dah buka.. tapi masih tak sedar diri.. hohoho

tadi dah selamat ke hospital.. Dr check jalan sudah buka 2cm.. tp Dr tanya, nak balik rumah ke nak warded?? aiyoh! confirm tak nak melangut kat wad lama2 weh.. baik mama balik.. at least masih boleh layan tenet sambil nengok tv.. haha.. 

ini kira sudah sampai balik ke rumah.. checklist mentekedarah adalah seperti berikut:
  • nasi ayam BP yang sedap itu - check!!
  • aiskrim vanilla bersalut coklat berkacangan - check!!
  • cheezels - lepas ni
  • waffle peanut butter kaya - ada atas meja dapur
  • kuah durian - sat lagi buat
kalau takde show atau tak leakage, esok petang baru jumpa Dr.. harap2 esok boleh le beranak dah.. hahahhahaha.. boleh gitu??

checklist tarikh - harini birthday madeh, esok anniversary couple, lusa birthday papa.. baby, mana2 hari pun mama ok.. sila la kuar jika mahu..

membela body - edisi 2

dari kelmarin contraction dah mula makin kerap.. jadi semalam makcik panggil ke ta.wa.kal hospital buat ctg kat sana
nota 1: itu yang best tu dapat emak bidan! weewooo.. buat ctg free2 aje.. hahahaha..

hasil dari ctg telahpun menunjukkan contraction adalah kerap dan perlu admit ke spital dah.. tapi mama rasa macam boleh tahan lagi (tak mau kena duduk wad lama2) tunggu sampai pagi ni.. alhamdulillah, sakit masih ada, kaki dah bengkak besar giler.. kita tunggu sampai kejap2 lagi, kalau sakit tak kurang2, makanya kena la admitkan diri ke spital.. huhuhuhu.. adik dah nak kuar dah ni!

bagi menambah isi cerita, semalam edisi membela body telah dijayakan oleh incik McD pada malam semalam.. dengan milo ais slurp2 dan quarter pounder.. haahhaha.. petang semalam tajaan incik megi mee kari buatan wancu nana.. nyum2.. 

ni nak pekena breakfast ape ek? hehehhe.. 

nota 2: madeh, happy birthday dear.. kalau baby keluar harini, jimat aku beli satu kek je madeh kongsi dgn adik.. wancu nana kongsi dgn aiman.. hahahahha.. jimat, jimat

Rabu, 18 November 2009

membela body - edisi 1

malam tadi sakit lain macam.. tak boleh tidur.. tp alhamdulillah harini ok balik.. maybe baby belum mahu keluar lagi.. pagi ni bertemankan makcik, nana n aiman, mama keluar mengukur tes.co kat tmn mi.dah itu.. membeli stok2 perlu untuk percutian bergaji ini dirumah.. hahahaha.. cam haram je.. beli cornflakes la, susu la, milo la.. hehehehe.. barang2 untuk membela body ni kena ada banyak, baru la menarik tertarik.. hahahahhaa

pagi tadi dapat satu lagi offer letter dari UK.. tp majikan kesayangan mama macam tak bagi je pergi ke sana.. sedih! tapi nak buat macammana.. nak kena KIV dulu le ke uk.. ada tak sapa2 punya kawan di sydney? nak bertanya, tp tak tahu di mana.. chewwah! proses nak pi belajar masih din dang sana sini.. sabar je la.. malas mau stress.. bikin naik darah je.. sekarang ni redha..

Selasa, 17 November 2009

selasa yang kurang bermaya

semalam selamat menghantar MIL ke Kelana Jaya untuk mengerjakan haji.. hujan renyai2 mengiringi pemergian emak ke tanah suci..

harini dah mula mati kutu.. sebenarnya ada kerja nak kena buat, tapi badan tak sedap, belakang sakit, bawah perut pun ada sikit contraction, kaki bengkak tak hengat dan mata kuyu.. aiyoh!! sangat tidak best ok.. 

ada cita2 yang teringin nak buat.. nak ajak makcik ke munaw beli baju (boleh lagi??) dan nak ajak nana pi cari hadiah papa (birthday papa this saturday) sebab ada sampai esok aje free.. khamis papa sudah ade.. takkan nak cari hadiah pi dengan tuan punya badan kan kan kan??

pastu ingat nak stock kat rumah ni dengan few things.. especially plan berpantang ni konon2 nak healthy food laa kan (cita2 lagi!) nak beli itu la, ini la.. tapi badan dah deteriorate (macam mesin aje) camno?

aiman dah tidur.. lega sikit.. boleh berpoya2 di internet sebentar sebelum sambung bersilat dengan aiman..

Isnin, 16 November 2009

what would you do when....

you got the chance to choose your own boss??? well, the department, actually the whole campus is having a kind of secret-but-everyone-knows-it election to choose the head of department (in our case - the dean) and 2 deputy deans. 

sounds fun eh?? but it's only limited to the academician and not the whole campus. The buzz started few weeks ago and for the next two days (today and tomorrow) more buzzing would be heard around the school. Since this will be the first time such thing happen, very limited regulations were imposed.

Most academician does not stay long enough (like me) in the office. So for our department, we started to cast our vote last friday (I am one of the lucky ones since I will be on long holiday and papa is on some working assignment this week).

So, wonder how we choose our HOD? Funny thing is, there are people who started to call us and asking for us not to vote for him! hahahaha.. a totally different way of looking into election especially if things like this happen to our politician. kelakar dapat call malam jumaat minta tolong jangan choose saya sebab nanti saya tidak bebas. YEP! that's the thing.. most academician - I believe majority of us, love the idea of having our own of liberty in working time as well as flexibility of not having to come from 9 to 5 everyday (well, please do not assume that we don't work our butts off ok!) so, once you are appointed into certain designation or post (which most probably you didn't choose it but elected to) you might not be able to savour freedom anymore.. and that SUCKS big time!

Since last week, we have started to buzz all around the school asking who should be in the top 3 posts in the department.. the criteria includes easy to communicate with, efficient, workaholic (owh, this one really suits academician), good networking with the higher officials in the uni (especially in getting grants and lubang2 duit here and there) and also able to listen ti what the staff needs, not his own personal needs. One should also does not have hidden agenda for his own self but to always think about others especially those in the administration and also the technical staff.

Imagine getting someone who is in certain 'group' or 'clan' and only listen and helps those who favour him and put those who doesn't aside. Jangan main2 ooo. This thing really happen to other department. Pity to the staff who has been cast aside for not being into the boss group. Seriously, in our department, we try to eliminate those kind of behaviour and most of the senior staff reckon this problem by seeing into other departments problem as a big no-no in our school. For 20 years, we have been a really big family with big brothers and sisters looking after younger and junior staff. I really love the department for this. Imagine having most of your senior (whose age are more or less like your own parents) helping you to cope with the workload and even being a good listener if you have problems.

For me (I think papa too), we choose HOD based on the criteria I mentioned above and I believe that the deputy deans are also chosen based on that criteria too. Hopefully everything goes well. Gossips are always there and as usual I'm going to be the mamarazzi (haha, I'll call both my big sisters for more info) until tomorrow. 

For those whose name is going to be presented to the VC, all the best to you. 


Gatal tangan

tangan gatal lagiiiiiiiii.. kali ni simple aje background nye.. yang penting TULISAN BOSAR! pueh hati den! ahahahha

ade komen??

Ahad, 15 November 2009

pregnancy checklist - final

kalau korang perasan kat sidebar belah kanan, ada pregnancy checklist kan kan kan? mama nak update for the last time..
  • Khatam quran - alhamdulillah, tadi (15/11/09) mama dah selesai khatam quran.. rezeki adik aiman laa.. dah alhamdulillah, Allah beri mama kelapangan untuk selesai membaca..
  • Barang untuk baby, semuanya dah siap.. barang untuk mama, mama dah beli No.na Ro.guy.. first time nak pakai ni... nanti mama update sama ada okey ke tidak..
  • Cordblood untuk baby - Alhamdulillah, semalam sempat sign agreement and bayar deposit untuk simpan cordblood baby kat Stem.Life.. harapnya semuanya selamat.. lepas ni kena uji dulu cordblood tu baru boleh simpan kat bank
  • Breastpump - dah beli Free.style.. first time nak pakai yang mahal punya ni, harap2nya dapat menambah supply dah dapat fully bf baby - itu azam mama
  • dah book kak nurul untuk urut dan treatment dalam pantang - tak sabar ooooo orang urut2.. hihihihih
yang mama tak dapat buat;
  • beli katil baru untuk baby - sebab tak lama dah lagi nak kena fly, so rasanya tak perlu lagi beli yang baru.. pinjam abg shafiq (sepupu aiman n adik) punya kejap le.. untuk pantang ni
  • tak sempat ganti puasa.. ada sehari nak kena ganti
  • tak dapat nak fully CD - rasanya mama tak cukup semangat nak basuh yak yak aiman n baby punya CD.. huhuhuhu
  • tak dapat beli stroller baru - sabar weh sabar!
rasanya kalau beranak malam ni pun no hal ler.. hehehehe.. rasanya dah cukup semua

Jumaat, 13 November 2009

hari terakhir bekerja

minggu depan mama start choti.. yeay! sampai le bersalin.. nasib sangat baik sebab cuti tahunan masih berlambak.. la ni pun berbaki kalau ambil siap boleh huha bagai nak rak. tak kisah le pasal tu..

mama nak update about this week.. since minggu ni minggu terakhir kirija, makanya extra busy la sikit.. dari last week dengan sibuk update audit KPI kami membawa ke isnin lepas mama siap ade meeting yang rasa bagai nak sakit jiwa melaluinya.. sebab asyik kena tekan cerita pasal study semua.. hari isnin tu dah rasa macam baby kurang gerak.. mungkin sebab busy betul sampai tak sedar dan bila malam, mama kata dekat papa mama rasa kena pi spital untuk further checkup. Masuk je kat tempat bersalin tu, buat le CTG dan alhamdulillah, baby ok.. tapi sebab kena monitor lebih lanjut, tak pasal2 kena tahan wad sampai 2 malam.. uuuuu.. memang tak best masuk hospital bila kita sihat dan orang kiri kanan dok meneran tahan sakit.

nasib baik juga, mungkin Allah nak suruh duduk rehat kejap, mama sempat siapkan menanda paper final exam kat wad.. hahahahaha.. dasar tak boleh diam! mati kutu woo bila kena suruh duduk tanpa buat apa²... rabu kelmarin sudah dapat keluar wad.. kena pulak pi klinik kesihatan untuk appointment mingguan.. aiyoh!

dapat mc sampai semalam.. tapi ke ofis juga.. sebab banyak kerja bertangguh dan kena kemas bilik sebab nak tinggal lama.. nasib baik ada student yang baik hati bantu angkatkan barang² dan kemaskan sikit bilik yang macam kapal karam ni..

harini nak siapkan SKT dan LPP, submit markah satu subjek lagi dan pi bank, pi bayar bil phone dan nak pi beli barang sikit.. pastu nak balik rumah dan malam ni atau pagi esok balik KL.. phewwww.. boleh kurus kalau gini selalu!

Rabu, 11 November 2009

dosa - entry melepaskan perasaan

kalau sapa2 makan cili, pandai2 la rasa pedasnya ek!!

perasan tak..

kalau orang minum arak, bunuh orang, derhaka ibubapa, makan duit haram bla bla bla dan segala macam dosa besar dia buat, tapi kalau dia bertaubat nasuha, takkan ulanginya lagi.. pasti Allah ampunkan.. betul tak??? 



tapi....















































kalau sekali dapat undergrad 2.90, sampai mati, sampai ke kubur, sampai ke padang masyar pun pointer camtu juga.. dan yang itu juga la yang orang nampak!!!! ARRGGGHHHHH!!!!

entry beremosi!

ada banyak benda nak update, tp petang ni stress datang balik!!!! baru je keluar wad tadi, ada harapan by end of this week masuk balik!!!!

Isnin, 9 November 2009

followers

well, I don't want to complaint more on last week's problem.. at least for now.. hehe.. let us start this week with fresh new thing.. this entry is really all about blog followers.. my question is, do you know each one of them? Mine, some I do, but mostly I don't personally know them.. I really tried to stop-by at most of their (my followers) blogs and tried to be their follower as well.. that doesn't include silent follower whatsoever.. hopefully to those who daily (ada ke?) following my blog, please click on the follower icon so that I can follow yours too..

on the other hand, last week (I think it was either on Friday or Saturday) I had a new follower.. and to my surprise, it was my ex-boss.. hahaha.. he used to be my ex-boss and he was one of the panel during my interview as a tutor (if I'm not mistaken.. seriously, who can remember the panel when all you can do was sweating like a pig?? haha) he was my boss for more than 2 years before he joined another uni as a professor and dean of engineering faculty.. (jangan tak tahu.. boss I celik2 IT gitu.. haha, sorry prof.. joking..) Anyway, to prof, thank you for being my blog follower.. I know yours is wayyyyyyyy better than mine.. being a prof, who can deny your level of intelligence.. mine is merely a youngster who keep talking about craps and rubbish all the time.. hahahaha..

to those who wants to follow his blog, you should try your luck finding him under my follower section (I won't reveal his blog add here.. that would be too obvious) he's anecdotes are mostly about his area of expertise as well as his daily thoughts..

notes:
1. to kak ayu, better watch our back.. who knows someday your sv might be reading your blog too.. eh, prof tu your sv ke?? hahahahahhahaha... *rotfl

2. have to carefully blogging later on.. have to be more anon on subjects..

Sabtu, 7 November 2009

Malam minggu

Ada orang tengok bola, ada orang lepak tengok drama.. Kami baru nak makan.. Papa belanja sushi king.. Dgn alasan, nanti pantang tak boleh makan.. Huahahahaha

Khamis, 5 November 2009

pernah tak? *updated*

pernah tak korang dengar cerita ketam melayu dengan ketam cina?? ha.. bayangkan sekarang mama tgh dalam bakul ketam melayu tu.. haa.. cuba la bayang!!!

*updated spesel untuk zafi n yen*

ceritanya, dekat satu pasar, adala seorang pembeli dan seorang penjual. sang pembeli datang hendak membeli ketam.. sang pembeli tanya pada sang penjual "tauke, ini ketam mana bagus aa?" sebab dia nampak ada 2 bekas berbeza.. sang penjual kata "aiyo, ini raga no 1, ketam banyak baik.. semua mahu keluar, semua kasi tolak2 mau keluar. Ini bagus punya ketam" sang pembeli buat muka pelik. Sang penjual sambung lagi "Itu raga no 2 sangat tak bagus wooo.. itu ketam tatak mau keluar bakul.. selalu mau duduk bawah2 saja lorr"

rupanya, dalam raga no 1, ketam2 tu semua sentiasa bertolak2an untuk bantu ketam2 lain keluar dari raga tu.. dalam raga no 2, ketam2 tu semua sentiasa tarik menarik supaya masing2 duduk dibahagian bawah raga tu..

maksud cerita ni.. dalam raga satu tu serupa la dengan org ci.na.. depa sentiasa bantu sesama bangsa depa supaya semua naik sama2, jadi kaya sama2, berjaya sama2..

tp dalam raga kedua tu macam la orang me.la.yu.. kalau boleh tak mahu sesama sendiri naik, cukup dengki kalau orang lain berjaya.. tak boleh orang lain lebih..

haaaa.. clear tak?? mama skrg dalam raga no 2 tu aa..

*puas dah nangis petang ni.. letih..

mencari cinta

opps, sila jangan salah faham.. bukan maksud mencari buah hati lain.. cukup dengan 3 jejaka dalam hidup mama buat masa ni.. mencari cinta disini adalah berkenaan perihal kerja dan sambung study mama dan papa..

bila orang tanya mama, bila ko nak sambung mast??? serius, dah letih nak menjawab.. penat mulut dan otak saling berhubung untuk cuba temberang dengan lebih baik..

jawapan sebenar hanyalah kena tunggu dan lihat.. usaha dah pun dibuat.. hasilnya masih belum kunjung tiba.. mungkin juga usaha tidak cukup kuat.. maka Allah kata, mastura, usaha lagi, doa lagi, cari lagi, minta lagi, mohon lagi dan macam² lagi, baru kau tawakkal padaKU.. agaknyalah.. sebab tu permintaan tak dimakbulkan lagi..

ada hari, semangat datang bila ada sedikit cahaya dihujung terowong yang menyinar.. tp tak lama.. lepas tu kelam semula.. dan samalah juga diibaratkan dengan roda.. kejap diatas, kejap dibawah.. ada hari untung sabut timbul, ada hari batu tenggelam..

well, itu baru intro.. belum masuk bab isi² penting tau deknon! dalam mencari ilmu, sama lah juga dengan mencari jodoh.. itu pada firasat mama.. sama lah juga dengan mencari cinta.. kalau cintanya masih belum ketemu, maka usaha kena lebih lagi.. lagi² usaha, tak ada ke cara lain?? haha.. hidup kan?? nak kata apa..

rasa² nya bagi yang memahami mungkin boleh juga komen.. mencari penyelia bagai mencari cinta sejati.. true love la konon²nya.. mencari seribu mungkin satu dua saja yang kena 'goo'nya.. itupun bayangkan belum pernah ketemu rupa, belum kenal budi bahasanya, belum kenal isi perutnya.. yang mampu kita buat, terus berdoa.. moga niat suci menuntut ilmu diberi jalan yang mudah dan tidak terlampau terbeban..

mana mungkin yang kita bakal perolehi itu sempurna.. pasti ada cacat celanya.. itu mama yakin.. ranjau yang menanti dihadapan bukannya jalan mudah yang lurus semata.. pasti ada liku berbahaya yang perlu ditempuh.. tak masuk lagi bab permohonan lambat proses, yang baru didulukan, yang mama punya diketepikan.. aduhai, sungguh mama tak faham sesetengahnya sampai mama sendiri persoalkan, teruk sangat ke aku ni?? sampai begini jadinya.. tapi sabar juga yang diingati dan dipujuk hati, kata akal pada hati, ingat, ada yang lebih teruk ujiannya dari engkau mas..

kebelakangan ini makin lama makin teruk.. dari siang sampai ke mimpi tidur malam pun masih mengingatkan pencarian cinta ini.. ada satu malam baru² ini mama sampai bermimpi.. mama tengah buat satu kerja.. kerja pejabat rasanya.. tak ingat sangat.. buat aja tak jadi, buat aja tak jadi.. berterusan buat kerja tersebut tapi tetap tak menjadi.. mama terbangun, rasa hati berat macam nak nangis.. perasaan itu datang lagi.. papa pujuk menyedapkan hati.. kata papa, usah dibawa hal kerja sampai ke tidur.. tapi mana mungkin, setiap hari, setiap saat, hati mohon berdoa moga apa yang dihajati dapat dicapai..

pagi ini, ujian datang lagi.. pada papa.. mama sedih.. berat rasanya.. tapi nak mengadu pada siapa.. kami bertuah sebab kami berdua menempuh dugaan yang sama.. jika mama bersedih, papa yang memujuk, jika papa bersedih, mama pula memujuknya.. harini ujian papa hebat.. tempiasnya mama jua yang rasa.. yang tidak kena, tidak akan faham.. tap kami redha.. ujian ini besar.. papa kata, bila ujian besar macam ini pasti bila kita dapat merasakan kejayaannya, kejayaan itu akan lebih manis sebab usaha yang kita buat itu berbaloi² (kata cel.com)

apa²pun, kami masih tidak mengalah.. mama tidak mengalah.. tidak sesekali.. mama dah jatuh, sakit, luka masih ada, tapi mama bangun lagi, mama kayuh lagi basikal keinginan sebab mama pasti, destinasinya pasti indah.. mungkin manisnya kurang didunia, yang pasti akhirat kelak akan terbalas jua..

"Ya Allah, bantulah kami melalui hari²Mu.. berikanlah kami rezeki yang diKau redhai.. berilah kami kekuatan dan berilah kami peluang mengecap kejayaan diakhir nanti.. amin"

Rabu, 4 November 2009

joke of the day

dapat thru email.. hahaha.. so very true laaa...



Isnin, 2 November 2009

selepas seminggu

selepas seminggu meninggalkan pejabat.. pagi ni punya la liat nak bersiap².. adapun perut makin berat dan belakang makin sakit menyebabkan mood terus hilang ke bulan.. lebih jauh dari laut ni..

papa teman pi ofis lambat (boleh??) papa buat kerja dirumah sambil tunggu mak buyung terkedek² bersiap ke pejabat.. siap makan nasi sebelum naik ke pejabat sebab takut tak larat nak keluar.. bila dah siap makan di kafe, baru nak merangkak naik tangga.. ya rabbi... punya la rasa tinggi bebenor tangga ni.. tingkat 3 bilik dirasa bagai tingkat 15.. hohoho.. serius cam siput ba.bi lagi laju tau!! confirm kena ambil cuti awal..

ni dah dekat pukul 3, nasib la baik perut dah diisi dengan milo cereal 3in1.. papa pula offer nak beli food.. sekali hujan daaaa... xpe papa, mama masih survive.. hehehe.. papa kan dah makan sandwich.. kira ok ape..

dan lagi kurang best, cincin sudah ketat.. huwaaaa... tandanya kegemukan sudah bertambah.. tp kira mantap juga aa.. dulu time aiman 7 bulan tak pakai cincin dah.. ini nak masuk 9 bulan baru cabut cincin..

sudah mama, kerja banyak.. pi sambung..

teringat janji

teringat janji tertunggak pada mommydania ke zaila ek.. hehehe.. ni la ampaian tudung munaw yang disuggest oleh nana (my sis) senang sikit nak handle.. sebab semuanya tergantung.. tp masih ada yang belum digantung sepenuhnya.. nak cuci dsb..

beli kat i.k.e.a RM25.90.. tak mahal.. dan diperbuat dari kain.. tak le rosak tudung.. asalnya fungsi benda alah ni untuk gantung tie n scarf.. tp belasah le juga gantung tudung..