Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Selasa, 13 April 2010

house warming..

kami dalam proses nak planning untuk house warming.. dah hampir sebulan masuk rasanya molek la kalau dibuat house warming @ doa selamat @ tahlil.. cuma masih tengah consider nak buat sekali sunat akikah aidan atau tidak.. ongkos mencanak le lagi bulan ni.. nasib tuan haji (heheh.. abah mama le) ada sebut nak join sikit fulus untuk doa selamat @ tahlil arwah..

bila nak buat? mmm.. nanti kami reveal ok.. kalau kawan2 online nak datang, email mama dulu ok.. sebab takut la nak reveal address mama.. kang kena serbu ala2 paparazzi camno? kui kui kui..

foodies pun kami tengah consider.. nak nasi beriyani ka, nasi kandar ke? kalau idak buat nasi lauk biasa je.. huhuhuhu.. korang kasi idea la.. leh kami riki2 kat sini.. *papa dok bisik kat mama ni.. buat bihun goreng je.. cheh!

jemputan insyaAllah dalam masa terdekat kami akan hantar.. family, kawan2 dan jiran2 mama jemput la.. maybe ada yang perlu RSVP.. just to ensure enough food for the day..

aidan, sorry ye mama kena consider betul2 untuk akikah kamu.. bajet ketat sejak masuk rumah ni.. banyak dah keluar haritu.. nak kumpul balik berdikit2 le..

ok.. sambung kerja.. ni layan blogging dari lab ni.. huhuhu

Isnin, 12 April 2010

lepak-lepak

weekend lepas adalah heaven! mari mama start recap balik.. jumaat petang mama n papa ke pcfair.. papa mencari harddisk dan mama cari beg (ahahaha.. tah apa2 je) untuk bubuh lappy baru.. hihihi..

janji asalnya nak jalan2 kat pcfair dengan isma n clan, tapi tak tercapai.. kami tak jumpa kat pisa walaupun masing2 dah sampai.. kebenda la ko merepek mama oi.. isma, nanti janji lain ek..

lebih kurang pukul 5 kami zasss balik rumah.. sebabnya, ada agenda kat rumah..

ni idea dira la ni.. nak lepak2..

konon plan asal dia nak masak spagetti kat rumah dia n makan kat rumah mama.. sekali rumah dia takdak air... huhuhuhu.. terus masak kat rumah mama aje la..

baik punya dira kesayangan mama ni, dia siap ajak lagi reen n clan, munah n miah.. perghhh.. dah jadi mini gathering batch kami kat utara dah ni.. ahahahha.. kami tak ramai geng kat sini.. so agak close-knit juga kami kat sini.. selalu update masing2.. lagi2 bila rumah masing2 dah dekat.. bagai jiran ko!

reen 'bakar' sate kat rumah, munah buat agar2, miah (eh, asal ko tak bawa apa2 dari sik ye?), dira masak spagetti, mama order aje dominos.. ahahahha.. ngelat! best seh kat sini dah boleh order dominos!!! mama sukeeeee...

malam tu borak sampai pukul 11 lebih tu.. dira n miah siap tidur kat rumah mama lagi (best la.. lenkali kita buat gitu lagi ek)

sabtu mama n papa lepak rumah pasang2 n gantung2 hadiah isma, rack kat toilet.. ahad papa pasang rack kat dapur.. huhuhu. bagus pa.. efisien!

entry ni juga mama nak ucap terima kasih pada semua yang sudi jenguk rumah kami, kasi present, dan sebagainya..

to list a few:

  1. MIL dan SIL - tq sebab bantu kami kemas2 pindah haritu
  2. isma n clan - tq singgah dan tq hadiah korang tu dah selamat digantung.. kalau free mai tau..
  3. dira, reen n clan, miah, munah - sila singgah dan buat cam rumah sendiri ok.. dira, hadiah candle stand hang tu aku dah pasang siap candlenye..
  4. kak im dan abg nizam - terjahan mu memang berkesan! aaahhaha
  5. Dr fauziah, abg amy - tq untuk buah pelam spesel dari arau tu ye..
hujung minggu ni babah n makcik pula mai sini.. wancu nana?? bila mau datang?? sila bawa hadiah ok!! wajibulghunnah!

ok.. layan gambar kejap..


reen memang rajin masak untuk areefa.. aiman sibuk ngendeng!

daddy day care.. hahaha.. jejaka2 ni jaga anak2 masa kami dok bergossip! huhuhuhu


ikut putaran jam - aunty dira (tukang masak spegetti), teacher miah (thihihi *evil laugh), aiman sibuk and auntie reen (tokay sate!) - weh, gambar nana takdak laaaa... mampuih kena bising kang!

Rabu, 7 April 2010

kan sudah ku bilang..

yang jiran disebelah rumah tak lawa tu tak tahu apa2 pasal renovation mengarut tu..

kesian kat pakcik tu.. semalam first time jumpa dia.. tensi je mukanya nengok jiran dia buat rumah lagu tu.. pakcik tu park kereta dia depan rumah mama.. masa kami sampai balik semalam dia dengan wife dia baru je selesai tengok rumahnya.. pakcik (read: ntah le ade ke idak jiran aku sebaya ni.. kang aku kena tukau cakap cam orang tuo la pulak..) tu bising la jiran dia buat macam tu..

lagi best, masa kami balik semalam bumbung tu dah siap.. masa mama ambil gambar untuk entry sebelum ni cuma nampak besi terjulur je kan.. aaa.. semalam dah siap.. lagi giler ah, cucur atap dia sipi-sipi je lagi nak kena kabel letrik tu.. eeeeeeeeeeee.. seriau! angin bertiup je sahih kena punya la.. kalau kata la kena letrik rumah dia terbakar, camne? kalau rumah dia terbakar sensorang takpe la juga.. ini kang sah sah rumah jiran pun kena tempiasnya.. dah rumah melekat mesti jadi punya nanti..

err, korang perasan tak ade satu komen tu? ala.. yang AR tu? ahahahhaha.. welkam welkam tuan haji abah mama.. hik hik hik.. ok babah, roger, konpem kami akan report punya.. ini minah pot baikkkkk punyaaaa ok... lagipun bahaya dia buat macam tu.. kalau dia tak suka kat kami pun takpelah.. janji rumah jiran2 tak terbakar.. babah, kat sini semua leh jadi geng babah la.. umur pencen2 je ramai.. huhuhu

untuk s.u.f.e.e - jatuh cinta ek? *blushing2.. hahahahhaa.. welkam2..

kak zufa, porch siap tiles.. lega oooo.. kalau idak mau kopak juga nak keluarkan ongkos letak tiles saja tu.. kat verandah atas pun dah siap tiles.. sonang kojo makcik.. la ni berangan2 nak letak buaian (reen, aku marah dengan ideamu itu ok.. saje je taaauuuuuu.. hahahaha) kat verandah tu.. leh lepak2 sambil merasa angin sepoi2 bahasa.. sib baik la position rumah tak ngadap matahari terbenam.. sojuk la sikit.. grill tu adalah biasa-biasaan aje.. wrought iron adalah tidak mampu.. rumah tu ada 3 sliding door yang grill aje makan 1k setiap satu.. mampuih! yang akak nampak hanya 2.. ada lagi satu tersorok.. nanti ku tunjukkan okies..

jannah, betul la kata mu itu..

ely, jangan le intai2 aje.. jemput mai bila singgah penang ok.. wajibulghunnah!

zety, kan kan kan? dah suke dah dengan design dia.. design yang sama, developer yang sama kat tanjung pinang (on the way ke tanjung bungah) tepi pantai betul2 kat tempat tambakan reganya jadi 700k gitu.. giler!


Selasa, 6 April 2010

entry berani mati

dari semalam mama rasa berkobar2 betul nak buek entry ni.. lagi2 bila balik dari ofis semalam nampak pemandangan yang menyakitkan mata kami berdua (papa dan mama le)

agaknya zaman sekarang ni hidup berjiran ni tak sepenting zaman dolu2 kut.. bagi mama, apa salahnya kita jadi jiran yang baik sikit.. ucap salam perkenalan dulu dengan jiran sebelah rumah.. lagi2 bila fesyen rumah melekat (teres) macam mama duduk.. masa mula2 mama masuk dulu, sempat gak mama bagi sedas dua kat site engineer tu sebab jiran mama buat renovation tak bagitahu kami pun.. sedangkan tembok penghadang rumah dia tu kan border antara rumah mama dengan dia (aku faham apa hang rasa ely) apa salahnya cari inisiatif untuk contact jiran bagitau kita nak buat itu ini pada dinding penghadang rumah ataupun apa2 major renovation.. tak salah kan? lagipun nak jadi jiran bukan sehari dua.. bertahun berkurun oo.. nasib baik encik **** tu jumpa kami juga sebelum naik tembok rumah dia jadi tinggi sikit.. sejuk juga la hati kami..

korang tahu tak, jika jiran korang buat apa2 renovation yang mampu mencacatkan pemandangan rumah korang, market value rumah jiran akan jatuh juga sebab jiran suka mencari publisiti nak bina tiang seri untuk rumahnya? haaaa.. jangan tak percaya ok.. sebab tu penting kita bagitau la sikit pada jiran, kita nak buat gini, gitu sebab nak bagi ruang kat rumah kita.. pendapat jiran memang tak penting pun, cuma being courteous aje..

ada la satu rumah selang 3 4 buah dari rumah mama.. masa dia mula2 start renovation pun papa dah mula tanya, kenapa dia buat gitu, kenapa dia buat gini.. huhuhuhu.. rumah dia jadi pelik.. dan yang lagi tah apa2 tu sebab dia langsung tak bertegur sapa dengan jiran2.. bear in mind, kami dah siap pi borak dengan jiran2 yang lagi jauh dari rumah dia.. semua baik2 ok.. kesian betul kat jiran dia.. dia buat renovation mengalahkan rumah cha ya nun alif ok.. serius.. korang tak caye ce tengok ni..



dia extend bilik dia kedepan pastu dia pasang atap zink!!!!!

lak tu, sah sah tak lepas by-law majlis 5 kaki dari pagar.. habis rumah jiran2 nampak tak cantik ok.. kalau rumah 100-200k tu satu la juga.. ini dah duduk rumah high end pun buat pe'el gini alahai deknonnssss...

hand rail dia naik bukan main punya tinggi.. mama tak tau la camne nak ventilate rumah tu nanti..

kadang2, lagi baik kita duduk rumah tu dulu, dapatkan feel.. baru kita boleh bajet nak bege2 kat mana.. terus2 buat sekali tak puas hati camne? nak undo?? aiyoyoyo..

rumah kami tu dah ok designnya.. mama tak tau la dia nak master bedroom tu besar mana lagi.. mama punya bilik punya la luas dah rasa.. inikan pulak encik jiran yang pi extend lagi.. gamaknya dia ada plan nak berenang kut kat bilik dia.. agaknya la kan..

lagipun, kalau kita duduk rumah tu dulu, kita leh tengok angin lalu mana, kang kalau ditutup terus laluan angin tak ke berkuap2.. kalau setakat berhabuk masa renovation tu biasa la.. bukan tak boleh cuci pun kan?

amacam? ada berani jadi jiran kami?? tak takut kena laser ke?? ahahahhaha

info tambahan, jiran2 bersebelahan kami sorang umur abah mama, sorang umur cam makcik pakcik mama.. depa banyak duit.. sebab tu buat renovate macam2.. kami ni baru nak hidup..


sape nak jadi jiran dia ni angkat tangan!!

for your eyes..

.. kak zufa and those yang ternanti2 gambau orkid mama tu.. well, tadaaaaa...

cantik tak atas meja baruku itu? ececece..

bila meja kaler putih ni macam2 warna naik kan kan kan (perasan lagi haku ni)

korang perasan tak belakang gambar tu nampak tingkap besar? well, belakang tingkap tu ade mini garden lebih kurang besar 12x6 kaki.. bolen lagi tak dibuat apa2.. mula2 ingat nak bubuh batu sungai yang kecik2 tu kaler shining black.. tapi last weekend masa kat homedec tu nampak artificial grass punyala best.. tapi projek besar papa kat situ adalah garden ngan fish pond dia.. bior le duit dia perabih, janji cantik kat mata mak noks.. ahahahahha..

menghadap garden tu ada tingkap besar belah dining dan sliding door 3 panel belah living hall.. mak sukeeeee..

bunga orkid 3 pasu ni depa jual RM60.. kira ok la kan.. dah siap berbunga.. sempoi gitu..

kasi close-up sikit..

sekarang kita tayangkan pula meja+bunga+dinner.. buat bakar semangat.. ahahahha



dan budak cikonit yang dah berjaya capai tumbangkan pokok mama.. waaaaaa.. sib la tak rosak ok..



kasi close-up pulak dinner malam tadi..


makaroni goreng papa request + drumstik ayamas.. yummey..




dessert pulak..





jeng jeng jeng..






jelly longan.. ini penangan ada kedai kat parit buntar la ni.. lagipun mama kan kena sentiasa boost production susu.. ini sebahagian nya la..


resepi biasa ala2 buat agar2.. cuma, kurangkan amaun strip agar2 tu dan tambah amaun air.. masak dengan gula merah, rendamkan longan kering.. masuk bekas.. sejukkan.. siap!


time panas2 gini memang sedap ok..

Selasa, 16 Mac 2010

mesti korang tunggu kan??...

untuk entry mama minggu ni.. ahaahaha.. cam harem! perasan ya rabbi..

minggu ni adalah lebih busy dari minggu lepas.. kami siang kat ofis, malam pulak bertungkus lumus (pergh!) kemas rumah.. mama nye outcome masa kemas rumah adalah low sangat sebab dah rasa cam nak terbalik bila balik dari office.. papa yang banyak kemaskan.. and believe me, papa adalah sangat particular bab ngemas2 ni.. habis dah papa kemaskan bilik tengah.. dah transform jadi port untuk pindah rumah, almari dapur dan peti ais pun papa kemaskan.. mama baik juga la last weekend bantu kemas baju2 mama.. rumah sekarang toksah cerita.. baik sikit je dari kilang kain (dan mama rasa kilang kain adalah lebih kemas ok..)

dateline untuk pindah rumah adalah 31hb ni.. yang agak mama berangin adalah tokey grill masih belum pasang itu grill lagi.. aunty langsir dah standby, tokey air-cond n astro dah standby, kedai lampu dah standby (apekah!), kedai perabot pun dah standby (jugak!) tinggal nak masuk je semua.. tapi selagi grill tak pasang, risau la nak pi hantar barang.. dah le ongkos ciput, kalau ada barang hilang tak ke naya..

cerita pasal pindah rumah, semalam abah sampaikan berita happy! nak sponsor itu sofa.. weeeeeeeeeeeeee senyum sampai ke dahi wwwooooooooo.. jimaaaattttttttttt yeay!!! (ahahaha.. hampas!)

err, ada lagi ni.. mana la nak cari lori pindah rumah dan nak beli barang yang list tak berkesudahan ni!!!! aiyoh!!!

this weekend balik alor setar ada kenduri kawen.. next monday until wednesday papa ada kerja kat shah alam (dok kira2 nak balik KL ke idak.. masa makin suntuk) dateline oh dateline..

ini macam kalu, leh tukar jadi ultraman ke, superman ke, bagus jugak!

kang tukar jadi kesatria baja hitam pulak... ahahahaha

isma, jumaat ni jadi ek?? berhuha?? sempat lagi weh! ahahahha

Jumaat, 12 Februari 2010

sikit je lagi...

nak jejak kaki dalam rumah baru.. yeay!!! surat untuk mengambil kunci dah sampai.. yang bestnya, surat sampai kelmarin, tapi sesi penyerahan selasa haritu.. apekahhhhhh??? ini kerja incik pos la ni lambat sampai.. pos berdaftar ok!! tarikh pada surat 5hb.. tapi sampainya 10hb.. sigh T_T

tak pe la.. yang penting selamat sampai.. tapi kami akan hanya ambil kunci rabu depan.. tak sabar ni!!!! tangan dah gatai2 nak keluar duit.. ahahahahhaha.. rezeki anak2..

grill rumah masih belum sempat panggil orang ukur.. tauke tu pulak cuti sampai 2 minggu.. 1hb mac nanti baru naik kerja.. nampak gaya awal bulan 4 la baru kami masuk rumah baru.. alaaa... kena bayar sewa extra la itu bulan.. :P nampak benar kedekutnya..

to dira, next week rabu ek! ko jadi consultant aku.. reen, join sekali weh?

Sabtu, 29 Ogos 2009

Rumah kami

update sikit - masa lepas update entry ni (entry ni diupload guna henpon) kami dapat jumpa dgn kontraktor.. alkisah, kontraktor akan handover rumah dalam minggu ini dan sebenarnya air dah masuk.. cuma depa tak boleh bubuh meter sebab dah ada yang dicuri.. lepas elektrik masuk settle aa semua.. dan katanya majlis pun dah tgk juga.. kira tinggal OC process la.. 


aiyayayyaa.. tak sabau den haaaaaa


Alhamdulillah, progress rumah sgt2 baik.. Insyaallah rasanya lepas raya ni boleh la masuk.. Tinggal masuk elektrik dan air je.. Syukur sgt2.. Agak2 boleh la beranak kat rumah baru.. Weeeeeee