Selasa, 6 April 2010

entry berani mati

dari semalam mama rasa berkobar2 betul nak buek entry ni.. lagi2 bila balik dari ofis semalam nampak pemandangan yang menyakitkan mata kami berdua (papa dan mama le)

agaknya zaman sekarang ni hidup berjiran ni tak sepenting zaman dolu2 kut.. bagi mama, apa salahnya kita jadi jiran yang baik sikit.. ucap salam perkenalan dulu dengan jiran sebelah rumah.. lagi2 bila fesyen rumah melekat (teres) macam mama duduk.. masa mula2 mama masuk dulu, sempat gak mama bagi sedas dua kat site engineer tu sebab jiran mama buat renovation tak bagitahu kami pun.. sedangkan tembok penghadang rumah dia tu kan border antara rumah mama dengan dia (aku faham apa hang rasa ely) apa salahnya cari inisiatif untuk contact jiran bagitau kita nak buat itu ini pada dinding penghadang rumah ataupun apa2 major renovation.. tak salah kan? lagipun nak jadi jiran bukan sehari dua.. bertahun berkurun oo.. nasib baik encik **** tu jumpa kami juga sebelum naik tembok rumah dia jadi tinggi sikit.. sejuk juga la hati kami..

korang tahu tak, jika jiran korang buat apa2 renovation yang mampu mencacatkan pemandangan rumah korang, market value rumah jiran akan jatuh juga sebab jiran suka mencari publisiti nak bina tiang seri untuk rumahnya? haaaa.. jangan tak percaya ok.. sebab tu penting kita bagitau la sikit pada jiran, kita nak buat gini, gitu sebab nak bagi ruang kat rumah kita.. pendapat jiran memang tak penting pun, cuma being courteous aje..

ada la satu rumah selang 3 4 buah dari rumah mama.. masa dia mula2 start renovation pun papa dah mula tanya, kenapa dia buat gitu, kenapa dia buat gini.. huhuhuhu.. rumah dia jadi pelik.. dan yang lagi tah apa2 tu sebab dia langsung tak bertegur sapa dengan jiran2.. bear in mind, kami dah siap pi borak dengan jiran2 yang lagi jauh dari rumah dia.. semua baik2 ok.. kesian betul kat jiran dia.. dia buat renovation mengalahkan rumah cha ya nun alif ok.. serius.. korang tak caye ce tengok ni..



dia extend bilik dia kedepan pastu dia pasang atap zink!!!!!

lak tu, sah sah tak lepas by-law majlis 5 kaki dari pagar.. habis rumah jiran2 nampak tak cantik ok.. kalau rumah 100-200k tu satu la juga.. ini dah duduk rumah high end pun buat pe'el gini alahai deknonnssss...

hand rail dia naik bukan main punya tinggi.. mama tak tau la camne nak ventilate rumah tu nanti..

kadang2, lagi baik kita duduk rumah tu dulu, dapatkan feel.. baru kita boleh bajet nak bege2 kat mana.. terus2 buat sekali tak puas hati camne? nak undo?? aiyoyoyo..

rumah kami tu dah ok designnya.. mama tak tau la dia nak master bedroom tu besar mana lagi.. mama punya bilik punya la luas dah rasa.. inikan pulak encik jiran yang pi extend lagi.. gamaknya dia ada plan nak berenang kut kat bilik dia.. agaknya la kan..

lagipun, kalau kita duduk rumah tu dulu, kita leh tengok angin lalu mana, kang kalau ditutup terus laluan angin tak ke berkuap2.. kalau setakat berhabuk masa renovation tu biasa la.. bukan tak boleh cuci pun kan?

amacam? ada berani jadi jiran kami?? tak takut kena laser ke?? ahahahhaha

info tambahan, jiran2 bersebelahan kami sorang umur abah mama, sorang umur cam makcik pakcik mama.. depa banyak duit.. sebab tu buat renovate macam2.. kami ni baru nak hidup..


sape nak jadi jiran dia ni angkat tangan!!

13 ulasan:

Suziey Ahmad berkata...

ko beli umah kat mane ni mast? cantik...kelasss

Unknown berkata...

suzi, kat pauh jaya.. perai..

jemput datang.. hehe

Ealyie berkata...

saya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ala mast, aku da hagak da korg pun sama peel mcm aku n laki aku.. mmg la budget lom nak ada, tapi dapatkan feel dulu dok umah tu baru leh bege sana sini... uhukk..uhuk... habuk simen tak habis nyah, dia pi bubuh habuk kayu plakss.. aku mmg kecik bijik mata je nengok abang jiran hampas kelapa aku tu skrg.. giler keji!! :p

Ealyie berkata...

apapon, umah hang mmg da lawo nyahh.. tak yah bege2 pon takpe..;)

Unknown berkata...

ely, tu pasal aku pelik nengok jiran aku dok bege macam2.. pelik2 jadinya.. sekadar tambah2 sikit2 pun dah ok.. itupun nasib baik la design sampai dapur tu habis buat.. kalau idak belakang mesti lagi haru..

kalau kita jiran, mau pompang pompang taman tu weh.. ahahahha

JaNnAh berkata...

erk.. tanye sket.. kat adakah saya nmpak cam atap rumah itu nak jejak kat wayar letrik??? ye ke?? bahaya..

cikJintan berkata...

halamak,

macam jatuh chenta jer dekat blog ni..
hrmm...

hii... err.. tuan tanah =)

m-i-o berkata...

hmmm. ahkak setuju, papehal nak renovate yg melibatkan pengubahsuaian luaran hendaklah memaklumkan jiran sebelah.

mcm ahkak dulu, rasa macam nak extend bumbung belakang - tp rasanya klo buat, tentu air hujan akan mencurah timpa laundry area jiran sebelah - so kitorang ingat baik kumpul duit dulu, mana tahu jiran kita pun buleh extend sama2.

wah, master bedroom siap ada balkoni you! gempak gile. tp buat apa si jiran hampeh itu pegi katup balkoni dia? sungguh tak paham.

outdoor area pun penting juga. kot2 bila malam tu kita nk duk berborak laki bini, kan best tu - bersaksikan bintang dan bulan lagi. kahkahkah!

Budak Kampong Piew berkata...

sebelum jadi lagi tak elok baik report pada pihak berkuasa bandaran hantar gambar sekali, macam abah gadoh org sebelah, nanti ada yang ikut, ikut polisi dbkl dalam 5 tahun tak bolih ubah fasad.kalau bandaran tak layan hantar cc pada sprm. cepat dia buat tindakan. ada aduan on line cuba tengok dalam sesawangnya.

m-i-o berkata...

eh, porch korang siap tiling ekk? umah ahkak simen lepa je noks! uuu uuu uuu. sedih taww. letih sapu, asyik berdebu je.

cantik grill you! :P

Ealyie berkata...

MIO.... habis ngko intai umah si Mast ni ekkk... muahahahaha.. ;)

aku yg mengintai dr tirai kamar! :p

Unknown berkata...

wah kemain mio - bersaksi bulan bintang bagai. hehehehe.

rcantik rumah hang, nyah. kalau mak, mak terima rumah ni seredho-redho nya. tak yah nak renovate apa-apa dah. :)

Tanpa Nama berkata...

kak mas,

repot kat local authority la sbb ade rules and kene mintak permission sebelum buat semua tu, if die tade consent, leh kene fine/robohkan =)