Rabu, 14 April 2010

kari ooo kari

semalam dalam twitter ada kawan ku sorang tu buat pengakuan berani mati tak pandai masak kari. Well dear, here is my curry version.. I have been making curries since my form 5! yeap! no kidding!! papa sendiri cukup suka kariku yang sentiasa dibega-bega sampai jumpa kekdah sendiri

so, here it goes

KARI IKAN versi mamaaiman (untuk 2 orang makan)

bahan-bahan
  • ikan - kalau kembung 2 ekor siap basuh dan kerat dua
  • 2 paket kari (mama selalu guna cap MATA dan cap BABA'S) tapi pakai setengah bahagian untuk 1 jenama.. kira kalau tambah 2 jenama tu serupa macam dapat satu pek le.. campurkan air sikit jadikan pes
  • daun kari - sila tanam dalam pasu jika malas beli ok! huhuhu
  • bawang merah kecil dua biji di racik halus
  • halia diracik halus lebih kurang setengah ruas ibu jari.. sikit je le..
  • rempah campur satu sudu besar (beli kat kedai india konpem ado)
  • asam jawa - kalau malas guna asam jawa adabi tu satu sudu kecik
  • santan - kalau cap ayam (ayam brand) pakai sekotak
  • bendi di basuh dan dikerat ikut suka
  • tomato pun dikerat2..
  • garam secukup rasa
cara-cara
  • mula2, panaskan minyak lebih kurang 3-4 sudu makan
  • bila minyak panas, masukkan bawang dan halia yang dah diracik
  • bila dah naik bau, masukkan pes kari tadi. make sure api kecik supaya rempah masak dan pecah minyak. bab yang ni paling penting.. kalau tak pecah minyak kari jadi tak sedap
  • sementara pes pecah minyak, masukkan rempah campur dan daun kari.. biarkan pes pecah minyak ok (ulang 2 kali dah)
  • bila pes dah pecah minyak, masukkan sedikit air dan ikan.. sikit je air.. dalam setengah cawan minum tu..
  • masukkan juga asam jawa tadi (kalau perahan, tak perlu masukkan air dalam step awal, terus guna air asam je)
  • biar menggelegak sikit supaya ikan hampir masak dan kendian masukkan santan.
  • bila hampir menggelegak, masukkan bendi dan tomato.. garam secukup rasa..
  • tadaaaaa... siap le.. kalau nak spesel lain sikit cam orang parit buntar buat, korang try taruh daun kesum.. serius lain kari korang..
ok.. kalau tak clear, sila ajukan soalan dalam komen ok..

3 ulasan:

FAM berkata...

sy ada soalan. gambar mana? ehhehe

aini aziz berkata...

ooooooooo...ade santan cap ayam ek..sbb aku tak penah tgk plk..skrg nie xpyh perah sntan da..boli siap jek..tp pengalaman aku la kan..pakai snatan perah sndr ngn santan pack..lg sdp yg santan perah tgn..

Unknown berkata...

FAM, gambau? ahahahaha.. entry bergambo adalah tidak sompek buek masa ini.. kihkih kih

aini, memang tu lebih sedap le.. aku ni pesen ekspress sokmo..