Ahad, 28 Februari 2010
Rezeki beb..
Khamis, 25 Februari 2010
grill or not to grill
tapi sama ada nak grill keseluruhan rumah atau tidak.. semalam tukang buat grill rumah kami dah datang ukur tingkap rumah.. ala, toksah le korang membayangkan stainless steel hatta chrome skali pun idak.. kami cuma ambil yang biasa2an aje.. itu pun bajet ketat.. tapi yang tak berapa best mama rasa, takkan la nak kena grill keseluruhan rumah ek? rasa cam dalam sangkar betul.. sebenarnya bila kita grill semua tingkap ni, kita psycho siapa sebenarnya?? diri kita ke incik pencuri.. mama rasa, pencuri sebenarnya tak heran langsung dengan grill2 ni.. ye la, kalau dilihat dari kes2 yang ada, rumah yang dipecah masuk bukan setakat ada grill.. ada cctv mak nenek pun depa leh masuk.. eeee... ngeri!
camne korang pilih, grill ke idak? kami decide, hampir keseluruhan tingkap bergrill.. cuma ada yang tak juga.. maknanya, kami grill dari pintu paling jauh la.. dengan harapan pencuri tak boleh masuk.. sigh.. rumah sendiri pun rasa terkurung gini..
haaa... cuba la korang tgk!
sorang dengkur, sorang tidur cam jam!! aarrrggghhhh!!!!
(errr.. comel tak selimut kami?? ada doraemon lagi.. bangkok mai tau.. ahahahaha)
Rabu, 24 Februari 2010
suami anda kawan baik anda
bagi mama, papa adalah pendengar setia.. kami sentiasa berbual.. ye, kalau korang tengok kami serupa belangkas.. berkepit tak tentu waktu.. dari pagi sampai ke malam.. sampai ke ofis kalau orang nampak hanya kami salah seorang, pasti akan bertanya mana lagi seorang.. ahahahaha.. makan kalau boleh hampir setiap waktu bersama.. tapi jangan salah faham, kami masih ada makan bersama kawan2, tapi kebanyakan waktu kami habisi bersama..
bila bercerita pasal komunikasi bersama pasangan, ada juga pasangan yang semakin lama semakin kurang komunikasi.. maknanya makin mendiamkan diri sebab rasa itu lebih baik.. ya, ada ketikanya memang kena begitu.. terutama bab2 hal kerja rumah yang sentiasa tidak berkesudahan tu.. bab membebel di rumah adalah perkara biasa.. meaning, kalau baju kotor tak masuk raga atau barang letak merata2 adalah perkara biasa menjadi bebelan dirumah.. tapi itu sahaja sempadannya.. ketika lain, kami lebih banyak berbual.. dari artis, membawa ke politik, hal ekonomi, sebut sahaja, semua jadi bahan kami.. kami jarang sekali berahsia mengenai pandangan kami.. kalau tak sama pandangan, boleh jadi juga ala2 nak gaduh, tapi lepas tu kami end-up dengan kata 'ikut la abang, itu apa yang abang rasa, mama lain'.. itu je la.. tak dibawa sampai ke bilik tidur.. kalau bab gelak, berhari2 kami boleh gelakkan perkara yang sama.. joking is really part of our communication..
kami boleh berbual melalut2 ke mana2 sahaja.. kami sampai boleh menghabiskan waktu dengan sengaja naik kereta, bawa anak2, letak depa dalam car seat masing2, dan kami akan zoom ke mcD terdekat (juru, beli apa2) untuk 30-40 minit berbual dalam kereta.. ye, kami boleh berbual dari parit buntar sampai ke KL.. ahahaha.. kalau papa bosan, tak tau la nak kata apa.. hahahaa.. dah dapat bini pot pet pot pet gitu.. tapi, masih ada batasan yang dijaga.. masih juga ada benda2 yang tidak perlu dibincangkan demi kesejahteraan rumah tangga kami..
kesudahannya masing2 akan tambah memahami sikap satu sama lain.. kami tidak berkesempatan bercinta sebelum kahwin.. masing2 jarak jauh dan hubungan kami terbatas dalam telefon sahaja.. kini dah nak masuk 5 tahun perhubungan kami, rasanya banyak lagi perkara2 yang mama tak ketahui mengenai papa.. mama harap kami akan sentiasa bersama.. menjadi rakan karib, rakan sekerja, rakan sebantal dan sepinggan selama hayat kami.. semoga anak2 akan sentiasa melihat kami sebagai loving couple yang ada kelebihan dan kelemahan kami yang boleh dijadikan iktibar..
apa salah menjadi wanita??
harini pulak ada cerita lain, rupa-rupanya gender bias ni merentasi sempadan SPESIES ok! bukan setakat kaum hawa, malah nyamuk betina pun jadi mangsa.. ahahahaahha.. kesian, leh korang bayang tak nyamuk betina takde kepak??? mentang2 la nyamuk betina je yang menggigit.. kesian lorrr..
semalam serius, harini gelak sikit..
lepas ni mahu ku google tgk journal yang depa quote ni ISI index dia berapa.. AHAHAHHAHA
nota: ISI index adalah index untuk lihat kefemesan journal.. kalau ramai quote, lagi naik la mata dia..
petikan dibawah dari THE S.TAR harini..
Dengue war: Creating wingless female mosquitoes?
WASHINGTON: First it was just swatting. Then poison. Then sterilizing males. Now it is grounding females. Is there anything people will not try in the war against mosquitoes?
The latest idea: Genetic engineering that results in wingless female mosquitoes.
It is the females that do the biting, but if they cannot fly, they cannot zoom in on their victims. They would be expected to die quickly on the ground, researchers suggest in Tuesday's edition of Proceedings of the National Academy of Sciences.
The real goal is to prevent mosquitoes from spreading disease, and the researchers led by Luke Alphey of the University of Oxford in England are studying ways to reduce the spread of dengue fever, which mosquitoes carry.
The researchers, several of whom have commercial interests in the work through Oxitec Ltd., developed a method to genetically alter male mosquitoes, which then could mate with females.
Their offspring would have wing changes that prevent the females from flying.
Males could still fly, but they do not bite.
"The technology is completely species specific, as the released males will mate only with females of the same species," Alphey said in a statement.
"It's far more targeted and environmentally friendly than approaches dependent upon the use of chemical spray insecticides, which leave toxic residue."
Other efforts to block transmission of diseases such as malaria have involved releasing sterile male mosquitoes, which could breed with females, but no offspring result.
Bed nets also are widely used, but the researchers said the dengue-spreading mosquitoes bite in daytime rather than at night.
While this research is aimed at dengue, Alphey and co-author Anthony A. James of the University of California, Irvine, said it could also be adapted to such diseases as malaria and West Nile fever.
The research was funded by the University of California and the National Institutes of Health. - AP
Selasa, 23 Februari 2010
kalau dah kolot tu..
nak salahkan keupayaan wanita kenapa?? mana lelaki2 zaman sekarang?? mana anak2 muda yang mampu lakukan keajaiban??? banyak yang merempit dan dalam lokap adelah! hah! jawab??
emo betul nih!
Wanita kuasai sektor awam
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.
Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.
Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.
Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.
Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi.
"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin.
"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.
Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.
Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.
"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya.
Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.
"Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.
"Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.
kami ke sini - singapore Day 3
ok.. cerita pasal hari ketiga kami disingapore, kami sambung main kat sentosa.. keluar dari hotel pun dah 11 lebih.. nasib baik game yang kami tinggal hanya game dalam ruang berair-cond gitu.. so, kami pun settlekan 4 lagi game..
1st game, kami main desperados.. BEST! sebab naik atas kuda mesin pastu main tembak2 orang jahat.. pergh! isma n firdaus juara tu.. ahahahaah.. siap keluar gambar kat screen lagi.. yang loser jadi keldai.. nasib mama tak kena.. ngeh ngeh ngeh.. 2nd game kami main 3D cineblast.. wooo yang ni memang best.. sebab naik kenderaan bergerak2 cam rollercoaster.. pergh.. masa turun dari tempat tinggi pun rasa sayup je.. cam real.. time ni semua kami masuk.. siap aidan n marissa sekali.. ahahaha.. nak kasi diam, sumbat aje susu.. ahahahaha
3rd game, kami main 4D magix.. yang ni kira ok je aa.. boleh aa tahan.. tapi mama suka lagi cineblast dengan desperados tu..
4th and final thing we did was enjoying the sentosa island view through sky tower.. cantik sangat scenery haritu.. nasib juga redup2.. lega betul.. lepas tu, kami pusing pi hard rock hotel yang baru bukak.. siap posing ambil gambar lagi.. ahahaha.. lebih kurang pukul 4 lebih kami dah keluar dari sentosa menuju ke JB.. tidur di hotel.. dekat je dengan kastam johor tu.. masa kami nak keluar dari imigresen singapore, kami bengkek betul dengan sorang pakcik imigresen depa.. macam ngok ngek! sombong ya rabbi.. kang kalau mama kutuk kat sini kang ade yang kata tak baik.. tapi mulut dia memang macam cibai! takde insurans!
apa2 pun, hotel kat JB memang best! malaysia juga yang paling best! aahahaha.. boleh gitu? lepak2 sampai lepas maghrib kami keluar pi makan dengan ude n enda n anak2 (pakcik n makcik mama) kat senibong.. pergh.. pueh hati den!! dapat juga seafood malam tu..
lepas makan kat senibong layan pula jalan2 kat danga bay.. best seh! mengimbau kenangan kat tempat dating mama n papa.. jiwang! itu pun sampai tengah malam ok.. anak2 semua dah terlentok pengsan! ahahahha..
layan gambar kejap.. pasni sambung day 4
Isnin, 22 Februari 2010
kenapa aku tak dengar
err, memang malam tadi mama dengar.. tapi kejap je la.. lepas pekena panadol 2 biji, terus tiduq lena baaaaikkkkk punya.. haram sebutir bunyik pun cheq tak dengaq.. hampas! papa kata jiran sebelah main tak agak2.. serius lena gue semalam..
pagi ni fesh je rasa.. sat lagi kena pi dengar amanat vc..
selamat berminggu baru..
nota: semalam lepas gian kat pelita - nan n tandoori.. yummey!
Khamis, 18 Februari 2010
kami ke sini - singapore Day 2
kami breakfast di hotel - makan megi pama dan scramble egg (isma siap angkut dapur lagi.. ahahha) sampai2 aje kat Sentosa soru juga sikit lagi.. ahahaha.. dasar kebulur kami ni.. makan siap2 supaya tak perlu angkut makanan masa nak pi pusing main tu.. nak masuk sentosa, prepare SGD7 untuk sebuah kereta.. kos kami nak bermain2 kat situ lebih kurang SGD100++ seorang.. itu pun ambil pakej.. dah murah sikit la dari ambil asing2..
turn ladies pula naik skyride.. nampak tak mama pakai sunglass? itu kaedahnya nak tutup muka cuak ye.. ahahah
lepas main segway, kami jalan kaki pi underwater world.. time ni masing2 dah penat.. mama toksah citer la.. blood go upstairs ok.. ahahahahha.. dahle aiman tak duduk diam seminit.. penat!
masa kat underwater world tu tak le lama sangat.. janji dapat tengok dolphin pun dah cukup.. kami book seat paling depan sekali bagi aiman puas hati.. tunggu 40minit tu sebelum show mula sebab nak secure seat.. pusing underwater world tu pun kejap je.. sebab dah takde hati bersesak dengan mat-mat bangla n india (ramai giler sampai rasa kelam je sentosa.. bau hangit ketiak depa lagi la toksah kabar!)
kalau nak ikut, mama lagi prefer kat aquaria.. ye, walaupun agak kecik, tapi rasa puas hati kat situ.. cuma sea creatures kat underwater world sentosa ada banyak la pilihannya dan terowong dia panjang.. yang lain lebih kurang sama je..
malam kedua kat singapore, kami makan kat shopping complex kat orchard road.. alahai, lupa pulak nama shopping complex tu.. tp kira kami makan kat food courtnya yang sama nama n management dgn foodcourt pavi - nasib ada nasi padang halal kat situ.. belasah makan, pusing ronda orchard road, pastu balik tergolek kat bilik hotel...
okey, nanti sambung hari ketiga pulak..
kami ke sini - singapore Day 1
memandangkan kami pergi 2 keluarga dan anak masing2 kecik2, kami decide kami bikin roadtrip sahaja.. buat susah nak bergerak kalau naik flight.. giler? memang gila! ahahahha.. hotel book last minute nasib ada lagi bajet hotel murah..
so, jumaat malam kami bertolak dari penang ke KL.. ambil pembantu tambahan untuk mama.. siapa lagi weh, wancu nana la.. uhuhuhuhu.. sabtu pagi pukul 5 kami gerak dari KL.. solat subuh di Ayer Keroh dan breakfast, mandi anak2 di Machap..
dengan bantuan incik garmin, zuuupp kami sampai geylang.. stop di joo chiat complex, cari lunch kat situ.. kami makan di restoran hajah maimunah.. lauknya nasi padang.. verdict: boleh la tahan.. nasi padang kat KL sedap lagi.. muhahahahaha..
lepas solat zuhur-asar, kami keluar ke esplanade dan hajat mama nak ambil gambar kat tepi singa tu berjaya juga.. ahahahaha... giler ah! punya la ramai manusia kat situ.. tapi bukan singaporean pun.. ramai orang luar.. jalan kat singapore lengang, tapi manusia ramai kat tempat2 lepak..
malam pertama kat singapore, kami tak tau nak makan apa.. belasah makan mcD aje.. baru la mama tau (sikit punya jakun!) yang mcD singapore semuanya halal.. ye aa.. last time mama ke singapore time sekolah rendah weh! giler lama ok.. malam CNY tu giler ah takde orang.. kedai semua tutup sebab makan besar.. sabar je aaa...
by the time pukul 11 gitu semua dah pengsan dalam bilik hotel.. kita sambung hari kedua pula lepas ni.. tungguuuuuuuuu
Rabu, 17 Februari 2010
kami ke sini.. -preview
Jumaat, 12 Februari 2010
sikit je lagi...
tak pe la.. yang penting selamat sampai.. tapi kami akan hanya ambil kunci rabu depan.. tak sabar ni!!!! tangan dah gatai2 nak keluar duit.. ahahahahhaha.. rezeki anak2..
grill rumah masih belum sempat panggil orang ukur.. tauke tu pulak cuti sampai 2 minggu.. 1hb mac nanti baru naik kerja.. nampak gaya awal bulan 4 la baru kami masuk rumah baru.. alaaa... kena bayar sewa extra la itu bulan.. :P nampak benar kedekutnya..
to dira, next week rabu ek! ko jadi consultant aku.. reen, join sekali weh?
Khamis, 11 Februari 2010
bila kita gembira, pasti ada yang berduka - alfatihah untuk arwah fadilah
fadilah dilanggar oleh student ARAB (aku pedulik apa!! biar aku sebut bangsa ni betul2) yang bawa laju langgar lampu merah.. celaka lah engkau!!! fadilah dalam perjalanan dari rumah sewanya ke usm.. lampu hijau dan dia nak masuk, kena langgar dengan pak arab tu!
mama dah selamat lawat jenazah sebelum post-mortem tadi.. kala ini, ibunya masih dalam perjalanan ke hospital dibawa oleh rakan karib beliau (yang juga ex-fyp student papa) masih terkenang arwah yang baik dan ceria.. jenazah akan dikebumikan di selama sebelah kubur arwah bapanya yang baru juga meninggalkannya..
alfatihah untuk arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
geram ade, sedih ade, hepi pun ade
lepas tu tak sudah2 cerita pasal mee yang tak boleh makan tu (sodo.my) eeeeeee... bosan politik 24 jam sehari ni.. udah2 le tu.. menyampah!!
on the other side, nasib la ada khabar baik.. us.m kesayangan hamba (cheh tiba2 je ko mas!) bagi angpow utk semua staf nye.. weeeewoooooo.. best2.. separuh mama buat belanja coti hujung minggu ni, separuh lagi masuk tabung rumah.. ahahahhaa.. at least kurang la kami garu kepala mana nak korek duit untuk tabung rumah kami..
semalam kami amik EL sebab aidan masih dedar suam badannya pasal kelmarin injection 3 serangkai tu.. kesian baby mama.. so, semalam kami angkut anak beranak pi imigresen (baru ku tahu kena bawa semua anak2 untuk pengecaman ye..) dan berhuha dengan isma dan firdaus yang beli kamera baru (DSLR juga korang ek.. ahahhaa). mama dapat sandal untuk coti ni (alasan beli kasut baru weh!) dan aidan dapat baju jalan (kesian adik dok asyik pakai baju abang). tq juga untuk isma n firdaus yang tak pernah langsung lupa kami kalau ke mana2.. dapat ole2 kami dari kuching dan hadiah untuk aidan.. passport siap, tukau duit siap, stok makan isma settlekan.. weeeeeee..
tak sabar cheq nak tunggu hujung minggu ni.. beg tak siap lagi.. esok malam nak bertolak dah.. waaaahhh.. excited sungguh haku!!
Selasa, 9 Februari 2010
konco-konco saya
Senjata: suka mengigit dan senyum manis menampakkan lesung pipit
Kelemahan: bila mama jegil mata, konpem nangis sedih macam drama
gelaran diberi: drama king, big brother bear
Konco 2: Mata bulat, rambut cheto'et
Kelebihan: body builder mama.. sekali dusyum, leh melantun.. dagu lekuk
Kelemahan: sudah tentu.... Nenen! ahahahaha
Gelaran diberi: Baby bear
harini kami nak buat passport untuk anak2.. pastu nak bawa aidan pi injection 3 serangkai.. konpem mama cuti esok.. kalau tak demam memang terer la baby mama ni!
Isnin, 8 Februari 2010
planning and strategy??? not!
checklist bercuti
- passport kami - ada
- passport anak2 - esok nak buat
- tukar duit - belum
- hotel2 - 50% belum settle
- kenderaan tunggangan - sudah
- kemas beg - langsung belum!
- peta - dah ada bantuan
ke mana kami?? ish.. takmau habaq lagi.. dah balik nanti kami habaq.. baru syok!