Khamis, 18 Februari 2010

kami ke sini - singapore Day 1

as you guys already knew, we went to singapore last weekend.. plan ke singapore sebenarnya adalah secara ad-hoc.. tak plan panjang, takde detail itinerary.. mulut gatal je cakap pada isma apa plan untuk CNY.. dan disahut oleh isma, 'korang ada plan ka?' dan tak semena2 selepas terpana baca entry jua terus kami buat preparation ke sana.. memang gila, chaos dan seangkatan dengannya..

memandangkan kami pergi 2 keluarga dan anak masing2 kecik2, kami decide kami bikin roadtrip sahaja.. buat susah nak bergerak kalau naik flight.. giler? memang gila! ahahahha.. hotel book last minute nasib ada lagi bajet hotel murah..

so, jumaat malam kami bertolak dari penang ke KL.. ambil pembantu tambahan untuk mama.. siapa lagi weh, wancu nana la.. uhuhuhuhu.. sabtu pagi pukul 5 kami gerak dari KL.. solat subuh di Ayer Keroh dan breakfast, mandi anak2 di Machap..

keadaan dalam kenderaan tunggangan.. aiman and danish bonding with each other..

driver n co.. adik interframe.. ahahaha..

kami tiba di singapore sedang elok pukul 12 lebih.. kira bagus juga la traffic haritu, maybe sebab awal lagi.. tak sesak.. dan menurut idea dari cikpuan jua, kami siap travel dengan garmin dan nasib baik juga firdaus (suami isma) baru je pi singapore.. so, autopass memang kami ada dah siap..

dengan bantuan incik garmin, zuuupp kami sampai geylang.. stop di joo chiat complex, cari lunch kat situ.. kami makan di restoran hajah maimunah.. lauknya nasi padang.. verdict: boleh la tahan.. nasi padang kat KL sedap lagi.. muhahahahaha..

ni baru sampai joo chiat..

lauknya.. yang tinggi tu tauhu telur makan dengan kuah rojak.. sedap!

burp, siap makan kami pusing2 geylang serai.. kat sini banyak la kedai melayu.. ada banyak jual baju2 blouse dan seangkatan dengannya.. price wise, ala, biasa2 aje.. mama tak beli apa pun kat sini.. baju berlambak tidak mahu lagi ku tambah buat masa ni.. ahahaha

mama dan pembantu tambahan.. hik hik

lepas pusing2, kami terus ke hotel.. dekat aje.. kami ambil bajet hotel kat sini harga bilik untuk 2 malam SGD122 gitu.. ala, boleh la.. ada tempat tidur pun cukup.. tapi ralat juga sebab bilik agak sempit.. jadi sesak.. penat nak bernyawa.. ahahaha.. kalau ada bajet lebih mahunya kami cari hotel lagi besar..

lepas solat zuhur-asar, kami keluar ke esplanade dan hajat mama nak ambil gambar kat tepi singa tu berjaya juga.. ahahahaha... giler ah! punya la ramai manusia kat situ.. tapi bukan singaporean pun.. ramai orang luar.. jalan kat singapore lengang, tapi manusia ramai kat tempat2 lepak..


kami minus wancu nana tukang ambil gambar
(wah, banyak sungguh jawatan wancu nih! ahakss)

korang, sila pandang sana okey! (arahan dari mama.. ahahahaha :P)

di kala ini aiman dah mula mengganas dan perlu diikat.. uhuhu

dekat bantu tanda merlion tu.. wancu geram kat aidan.. aidan pulak cuba memperlihatkan body mantap..

kami depan merlion.. isma, sila sebut cam firdaus sebut.. ahahahahahha

seperti biasa la.. multi-tasking gitu.. atas masuk, bawah kuar.. ngeeee.. ni kat coffee bean (eh, halal tau depa)

malam pertama kat singapore, kami tak tau nak makan apa.. belasah makan mcD aje.. baru la mama tau (sikit punya jakun!) yang mcD singapore semuanya halal.. ye aa.. last time mama ke singapore time sekolah rendah weh! giler lama ok.. malam CNY tu giler ah takde orang.. kedai semua tutup sebab makan besar.. sabar je aaa...

by the time pukul 11 gitu semua dah pengsan dalam bilik hotel.. kita sambung hari kedua pula lepas ni.. tungguuuuuuuuu

Tiada ulasan: