Selasa, 18 November 2008

art of learning

*perhatian, sekiranya rasa cam nak tegur, silakan.. tapi biar berpada2 ye.. lagipun, ini kan pendapat saya sahaja.. tq

tepat jam 12.10pm mama dah selesai marking 96 kertas jawapan exam student mama (read: 1 soalan aje bahagian mama kali ini).. terus terang, mama kecewa sangat2 dengan pencapaian mereka.. ye lah, penat2 dah kita mengajar, berbuih mulut bercakap dalam kelas (read: mama bukan style lecturer zaman dulu cakap sorang2 pastu buat tak heran dengan student ye) mama dah siap minta assistant (graduate assistant) lagi untuk support dengan extra tutorial class (read: zaman mama dulu, subjek ni memang haram takde tutor bantu.. pandai2 sendiri la study) kira over and above la dari yang sepatutnya mama wajib buat.. tapi alahai, melihat cara depa menjawab buat mama terfikir, salah lagi ke kaedah aku ni?? takkan nak spoon feed je budak2 ni??

untuk makluman, student ni tahun 3 (read: umur masing2 dah 20-21tahun), boleh dikelaskan sebagai matang.. lagipun nama mahasiswa, seharusnya bijak buat penilaian bila nak menjawab soalan.. ini tidak, soalan mudah, simple, kacang dan sewaktu dengannya haram tak boleh jawab.. bila terputar sikit ayat pada soalan, semua jadi kantoi.. sehingga jawab yang bukan2 pun ada.. kalau mama ni emak depa, mau aku bantai dah budak2 ni semua.. sebab sabar je tak buat lagu tu.. fyi, ini bukan sahaja tertakluk pada student melayu.. student cina pun haram jawab macam hampagas.. soalan bahagian A seharusnya memang dah ditanam dalam kepala masing2.. soalannya cuma tanya general types of retaining wall and factor to consider in design.. bila ayat dia tak lurus bendul, konar2 sikit, semua jadi mengarut!!! jawab bukan2 pun ade.. mana mama tak frust.. dah le batch student kali ni yang paling kerek sekali.. pandai menjawab, pandai mencelah.. agaknya sebab ilmu tu tak masuk la tak boleh jwb dengan baik kut.. soalan bahagian B memang calculation.. serupa macam dalam buku teks.. tukar sikit je kedudukan struts (topang) pada sheet pile tu.. pun dah tak boleh jawab.. adussss.. pening

mama rasa, parents dan cikgu sekolah kena bantu sikit dalam hal ini.. bukan menyalahkan, tapi mama rasa ada sedikit perubahan perlu dilakukan dalam memahami art of learning.. sepanjang zaman persekolahan, kita semua sentiasa je disuruh belajar, belajar dan belajar.. tapi kaedah sebenar pembelajaran tu bukan semua yang tahu.. dan bukan semua orang kaedahnya sama.. memang berbeza, bergantung kepada kelajuan pemahaman seseorang.. bukan amaun A yang perlu diambil berat, tapi bagaimana kaedah untuk belajar tu penting.. sebagai contoh.. nak belajar matematik bukan sekadar menghafal rumus, latih tubi itu penting.. dan bukan jua buat latih tubi secara menonong.. fokus kena ada.. baru betul.. kalau dah dari sekolah diajar menghafal rumus, tu yang jadi terbawa2 masuk universiti nak design kena hafal rumus.. aiyooo.. sama juga bila bab memahamkan artikel dan pembacaan ilmiah.. the number of reading is not important.. the quality and outcome from reading tu yang kita nak tgk.. kalau sekadar baca, semua orang boleh.. tapi graduan kena la tahu kaedah betul membaca, supaya idea boleh dijana dan dikembangkan.. bukan sembrono aje ikut kaedah tah ape2..

jadi, mama fikir, kita ibu2 muda ni kena mula didik anak2 bukan sekadar kutip ilmu pengetahuan sepanjang hidup ni.. tapi juga kena ajar kaedah belajar.. art of learning yang sebenar.. supaya anak kita tak jadi bodoh sombong.. dah le tak tahu, tak mahu bertanya, pandai2 sendiri.. last2 sapa yang susah? diri sendiri juga.. buat student mama, korang kena learn.. the art of learning.. kebaikan ia bukan sekadar untuk A semasa di U, tapi akan dibawa sehingga alam kerja.. sehingga mati.. sebab tanggungjawab yang dipikul bukan untuk seronok2 saja.. tapi untuk kemakmuran orang lain juga.. faham2 sendiri la ye..

sekian,
yang tertekan
mama

*mama dah reward diri sendiri (yang kecewa bagai nak rak) dengan sirap bandung sedap kedai makcik kat kantin.. slurrrpp

Tiada ulasan: