hari khamis lepas, mama bawa aiman ke klinik for his last pneumococcal vac.. alhamdulillah, selesai udah.. nak jadi cerita, aiman demam la pula hari jumaat.. sebab injection tu la rasanya.. sabtu tu, mama bagitau papa, dari kita duduk diam2 aiman merengek kat rumah, baik kita pi ke zoo taiping.. bawa aiman jalan- jalan.. seronok juga.. kami gerak dari rumah 9.30am gitu, sampai dalam kul 10lebih.. masuk zoo kul 10.30am.. entrance fee zoo okey la.. RM12/seorg.. haiwan yang ada pun boleh tahan banyak.. aiman concentrate aje.. muka serius.. yang kecil2 semua dia tak nampak.. tapi bila sampai dekat deer, camel, elephant, chimpanzee uuu.. terus tegak dia duduk.. tengok haiwan tu.. sebab kami sampai zoo pagi, jadi dapat la keluar awal.. dalam tengahari tu dah settle la pusing zoo.. keluar dari zoo, kami pekena kuey teow doli.. sluurrpp.. sedap.. lepas lunch, kami masuk tesco taiping.. cari barang makanan sikit.. malam tu mama masak fish n chips untuk papa.. masa kat tesco, aiman melalak2 bising nak jalan.. adoiiiii.. satu tesco pandang mama.. lak tu, dia sibuk nak tolak troli.. macam le besar sangat.. hihihiihi.. abis semua jalan slow belakang kami.. sebab aiman rajin sangat haritu..
papa and aiman.. near monkey's cage..
chimpanzee berjaya pikat aiman.. hehe.. uu aa uu aa
me and my little rascal
dekatnye dia mama.. aiman nak touch pleaseeeeee
the lovebirds
aiman muka stress jek.. huhuhu
semalam, kawan baik mama, chema n cik izni n illya mai dari jb.. cik izni kena jaga exam kat poli kulim this afternoon.. so, malam tadi, mama ajak depa pi pekena seafood di teluk tempoyak.. aiman naughty sangat.. jalan sana sini, jerit2 kasi satu kedai gempak.. huhuhuhu.. nak makan pun terkejar2.. adoi laa.. mama and aunty tak sempat borak2 sangat pun.. sebab aiman dah pusing keliling kedai.. huhuhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan