Isnin, 12 Mei 2008

udang masak ala rendang

Sebelum makan puding dibawah (dalam post sebelum ni), kami lunch dengan udang n sayur bayam masak air.. simple je.. tp puas ati sebab masak sendiri.. resepi ni dari arwah emak mama.. sebenarnya tak ingat sangat la sebab waktu dia suruh tgk dia masak tu cam tengok aje sambil lalu.. huhu.. skang ni berteka2 la.. hehehe.. tp alhamdulillah jadi..

Resepi ini untuk 2 orang makan..

Bahan2:


  1. Udang galah dalam 11 ekor saiz sedang (korang jangan imagine udang galah lobster tu.. kecik sikit ye puan2). dibersihkan

  2. Bawang merah (3 ulas) bawang putih (2 ulas)

  3. Serai sebatang

  4. Lengkuas 4cm

  5. Halia 2cm

  6. Cili kisar

  7. Santan

  8. Kerisik

  9. Garam secukup rasa

  10. Daun kunyit (kalau ada.. ) dihiris halus

Cara2nya:



  • Kisar bahan 2,3,4,5 dalam blender.

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yg telah dikisar.

  • Masukkan cili kisar (bergantung kepada citarasa anda.. lagi banyak lagi pedas aaa)

  • Biar sehingga pecah minyak

  • masukkan santan pekat

  • biar sehingga betul2 masak (macam nak jadi rendang gitu)

  • masukkan garam secukup rasa

  • masukkan udang pulak

  • kendian, boleh bubuh kerisik utk pekatkan kuah.. lebih kurang satu sudu makan penuh

  • last sekali masukkan daun kunyit yang dihiris (kalau ada lagi best)

  • tadaaaaa.. siap!!

huhu.. cuba la.. sedap seh.. harris tambah banyak kali!! ekekeke


acknowledgement: resepi ni datang dari arwah emak aku..

Tiada ulasan: