pagi² hari dah dapat phone call dari kelate.. madeh aiman sibuk² dah tanya anak makcik kami di Kedah berapa orang.. hahahha.. orang first time dapat gaji time raya.. mesti la kena hulur lebih ye tak? yang lawaknya, siap over bajet lagi sebab ingat anak mak tam ada 5 orang.. sedangkan 4 orang je cik bedah oi! hahahahhaa

kalau orang hulur ini mesti best kan? pics google
bercerita pasal duit raya, of course, yang paling happy mestilah anak² kecil dan anak² yang kurang kecil.. bagi mama, kami menerima duit raya sehinggalah kami bekerja sendiri.. means masa mama umur 23 tahun, mama masih lagi terima duit raya sebab masa tu masih study master full time.. jadinya pak sedara semua masih hulur duit raya (thi hi hi) dan kini bila umur dah 25 (AHAHAHAHAHA.. SUKA ATI DEN AA.. UMUR DEN BERHENTI KAT 25 AJE) dan dah bekerja, mesti la kena ada bajet untuk dikeluarkan.. eventually, for past few years, masa raya ada juga bonus.. so, tak le berkira² sangat bab nak menghulur ni.. tapi kali ni takde bonus, makanya, berfikir panjang juga la mama nak membajet.. selagi pemberi gaji (kerajaan mesia) tak ada umum bonus, pastinya semua kakitangan kerajaan berkira² nak spend untuk raya.. yang lagi perit ntah ada bonus entah tidak tahun ni.. udah le gitu, kelmarin mama tengok kat berita TV.3 siap ada voting sama ada patut ke kerajaan bagi bonus sedangkan ekonomi kureng.. alahai, kesian le kat kami.. dahle sebulan aje bonusnye, pastu dikira² lagi nak bagi ke idak..
bila nak memberi duit raya, kena la juga fikir.. kalau anak kecil nak bagi berapa, yang besar nak bagi berapa.. selalunya macammana anda membajet? mama selalu siapa sekolah rendah ke bawah dapat la lebih kurang RM3-5, sekolah menengah dalam RM5 dan yang besar² dapat la RM10.. sila jangan cakap saya kedekut.. huhuhu.. sedih oo.. sebab kami family besar (lebih kurang kena hulur dekat 50ppl dalam both families) dan itu tak masuk lagi duit raya untuk adik² dan untuk both parents.. mau atau tidak, bajet duit raya kami mencecah RM500-RM700 depending on kemampuan time tu..
dah kalu kali ni takde bonus, melepet la kami nak cari duit lebih.. sekarang ni pun dok tensi aje sebab tak dapat lagi duit consultation luar.. at least, kalau dapat duit tu, lega aa.. baju raya masih belum dibayar, duit raya lagi, nak balik kampung lagi.. huwaaaaaa!!!!!!!
yang pastinya, dalam pening² mama ada yang happy time raya ni!! siapa? sudah tentu ini orang...

mama siap dah praktiskan saya salam cium tangan tau!! nak dapat duit raya punya pasal! hahahaha
aiman, nanti kalau mama kering lepas raya aiman tolong ek! tsk tsk T_T
madeh, sila simpan duit raya aiman.. kami balik tau!!