Isnin, 25 Februari 2013

buat ini, buat itu..

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

ada hari, kalau tak sempat nak bersenam, mama cuba juga buat ini kat rumah..






video kedua lagi penting.. video no 1 memang semput bagai hilang nyawa weh, mama cuma follow bila nak warm-up ja.. pastu zass video no 2. kata nak kurangkan lemak sekeliling pinggang kan? jadi kita concentrate lebih la kat situ..

pengakuan.. mama cuma mampu buat 1/2 jalan ja.. pastu al pancit al tak boleh tahan juga haha.. senaman ni memang berpeluh betul.. cuba buat 15 min ja cukup dah macam berlari 30-40minit.. pastu kalori yang dibakar lebih banyak dari berlari.. aha.. bagus kan? pelan2 prektis, nanti ok la tu..

tapi yang penting, sebelum buat make sure diri dan badan kita sihat, takde pitam2 ka lemah jantung uish bahaya.. jgn bagi badan terkejut tiba2 terus buat cardio exercise mcm ni.. maybe yang tak pernah exercise langsung baik buat senaman ringan2 dulu..

mama suka blog kevin zahri.. banyak tips yang dia bagi.. of course bukan semuanya sesuai untuk diri mama, jadi pilih aje la yang mana berfaedah untuk diri sendiri kan? pastu, nak kurus kena jaga makan.. errr.. bab tu memang mama kantoi! haha.. jadi, exercise lebih sikit la.. sambil maintain pengambilan kalori harian.. sebab nak turunkan dari 1200kcal sehari tu hazaaaabbbbbb.. semedang lapar.. pffttt.. nasi pulak tak reti tak makaan.. dah cuba macam2 kaedah tp akhirnya kalah separuh jalan.. sbb tak tahan lapar.. hahaha..

nasihat untuk diri sendiri.. senaman ni untuk diri sendiri.. sebab diri sendiri nak sihat, bukan sebab orang lain.. orang lain hanya boleh tengok, komen, bagi semangat.. tapi hasilnya diri sendiri yang dapat..

XOXO

fano, pinjam tagline ko kejap #adaakukesah ?

Tiada ulasan: