Rabu, 25 April 2012

mulut bau tak tahan lorrr

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

*all pictures are google and not belong to me :)

ahad lepas kami tengok tv jepun. rancangan variety jepun ni ada hari sengal sangat tak boleh bayang. ada hari sengal tapi informatif ada hari terlampau informatif rasa macam tengok berita/documentari.

nak jadi cerita, ahad tu kami tengok satu rancangan ni.. sengal tak payah cakap la.. tapi quite informative. so mama nak share.

lupa benarnya nama rancangan tu.. tapi depa ni test camne nak bagi bau mulut hilang. imejin sorg mamat ni jd labrat, pastu dia duduk atas conveyor belt macam kat kedai sushi tu, pi hembus nafas dia dalam 4 corong berbeza dgn ada 4 org perempuan kena bau. 1st pompuan tu adult, japanese normal org biasa. 2nd minah saleh, 3rd budak sekolah rendah, 4th pompuan pakar bau.. setiap kali org yg kena bau ni x tahan bau busuk dia akan angkat bendera merah, kalau pas baru angkat bendera putih..



so, sebelum diberi makanan mamat di kena hembus dalam satu alat (ala2 macam test alkohol tu) dan ukur bacaan awal adalah 300 (x sure unit dia).

untuk setiap kali ujian, dia diberi makan gyoza. gyoza ni ala2 cam popia tp inti daging (sini xleh le makan, unless buat sendiri) dan yang lagi best, nak bagi betul2 bau terbaik, inti gyoza ni dimasak dgn 10 ulas bawang putih (gulp!) lepas mamat ni makan, tunggu 10 minit baru dibuat ujikaji. lepas makan gyoza, bacaan alat jadi 1900 (ngeri haku) dan setiap kali sebelum ujian baru, mamat tu kena makan gyoza tu.. tsk

rupa gyoza


ujian 1. Minum susu


-- minum susu rupanya boleh menurunkan bau.. tapi tak banyak la.. bacaan turun jadi 900

ujian 2. Urut muka


-- kekdahnya, ibu jari urut bawah rahang dari telinga menuju ke mulut. rupanya bila urut camtu, air liur automatik merembes. bacaan lepas tu turun jadi 800

ujian 3. Serbuk arang



-- ya ampun, time ni mama rasa dah start dah gila depa.. mamat tu kena makan serbuk arang weh 1 sudu.. hitam mulut dia kesian gila hahaha.. bacaan turun jadi lebih kurang 600-700 x ingat exactly

ujian 4. Cuka (tapi jenis kuat)


-- ni lagi gila, dititis cuka paling kuat dalam mulut.. mamat tu menjerit2 weh.. sure pedih.. kesian sungguh la.. tapi bacaan turun banyak jadi dalam 400-500 gitu

ujian 5. Spa ikan


-- time ni nak tercirit gelak.. ade ke dibawa akuarium fish spa tu, mamat ni pakai goggle pastu buat ala2 selam n letak lidah kasi ikan tu cuci.. mak tak sanggguuupppp hahahaha... bacaan turun weh.. 350 x silap mama tapi masih ada bau la so org yg kena hidu tu angkat bendara kantoi

ujian 6. Kunyah cengkih


-- wohooo sebelum kunyah cengkih, mamat tu kena sedut sekali shisha kunyit (hahaha tak larat gelak) pastu kunyah cengkih.. bacaan terus turun jadi 330 n org2 yg kena hidu tu semua kata x bau busuk.. so yeay! cengkih win!

haha

sekian entry mengarut petang ni..

kita jumpa di rancangan jepun lain :P

Rabu, 18 April 2012

bajet busy

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


sebenarnya baru tau boleh concurrent run prog mama.. haha.. sengal..


feeling the matrix woo! haha

udang goreng telur masin

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


lauk hujung minggu

masa kawan mama datang, dapat le kiriman barang mesia.. antaranya telur masin.. huhuhu.. puas hati weekend haritu membalun telur masin, jangan tanya berapa banyak kolestrol yang telah ditelan.. hahahaha.. sabtu makan bubur nasi bersidekick telur masin.. ahad pula mama masak ini.. udang goreng telur masin n kerabu telur masin.

udang goreng telur masin tu resepi dari myresipi, dan kerabu telur masin tu dalam blog mana lupa. terjumpa masa google lauk apa boleh masak dengan telur masin yang dah siap rebus..

so resepinya..

Udang Goreng Telur Masin (asal myresipi)

Udang dalam 300-400gm (agak2 je tu)
Lada sulah
2-3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak
1 sudu makan butter
1 sudu kecik serbuk pati ayam
3 sudu makan air
lada hitam
garam sikit
daun kari
bawang putih dalam 2 ulas hiris halus
3 biji telur masin dah rebus (bahagian kuning aje)

1. Basuh udang, gaul dgn lada sulah, tepung jagung - goreng deep fry untuk 20-30 saat (nampak merah2 aje boleh angkat)
2. dalam kuali lain, panaskan minyak n butter, tumis bawang putih, daun kari
3. masukkan pati ayam, dada hitam, masuk air.. menggelegak aje masukkan telur masin.
4. masukkan udang.. gaul sebati, biar kejap atas api.. SIAP!


Kerabu Telur Masin (asal dari blog)

3 biji telur (bahagian putih aje) dilenyek
1 biji limau nipis
1 biji cili merah buang biji racik halus
5 biji cili padi - lagi banyak lagi pedas
1/2 biji bawang holland (mama xde bwg merah) - dadu n racik halus

1. Gaul aje bahan2 kat atas tu.. SIAP!

amacam senang tak? try la.. serius sedap.. papa bertambah2 makan tengahari tu :)

Selasa, 17 April 2012

friends visit Day 1

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


last week kawan2 mama datang jepun.. gembira bukan kepalang ok.. plan lama.. yang tak dapat mai cik fano kita sorang tu aje.. merajuk aku ok.. dahle rindu ko.. sob2..

anyway, chema satu family, ayza (n son) n anis mai sini utk 4 hari.. walaupun kejap, puas mama dapat jalan2 dengan depa..

1st day kami ke Osaka Castle, jalan2 Kobe dan merambu di Shinshaibashi Osaka.. banyak jalan sebelah Osaka sebab kawan2 mama duduk hotel kat Osaka..

so since kami sendiri tak pernah sampai Osaka Castle, amik kesempatan la kan..

alhamdulillah cuaca day 1 ok, cuma angin sejuk la dok bertiup kadang2 tu brrrr hehehe..

ok layan gambar (semua gambar courtesy of chema n ayza) hehe.. kami cilok aje.. :P

us rombongan cik kiah di Osaka Castle

kudapan nasi goreng siap ada sos cili mesia weh hahaha
taiyaki sedap kat kobe

sok lusa ku sambung day 2 :P takleh taruk gambar banyak2 sebab bukan hakmilik mama.. cukup kami share kt fb




Isnin, 16 April 2012

kenapa perlu hutang itu

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


berbual kat twitter sambil mengimbau kenangan tak ada duit masa zaman undergrad dulu memang tersentuh weh.. semua cerita bermula dari kisah pasal demo PTPTN la.. mama tak setuju langsung sebab demo tu.. tapi kat sini tak payah cerita pasal demo.. kita cerita pasal loan ptptn tu sendiri..

mama datang dari keluarga sederhana.. nak masuk uni bukan senang.. bukan ada duit menggunung nak menanggung mama sepanjang pengajian. apetah lagi nak berseronok gembira. tipu la cakap, bila belajar takkan taknak ada duit nak berseronok kan? muda, jauh dari keluarga, mesti ada keinginan nak berseronok. tapi dalam masa yang sama sempit wang.. apa kami buat? tak payah la sampai tahap nak berdemo sana sini.. tak kemana pun.. tak nampak halatuju.. apa akhirannya kan? yang penting, masa tu kena belajar..

of course bila dapat duit mesti la joli.. lupa kdg makan sedap2. esok duit nak pakai menyusut.. masa tu mula la ikat perut.. megi tu teman rasmi.. ape korang tak tau ke makan megi tu boleh buat otak cerdik? tak tau? hahahahahhahaa *sumpahjanganikutakutipukorangni

tak masuk lagi makan nasi putih + telur dadar + tomato mentah kat kafe KTR tu.. nak bagi ada kaler siram le kicap.. pastu makan roti ngan sambal kering emak chema bekal.. serunding tu kira normal la.. ikat perut perkara normal. jangan le berharap hari2 nak makan mekdi, restoran mewah. itu bukan nama pelajar.. berkorban ikat perut, tahan nafsu tu lumrah.. mendidik.. kena la cekal.. jangan nak manja2..

mana nak dapat duit lebih kalau tak buat kerja part-time.. kena pandai bahagi masa.. mama merasa semua tu.. jadi kerani pernah (kat SPACE-UTM), kerja sampingan sana sini semua pernah.. takmo reveal sebab bukan nak korang kesian.. mama bangga buat tu semua.. tu pengalaman... tak ada pengalaman macamtu takkan tahu erti penat lelah..

loan tu cukup utk tanggung biaya nak buat printing kerja (teringat kisah sorg student menipu mama) beli kertas, printer (ya beli sendiri) betulkan pc semua pakai kos.. kalau nak merasa itu ini pandai2 la hidup.. sebab tu loan tu ada utk membantu, bukan nak mengkayakan student..

lepas grad, baru la tahu serik susahnya nak bayar loan.. susah ok.. sapa kata tak susah... tapi berhutang wajib bayar kan? cuma betul la ada yang mama tak setuju dgn ptptn tu.. especially bab interest ni.. bab tu memang rasa mencanak2 marah naik.. tapi bayar juga.. tiap2 bulan potong gaji..

untuk anak2 mama, belajar rajin2, bior dapat biasiswa, kalau x korang duduk aje le dalam hutan potong kayu api.. NAK? *sambilcekakpinggang

sakura 2012

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

apart from having visits from friends, we managed to have a nice weekend last week. not enough pocket money doesn't mean that we have to stay home and do nothing (which most probably won't happen as the kids will constantly asking food from me) haha..

saturday morning started with hubby going to his laboratory for his routine experiment while I stay at home cleaning and doing laundry. Just after we finished lunch, pray zuhur, papa asked whether the kids wants to go out as the weather was very nice. So we decided that we should go cycling to Keage... There's an abandoned railtrack with lots of sakura! owh so nice!

god! we cycled more than 10km that saturday! pheww!!

we let the kids run (as usual T_T) and we managed to capture lots of nice picture there.. <3

DSC_0342
haha -- too many people but hey who cares right :P haha

DSC_0360
i <3 this pic papa :)

DSC_0375
and this one too.. super love!!

DSC_0447
aiman and his levitation

DSC_0497
haha TERBANG!!!

DSC_0528
bajet kawaii

DSC_0338
this one was near kita shirakawa (near our home) - the petals on the road are sakura

DSC_0383
Us having fun :)

while cycling back home, we realized it's almost end of asar prayer, so we stopped at the uni main campus, had our prayer and let the kids play soccer and bubbles, and after that we had our weekly grocery shopping.. after reaching home, I cooked dinner and of course since the kids were really tired, the went to sleep super early.. so yeay to mom n dad time :P

Sabtu, 14 April 2012

mak aih

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


kesian la blog ni.. mana la tuan dia pergi.. berhabuk weh..

dah lama tinggal macamni, jangan kata sawang, nuffnang pun lari weh! haha

google
ok2, next week kita cuba update..

moh ngarang schedule entry siap2..

happy weekend korang.. <3

Khamis, 5 April 2012

new semester

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


bermula semester ke-4.. seram sejuk.. moga semuanya ok belaka..

semester ni insyaAllah ambil 1 kelas aje.. lain2 memang kena pulun bertungkus lumus siapkan analisis..

bila mula je tahun baru, maka dapatlah benda ini

hehe

medical checkup serta botol isi urine.. oppsss hahahaha


maka untuk semua student nihon, gambarimashou!


nota: esok kwn2 sampai.. yippie!
nota 2: cikgu minta kerja yg dah siap huwaaaaaa

Rabu, 4 April 2012

mari kita

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


lupakan kejap entry2 stress (makin depressing entry2 blog ni haha).. jumaat ni insyaAllah my good friends nak datang sini.. rombongan cik kiah u olls.. haahahha.. plan dari last year tu nak mai.. mama happy sebab dapat jumpa depa ni siap tak sabar nak dapat stok dr mesia hahaahhaa

antara tempat yang nak p dgn kawan2 adalah USJ.. nak jadi lagi tak sabar sebab ada attraction baru.. mula2 plan x yah bawak bdk2 sebab tak banyak ride boleh enjoy.. sekali nampak ni terus mama n papa kata kita cuti nurseri la bawa budak2 sekali hahahahahaha

so korang, cepat mai, aku tak sabar! hahaha


website universal studios japan

weekend ni sampai selasa depan adalah minggu jalan2 dengan kawan2.. tak sabar!!! menunggu nak holiday since januari weh

Ahad, 1 April 2012

stress level

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


nowadays mama n papa rasa macam ni..


google

tak nampak jalan depan, tak tahu apa benda baru yg bakal dapat (which is the main purpose of phd), rasa macam nak quit walaupun tahu tak boleh, rasa macam nak jerit tapi tak tahu untuk apa..

kami tak berhenti berdoa.. moga jalan yang kami pilih ni dapat hasil yang baik akhirnya nanti. ya, mama sedar phd bukan boleh ubah dunia pun. tapi.. T_T







our current problem - mama buat kerja yang sama berulang2 dari bulan januari haritu.. lagi sedih bila ada komen cakap study mama ni old science (bukan cikgu cakap), buat kerja tengok data dari pagi sampai malam isnin sampai ahad.. ok, serius rasa nak nangis.. papa pula, buat labwork since dec.. result salah, heran sebab tgk method, procedure, lab equipment semua ok, patut result ok.. alih2 baru tau rupanya kamera rosak n capture data tak betul..

kami dah mula question halatuju kami. betul ke apa kami buat ni, sampai bila kena buat macamni.. mama masih bersyukur punya papa boleh mengadu.. kalau tidak mau mama tarik rambut sampai botak.. tu pun papa bukan jenis komplen.. mama yang selalu dok ngadu.. kesian papa..




sekarang persoalan yang mama nak tanya pada bakal student phd..




nak juga ke buat phd? hahahahhaha <<--- saja je kan?