Khamis, 27 Oktober 2011

review sebab seronok

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Jangan risau, review ni memang tak dibayar langsung.. apetah lagi nak menang macam Di green apple tu.. tapi mama share kat sini sebab mama puas hati (so far) dengan produk ni..

kawan2 twitter maybe ada dah tau mama beli ini (err korang tak ingat? haha) masa balik mesia haritu.. nak beli krim2 dari sini tak reti la nak explain kat orang jual tu apa jenis kulit semua.. haha.. jadi paling selamat beli sendiri la masa balik haritu kan?

gambar google
adik mama cakap krim ni berminyak sikit.. owh, maybe sebab orang lain2 la kut.. lagipun kat tempat sejuk kulit mudah kering so mama bajet ok la kut kalau pakai kat sini (agaknya kalau korang duduk dalam ofis yang sejuk gedi pun ok la krim ni)

so far mama pakai hari2 pagi, sebelum keluar ke lab.. mama tak pakai krim2 pemutih ni sebab tau dan sedor diri memang takkan putih pun -- mungkin kalo jadi mayat leh putih la kut.. tu pun putih pucat.. ahahaha lawak seram.. dulu masa study pernah gatal la pakai pemutih ni tapi last2 muka jadi berbelak n bertompok.. kat mata hitam, dahi n hidung jadi berminyak.. since then takde dah.. stop sudah..

masa sebelum kawin sampai dah ada aiman galak pulak pakai SKII owh memang best sangat la tapi koyak poket kalau continue masa belajar ni.. sebelum balik bercuti haritu tempek krim nivea aje yang mcm ni (sampai la ni dok pakai masa malam atau bila rasa kulit kering)

dah 4 tiub pakai.. puas hati.. senang masuk beg pun sebab kecik

so, apa jadi lepas tempek olay tu? so far ok la.. nampak pores memang kecik especially atas hidung.. pehtu, guna olay ni sebelum pakai bedak memang best sebab licin aje bedak tu atas muka..

nak rekemen pun tak reti kan? tapi ok la produk ni... tak semahal SKII dan nak beli pun merata ada.. mama beli pun kat carrefour midvalley aje ha.. sempoi..

owh, tayang muka lepas sebulan pakai krim ni..

muka hari ni -- err ok tak? tak cakap ok merajuk mak!! --
bedak pun nipis sangat time ni, lipstik haram memang takdak

ni minggu lepas

maka sesuai la krim ni untuk orang2 berkaler macam mama ni kan? hahahaha

Isnin, 24 Oktober 2011

2x kerja

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

ok, tau salah.. lagi2 kalau abah ngan arwah emak tau mesti baik punya kena sekeh.. dahnya mana tidak, buat kerja 2 kali sapa yang tak marah kan?

bajet asal nak buat semua solution dalam fortran.. bajet terer tapi hampagas.. 1/2 tahun diperuntukkan belajar balik segala toknenek skill yang dah berkarat macam dijemur selama berabad.. geddit? insaf aku.. nampak gaya minggu depan bakal kena marah dengan sensei sebab degil tahap gaban.. tengah tahun haritu ada suarakan pada sensei nak tukar tak mau pakai fortran nak pakai mathlab.. sensei kata "eh, nantikan awak kena mengajar fortran" GULP!! tak mampu la weh.. setakat buat solution simple boleh la.. bila dapat yang jenis input berlambak, mak adalah tidak mampu.. bukan tak mampu sebab apa tapi sebab bila dah compile n run the program, tak boleh detect mana salahnya.. hewhewhew.. malu gilak!! lagipun mama bukan programmer.. teruk ok kena belajar benda yang tak ada dalam darah daging.. sapa kata senang boleh la mama sujud ratu kat korang.. lagi2 fortran... meh aa try.. ni engineering karat kena belajar programming ok.. kehkehkeh

tapi walaupun telah salah langkah disitu, mak masih gigih.. dalam sebulan belajar ini


jangan main2.. settle 11 chapter belajar sendiri ketuk2 kepala dan tertidur bersama buku ini.. ok, tips mama, jika dah belajar fortran, belajar mathlab adalah seperti memakan kacang aje <<-- ok tipu.. tapi tak sesusah belajar fortran..

degil juga dan masih belum dapat kenalpasti taktik nak bagitau pada sensei yang mama tak mahu guna fortran.. mama rasa masih ada jalan taubat dan kebenaran untuk guna mathlab for the next 2 years.. GULP LAGI

mama bagi 2 minggu untuk buat solution baru guna mathlab.. moga senang.. tolong la.. tak sanggup la dah beberapa minggu takdak outcome untuk tunjuk pada sensei.. kang dia kata budak ni pemalas ke hape.. tsk tsk.. <<-- takut benarnya.. dah tau buat salah

moga2 tak kena marah.. hehe

owh sebelum lupa, selamat berminggu baru.. jom kerja lagi rajin

Sabtu, 22 Oktober 2011

korek telinga pun belum tentu boleh menyelesaikan masalah ini T_T

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

ya Allah, lately terngiang2 lagu ni..



dengan lagu ni



walaupun suara no 2 tu org nyanyi karaoke, rasanya nak pecah kepala mama sebab aidan dok nyanyi lagu ni sambil menari2 tengok cerita anpanman ni.. hahahahha

kegilaan aidan sekarang


bila tengok wikipedia, woohhhh rupanya anpanman ni karektor dari zaman perang dunia lagi.. kisahnya penulis cerita anpanman ni askar dan dia selalu kelaparan.. sebab tu dia buat karektor yang mengingatkan dia pada anpan (roti inti kacang) ni..

hahaha..

ok, memang lawak ok.. anpanman ni hero kepala roti.. dia dicipta oleh jem ojiisan (pakcik jem) dan battachan (cik butter) -- hahaha.. gelak weh gelak sebab karektor dia semua memang dari roti2 atau pan.. ya ampun.. ada merronpan, karepan, watak jahat dia lagi comel nama baikinman <<-- makna baikinman ni bacteria man.. haha

yang best citer ni sebab baikinman tu bukan jahat sangat pun.. last2 mesti dia baik dengan anpanman balik.. owh kelemahan anpanman ni adalah dia takleh kena air nanti kepala dia kembang (kata roti kan?) pastu kalau orang makan kepala dia sebab kelaparan.. AHAHAHHAHAA

sedih ok, tengok kartun camni aje la mama melayan budak2 ni hujung minggu T_T

Jumaat, 21 Oktober 2011

poket doraemon

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

lepas ni kan, rasa nak buat la entry2 pasal barang2 ajaib yang ada kat jepun ni.. haha.. sebab kat mesia susah nak jumpa benda2 ajaib ni.. benda murah tapi banyak kegunaan harian..

contohnya ini.. mama beli pun lepas tahu dari @yumyumx la.. berborak dengan @arifahira n @linGhazale haritu la..


*background suara doraemon -- ALAT MEMBERSIH MICROWAVE OVEN!!


tadaaaaaa

cara-caranya *bunyi doraemon lagi

dalam satu kotak ni ada 3 keping kain ajaib untuk lap microwave oven.. senang sangat nak guna.. masukkan 1 peket dalam oven, onkan oven untuk 1 minit, biar dia letup, biar seminit lagi dan lapkan oven anda!! yeay!!! (kalau range pakai 500-600W) 

verdict? -- bersih la sisa2 makanan tu.. cuma kalau ada hitam yang jenis cam kat dapur yang dah jadi cam arang melekat tu memang payah nak keluar..

yeay! suka!! pehni senang nak cuci.. harga pun murah juga la.. untuk 3 keping tu 298yen.. kira2 RM10-12.. ok la tu kan?

Rabu, 19 Oktober 2011

to write or not to write

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Here I am, sitting in front of my laptop trying to jot down everything that I thought for the past 43 minutes after Subuh... I always get some idea, then think owh ok, I'll write that later and kapoofff after 1/2 day gone I totally forgot everything! pfftt!! This time around since I can't put myself back to sleep, maybe after all, this is the best time to write.

Yeah guys, I've started writing my first chapter last week. Some might say hey, isn't that too early? especially in Japan? well, I don't know and I'm also wondering why did my sensei ask me to start this early. Was it because he think that I might turn up to be a good writer or maybe he thinks that I am one such a big bum that he need to push really hard? Oh I believe for the latter. And to make me more gabra, he ask for the first 3 chapters by end of this year! GULP!

How can I say this.. It's was not easy! Somehow I now understand what it means by writer's block. Those final year students always told me that they have mix kind of feeling when it comes to writing their thesis. Sometimes they became lazy, sometimes they think it's not enough.. well man, now I got that too!

Fine, I'll admit that though I did not start writing the chapter per say but I did put my effort of editing few papers that I have (macam banyak benor -- publish 1, presented in a seminar 1 -- both are different altogether) to become the first part of my first chapter.. and... it turns out to be some sort of an un-synchronized piece of whatever-people-may-call-it or the S word.

It doesn't sound like me. It sounded like my previous master project that I wish not to remember that part in my life. Yeah, it was THAT BAD.

So this morning, I woke up, feeling fresh, I think I want to start writing!

and I thought that since this is my work, this it my baby, why can't I workout something that will please me and my sensei? write? right?

so yes, I have some idea.. I started jotted it down.. and will tell you guys once I finish the first part of the first chapter of the first ever book on my research work.. <<<--- poyo tak hengat

till then, please pray with me so that the piece doesn't SUCK! :P

p/s: yes, I am boring, am I? 

Selasa, 18 Oktober 2011

gatai tekak

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

kalau lah boleh buat macam ni.. INDAHNYAAAA.. asal tukar season je mesti sakit tekak sangat weh!


Isnin, 17 Oktober 2011

watch at your own risk

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

sambil study kejung2 bijik mata, mama update blog sikit la.. mengantuk benarnya :P

some of you guys knew that I totally hooked to How I Met Your Mother *HIMYM series kan? well, i stumbled into another series that I found quite interesting to watch (oh please bear in mind, these series contained explicit languages and not appropriate for small kids)

source google


yeah, the content was not like some History Channel or Discovery Channel whatsoever -- tak bermanfaat pun.. these series are like fun and laid-back kinda sitcom to watch.. we always watch these series when me and papa are having our relax time after children sleep.. we could laugh together with the jokes and sometimes really get what they mean (double-meaning kinda language) so finding a new laid-back series is kinda fun for us..

so last week we started to watch this

source google


COUGARTOWN and man this series is hilarious.. it was about a recently divorce 40 year-old woman who for the past 20 years has been an obedient wife when suddenly after divorce found herself missing all the excitement of being 20 years old..

although the content is a little racy but i find it entertaining.. well, if you guys are those who love to watch sex and the city type of series, this wouldn't fail you..

so, happy watching XOXO

don't bother me.. this is just me channeling my bore

admitting the fact

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

this might be the official countdown before I hit the big 3-0! well, I definitely not going to have any party in vegas, but still, this is like major event! of course I wish to have a nice private gathering with my family but it is still a long way to go (3 month's exactly)
tua dah :P

before hitting the new decade, I wish to reflect some of my mistakes. believe me, this is hard. although some might say this may be late but I think it's better to be late than never. don't worry guys.. this is merely my own fault. I don't want others to have the same problem as I do. I'm currently still trying to sort things out but I think it is best to really reflect this problem and share it with you guys so we can have something to learn by not following my mistake.

admitting this problem is like having to 'buka pekung didada' -- yup, it was that bad.. and it became like 'barah' since coming to kyoto.. sebabnya i thought by solving it slowly somehow this will end.. NOT!

so what was my problem?

malu ok..

tapi demi kebenaran dan perlu untuk diselesaikan..

yes, I have money problem..

and I mean really big problem..

I cannot curb myself from spending..

It's really bad..

dan sumpah taubat nasuha tak mau dah jadi lagu tu..

and how glad i am when my father and husband unconditionally helped me through this problem.. seriously babah, papa, terima kasih banyak.. and I'm sorry to cause you trouble.. malu la dah tua2 masih perlu babah dan suami untuk bantu..

it started when i had my first credit card.. owh seriously credit cards are the BIGGEST DEVIL!! please guys, manage your money carefully..

eh, jangan pula korang ingat mama dikejar along ke atau dah bankrup.. tak2.. tak le sampai tahap macam tu.. cuma sebab rasa masalah duit ni boleh selesai sikit2 maka mama ambil mudah.. ha sekarang ampun! serik!! tak mahu dah berhutang kredit kad..

sedih fikir sebab umur 30 and where does all my gaji goes? spending unnecessary things thinking that those things may give me some happiness.. BOO mastura! I still have my savings here and there.. but still, orang lain umur 30 macam2 aset ada and me? aiyoh.. segan.. (assets in this context means things that generates money for you -- rumah yang dibayar secara hutang tak dikira sbg aset)

sebab tu, I will try to resolve my credit cards problem before coming back to malaysia.. i want to clean up my name, start fresh when coming back and have extra savings for the family.. malu la sebab abah n papa still help me with monetary -- tua dah weehhh!!

to my children, insyaAllah, mama akan sentiasa ingatkan kamu supaya berhemah (my parents did that too but still I had to learn it this way :( -- and i'll make extra effort to learn how to generate good money

so fasten your seatbelt mastura, next 2 years will be hard for you.. start saving and plan for your future -- of course that does not mean that I cannot splurge on anything.. i just need to remind myself to buy only necessary things!

pheww!! i just felt that i've release my biggest fear here -- fear of not able to settle my monetary issue!

owh btw, please don't ask me to join anything on MLM and whatsoever.. am certainly and definitely not interested!

your views are much appreciated :) XOXO 

Jumaat, 14 Oktober 2011

Yosei Neuji Kindergarten Sports Day

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Pejam celik harini dah jumaat.. ya Allah, kejap betul minggu ni berlalu.. semalam mama memang tak dapat buat apa2 sebab budak2 demam.. papa pula ada labwork n kelas jadi mama la kena stay kat rumah teman budak2..

so harini nak share gambar pasal sports day kat kindergarten aiman n aidan -- last saturday (8/10/2011)

hari sukan untuk budak2 kecik ni tak ada jenis2 paksa2 kena menang.. semua orang akan buat fair n square.. tapi practice bagai nak rak.. haha.. tak apa la janji budak2 happy.. hari sukan kali ni lagi best sebab semua kena participate.. emak ayah dan anak2.. so sebab mama kan baru balik dari mesia, mama tak tahu banyak persiapan dah buat.. mama cuma join game dengan aidan je.. papa main dengan aiman..

untuk umur aiman, dia ada game meniti atas titi, lompat sana sini haih, seronok la awang sorang tu.. yang aidan pulak menari dengan mama, berlakon jadi kuma-san (encik bear)

pastu ada pulak parent n child punya game.. aiman lari dengan papa dalam seluar besar.. hahaha.. comel sangat..

lastly ada game parents aje..

game semua simple.. tak ada hadiah tapi yang seronok sebab semua parents participate.. huhu.. enjoyable betul..

dah tak payah banyak cerita, jom layan gambar.. banyak ok gambar.. harap korang enjoy :)

sportsdayaiman
mula2 duduk dalam ruang kelas..
tgk abang n kakak umur 5 tahun buat opening ceremony

sportsdayaiman1
kelas aiman

sportsdayaiman2
aiman lumba lari :)

sportsdayaiman3
aiman nak beratur pun dia pusing main2 dulu hehe
sportsdayaiman4
meniti atas titi -- laju sebab selalu practice kat curb jalan.. hehe

sportsdayaiman5
acara ala2 gimnastik gitu 



sportsdayaiman6
cikgu buat cam pengangkut.. comei!

sportsdayaiman7
lari kutip cendawan

sportsdayaiman8
aidan nak masuk gelanggang ni.. hehe

sportsdayaiman9
masa tengah nari boleh pulak nampak papa
sportsdayaiman10
aiman n papa lari dalam seluar besar

sportsdayaiman11
beria-ia.. :P




Selasa, 11 Oktober 2011

how the weekend goes

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p

minggu baru bermula hari selasa buat kami di jepun.. 3 hari cuti tapi rasa kejap sangat.. maybe sebab otak yang letih bukan badan -- bab tu mama akan cerita kemudian..

hari sabtu kami ada sports day nurseri aiman n aidan.. ada banyak gambar nak share tapi esok ek sebab lupa tak transfer dalam pendrive.. blk dari sukan tu mama tak larat masak so lunch di kafeteria campus aje (haha makan murah n sedap -- kebab) budak2 happy sebab dapat makan aiskrim lagi.. habis comot muka n baju..

Picture
musang comel makan

petang tu buat projek potong rambut aiman.. bertangguh dari sebelum balik mesia lagi.. sebab mak dia potong sendiri kan? so rambut aiman potong sikit kasi nampak hensem bergaya -- kawan2 kata rupa aiman dah nampak macam papa :)

Picture
aiman new hairdo

ok tak? boleh jadi tukang gunting rambut tak mama lepas ni? hehe

malam tu aidan tidur awal.. letih sangat dari siang bersukan.. hahaha.. pagi ahad tu kami start fresh.. lagi best sebab papa buatkan breakfast.. wooooo.. first time ok rasa air tangan papa.. sedap la papa.. boleh buat lagi kan? hehe.. bodek kuat :P

Picture
chef papa

ahad kami ada gathering dengan pelajar baru yang sampai ke kyoto.. welcome semua.. bertambah jumlah orang malaysia.. seronok.. pasni macam2 aktiviti boleh buat sama2 kan?

petang lepas gathering tu kami ikut amir pi nursery pokok2.. aaa.. projek dah lama plan nak buat.. tapi tak terbuat.. mama teringin sangat nak tanam pokok2 herbs.. jadi dah ada amir (bdk ni phd in forestry, so imagine la dia punya teknik penanaman memang mengagumkan.. haha.. rasa cam pi kursus ok.. hahaha)

so ahad tu mama beli rosemary aje.. gemuk2 dah dia senang nak cantas buat masak.. haha

Picture
rosemary baru sampai rumah :)

isnin memang lepak rumah.. cuti umum kat sini -- cuti hari sukan.. dah korang jangan nak tanya lebih2 sebab mama tak tahu pasal apa jadi cuti tu.. hehehe.. so semalam pagi lepas breakfast kami keluar beli barang2 rumah.. banyak benda habis so settle beli semalam.. kat kedai yang kami pi tu memang ada jual pokok2.. ape lagi, mama pun beli la gak -- basil, oregano, daun sup.. dan sikit bunga2.. ada satu yang aiman pilih.. nak sangat bunga yang tu maka layankan.. mujur murah.. satu pokok cuma 98yen (lebih kurang RM3) boleh la buat2 start.. harap2 pokok2 ni bertahan la nanti time winter..

Picture
my new babies

so harini masuk lab.. plan asal nak jumpa sensei harini.. tapi kensel.. jangan tanya kenapa.. serius tak tau nak cakap.. ok la.. happy working semua.. muaahhss

Sabtu, 8 Oktober 2011

sambung entry

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


so sambung lagi entry balik mesia.. isnin lepas balik dari JB, terus zass ke USM.. almaklum, kerja harus settle sebab tu tujuan utama.. terima kasih kat babah sebab sudi teman mama balik.. dan siap hantarkan kami ke rumah makcik ida di alor setar.. for 4 days mama tinggalkan aidan pada makcik ida sebab nak buat kerja habis2an..

selasa malam mama dapat tidur rumah sendiri.. owh heaven.. mujur ada dira yang sudi teman mama (sayaaanngggg kat ko! muah!) lepas ni siapa nak teman aku tidur lagi weh? haha.. dira selalu teman mama tidur.. serius! dari zaman belajar lagi.. since master, bawak ke kerja sampai dah ada anak dua.. ok, mama memang manja.. ampun.. dapat kawan2 macam dira, pano n chema adalah sangat heaven! tu belum lagi masuk kawan2 baik mama yang sama2 susah senang.. nak senaraikan memang panjang.. aku tak lupa korang weh.. sumpah! (takut merajuk kanggggg)

selasa tu dinner dgn dira n nana (maimunah -- sama nama adik mama *nana) kat seafood sebelah kastam (eh kastam kan tu?) penang.. kalau korang turun jambatan pulau pinang, sebelah kiri jalan menghala ke queensbay tu.. wah malam tu dinner ya ampun, sampai2 je rupanya dira dah siap order (i lap u very strooonnggg bebeh!) kenyang ya ampun.. siap dah makan boleh pulak pi melepak kat queensbay.. mama cari sandal utk pakai n dira n nana nak minum coffee bean -- layankan.. mak perut penuh tak mampu nak sumbat..

with dira and munah
dira n nana -- na, aku doakan ko selamat pi haji dan moga dapat haji yg mabrur
rabu malam pulak mama tidur rumah dira.. kesian makcik dira ni sakit perut maka duduk rumah aje malam tu tapau dominos.. khamis malam pulak teacher miah datang rumah mama.. syok gila havoc!! haha.. sakan ok teacher miah mai.. malam tu kami dinner kat seoul garden juru.. boleh tahan juga food nya.. kami amik buffet aje rm29.90 sorang.. 

miah n dira
miah n dira -- loveeeee

untuk 3 malam mama ditemani kawan2 ya Allah seronok ok.. rasa macam kat utm balik.. remaja gitu... ferahsan! siang buat kerja, malam lepak kawan2.. huhu heaven..

jumaat petang tu lepas maghrib mama rush balik alor setar.. ambil aidan.. mama tidur rumah makcik ida malam tu n pagi sabtu mama balik KL.. sebab, ada gathering dengan #ahlijemaah woot woot! hahahaha

aidan n uncles
aidan dgn paklong, pakngah n paksu -- happy!
petang sabtu mama zass ke putrajaya ke rumah sufee sebab kami buat potluck.. tapi lawak mama cuma bawak KFC aje weh.. tak sempat la nak buat apa2 sebab mama pun dari alor setar kan.. kawan2 ni mama kenal thru twitter.. yup, twitter brought us together.. :)

tapi memang seronok betul sbb first time jumpa dengan jemaah tapi ngam betul kami.. alhamdulillah.. food haritu ya ampun.. dari pavlova siti, quiche baiti, kek renbow cpm, garret sedap verde, coklat n bihun tuan rumah sufee, chicken wing pedas tebabom nad -- banyak lagi tak termakan.. ya Allah kekenyangan wehhhhh!! yang best havoc petang tu rasanya memang wajar kalau nak buat gathering kena letak #ahlijemaah setempat je sebab memang best!!! hahahahhaa.. gambar banyak kat blog #ahlijemaah.. mama cuma nak bubuh satu gambar ada kami semua -- except si fiza n yaya la sampai lambat.. haha.. tapi si fiza la paling best.. takpe fiza, aku sayang ko, jangan risau, rahsia ko dalam simpanan kami MUHAHAHA *evil laugh

gambar ihsan nita

dari kiri -- Siti, Azza, Nannoor, Baiti, Sufee, Anita,
belakang -- Nad, Verde, Fatin n CPM

verdict lepas jumpa depa semua ni? AKU SAYANG KORANG KETAT2 -- hahahhaa

over ek? serius depa ni memang selamba dan easy going.. 


malam tu pulak balik dari potluck jemaah tu, mama celebrate birthday tok ayah..

aidan n tok ayah
sorang lagi cucu tok ayah takdak tiup lilin T_T
it was very close quiet birthday party.. we had pizza and cake that night.. yg sunyi sebab tak ada papa n aiman.. sambut la kami anak beranak malam tu.. tok ayah, kami doakan tok ayah panjang umur, sihat, murah rezeki dan dirahmati Allah selalu.. amin.. sayang tok ayah..

ok, lepas ni sambung citer lain lagi..

:)

Khamis, 6 Oktober 2011

long time no see

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


so apa mama buat masa balik mesia, apart from kerja menimbun, sempat mama jumpa few friends.. yang tak sempat jumpa tu minta maaf zahir batin -- serius.. korang jangan merajuk ok.. i lap u olls.. masa tak mengizinkan sebab banyak benda disettle..

Sampai KL Khamis 15hb malam.. letih rasa terbalik.. sampai2 je disambut oleh babah, makcik, acu bear dengan madeh (orang adela rocks!).. malam tu sempat pekena teh halia (miahaha.. kasi jeles papa) n roti banjir.. malam pertama n kedua tidur rumah babah..

Jumaat 16hb tu kami buat makan2 sikit.. tapi sebab pak chaq nak ke rumah pak jang tengahari tu, maka tak sompek la nak jamu soto.. ketupat dan rendang aje le jadi hidangan..

tapi sempat ambil gambar buat kenangan.. hehe

family1
pak chaq satu family, kami n madeh.. makcik kerja pagi ni

petang tu family belah arwah emak pulak datang.. syok.. lama tak borak2.. ada ude, wancu, wancik dan sepupu2 kesayangan.. makan sampai kekenyangan.. menu soto n bihun sup tulang.. senang ajo la benda simple buat2.. ude, wancu n cik bawak dessert.. yummsss.. siap rojak la, cakoi la, kek coklat la.. ya ampun... kenyang sangat2..

family2
SUKA sangat gambar ni.. <3 <3 <3

sabtu tengahari mama n aidan ke rumah nenek (MIL) -- kami lepak makan2 open house kiri kanan jiran rumah emak.. haha.. sempoi..

ahad tu lagi best, mama tinggalkan Aidan kat rumah nenek and zasss dengan madeh n acu bear je JB!!! ooOOoo agenda ditunggu2 oleh 3 sekawan benornya.. planning terbaik sangat2.. dan sangat gamble siap beli tiket flight nak ke JB sebab nak jumpa 2 kesayangan mama.. sambil tu sempat juga jumpa ealyie n makjed -- like!!! ealyie mama kenal dah 3 tahun weh! lama tu.. tapi tak pernah jumpa.. tu la first time jumpa.. makjed baru kenal.. tapi dengan depa dua ni ngamho! best! tq korang sudi jumpa aku..

jemaah1
ealyie n mummyjade

breakfast di JB memang tak sah kalau tak pekena kacang pool.. terangkat! lepas je breakfast mama n geng ke CS -- ok, kami takdak ide nak pi mana.. pi CS siap pi urut kaki sambil lepak2.. ya ampun.. goss dari pagi sampai ke malam.. penutup goss di rumah chema.. seronok sangat.. fanor, chema, aku sayang korang sangat2.. biar la jauh merentas benua, tapi aku sayang korang tau.. XOXO.. haha.. cam ape je kan?

3-sekawan-8
acu bear, fanor, chema, illya, mama and madeh
serius rasa pi ke JB adalah sesi melepas rindu teramat sangat2.. letih pun tak rasa weh sebab puas hati dapat jumpa dengan kawan2 mama ni.. chema, fanor, aku tunggu korang bulan 4 ni.. kita kasi gegar Kyoto! haha

balik KL zass mama balik rumah MIL.. sebab agenda minggu berikutnya lagi havoc..

ok, sambung entry lain.. ada lagi gambar2 perjumpaan dengan org2 kesayangan.. muaahhhsss

Rabu, 5 Oktober 2011

pengakuan

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

2 kali taip entry 2 kali juga tak publish.. haha.. sindrom kemalasan adalah sangat tinggi nak update blog.. tapi sayang, i know there's my family and friends who misses me here (eh, ade ke? ok, bajet aje le ade)

alhamdulillah, tengah malam ahad lepas mama dan aidan selamat tiba dirumah kecik comel kami di kyoto yang permai ini.. papa dan aiman menanti kami di kyoto station aje sebab mama dah beli tiket train siap2 sebelum balik mesia haritu.. tak ngapa la.. yang penting selamat sampai walaupun bahu dah rasa nak tercabut sebab carry aidan kat belakang dan beg didepan macam ni la lebih kurang

Picture
masa blk mesia bdk tu 10kg, blk jepun balik 11kg!

lepas 2 minggu mama berjaya menggemukkan diri sebanyak 2kg T_T haha.. penangan makanan mesia.. pagi nasi lemak, tengahari nasi lauk, petang goreng pisang n keropok lekor, malam makan seafood.. ngeri bila memikirkannya.. hahahahaha.. dah2 harus kembali semua ke tabiat asal.. so bila isnin kemarin makan ini balik,

Picture
menu insaf

perut punya la berkeroncong.. macam kan puasa lagaknya.. ampun.. perut sudah berubah dari stokin saiz M ke saiz L -- ngeeee.. pastu selera pun dah lari.. sedap tibai belacan semua tiba2 balik kena makan benda plain adalah seperti langit dan bumi.. 

kyoto adalah heaven lagi2 bila favourite season mama dah muncul.. sooooo love autumn.. suhu siang hanyalah 21deg.. fefeling di cameron highland ok.. syok.. yang tak syok hanyalah sakit tekak dan batuk mula menyerang.. tsk tsk.. moga2 cepat le baik.. aidan alhamdulillah sihat, batuk sikit tp tak kerap.. aiman genki as usual.. lompat sana sini dan tak puas2 tanya mama dan papa.. papa pula kurus dengan jayanya.. T_T have to feed him more.. dah takde dah belly bear dia tu.. rindu ok peluk belly comel itu.. apekan daya, seluar jeans dah berubah menjadi seluar jerut.. sweater yang beli tahun lepas pun dah gelebeh.. skrg papa pakai sweater mama, habis mama? ngeeee alasan membeli sweater baru muncul! miahahaha

ok, dah banyak merepek.. hope my updates entertain you guys..

<3 mama