Isnin, 31 Januari 2011

Masa sejuk2

Semalam tak ke mana2 sebab sejuk tak ingat mau terkucil bila memikirkannya.. Jadi kami buat sesi gemukkan diri..

Tengahari mama masak nasi butter, roast chicken (resepi kak ttm), kurma daging n jelatah..

Petang kami makan kuih lapis, tak sempat ambil gambar habis kena makan dgn anak2 n bapak budak..

Malam mama buat beef stew.. Mama makan dgn spaghetti, papa mkn ngan nasi.. Budak2 kenyang satu hari tu... Hehehe





Resepi?? Tunggu aaa jap..



- Posted using BlogPress from iPhone mama

Jumaat, 28 Januari 2011

Tokyo D2

entry tertangguh ni.. dah alang2 meh sambung..

sebelum ni mama citer pasal Day 1 kat sini kan..

Pagi D2 atau hari nak balik mesia tu, kami bangun siap2 keluar dari hotel pukul 10 gitu.. tumpang letak beg kat hotel kejap, kami pun keluar..
okeh, dah siap nak kuar

Khamis, 27 Januari 2011

emak cakap

nengok retis dua orang tu pelik betul berebutkan lelaki.. malu la.. awak tu perempuan.. dulu2, arwah emak selalu pesan, benda kalau belum betul2 confirm dapat jangan la kecoh2.. kang kalau terlepas macammana? haa.. ni la jadinya.. pung pang pung pang dah satu mesia tau ko cinta la, kawin la, cerai la, ditinggal la.. malu ok.. mana letaknya kehormatan korang sebagai perempuan ek..

yang lelaki pastinya bersorak sebab dua perempuan berebutkan dia.. eee.. malunya..

cuba la jadi perempuan yang baik.. sebab perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik.. vice versa..

dah, merepek dah ni

Rabu, 26 Januari 2011

Wordless wednesday (3)





- Posted using BlogPress from iPhone mama

Selasa, 25 Januari 2011

cedok

semalam masa mama dok korek2 internet cari idea untuk speech awal bulan depan (speech kelas bahasa jepun - yikeesss!!) mama bagitau kat cikgu nak cerita pasal bunga kebangsaan mesia - bunga raya la..

godak2 internet jumpa la link ni..

link 1

peratikan ayat2 dalam blog ni.. mama rasa ini penulis asalnya..

pastu, korang tengok pula link ni..

link 2

aaaa.. giler tak? cedokkan bulat2 ok.. tanpa rasa perlu credit pada penulis asal.. siap ada ayat kat bawah tu seolah2 dia mengkarya asal teks tu.. aduhai.. inilah yang dikatakan tak memahami konsep meminjam kata2 atau quoting..

dalam adab penulisan.. tak kira ilmiah atau tidak, jika kita nak refer pada ayat seseorang atau mencedok idea beliau, kita perlu bagi kredit atau acknowledge sumber asal kita.. tak kira la hatta google sekali pun, kita perlu mention atau letak dalam penulisan kita..

malu la, mengaku sesuatu yang bukan hak kita.. kalau tak kantoi satu juga.. ini bulat2 kantoi.. sebab tu banyak blogger dan penulis2 marah bila idea atau karya mereka dicedok tanpa kebenaran dan kredit..

masalah plagiarisma ini bukan setakat orang2 biasa aje.. dalam dunia akademik ni berlambak2 masalah ini.. sebenarnya kita kena didik diri sendiri supaya hargai kerja orang lain dan dalam masa yang sama jangan meniru! ye.. diulangi jangan meniru!!

masa mama mengajar tahun2 sebelum ni mama memang banyak jumpa student yang jenis suka meniru kerja orang lain. tahu atau tidak, cikgu2 atau mereka yang berpengalaman dalam bidang mereka sure akan tahu sama ada tu kerja asli pelajar tersebut atau hasil tiru.. sebab selalunya orang yang meniru ni tak bijak.. kalau meniru dengan bijak sure kita akan jadi bangsa yang lebih hebat.. sebab bila kita meniru dengan bijak, kita akan jumpa kesalahan atau kekurangan sumber asal dan kita akan improvise supaya ia menjadi bertambah baik, betul tak?

sebab tu masa ada student kantoi 2 orang (ni cerita benar) meniru report, mama punya la mengamuk.. disuruh mengaku tak mau mengaku.. last2 bila ugut fail subjek tu baru mengaku.. padan muka kena ceramah dengan mama.. nak tau kantoi sebab apa?? mama ajar subjek tanah, tapi depa dua orang ni bijak bistari buat summary untuk report tu berkait dengan konkrit!! tak ke hangin satu badan.. habis mama ngamuk berleter panjang berjela.. haish.. bikin malu aje!

so, pengajaran kita hari ini, jangan buat C&P (copy n paste), cedok tanpa kebenaran, plagiat dan apa aja la jenayah penulisan ni lagi.. INGAT!! kalau kita buat benda tak baik, satu hari nanti sure kantoi!!!!

Isnin, 24 Januari 2011

today's letter is T

dah lama tak bawa anak2 jalan ke tempat yang diaorg suka bukan mak pak dia yang suka..

kami pun start minggu ni nak bergelumang dengan dateline banyak, jadi buat siap2 dulu agenda dengan anak2.. terfikir la mama nak p mana weekend lepas..

kami decided p museum train atau lebih tepat lagi Modern Transportation Museum di Bentencho, Osaka

jom bubuh setem dulu.. CHOP!

Khamis, 20 Januari 2011

Kojap ajo

Kejap je dah hari khamis.. Esok jumaat pastu dah hari minggu.. Org mesia cuti kan harini? Best tu.. Mama kalo cuti ni la yang plg tak best sebab tak tau nak buat ape masa sejuk2 ni.. Xkan nk buat anak lak kan? Oooppppssss

Kyoto skrg cuaca siang dlm 4deg.. Sejuk tak yah citer le.. Tp alhamdulillah satu dua hari ni xde snow.. Snow sejuk sgt ok.. Nk berfikir pun kerassss aje.. Muhahaha..

Minggu depan cikgu besar xde.. Hujung bulan baru kena jumpa dia blk.. Agak la la la disitu..

Ok, udah.. Nk lelap mata kejap sblm smpi lab..




Gambar takde motip


- Posted using BlogPress from iPhone mama

Rabu, 19 Januari 2011

wordless wednesday (2)




Isnin, 17 Januari 2011

semangat membuak2..

semalam kuar kejap ke sanjo konon2 sekadar nak tukar2 duit dan makan tengahari (dapat juga makan udon dengan tenang semalam).. pastu bisik2 papa, boleh tak nak tabur sikit duit kut2 nampak benda murah? papa kata boleh aje.. ape laie? ala2 naik sheikh gitu..

agaknya sale ngabihkan stok kut kat kyoto ni.. merata2 sale.. ape jadah korang ni ha? sokmo sale? kekekeke.. tak kisah la.. maka kami pun jengah kaki masuk uniqlo.. mmm.. tak best..

pastu masuk pulak Gap.. weee... best2.. papa dapat cap n muffler, aidan dapat 3 helai t-shirt (ada additional less maka tinggal 640yen - RM25) aiman tak beli apa2 sebab dah banyak barang awang sorang tu..

mama pun melilau la gak nak cari something untuk diri sendiri.. alih2.. hampaassssss.. dalam hidup mama, paling sakit hati tengok baju2 cantik tapi saiz 0, saiz xxs (extra2 small??? taik aa luuuu) itu adalah bongok.. aku nak kena kurus sampai camne baru nak boleh pakai baju2 tu? bengkek ati ok.. takkan nak kena jadi cam jerangkung baru leh muat pakai.. kalau kat GAP mama saiz m.. standard la kan? tp yang tak leh blah sebab saiz baju yang tinggal xxs dgn xs je.. ape jadah buat sale! baik bagi sedekah aje weh.. itu pun kalau bagi kat mama aku buat jadi kain buruk aje noks

kadang2 designer ni tak logik dek akal.. menggalakkan orang jadi aneroksia je le kekdahnya.. diet2.. belahak ku nak diet lagi weh! anak dah dua takkan nak nampak tulang2 lagi weh?? giler! hangit satu badan ok..

tolong la para designer baju.. tengok la realiti.. badan wanita ni camne.. yang curvy2 cam mama ni mana nak dapek merasa baju cantik2.. sokmo takdak saiz.. kesian la kat kami weh!

ahahahhaa.. sekian luahan hati seorang GEMS.. muhehehehe


Licin menciutkan!

*baca gaya iklan sunlight gitu

harini hari pertama mama bawa basikal atas ais.. ye weh!! atas ais!! malam tadi heavy snow so pagi ni penuh snow atas jalan.. sebab kena p kelas awal, maka mama try la buat2 ala superwoman bawa basikal gitu... verdict? NGERI.. muhehehehehhe.. sebab licin dan kena lebih hati2 maka lambat juga ku sampai ke kelas..

tapi syukur juga bawa basikal sebab kalau jalan kaki sahaja alamatnya basah la kasut ku itu.. elaun oh elaun, sila la masuk cepat sikit.. nak beli kasut snow.. hihihi.. masa jalan atas ais kena lebih hati2.. licin tak hengat.. silap haribulan tergelincir sapa nak tengok emak bear jatuh gedebuk bap atas jalan? maluuuuuuuu nnoookkkssss

harini mama ke lab semula.. dah mula sihat balik kecuali batuk2 sikit n selesema.. segan banyak hari tak mai lab..

selamat berminggu baru korang.. kerja rajin2 ok.. mama kena ngadap tuan sensei minggu ni.. kalau tak jumpa juga minggu ni makanya ke laut la research ku.. takdak hala tuju.. huwaaaa :(

Sabtu, 15 Januari 2011

Malam minggu

Ni dah tahap asal batuk terkucil, asal batuk terkucil.. Tak masuk lg suara kejap ada kejap takda.. Ya Allah, azab ye.. Dugaan betul.. Dah 6 hari blk kerja masih belum boleh mula.. Malu ok.. Sob sob sob..

Korang buatpe malam minggu ni? Kami tunggu kut ada rezeki snow mlm ni.. Huhuhu


- Posted using BlogPress from iPhone mama

Location:Kyoto,Japan

Jumaat, 14 Januari 2011

new year, new me

orang lain dah berjeman tondan (lama sangat dah - ni term kawan mama 'chema') declare azam tahun baru.. sorry.. mama sebenarnya tak prepare langsung nak masuk tahun baru.. balik mesia was kelam kabut, happy yet there's too many unsettled things (sampai bila2 pun unsettle kan?) so I really didn't had much time to reflect about 2010..

2010 tahun yang baik, banyak pahit manis mama lalui tahun 2010..

jadi azam tahun ini - 2011 adalah






























TAKE LIFE EASY.. JUST GO WITH THE FLOW


ye.. gelakkan pun xpe.. sebabnya mama ni jenis sentiasa kepala otak dok serabut menyusun atur agenda hidup.. this time, mama nak lalui hidup ni dengan tenang.. lagipun umur dah nak masuk ti.... OOOPPPSSS ahahahahhaha mama rasa dah patutnya mama bertenang tak serabut2 otak sambil menikmati hidup ni..

in my case, mama bukan la nak bersenang lenang.. cuma mama nak gembira lalui fasa buat PhD ni.. takmo aim tinggi2 pastu haram satu pun tak boleh capai.. teruk gitu.. akhir nanti habis tahun 2011 ni tak ada kemajuan.. mama nak seimbangkan study, family time n me time.. dan yang paling utama, mama nak lebih banyakkan ibadah... kut2 la tahun ni mama mati, camne? ngeri ok bila fikir bab itu..

nak berazam menambah beg2 tangan, harta2 kekayaan tu rasanya idakle.. tahun ni juga mama nak basmi hutang.. huhuhuhu.. moga2 by the time blk mesia kewangan lebih stabil.. langkah pertama nak bagitau, mama tak pakai kedit kad masa balik mesia.. ffuuhh.. pencapaian ok.. julung2 kali noks.. harap2 dapat berterusan.. amin..

ok.. pasni kita pulun entry merepek.. banyak idea dah ni.. :P

nota: new me part adalah.. rambutku telah kontot seperti rihanna - sila bayang ku menari lagu umbrella dalam rumah abahku haritu.. muhehehehhe

Rabu, 12 Januari 2011

Wordless wednesday (1)


- Posted using BlogPress from iPhone mama
Location:Kyoto,Japan

Selasa, 11 Januari 2011

syoh syoh spidey

uhuk2 *sambil batuk - cuba untuk menghalau spidey yang buat sarang kat blog ni..

I'm back in Kyoto, dearies.. not feeling well though.. harini udah masuk lab balik.. tapi siap berbekal asam n orange juice.. huhuhu..

ok, akan update later..