Isnin, 24 Januari 2011

today's letter is T

dah lama tak bawa anak2 jalan ke tempat yang diaorg suka bukan mak pak dia yang suka..

kami pun start minggu ni nak bergelumang dengan dateline banyak, jadi buat siap2 dulu agenda dengan anak2.. terfikir la mama nak p mana weekend lepas..

kami decided p museum train atau lebih tepat lagi Modern Transportation Museum di Bentencho, Osaka

jom bubuh setem dulu.. CHOP!

sebab train tak mahai dan memang museum ni betul2 bawah stesen train, kami pun pegi la.. sebelum pegi mama dah siap2 kasi budak2 n bapak budak makan nasi siap ayam masak kicap.. dengan berbekal sandwich tuna, kami gerak..

kalau nak ke museum ni banyak kaedah dia.. sebab kami naik Keihan line dari Kyoto, kami tukar ke JR line dari Kyobashi hala ke Bentencho.. senang aje..

fee untuk masuk adalah 400¥ untuk dewasa.. 3 tahun kebawah free.. selamatttt.. masuk2 museum ni memang banyak la aktiviti boleh dibuat.. budak2 memang confirm seronok.. naik model train, tekan button sana sini nak tgk camne train jalan n gerak.. tengok model train siap track dia besar siap buat cam bandar lagi.. BESAR!!

tapi yang mama kagum sebab depa boleh cerita sejarah pengangkutan depa terutamanya train dan siap ada evidence n record - kagum sebab mesia bab rekod merekod memang hampagas.. detail explanation dia dan very interesting.. walaupun banyak dalam bahasa jepun, tapi ada sikit2 translation untuk orang luar faham.. semalam masa kami p tak ramai tourist.. tgk banyak org jepun je.. agaknya tourist tak minat la kan benda2 camni..

so, bagi korang peluang la kan tengok museum tu camne..

ha.. enjoy gambarnya ye..

cerita ringkas sejarah train di jepun

train yang paling laju kat jepun (shinkansen) buat masa ni Nozomi N700 tu.. kami dah dapat naik dah masa p tokyo haritu.. 300km/j ko.. laju juling biji mata nengok keluar

yang ni shinkansen pertama jepun.. tahun 60-an

driver2 shinkansen - yang paling kiri tu yang mahai sekali.. hhahahaha

ape la yang korang lopongkan tu anak2 oi

mama, ni ape ni? - soalan feveret aiman masakini

yang ni badge untuk station2 di jepun dolu2

peta kerajaan untuk laluan keretapi

tiket2 lama

yang ni enjin diesel.. boleh naik n masuk tengok

signal system operation pun dia tunjuk

sama dgn aiman punya la mama - shinkansen Rail Star... belakang tu plate train rasanya

private company yang ada train line - fyi, train private tiket dia lagi murah dari gomen nye train (JR)

mama, tengok ni..

kami di luar sebelum balik

aiman memang happy la.. mama rasa dengan 400¥ berbaloi la museum tu.. entertaining dan banyak manfaat.. mama plan dengan papa we should do things like this more often.. tengok2 museum n appreciate ilmu2 ni..


insyaallah this weekend kami nak p tengok festival hantu jepun.. dengar citer depa baling2 kacang.. owh, kenapakah.. hehehehehehe

1 ulasan:

Oyis berkata...

oh baling kacang nak rejam hantu kah heheheh....

mmg seronot gi muzium ni sbnrnya. nak2 musim sojuk ni, haih kena cari alternatif jln2 and outing yg indoor2 ajo la, mcm muzium, akuarium, cinema, etc. x tahan duk luar lama2!