Selasa, 7 Disember 2010

sifu, mentor, big boss

all in one..

these are my mentors.. i really look up to both of them.. they help me and papa a lot.. guided us, mentoring us.. hopefully we will be like both of you in the future.. kami betul2 sedih tak dapat join syarahan umur prof berdua.. kami doakan prof berdua cemerlang di masa depan, sihat dan dipanjangkan umur dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang untuk negara dan agama.. amin

these are taken from USM website..



Pada 15 Disember 2010 satu lagi tinta sejarah akan terukir indah dalam lipatan sejarah PPK Awam apabila dua lagi pensyarah kanannya iaitu Profesor Dr. Meor Othman Hamzah dan Profesor Dr. Fauziah Ahmad akan menyampaikan syarahan umum mereka dalam suatu Majlis Pelantikan Profesor yang akan berlangsung di Auditorium, Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan bermula jam 9.00 pagi.
Profesor Dr. Meor Othman, satu nama besar yang amat dikenali bukan sahaja pada peringkat nasional malah antarabangsa merupakan pakar dalam disiplin Kejuruteraan Lebuh Raya (Teknologi Asphalt) terutamanya yang menyentuh penyelidikan asphalt berliang. Sebut sahaja di mana, di Libya melalui Al-Fateh University, di Turki melalui Nurol Insaat Ve Ticaret A.S., di Belanda melalui Delft Technical University, di Brussels, Belgium melalui Belgian Road Research Centre, di Amerika Syarikat melalui CAIT, University of Mississippi, di Bangkok melalui Asian Institute of Technology dan banyak lagi, kesemuanya telah disantuni dan menerima ‘sentuhan’ buah fikiran daripada Profesor yang telah memulakan kariernya dengan USM semenjak tahun 1984 lagi.
Selain sebagai pensyarah dan penyelidik, kehebatan Profesor yang merupakan anak jadi kebanggaan negeri Perak Darul Ridzwan ini, turut terserlah dalam bidang perundingan, penulisan dan penerbitan jurnal. Puluhan artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa telah diterbitkan dan sebelas buah buku karya asal dan terjemahan telah berjaya dihasilkan dan sebuah daripadanya telah menerima Anugerah Persatuan Linguistik Malaysia.
Justeru itu, penampilan beliau dalam Majlis Syarahan berkenaan akan berpaksi kepada satu tajuk: Pembangunan Lestari Teknologi Asfalt Untuk Kelangsungan Industri Asfalt Negara. Di antara intisari syarahan beliau yang menarik dan perlu diikuti sehingga akhirnya adalah kelestarian asphalt berliang yang pada peringkat awal, ia diaplikasi untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Kini, bahan ini popular untuk menurunkan hingar lalu lintas dan menyumbang kepada pembangunan ‘quiet pavements’.
Manakala penampilan Profesor Dr. Fauziah yang secara kebetulan juga anak jati kelahiran negeri Perak Darul Ridzwan ini, merupakan pensyarah, penyelidik dan pakar runding yang amat disegani dalam dan luar negara khususnya bagi mereka yang bergiat aktif dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik. Beliau memiliki kepakaran dan kearifan dalam penyelidikan berkaitan dengan kajian kestabilan cerun, pembaikan tanah dan baik pulih tanah.
Menyingkap intipati syarahan beliau di bawah tajuk Inovasi Kestabilan, Pengukuran Dan Kelestarian Cerun, perkara asas yang akan beliau paparkan adalah ketidakstabilan cerun, kawasan yang terhakis yang adakalanya menjurus kepada kejadian tanah runtuh. Fenomena tersebut sudah pastinya mengerunkan kerana ia bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan harta benda malah yang lebih mengharukan ia berkemungkinan besar mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak dapat dibandingkan dengan nilai wang dan harta berjuta.
Melihat kepada penghasilan ciptaan inovasinya pula, Profesor Dr. Fauziah yang memulakan perkhidmatan dengan USM sejak tahun 1989, memang merupakan seorang tokoh penyelidik yang dinamik lagi produktif yang tiada bandingannya dalam menghasilkan produk-produk inovasi. Justeru itu, tidak menjadi satu kehairanan apabila beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai pengiktirafan termasuklah Grand Prix sebagai Women Inventor, CIDB R & D Excellent Award, Holcim Best Invention, Diamond Award termasuklah di antaranya 9 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa yang telah dimenanginya dalam pelbagai pertandingan inovasi pada peringkat nasional dan antarabangsa.
Buat kata bidalan Melayu, “Benih yang baik, dibuang ke laut menjadi pulau”, itulah yang dapat diibaratkan dengan kedua-dua tokoh profesor tersebut yang di mana sahaja mereka berada sudah pastinya akan membuahkan hasil yang hebat. Syabas! USM amat berbangga dengan kejayaan Profesor berdua.
Semua dijemput hadir ke Majlis Syarahan Pelantikan Profesor pada hari Rabu, 15 Disember 2010, di Auditorium, Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan bermula jam 9.00 pagi. Majlis juga terbuka kepada orang ramai dari luar kampus.

all the best to you both

Tiada ulasan: