Sabtu, 31 Oktober 2009

weekend

kami selamat tiba tengahmalam tadi.. pagi2 tadi dah hantar papa ke ofis sebab ada lab oum.. dan sekarang mama dok melepet dengan aiman.. dah siap sidai 2 load kain.. mata mula la rasa berat2 sisa baki ngantuk ada lagi..

last week mama patut kena gi checkup kat klinik kesihatan kat sini.. tp sebab mama kat kl jadi x pi la.. pastu pula semalam org klinik dah sibuk2 la call.. tp buat derk lagi.. sekali tadi pkl 10.30 misi klinik datang rumah.. hahahaha.. padan muka!! sapa suruh x jawab call.. x pasal2 misi datang!! rumah dah le cam tongkang dengan sawang punya la banyak..

sib baik xde bebel banyak.. so selasa ni kena la gi checkup balik kat klinik.. okeyla.. aiman dah bising minta susu.. nak tidur la tu.. selamat berweekend semua..

mama yang perlu rest tp banyak benda dok berselirat dalam kepala..

Jumaat, 30 Oktober 2009

day 3 conference

day 3 kami dapat naik skybridge klcc berjemaah.. nama je orang KL (ngaku lagi mama org KL.. hahaha), tp tak pernah naik.. sebenarnya mama n papa dah pernah 2 kali ambil tiket nak naik.. tp sebab kena tunggu sampai 4 5 jam, giler ah, sure kami cabut.. so, kali ni berkumpulan, kami join aa.. 

mula2 sebelum naik, ada tunjuk video sikit kat satu bilik 3d ni.. siap pakai spek 3d bagai, pastu baru boleh naik lif ke bridge.. nasib la tak terberanak kat atas.. kalau idak.. mesti masuk paper.. hahahahaha..

tengahari tu kami balik ke hotel, papa present paper n mama session chairman..

malam pula bawa aiman, emak n adik (IL) ke OU n curve.. phew.. lega agenda2 penting dah selesai..

malam ni kami pulang ke PB (alaaaa.. melepas le nurkasih).. esok dan lusa papa bz balik dgn oum class dia.. mama akan bz house chores la.. basuh baju bagai.. huhuhuhu

jemaah kami.. ahahaha.. sume pose dgn spek itam 3d

macam artis dolu2 la papa

iklan obat gigi

tengah2 bridge..

macam belangkas tak?? hahahaha..

conference day 1 - 2n

cerita pasal conference 3 hari..

day 1 & 2 mama drive sendiri.. sebab papa masih buat kerja kat hotel lain.. hari ketiga baru kami ke conference bersama.. itu pun pasal papa present paper n mama session chairman.. hahaha.. ala2 cam session tu kami yang punya.. xpe... hari ketiga punya cerita selepas ni..

day 1 as usual mesti la ada perasmian bagai.. dari 8.30am sampai le 5 ptg mama stay kat situ.. punya la letih badan tuhan aje yg tahu.. kerja bukan buat pun.. tp letih ya rabbi.. kesian kawan2..

day 2 sambung conference.. malam pula ada dinner.. 3in1 gitu, alumni, 20thn ulangtahun school dan conference dinner.. phew.. tengah malam baru balik rumah.. giler ah, bengkok badan mama.. tp dinner memang best dan sempoi.. x terlampau formal sangat.. tu yang best.. dan selang gelak ketawa dgn kawan2.. hehehe

so, enjoy piccas..
ni masa perasmian day 1.. pucat lesi la pulak muka mama.. hehehe..

datuk dan datin.. hahahahaha.. malam dinner.. ni masa nak habis dah ni..

mama suka jubah munaw ni.. buat mama slim.. hahahahhha

samb entry day 3..

am so into you

alahai, memang serius jatuh chenta sama ini kamera la.. dan saya juga chentakan mereka ini berdua.. insyaAllah akan jadi 3 boys soon...

harini nak siap upload gambar di FB dan juge nak update story mory kat semua.. petang nanti nak balik PB dah..

uting tak lepas mulut tau.. walaupun ada apam ditangan..

pic taken using D90.. lighting veryyyy low.. yet result marbeles!!!

Khamis, 29 Oktober 2009

saturated

mind.body.soul 

really need to rejuvenate back..

phewwww

updates later peeps.. today's the last day of the conference.. 

Selasa, 27 Oktober 2009

Sambil2 bekerja

Harini start conference.. Tgh ucaptama.. Sangat mengantuk.. So, mama nak cerita sedikit pasal panggil.an han.git pagi tadi... Alkisah, kepada yg tak sempat dengar, meh mama cerita sedikit.. Cerita pagi tadi pasal seorg suami yg suruh faizal buat call utk isterinya yg disuruh ke pej agama untuk bg kebenaran dia kahwin lagi satu.. And it turns out to be a real one! mama rasa faizal pun macam serba salah bila benda tu betul2 jadi..

Yang mama kesian betul adalah sang isteri yang ditipu.. Last2 dia hang up phone call tu.. Ye la.. Siapa tak kecewa.. Bab hati dipermain2kan.. Dan yang lebih mama rasa kesian adalah caller2 yang semua setuju suami berpoligami dan minta isteri bertimbang rasa.. Aduhai lelaki.. Jika dikau tahu apa perasaan isterimu, pastinya engkau tidak berbuat demikian..

Mama rasa kejam sangat perbuatan sang suami yang mempermainkan perasaan isteri.. Dan kepada perempuan ketiga tu, ingatlah, mungkin harini harimu.. Tapi esok lusa masih belum tahu.. Hati2 la..

Isnin, 26 Oktober 2009

agenda mengukur bangunan.. konon2 exercise

dah nak masuk 35weeks mengaku la kurang exercise.. tidak2 pun cuma turun naik tangga pejabat hari2 (bilik mama kat tingkat 3 okey) dan buat house chores.. cuba juga gagah walaupun rasa macam nak terbalik sebab perut besar.. hahahha.. 

semalam agenda ke i.k.e.a dengan abah, makcik n wancu nana.. mana tau yang manusia punya la ramai.. giler betul!! dahle tu, banyak betul orang keciciran anak.. kami siap terserempak dgn satu boy nangis2 cari mama dia.. kami siap hantar budak tu pada staf i.k.e.a sebab risau.. time2 ramai camtu memang la tak menang tangan.. mama kalau berdua dengan papa je, memang la tobat tak bawa aiman.. ni nasib ramai2 boleh la..

semalam, berjaya mengukur i.k.e.a dan membeli tempat sangkut tudung munaw dan kerusi utk aiman makan kat rumah tok ayah.. selama ni abah mama dok modify kerusi2 kat rumah ni utk aiman duduk aje.. kat rumah mil memang ada kerusi i.k.e.a tu.. courtesy of sil.. lain2 benda kecik je..

so, malam ni kami akan ke rumah mak (mil) n stay sana sampai jumaat.. esok sampai khamis ada conference kat co.rus hotel (yang tidak best itu) dan aiman akan ditinggalkan bersama nenek.. 

petang ni mama ada checkup dgn prof hatta kat hukm.. hopefully semuanya ok.. papa masih belum balik (dah mula rindu la ni) ptg ni dapat la jumpa kejap.. pastu papa sambung marking paper matriks..

okey, enjoy pics smlm.. mama tak koser nak buat wmark.. lagipulak mac ni takleh masuk photoscape.. huhu.. sabor je laa..

selamba je landing.. aiman posing baikkkkkk punya

pengukur i.k.e.a yang bertauliah.. makcik, mama n abah.. wancu tak masuk pic

mama, sila jangan over shopping okey, penat tau aiman cari duit ni.. hehehe

aiman bz kerja..

malam tadi kami makan kat sini.. restoran kam.pung thai.. buttercrab dia sedappppppp takkkkk hengaatttt doniaaaaaaaaa.. hahahaha.. kedai ni betul2 depan amp.ang pu.teri


nota: masih syok godak2 kamera baru itu.. hehehehe..

to mak lang aiman, congratulations.. sorry kami tak ke klcc.. tak terkejar dengan jadual..

Sabtu, 24 Oktober 2009

what a nice day..

harini beberapa agenda berjaya diselesaikan.. dah selesai beli sikit2 barang utk MIL kat munaw dan dah berjaya tambah koleksi tudung mama (lagi??).. pastu dapat ke kenduri ezzad.. kawan mama dari zaman sekolah membawa ke utm sampai le sekarang.. lama oo.. dah 12 tahun seh!!

yang lagi best.. rasa cam gathering pun ade gak.. ramai kawan2 datang.. masa kenduri mama haritu pun ramai juga.. syok bila ramai kawan dapat datang.. rasa2nya, kalau buat family day mau havoc kami semua sebab masing2 dengan anak2 kecik.. woo.. best2..

kenapa mama pegang dagu?? sebab kasi kurus sama cam su sebelah okey.. hahahahahha

sebahagian dari kami.. aweng, ko balik awal sangat..

fano, i wish you're here.. really miss you dear..

Rabu, 21 Oktober 2009

ubat, supplement dan seangkatan dengannya

harini mama nak cerita pasal pengambilan harian makanan tambahan/ ubat selain daripada makanan ruji.. lately bercambah² iklan sana sini tunjuk keberkesanan ubat mahupun makanan tambahan dalam kehidupan seharian.. mama tak deny benda tu.. mama pun ada mengambil makanan tambahan.. cuma tidaklah begitu rutin dan begitu rajin.. ntahle.. kadangkala terfikir juga, betul² berkesan ke apa yang kita ambil.. bagaimana kita tahu yang dos tu bertepatan dengan tubuh badan kita?

cerita pasal dos, ada orang sehari boleh ambil dekat 10biji pil.. dari pil vitamin, membawa ke pil resdung mahupun nak kuruskan badan.. itu tak masuk lagi minuman bertenaga.. betul ke badan kita memerlukan sebanyak itu untuk sehari? adakah benar² efektif? bagaimana pula tindakbalas badan kita? mama tahu, mama komen ni bukan dari pandangan perubatan mahupun menjual apa² produk.. mama cuma agak concern bila tengok percambahan iklan² mahupun testimoni yang kata ubat ini bagus, ubat itu bagus..

nak dijadikan cerita.. baru² ni ayah makcik (my stepmom) masuk hospital.. untuk kesekian kalinya.. atuk memang tak mahu buat bypass jantungnya.. jadi dia bergantung pada ubat setiap hari.. dan rasanya sudah begitu lama dia bergantung pada ubat tersebut sehingga menyebabkan buah pinggangnya rosak dan tidak mampu berfungsi dengan baik..

persoalannya sekarang, jika ubat yang dipreskripsi oleh doktor dosnya pun akan memakan diri apabila menjengah suatu tempoh, bagaimana pula dengan ubat² mahupun dos² makanan tambahan yang kita ambil tanpa preskripsi yang betul? ngeri oo.. buah pinggang adalah lebih mahal dari segala ubat yang ada di dunia ini.. jika buah pinggang sudah rosak, nak makan apa pun tak ada guna lagi dah..

rasanya sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati².. cari maklumat tambahan untuk setiap suplemen mahupun ubatan yang kita ambil.. kadangkala, mungkin tanpa kita sedari, dos yang kita ambil itu terlampau tinggi untuk tubuh kita.. menyebabkan tubuh kita terpaksa bekerja lebih keras dan melampaui kapasitinya..

teringat juga pada entry kak rizza pasal minuman penambah kekuatan.. ala² tongkat ali gitu.. cuba la jengah blog beliau dan baca.. ada kebenaran disitu..

apa² pun tepuk dada tanya selera.. mama pun masih tercari² jawapan untuk semua persoalan di atas..

Selasa, 20 Oktober 2009

Cekit cekit.. Bunyi kamera

dah mula terjebak juga..



presenting my new acquisition..









pasni kena berguru banyak nih!! butang dia merata..

aiman dan incik gajah

crime scene malam tadi..




aiman dan gajah terjelepuk di katil.. aiman tidur satu side, incik gajah tidur satu side.. aiyak!








mula² aiman tidur atas katil.. sekali bunyi cam benda jatuh, mama n papa bergegas lari.. masuk² bilik dah nampak camni.. hahahahha... siap seluar londeh nampak pampers kerana anak bujang mama nak pakai seluar panjang.. walaupun seluar sudah singkat, dilurutkan hingga ke buku lali.. sebab tu la boleh nampak bontot! hahahahahha

wancu, singe aiman tiada dalam gambar sebab ada dikatil aiman..

Isnin, 19 Oktober 2009

cubit diri sendiri

mastura!!! cubit diri sendiri sebab banyak minum carbonated drinks!!!


serius merbahaya!!! suka benar layan air gas lately!!!


nak kena nih!!!


fikir la baby tu!!!


minggu mencabar minda dan fizikal

okey, enough benda² serius dalam blog ni.. mama nak cerita pasal this week.. what to expect.. until next week deknon, mama akan tunggang terbalik..

today - mama kena pi KWSP.. settlekan yang patut².. pastu nak siapkan marking jawapan student..

selasa - ada presentation pagi, tengahari agenda kelab ofis nak ke bank dan yang paling utama, pagi² esok nak hantar papa yang akan pergi KK sampai Khamis meninggalkan mama n aiman berdua di rumah.. huwaaaa...

rabu n khamis - agak kurang bz bergerak² tapi kena siapkan menanda paper minggu ni juga sebab kena submit isnin depan!!!

khamis - papa balik penang dan malam tu kena siap² beg bagai.. rasanya, kali ni nak balik ke kl kena prepare hospital bag.. takut² terberanak time kat kl nanti camno??

jumaat - pagi² hari kena bertolak ke KL, papa kena check-in hotel untuk kerja KPT dia petang jumaat.. dan again, kami kena tinggal di rumah tok ayah (papa mama) sampai hari selasa depan!!! papa kena kuarantin atas sebab² kerja..

dari sabtu sampai selasa depan - ini lagi banyak agenda, dari pi check-up kat hukm, kena pi dentist sebab permenant retainer mama dah tak selesa, nak keluar belikan MIL kelengkapan haji, kenduri edd sabtu ni.. huwarrgghh.. hopefully mampu la buat semua tanpa terberanak!!!

selasa hingga khamis depan - conference kat KL.. siap ada dinner bagai!!

jumaat depan - kena balik parit buntar balik.. sebab sabtu n ahad papa kerja kat ipoh!!!

itu tak masuk lagi domestic chores dan everyday work yang memang kena siap!! aiyak!!!

huwaaaaaaa, lagi dekat nak beranak, papa makin sibuk!!! xpe², rejekinya nanti untuk mama n baby juga kan papa? hahahahhaha.. jangan terberanak sudah sebelum habis minggu depan.. ni sahih banyak pergerakan ni!!!


Khamis, 15 Oktober 2009

pedas tapi berisi

makluman: entry ini bukan nak sakiti hati siapa² ye, cuma luahan hati seorang pemimpin universiti.. diterima dari email mama..

nota: mama 100% setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh VC kami ni.. sebab tu kami sayang prof (bukan bodek ok!) hehehe

BENCANA PENARAFAN UNIVERSITI

Oleh DZULKIFLI ABDUL RAZAK

TANGGAL 8 Oktober 2009, apabila keputusan penarafan THES-QS diumumkan, saya sedang berada di bandar Giessen, lebih kurang satu jam dari Frankfurt, untuk memenuhi undangan Persatuan Universiti-universiti Eropah (EUA) yang menjadi penaung utama semua universiti di benua tersebut.

Undangan ini sempena persidangan bertajuk "Pengantarabangsaan melewati sempadan Eropah" dan saya diminta memberi pandangan dari sudut luar Eropah sebagai seorang antara dua pengucaptama - seorang lagi adalah rakan Rektor, Berlin Free University, salah satu universiti tertua dan ternama di Jerman, malah Eropah.

Dewasa ini, e-mel bertalu-talu tiba mengesahkan "bencana" yang menimpa Malaysia. Jika Indonesia dengan gempa buminya, Filipina dengan banjir dan tanah runtuhnya, Samoa dengan tsunaminya dan Jepun banjirnya, bagi Malaysia pula menghadapai bencana gara-gara penarafan IPTAnya. Walaupun hanya beberapa buah IPTA sahaja yang terlibat, kesannya tidak kurang menggugat.

Media gamat dengan liputan berita tersebut. Anehnya hanya yang tersenarai sahaja yang dipertikaikan, sedangkan puluhan yang lain yang tidak langsung tersenarai (termasuk IPTS yang saban diiklan sebagai paling 'global' di akhbar-akhbar) nampaknya terselamat daripada bencana tersebut. Seolah-olah membayangkan lebih baik tidak tersenarai sama sekali daripada tersenarai.

Ini sahaja sudah cukup mengelirukan tentang apa cita rasa yang ingin diluahkan dalam hal ini? Kita belum lagi membincangkan tentang "cita rasa" penganjur THES-QS apabila beria-ia mendakwa penarafannya adalah tepat, bebas dan boleh dipercayai tanpa sebarang ragu-ragu lagi! Walaupun ada bukti sebaliknya! Apa pun kita mengangguk saja.

Sebagai perbandingan suasana di Giessen sewaktu persidangan tersebut cukup aman, biar ratusan rektor universiti Eropah dan benua lain, bersama dengan pegawai tertinggi universiti serta pelajar bersesak-sesak di dewan seminar Justus Liebig Universitat Giessen - sebuah IPTA berusia lebih 400 tahun.

Bandar Giessen merupakan bandar universiti dengan hampir 40 peratus penduduknya terdiri daripada warga universiti tersebut. Universitinya moden disulami tradisi ilmiah dan kesarjanaan yang kental.

Universiti itu juga tidak kurang mempunyai pusat kecemerlangan tersendiri di bawah Inisiatif Kecemerlangan Jerman yang dicontohi Malaysia di bawah Inisiatif APEX. Jelas, Justus Liebig Universitat cukup yakin dengan pencapaian dan jati dirinya.

Penarafan, lebih-lebih lagi oleh sebuah organisasi bertujuan komersial, tidak langsung dihiraukan. Mereka tidak juga apologetic - malah kalaupun ada pengajaran daripada aktiviti penarafan, ia dianggap tidak sesuai untuk dijadikan pengukur institusi pendidikan.

Sebaliknya sesebuah universiti itu mempunyai keperibadiannya tersendiri; wawasan serta keunikannya - selaras dengan kefahaman "pendidikan" (bukan sahaja pelajaran atau kajian) yang memegang amanah ilmu dan kesarjanaan.

Kepelbagaian adalah kekayaannya, dan lagi unik adunan kepelbagaian tersebut - lagi terbina keperibadian universiti berkenaan. Ia bukan kilang yang mengeluarkan barangan tidak bernyawa yang seragam dan diseragamkan supaya mudah dibanding-bandingkan untuk tujuan tertentu.

Ia bukannya seperti peraduan ratu cantik yang menaraf pemenangnya berpandukan formula utama 36-24-36 sebagai yang "ideal" dan semuanya dinilai mengikut sukatan ini; kemudian diberi penarafan 1, 2, 3 dan sebagainya. Wajarkah dua insan dibandingkan berdasarkan aspek luarannya sahaja dan bukan sifat keinsanannya?

Begitu juga hal dengan institusi bergelar "universiti" - lebih-lebih ukuran yang dikenakan lebih mirip kepada bahan perkilangan atau untuk peraduan ratu cantik, atau sebaliknya! Pokoknya asas dan pandangan dunia dan amanah sebuah universiti tulen tidak sama dengan pandangan dunia dan amanah sebuah organisasi bukan pendidikan. Namun inilah yang sering kali dicampuradukkan sehingga memusnahkan sama sekali maksud sesebuah universiti di mata ramai di samping mengusutkan lagi keadaan.

Yang turut mengkagumkan adalah rektor-rektor universiti Eropah yang menghadiri persidangan itu amat jelas tentang tanggungjawab mereka dalam membangunkan sebuah universiti. Autonomi berulang-ulang kali disebut untuk menyatakan kelainan sebuah universiti dengan organisasi lain, terutama yang berbentuk komersial, dan wujud untuk mengaut keuntungan.

Autonomi bagi mereka adalah benteng utama yang perlu dipertahankan dalam mengasuh dan mengangkat maruah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi. Disini mereka tidak berkompromi sama sekali dan enggan dijadi seolah-olah kerbau dicucuk hidung, diarak-arak atau diarah-arah ke hulu dan ke hilir seadanya saja.

Saya mengandaikan yang persidangan tersebut akan gegak gempita membahaskan soal penarafan apabila dilihat dari perspektif pengantarabangsaan. Saya mengagakkan keputusan THES-QS dijadikan tanda aras mutlak, dan turut menimbulkan "bencana" di Giessen seperti mana di tanah air.

Ternyata saya tersilap sama sekali. Selama dua hari berikutnya isu penarafan tidak sekalipun disebutkan baik oleh para penceramah mahupun peserta. Apabila cuba dicukil pendapat mereka, rata-rata maklum balasnya cukup dingin - kalau dalam bahasa Inggerisnya berbunyi " what about it? " (apa halnya?).

Dan bila dikatakan keputusan THES-QS sudah diumum, kelihatan mereka amat sinis dan jelek sekali, bagaikan menegur: "Siapa mereka ini untuk menjadikan universiti kami bak kerbau cucuk hidung?"

Umum tidak kisah langsung tentang isu tersebut kerana angka-angka penarafan bagi mereka tidak membawa erti apa-apa, kalaupun konsep penarafan boleh diterima. Malah seorang ada bertanya: "Bolehkah saya menaraf lima orang anak saya secara adil dan saksama? Apa lagi berbanding dengan anak orang lain?"

Natijahnya, dalam penarafan kita mesti ikut telunjuk orang lain yang mengadun segala-galanya. Umpama ratu cantik, kita juga perlu memperagakan diri, baik berbikini sekalipun, berlenggang lengguk, tersenyum tersipu-sipu untuk menawan pengadil dengan harapan untuk menjadi ratu!

Jika tidak agak sukar membayangkan apa-apa kejayaan. Apatah lagi turut diperhatikan dalam peraduan seumpama ini calon tuan rumah sering kali akan "menang" sesuatu kalaupun tidak hadiah pertama. Hal ini juga beransur lumrah dalam aktiviti penarafan di mana unsur-unsur penajaan dan sogokan (bagi sesetengah pihak dikatakan "rasuah") sudah mula menular.

Maka pernah universiti disyor mengiklankan nama dan logonya di laman web penaja dengan bayaran sekian banyak supaya lebih "mesra pelanggan" dan "mudah diperkenalkan" dan melonjakkan kedudukan. Malangnya tidak kurang juga yang terjebak dengan "tawaran" tersebut, umpama si ratu cantik meniduri pengadil, dengan harapan agar menang jua. Tidak kiralah jika maruah turut tergadai.

Banyak lagi yang boleh dipersoalkan berkaitan aspek etika dan keutuhan (sama ada cara langsung atau tidak), sekali gus membuka tembelang usaha penarafan khususnya yang berbentuk komersial. Cukup banyak telah ditulis tentang hal ini supaya jangan terperangkap sebagai Pak Turut saja!

Maka di Giessen saya menghela nafas lega! Lebih daripada itu, saya bertambah yakin yang universiti sememang ada maruah dan nilai sendiri dalam kelangsungan menunaikan tanggungjawab serta amanah tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa pun, apa lagi yang berkepentingan cukup sempit dan anti cendekiawan! Ataupun mencari sanjungan pintas.

Saya juga belajar yang maruah ini ada kaitannya dengan nilai keluhuran dan kejujuran berilmu dan bersarjana, sesuatu yang tak dapat ditolak ansur dalam apa hal sekalipun; jangan sebutlah memperjudikan etika!

Akhir sekali saya sedar kita tidak perlu apologetic sekiranya jati diri ingin diperkasa. Rupa-rupanya universiti yang istimewa itu adalah universiti yang mengerti semua ini dan terus mempertahankan prinsip keilmuan biar "bencana" apa sekali yang mendatang. Bak kata orang tua-tua: Membujur lalu, melintang patah! Pantang maut, sebelum ajal.

PROF. TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia


Isnin, 12 Oktober 2009

dosa silam

sambil study matrices, mama sempat jengah blog MIO.. cerita pasal undergraduate selalu bikin mama berbulu.. Kak M pernah berkata, "Mas, dosa silam masa undergraduate akan dibawa sampai ke mati!" ye, percayalah, itu sememangnya benar.. marah tak perlu la cerita.. sebabnya, kalau dah semua kelaskanpointer itu yang penting, baik siang2 hari lagi berikan sahaja pelajar kita semua 3.5 CGPA mereka.. hah, bukan ke senang kalau dibuat awal?

nak tahu ke berapa pointer mama? ye, tak tinggi tak tak rendah, tapi bila dikelaskan sebagai kelas dua rendah, haram semua tak pandang dah!! bukan sekadar universiti dalam negara tak pandang, universiti luar negara siap suruh terjemahkan hasil kerja keras selepas bergraduasi.. hish! sabau aje la..

sebagai seorang akademia kokak, makanya terpaksalah bertungkus lumus cuba membuktikan yang saya juga berguna! sebab untuk kerajaan dengan suka-suka hati nak beri scholarship, perlu ada sebab kukuh.. mereka fikir, adalah lebih baik diberikan sahaja wang itu untuk yang 3.0 CGPAnya dari kami yang kokak ini!! apekah!!

jika dilihat dari satu sudut, mama tidak pernah menyesal dengan pointer mama.. sebabnya, selain dari pointer, mama telah bawa banyak lagi isian bakul pengalaman sepanjang berada di universiti itu.. bukan bangga diri, sekurang-kurangnya, saya tidak hanya menjadi ulat buku semata semasa mengharungi 4 tahun sebagai pelajar pra-siswazah.. dan rasanya ada ketika, saya lebih menghargai pengalaman2 semasa di peringkat itu.. kalau dilihat, kualiti adalah lebih penting dari nombor2 yang tertera..

ada graduan, tak perlu sebut dari uni mana, pointer bukan main mencanak, tapi haram kerja macam hampagas.. jadi, apa perlu memberi pointer tinggi melangit kepada pelajar, sedangkan kualitinya menjunam jatuh ke bumi? kerajaan dan majikan perlu menukar pandangan minda kini bahawa pointer 3.0 itu baik, yang bawah darinya semua teruk.. jika tidak, semua pekerja/ kakitangan kerajaan hanya akan diambil dari uni2 yang dengan mudah memberi markah tinggi2 semata2 untuk diakreditasi dengan lebih baik dan diberi ranking yang lebih tinggi.. kerana ilmu bukan sahaja datang dari buku, tapi juga dari pengalaman dan cara pelajar membawa diri mereka..

kepada MIO, jangan risau, sepanjang saya mengisi borang SPA, tidak pernah sekalipun saya dipanggil temuduga untuk jawatan inseniur bersama kerajaan.. dan saya tidak pernah kesal, kerana saya tahu, saya lebih baik dari sangkaan mereka dan saya pastinya punya tempat yang lebih baik untuk berkhidmat kepada negara! hahaha.. patriotik

kepala keras!!

boleh tak kalau kita kopakkan kejap kepala otak ni, urut2 otak dan basuh dengan air suling.. letak otak balik dan mula belajar??? pagi ni rasa liat betul nak buka buku!!! haish!!!

otak, sila generate semangat ok!!

Sabtu, 10 Oktober 2009

jiran baru yang bikin gua hangin

baru seminggu lebih kami dapat jiran baru sebelah rumah.. she's staying with her son and a daughter.. no husband since he is staying with the second wife.. well, that's what she told harris.. and the second wife's name is MAST.URA! imagine she told that to my husband on the first day of arrival. chit! so, ok.. that's you're problem.. I THOUGHT!

after few days, we started to feel irritated.. the family keep on calling aiman's name.. by shouting!! and keep complaining aiman didn't answer their calls.. just imagine being shout by someone who he doesn't even know.. both the mother and the daughter have very high 'pitch' and without realizing it.. aiman made his weird face and they said that 'aiman ni tak reti cakap ke?' 'tak ade mulut ke?' eiii!!! hello! a really civilized person don't do comments like that, especially to someone who you barely know. 

other than that, she always giving us leftover foods from a school's dining hall that she claim is operated by her mother.. what tickles me is that she said, instead of throwing it, she should give it to us!! what the hell she was thinking when she said that??? I never thought a person can go that FAR talking without using her BRAIN.. I even thought whether she has one!! takde insurans punya mulut.. macam bagi orang makan sisa je!! imagine getting food leftover everyday!! and even get angry if we return back the plates with another food saying she don't need any of it.. berlagak!

and this afternoon, again, she shouted my name and as usual, I won't go out unless harris is not around.. I don't want to be seen making faces at her.. so, harris went out, saying that we already ate and she insisted on giving us fish curry with fried beehoon because 'sayang kalau buang' cis!! I don't care if you guys think that I am being paranoid, but, all food that she gave to us, I would throw them away, except for one time (the second time she gave us food) that I ate.. other than that, I would discard everything because 1. I don't want to be judge as taking other person (in this case a student at the school) food. 2. I don't know what her intention really is.. whether she just wanted to be nice or maybe she has some black agenda whatsoever..

and another thing, this afternoon, she complaints of not hearing aiman's voice.. sibuk betul!! she said, we should send aiman for treatment!!!!!!!! wtf!!! yang ko sibuk2 kenapa?? aiman can speak.. it just he doesn't speak with those he doesn't know!! BODOH!! toksah bagi cadangan la, gi masjid melaka la pi ambil air, pi berubat n whatsoever.. sibuk jaga tepi kain orang!! mind your own business lady!! can't you understand when I close my door and the curtains that means no interruption?? we do need our own space man!! 

go away you b***h! sorry, no comments allowed! really pissed off!

Khamis, 8 Oktober 2009

32weeks pregnancy

alhamdulillah, tadi baru selesai checkup 32w.. okey, i'm officially declaring myself dinasor heavyweight champion!!! huwaaa.. akhirnya, ku jejakkan semula kaki ke alam 70kg!!! yikes!!! lepas ni sure kena struggle nak turunkan badan..

rasanya pasti pregnancy kali ni bakal juga mencecah 75kg++ sementelah masih ada berbaki 8minggu lagi sebelum due date... yikes!!

alhamdulillah, walaupun makin berat, tapi yg good news adalah baby sudah turun ke bawah.. yeay!!! haritu baby melintang.. risau juga.. tapi tadi dah check baby dah turun.. so, legaaaaaaaaa... (ye ke lega? ke makin takut? isk isk isk)

lagi 2 minggu kena berkunjung ke klinik lagi.. aiyoh!

Rabu, 7 Oktober 2009

Lagu dok terngiang-ngiang

walaupun kanye west marah sangat dengan dia, tapi mama suka lagu ni.. dan taylor swift punya video klip comel okey.. dapat lyrics dari incik google

You Belong With Me - Taylor Swift

You're on the phone with your girlfriend, She's upset
She's going off about something that you said
She doesnt get your humour like I do

I'm in the room, its a typical Tuesday night
I'm listening to the kind of music she doesnt like
And she'll never know your story like I do

But she wears short skirts, I wear t-shirts
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you'll wake up and find
That what you're lookin for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me
You belong with me

Walkin the streets with you in your worn out jeans
I cant help thinking this is how it ought to be
Laughing on the park bench thinkin to myself
Hey isnt this easy?

And you've got a smile that could light up this whole town
I havent seen it in awhile, since she brought you down
You say you find I know you better than that
Hey, Whatcha doing with a girl like that?

She wears high heels, I wear sneakers
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you'll wake up and find
That what you're looking for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standin by, waiting at your back door
All this time how could you not know that?
You belong with me
You belong with me

Oh I remember you driving to my house in the middle of the night
I'm the one who makes you laugh when you know you're about to cry
I know your favorite songs and you tell me about your dreams
I think I know where you belong. I think I know it's with me.

Can't you see that I'm the one who understand you?
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standing by or waiting at your back door
All this time how could you not know that
You belong with me
You belong with me

Have you ever thought just maybe
You belong with me
You belong with me

bila besar, anak saya nak jadi apa?

berikut adalah hasil dari borak² bersama kawan² opis beberapa hari lepas.. ye.. bila fikir nanti aiman n adik nak jadi apa bila besar, mama sebenarnya tak kisah.. janji anak² mama jadi orang yang berguna, dihormati masyarakat, berbakti kepada agama, bangsa dan negara.. dan yang paling penting, JANGAN LUPA MAMA DAN PAPA OK!!!

so, jadi apa? okeyla.. biasa² tu mesti impian ibu bapa anaknya jadi professional.. doktor ke (selamatkan nyawa orang), jadi jurutera ke (aiman sesuai jadi railway eng or designer gitu.. dah kata fascinated sgt dgn train), jadi interior designer ke (boleh selalu bantu mama cantikkan rumah).. tak kira laa.. janji jangan jadi penjenayah sudah..

tapi ada juga yang nak anak²nya jadi ahli sukan.. well, mama okey aje kalau aiman n adik nak jadi ahli sukan.. cuma sila jangan pilih sukan yang berpasukan okey.. sebab malaysia sangat low bab itu.. kuang³.. kalau aiman n adik nak pilih sukan, make sure yang boleh main single.. tidak² pun beregu adik beradik.. dan yang paling penting.. sukan yang boleh generate duit ye!! kalau penat² sukan tapi poket kosong tidak ade maknanya.. nanti sapa nak belikan mama kereta, rumah, bawa mama pusing donia nanti??? huwawahahahahhaa.. cita² besar mama nih!!!

antara sukan yang mama suke dan boleh generate income tak kira la dari sukan itu sendiri mahupun endorsement..

renang.. jadi cam micheal phelps ke


golf cam tiger woods ke.. did you know that tiger woods dah capai his 1st billion????

tidak² cam nicol ann david ke..

paling kurang pun cam azizulhasni ni.. naik beskal pun boleh kaya tau!!!

nampak benar mata mama dah bling-bling nih!! ya ampun!

Selasa, 6 Oktober 2009

sekitar sambutan aidilfitri office

hehehe.. gambar² adalah sekitar majlis sambutan aidilfitri hari ni.. tadi pkl 2 baru habis.. makan pueh hati.. nasi tomato, laksa, sate, rojak buah, kuah kacang nasi impit, ketupat n rendang, cendol.. pergh.. pendek kata, memang kenyang ya rabbi..

lega juga sebab berjaya kami handle dalam masa yang singkat.. lega juga sebab kawan² semua sangat sporting bantu perjalanan majlis.. lega juga sebab ramai bagi sumbangan duit, tenaga dsb.. pheww.. tahun depan mak tak buat dah noooo.. nak ca alif but pi belajar..

kepada student post-grad, hangpa memang sempoi.. deco memang kelas la.. baguih! generasi gini nanti yang bagus ni.. nak kena jaga.. hehehehhe

so, pesyen ibu ngandung hari ini adalah...

jeng jeng jeng.. baju raya-ku yang ketiga (harini baru rasmi) ahakss..

baju kurung moden sutera.. kelas nyah!! potong kurung pahang dan leher cheongsam.. kain kipas di sebelah belakang.. owh, saya suka benar tailor yang ini.. sebab baju ini yang paling selesa..



posing dekat pintu masuk.. sebelum student mai, kami la sakan dulu.. hahahahha.. memang takleh blah..


siap pelita lagi you!


papa pun layan pose..



gambar kami je ek?? gambar orang lain tak dibubuh.. hahahahhahaha... harap maklum.. ini kan blog mama.. kuang kuang kuang


Isnin, 5 Oktober 2009

hasil dari perbincangan

sebab mata dah rasa cam berat ya rabbi, mari kita update blog kejap..

ini adalah hasil dari perbualan ym bersama puan D.. hehehehe... memang dasar curik tulang!

updates on my almost 8-month pregnancy
  • tak pergi check-up (tak sompat!) last week.. so, takleh la nak bgtau berat badan sekarang (hehehe - kalau takut tengok scale machine tu ckp je la mama oi!)
  • baby bergerak² like there's no tomorrow!! aktif!! cam aiman!!! senget² perut mama dibuatnya..
  • tak boleh tidur dengan selesa.. kalau mengiring pun tetap sakit belakang okey!
  • bila jalan, siput lebih laju.. malahan kalau dibuat bandingan, siput selaju F1 ok, mama ni cam naik beskal aje.. huaaaaaaa...
  • bila nak naik bilik sendiri, sure kena stop kat tingkat satu kejap, tarik nafas 4-5 kali, pastu berenti tingkat 2 kejap, dan baru leh naik sampai ke bilik.. giler ah!!
  • bagi lecture tak boleh berdiri.. kena duduk.. cam handicap gitu
  • makan tidak berselera sangat.. cam ade je tak kena.. selalu buntu nak makan apa
  • solat kadangkala berdiri, kadangkala duduk.. pun cam handicap..
  • batuk sikit terkencing, bersin sikit terkencing.. huwaaaa... kepala paip bocor!
  • mengaji semput² macam baru lepas berlari 30km - jadinya masih di takuk juz 24.. bila nak khatam ni mama!!
  • bab mual toksah cerita laa.. balm sentiasa kena ada disisi..
okey.. cukup la.. banyak benar.. ini bukan komplen ye.. ini sekadar mengingat, membawa sorang khalifah Allah ke muka bumi ni tak mudah, tak senang dan yang pastinya patut buat diri kita lebih insaf.. banyakkan istighfar.. ingat mati..

senang benar hidup anda ye

insiden 1:

ewah², senang benar hidup anda ye bila anda suka² hati buat² lupa akan kerja anda dan minta orang lain buatkan untuk anda.. isk! dan senang benar hidup anda bila semuanya boleh di'basuh tangan' dan ditinggalkan untuk orang lain siapkan?

insiden 2:

senang benar hidup anda bila anda kelaskan semua benda adalah bodoh.. apa anda sahaja yang bijak?? jika anda seharian dikelilingi orang yang bodoh, tidakkan itu pun sedikit sebanyak akan kena tempias pada anda?

jika hidup tidak berperaturan, tiada protokol, haa.. jadi la balik macam orang zaman batu deknon!

insiden 3:

amboi², dasar tak kenang diuntung.. bangsanya selalu benar dibantu.. asal ada musibah aje, mesti orang disini yang bantu.. tapi haram nak sedar.. siap plan nak ganyang negara orang lagi! ish! tak sedar diri betul! tak malu!


paham² sendiri la ye!

Jumaat, 2 Oktober 2009

Kepala pening, apa kita buat???

Ye, mood untuk buka buku tidak ada.. Jadi kita segar2kan diri dengan memakan kuih tart pemberian Dr T.. Tq dr.. Hehehe.. Tu laa.. Sapa suh gatai tak beli kuih tart haritu???

orang tua

Hari ini ada orang menjadi tua setahun lagi..




to wancu nana..




happy birthday..





awak tu dah tua..





pandai² la bawa diri ye...






aiman n mama kata kami tak belikan hadiah.. cuma boleh bagi kasih sayang je.. (ahahaha.. ayat org kering selepas raya)








sekian

Khamis, 1 Oktober 2009

semalam saya menjadi pencuri

semalam mama dan papa berjaya menjadi pencurik tulang yang berjaya.. tengahari kami keluar sekejap dari office.. dengan harapan nak cari barang baby.. ye, kami tidak membeli apa² lagi untuk si adik kecik yang bakal menjengah 8bulan usia kandungan minggu hadapan.. cepat betul!! dan dikira² dari situasi mama yang tidak mampu bergerak laju (jalan cam siput) dan cepat sangat sakit belakang, kami berdua bersetuju untuk keluar masa weekdays.. adapun, kalau keluar time weekend, tak boleh concentrate cari barang..

jadinya semalam kami dapat membeli barang baby pada kadar yang murah di sun.shine (tq isma atas rekemenmu itu) dan ada sikit² lagi yang perlu dibeli seperti baju seragam baby (baju jaring²) dan juga pampers untuk newborn serta sikit barang jagaan baby macam shampoo etc.. nanti nak cari kat manja.ku parit buntar.. kenapa perlu juga beli baju untuk si adik.. sebab yang pertama.. masa aiman lahir dulu amat kecik.. 2.4kg sahaja.. jadinya, semua baju aiman sudah lusuh kerana dipakai terlampau lama.. ada yang dipakai dari umur 3 bulan membawa ke setahun.. baju yang 12 bulan dipakai sehingga 2 tahun.. kesian pula rasanya kat adik kalau pakai baju lusuh2.. agenda weekend ni nak kena sort out baju aiman yang adik boleh pakai dan barang² tambahan yang perlu dibeli..

wishlist untuk second baby kenalah dikurangkan seperti babycot dan stroller baru memandangkan duit perlu dihalakan untuk tujuan lain yang lebih memerlukan buat masa ini.. lagipula, tahun depan dah nak berangkat belajar.. jadi bajet kena juga jaga..

lepas puas bershopping bagai, mama berjaya memujuk papa untuk pekena ABC kat padang kota lama.. ooooooo.. lama sungguh kuidam²kan ABC.. rasanya dah 2 bulan mulut dok sebut nak makan ABC.. alhamdulillah, semalam dapat juga.. giler ah!! puas hati.. siap ada extra coconut shake with ice-cream dan mee sotong.. muah² sayang papa..

semalam yang buat lagi best dating haram jadah kami adalah cuaca yang sangat sejuk dan indah.. angin kuat sangat dingin.. uuuuuuu.. sila jeles! hahahahahha

percubaan papa untuk suap mee sotong sambil diperhatikan oleh ABC dan coconut shake yang telah menjadi mangsa kami.. hahahha


close up ABC semalam..