well, mari kita mulakan..
harini mama tidak berpuasa.. sebab demam.. letih sangat² selepas seharian membajak tulang disawah!! ahakssss
idakle, pagi² semalam mama pi check-up kat KK P.B.. rutin biasa.. nasib berat cuma naik 0.3kg sahaja dan yang agak kurang bernasib baik adalah sebab baby melintang!!!! aiyak!!! baby, please ye.. tinggal 3 bulan, nanti baby pusing pelan² okey..
lepas ke klinik, ada meeting untuk shortcourse hujung tahun ni.. lepas meeting, mama keluar ke bank.. untuk menukar duit.. sekali itu bank harimau tidak mahu terima tukaran wang semasa lunch hour.. konon² sesi tukar wang start sebelah pagi je.. apekah??? suke² hati dia aje.. lagipula, ape kerja orang nak ke bank pagi²???? orang ofis mestila keluar time lunch hour.. sedap padan muka mamat 3 orang kat kaunter kena tepet dengan mama "encik, pagi² orang kerja, orang keluar time lunch hour" tergamam deknon mamat bertiga tu kena sedas dengan ibu ngandung..
dah tak berjaya kat bank harimau itu, mama ke bank yang kurang fofuler (teori: bank² begini lebih melayan kerenah orang nak tukau duit) makanya mama ke bank yang namanya sama dengan pengeluar kereta mesia tu.. alaa.. teka sendiri ek.. sekali mama masuk itu bank.. TADAAAAA.. ternampak rupanya ada mama kawan aiman kerja kat bank tu.. hehehehehhe ini sudah kira rejeki.. mama tanya la, ada sampul tak kalau tukar duit? dia kata.. takpe, nanti akak bawakan ke nurseri sebab esok (harini) baru sampul mai.. yippiee... makanya, duit sudah mama tukar semalam.. settle..
pastu hantar baju ke dobi untuk diiron.. minggu depan baju bergosok sudah susut.. hehehehe..
dah settle 2 benda.. kemudian, pi bayar bil telco siap² supaya tiada masalah untuk minggu berikut..
pastu balik rumah.. dah mula rasa letih.. landing kejap, pastu solat bagai, siap dan keluar ambil aiman..
semalam petang kami berbuka dengan munah, dira n reen serta anaknya areefa.. makan di Batu Uban - makan seafood.. sedap juga.. thanks munah sebab belanja.. moga² murah rezeki lagi..
lepas solat isya' siap, mama balik ke rumah reen.. rasa cam tak gagah nak balik ke Parit Buntar.. makanya, lepak aje kat rumah Reen.. berpot-pet serta mengupdate cerita masing² sampai la pukul 11 malam, dira pun balik ke rumah dia..
pukul 4.30 bangun, badan rasa lain macam.. mata dah start bengkak (tanda panas badan), tekak perit.. makanya mama decide tidak puasa hari ni..
dah pergi Dr pagi tadi.. dapat ubat dan Dr komen low BP harini.. pulak dah.. Dr tanya mahu cuti ka, mama kata tak mau la.. lagipun, duduk rumah sorang² kang melayan pulak sakit ni.. baik lepak ofis..
papa dah dalam perjalanan dari Shanghai-KL.. malam ni baru tiba di penang dan papa akan tidur kat hotel dulu.. esok baru mama ambil.. alasan papa, mau kuarantin diri semalaman.. takut² selesema datang..
okeyla.. nak sambung main FARM.VILLE kat FB.. hahahahaha... internet slow pun tak serik² juga.. ish laaa..
selamat berehat panjang korang..
2 ulasan:
apsal kerek sgt bank harimau tu? eiii...
MN, tu la.. baru harimau, kalau bank dinasor? hahahha
Catat Ulasan