Khamis, 23 Julai 2009

tinggal lagi dua hari

harini mama puasa lagi.. makanya tinggal la lagi 2 hari nak diganti.. bila puasa, progress hari ni rasa berlalu macam siput.. pelan aje.. ditambah dengan syahdu bunyi akuarium n aircond sepoi2 bahasa.. aiyayayaya.. memang tangkap lentok!!

yang best harini adalah gaji sudah masuk!! huahahaha.. sudah siap2 bayar semua hutang.. tinggal duit kereta n duit nurseri aiman aje.. makanya ada juga baki yang agak sedap2 didengar.. hehehe.. plan baik punya dengan ofismate.. tengahari ni nak menabur sikit kat kedai kain.. ingat nak beli barang sepasang dua untuk pakaian ke ofis...

semalam mama dah siap hantar semua dokumen untuk SLAB KPT.. insyaAllah, boleh dengar berita bulan 8 ni nanti.. sebelum pi hantar borang tu semalam, papa bawa mama dating kat padang kota lama.. dahle hujan.. sejuk.. rasa cam couple cintan cintun gitu.. hahha..

papa introduce ni untuk tengahari semalam..





coconut shake dengan choc chips vanilla icecream.. makan pula mee sotong.. sedap oooo.. pi la try kalau ke padang kota lama.. hehe

Tiada ulasan: