Isnin, 29 Jun 2009

student tua dan student muda

azab harini habis dah.. alhamdulillah.. first time bagi talk untuk student2 'matang' ni.. masa bagi tutor untuk student OUM haritu tak le berdebar macam harini.. since ada kawan-kawan yang membantu dari belakang, rasa nervous tu memang berkurangan dengan drastik sekali.. hehe..

apa bezanya antara student muda dan student 'matang'? hehe.. lebih kurang sama aje.. bilangan yang tidur dalam kelas masih seimbang.. ye la, mama bagi talk ilmiah, bukannye motivational talk.. mana boleh nak elak dengan kebosanan.. gambar terang benderang pun depa boleh tidur punya.. hehehe.. in terms of communication in classroom, student 'matang' lebih banyak menyatakan pendapat.. bergetar juga lutut mula2 masa depa dok tanya2.. tapi nasib baik la soalan ditanya agak kacang.. jadi tak le risau sangat.. student muda banyak berdiam.. tak pasti sama ada takut nak bertanya atau malu dikelaskan sebagai bo.doh.. kadangkala, soalan yang remeh, boleh membantu minda berfikir dengan lebih luas lagi.. mana ada soalan bo.doh sebenarnya, cuma soalan ringkas atau complicated ade la.. 

kelajuan mama bercakap dalam kelas tadi agak laju juga.. hehehe.. 48 slides dalam sejam setengah.. ok la kut.. kang kalau slow sangat, mungkin bertambah ramai yang tidur.. hehehe.. lepas ni insyaAllah, mama akan lebih berkeyakinan untuk bercakap depan orang yang lebih berpengalaman.. bersyukur sangat dengan pengalaman harini.. sebab confidence level makin baik untuk bercakap dikhalayak.. mama masih ingat lagi my first ever lecture depan 1++ students.. wooo.. ketaq lutut wooo.. dalam lecture hall bukan tengok muka student, tapi dok tengok belakang.. hahahahha.. tapi lama2 alhamdulillah, sap sap sui aje.. chewwahhh.. kalau belum cuba kita tak mungkin tahu kekuatan kita.. dan di sini kekuatan mama.. mama build from scratch.. pelan2 kayuh.. dan hari ini membuktikan practice makes perfect.. dan mama akan sentiasa berusaha supaya satu hari nanti orang kenal mama sebab kebolehan menyampaikan ilmu dengan baik dan mampu meningkatkan pemahaman orang lain dalam subjek mama..

masalah yang utama sangat tadi mama tercungap2.. pregnancy buat mama tak ada stamina langsung!! masa pregnant aiman haritu lagi teruk.. mic siap bunyi degup jantung mama lagi.. dup dap dup dap.. imagine la whole class dengar jantung ibu ngandung... hahahaha.. horror seh!! mesti budak2 tu takut nak ngandung! kuang kuang kuang

so, what's your strength?? maybe now is the right time to ponder, eyh?

another week, more things to settle

minggu ni kami di Ipoh... esok sampai khamis kami (group geoteknik) kena bagi talk untuk staf JPS berkenaan soft soil.. mama punya lecture petang esok.. dan esok n lusa juga jadi fasilitator untuk bantu lecturer lain (including papa). we left aiman with nenek (sorry sayang.. duty calls). asalnya mama plan untuk ambil cuti hari jumaat depan untuk stay until sunday depan dengan family.. tapi hati kami berdua dah bengkak sebab itu bos tidak approve kami punya cuti!! huwaaa... 

sepanjang bulan ni dan bulan lepas, kami masih tidak bercuti (berehat bersama keluarga).. toksah kira la tang balik KL lawat student tu semua.. itu semua penat, tak ada rehat.. kami need a little rest.. next week dah start new semester, lagi la tak rehat.. huwaaaaa... sabar2, tanggungjawab ni.. 

dan masih banyak lagi kerja bertangguh yang perlu disiapkan.. rabu malam kami pulang KL, khamis balik parit buntar dan jumaat ada meeting yang kena attend (urgent meeting.. macam la tak ada orang lain boleh dtg.. eeee.. geram kejap)

nak tanya la, orang lain dah hantar baju raya ke? mama tak hantar lagi ni.. risau juga.. kut2 orang tak ambil dah.. huhuhu.. fanor, tq again baju tu.. cantik sgt2.. aku pakai lepas bersalin le.. sayang nak dibuat baju kembang.. hohoho

Jumaat, 26 Jun 2009

tengahari jumaat

harini dengan semangat berkobar2, lunch hour mama dipenuhkan dengan aktiviti belajar menjahit manik.. muhahahaha.. 

beria-ia betul.. adakah mungkin sempat baju rayaku tahun ini bermanik juga?? nantikan kerajinan mama akan datang..

ahakss..

yang ajar student post-grad kami.. bagus juga.. tau tips2 bagi cepat sikit menjahit..

murah lak tu.. RM30 untuk 2 jam.. barang semua ada.. siap ada lunch lagi.. 

Khamis, 25 Jun 2009

tanggungjawab seorang anak

tidak mungkin yang patah akan tumbuh kembali, tidak mungkin yang pergi akan kembali. Al-fatihah untuk arwah emak

  1. menghormati kedua ibu bapanya tidak kiralah bagaimanapun rupa perangai kedua ibubapanya selagimana keduanya tidak mengingkari perintah Allah.
  2. tidak melawan kata-katanya walaupun ianya menyakiti hati seorang anak, kerana besar dosanya mengingkari kata keduanya. hatta 'ah' sekalipun sudahkan berdosa, inikan pula kata-kata lain yang menyakiti hati mereka.
  3. merendahkan bahasa dan tingkah laku ketika berhadapan dengan keduanya. Allah menyukai bahasa indah dan murka akan bahasa kesat dan pedih.
  4. neraka adalah tempat terbaik untuk anak yang derhaka. tempat yang wajar untuk anak yang telah memperkecilkan hati kedua ibubapanya. Allah tak kisah pun kalau anak kecil hati terhadap ibubapanya, tapi Allah MURKA pada anak yang menyebabkan kedua ibubapanya berkecil hati.
  5. ibu bapa telah membesarkan anak-anaknya semampu yang boleh dilakukan mereka. mereka tidak sedikitpun meminta2 bahkan mendamba harta anak mereka, kerana tanggungjawab yang diamanahkan Allah bukan sekadar dinilai di dunia, malah di akhirat kelak.
  6. jangan sampai kita kehilangan mereka, barulah timbul kesal dan sesal. masa itu, buat apa pun tak berguna. tangislah airmata darah sekalipun tidak akan memulangkan mereka kepada kita.
  7. jangan tanya apa yang telah mereka lakukan, tapi tanyalah apa yang telah kita pulangkan kepada mereka.. madu dan racunnya ada di tangan kita. jika kita anak yang baik, pastinya madu yang ingin kita pulangkan. sebab doa dari mereka yang kita dambakan. doa dari mereka yang menentukan kebahagiaan kita di muka bumi ini. tanpa restu mereka, tidak bahagialah hidup seorang anak adam. balasan yang setimpal hanyalah untuk tindakan setimpal yang telah dilakukan. tidak lebih dan tidak kurang. what goes around comes around, Allah Maha Kaya. Harini mungkin kita telah mengecilkan hati ibu bapa kita, suatu hari nanti ingatlah, dikala anak kita melakukan perkara yang sama kepada kita, jangan sampai masa itu kita tidak mampu berbuat apa2dah melainkan redha sahaja.
reminder to myself - aku di sini bukan kerana diriku sendiri, tapi kerana titik peluh kedua orang tuaku membesarkanku, mendidikku, menjadikan aku sepertimana aku harini. jika buruk diriku, maka serupalah sepertiku telah menconteng arang dimuka kedua orang tuaku. jika hari ini aku bertindak buruk, maka tidak harus kusesali jika kemudian hari anakku jua berbuat demikian kepadaku.

Abah, maafkan kak yong.

Selasa, 23 Jun 2009

what we did last weekend

beberapa hari ni dok sibuk memanjang.. last week, mama sempat balik kl berseorangan (tinggal papa n aiman kat rumah) untuk ke dentist cabut braces belah bawah.. alhamdulillah, selesai.. tengahari jumaat tu sempat juga ke Ja.kel membeli baju raya (ye, puasa tak habis ganti baju raya udah beli.. hoho) dan habis kopak beg duitku di situ dan ari.ani.. aiyak! sempat la ada sesi beramah mesra mengumpat bersama fanor sebelum makcik tu balik kampung halamannya.. hahahahha.. dan sempat juga menjerat fanor membeli hadiah electric shaver untuk laki kami berdua sempena 'father's day' (aku biasa aa fanor, bab2 menghasut ni.. muhahahhaahaha)

patutnya hari sabtu baru mama balik ke parit buntar, sebab nak kena ambil retainer dari dentist sabtu petang, tapi jumaat malam tu juga kena balik sebab ayah makcik masuk wad kat balik pulau sebab high fever.. mama pun alang2 tumpang le kereta abah dan berjaya menghasut wancu (haha!) balik juga..

sabtu pagi appointment dengan tukang jahit langsir untuk ukur tingkap rumah.. rumah kami insyaAllah tak lama lagi boleh masuk dah.. weeewooo.. harap2 sebelum raya semua settle.. nanti raya rumah baru ni.. hehehehe

lepas je nyonya tu cabut, kami pun ke balik pulau.. hajat nak lawat orang sakit la kan.. siap makan lunch bagai (sila cuba restoran peladang kat balik pulau jika ada kesempatan) baru pi tengok tok kat hospital.. kesian tengok dia.. pucat.. nak tau pasal apa dia demam?? aaa.. sebab pekena durian la.. mama bajet ini mesti tak agak2 juga.. sebabnye, kalau korang ada kesempatan ke pekan balik pulau, macam pesta wooo.. kira kalau pakai perfume tu takde maknanya la.. memang satu pekan bau durian.. serius! tok pula siap ada lemah jantung bagai.. ditambah makan durian, ape laie.. memang kombinasi hebat lagi ulung le.. hehehhe

petang tu pula, kami ambil kesempatan (ALASAN!!) pi jengah2 tenguk durian.. abah mama siap ajak pi naik bukit jalan menghala ke batu maung lagi.. sebab katanya boleh pilih durian yang ada nama.. ye, durian di balik pulau, kalau gred A gitu mesti ada nama canggih2 punya.. belasah makan bagai tak hengat!! nasib lagi baik, aiman tidur aje dalam kereta, kami berempat (papa, mama, abah mama n wancu nana) turun ke kedai tepi jalan belasah makan aaa.. muhahahahahhha..

ape lagi, story banyak2 memang tak best aa, kena layan gambar sikit.. baru masyuk!

buah durian kat balik pulau, kalau yang jenis mahal2, dia akan ikat sebiji2 dengan tali, takut jatuh masuk ke tempat orang lain.. nampak tak tali rafia tu.. huhuhu.. rajin ooo, panjat pokok durian..

nana buat muka pelahap special untuk uda n enda kat johor yang tercinta.. muhahahahha

dan ditambah lagi pelahap ibu mengandung dan bapak budak!!
this picture doesn't do justice.. kuning dia.. huiyooo.. tak leh cakap.. lu orang kena pi tgk sendiri!! macam nak kaler oren pun ade..
siap ada nama lagi durian dia.. hehehehe
muka kekenyangan selepas melantak 7 biji durian.. huahahaha.. siap tapau balik lagi.. hehehe


makcik, tenkiu sebab belanja kami

ude n enda, ye, sila jadikan alasan untuk balik ke utara ye, masa raya nanti dah tak de.. muhahaha

lepas ni tak heran dah mama tengok durian tepi jalan.. sebab the ultimate durian sudah tercapai..

nak tau ke berapa harga durian kat situ??? sebiji dalam RM8 tu kira common aa.. macam 4 bintang wa cakap lu!!

memang entry kali ni nak kasi perhangat je..

Khamis, 18 Jun 2009

sape tak teringin weh!!


Silalah terliur dengan gambar dibawah ini ye.. MUHAHAHAHA (gelak jahat sambil pegang pinggang)







































memang lavish betul penangan duduk kampung ni weh! - kat pekan batu lima ni ada lebih kurang 4-5 kedai macam ni.. hohoho

ye, akhirnyaaaa.. dapat juga durian kampung.. haritu ada sekali beli durian siam punya la hampeh!! kali ni dapat durian jun.jung, kedah.. weeehooo.. kami tak beli yang longgok punya, beli yang sebiji 5 hengget.. sebab takut tak sedap.. yang ini semua sedap!! isi ada kuning, ada putih.. lembut.. nyum nyum!

malam tadi belasah depan tv.. ingat kut aiman teringin la nak rasa, sekali budak kecik tu buat muka.. huhuhu.. agaknya akak nurseri dia pernah la kut bagi dia rasa..

gambar belasahan malam tadi tidak diambil.. sebab maluuuuuuuuuu.. kami laki bini mengadap durian bagai tak hengat!! baki durian telah selamat menjadi kuah dan siap dibawa ke ofis dan diberi sikit pada akak2 yang menjaga aiman..

kepada babah, ala, weekend ni kami upkan sikit lagi bagi abah lebih jeles.. ye, kami akan ke the ultimate place of durian!! BALIK PULAU!!! weewooo!!! papa, siapkan poketmu, bakal kopak le weekend ni..

durian semalam habis RM25 hengget - dapat la 5 biji saiz besar.. burrrpppp.. alhamdulillah, sedawa durian nih! ahahaha


Selasa, 16 Jun 2009

kerja oh kerja

kerja menimbun-nimbun bagai tinggi gunung kinabalu.. lelah dah dada ni tahan nak menjerit.. NAK CUTI okey!!

ahakss...

tapi blog-hop sempat lagi.. hehehe

Sabtu, 13 Jun 2009

Penantian yang berbaloi

Tadi kami ke kenduri family mama di kamunting.. Ape lagi.. Dah alang2 ke taiping, jengah le ke doli.. Uuuu.. Rindu ooo kuey teow dia.. Tunggu dekat 40 minit berbaloi oo.. Kami bawa balik ke rumah baru belasah makan sebab aiman dah tertidur dalam kereta.. Hehe.. Tapi still panas masa sampai rumah.. Huhuhu

Jumaat, 12 Jun 2009

rakan membuat onar

medey2.. saya memerlukan rakan untuk membuat onar tengahari ni.. sepi aje rasa kat ofis ni.. ingat nak ke saloon tengahari ni.. dapat massage2 kepala disamping cuci rambut.. owhhh.. heaven..

pagi tadi berjaya scan baby - masih 1 dah tak ada 2 ye.. baby alhamdulillah, sihat.. saiz sesuai dengan umur dia 15minggu.. harap2 semuanya ok


Khamis, 11 Jun 2009

laju ke idak

arnie tag game kelajuan menaip ni.. hhehehhe.. tak berapa laju aa.. kalah satu perkataan dari arnie.. ahakss

makanya mama tag

1. aweng
2. kak aishah
3. dongan
4. chema
5. fanor (entah bila ko baca entry ni nanti aku tak kira aaa)
6. nana
7. aza


Selasa, 9 Jun 2009

taking risk, opening chances

mungkin ada yang tertanya-tanya, susah sangat ke nak sambung belajar? mm, nak jawab macammana ye, senang cerita, mama tak pernah lagi bertemu dengan orang yang nak sambung PhD smooth perjalanannya.. ini termasuk juga mama.. belum lagi start, dah macam-macam dugaan kena hadapi.. tak ramai yang memahami, malah ada yang pandang enteng aje bila bertanya, "eh, ko bila lagi nak pergi sambung?" huhuhu.. masa degree dan master mama fikir adalah 10 kali lebih senang.. senang dari segi nak decide nak sambung apa, nak sambung di mana etc.. tapi bila dah sampai PhD, huhuhu.. berpeluh2 ketiak memikiornye.. dari masalah sendiri, masalah masa study termasuklah tak cukup bahan, tak ada equipment hinggalah ke tahap masalah supervisor.. belum masuk lagi bab external yang kadang2 tiba tidak diundang..

baru sekejap tadi mama ketemu dengan seorang abang yang dah lama betul PhD dia tak siap2.. masalahnya dia dah submit, tapi berjanggut menunggu untuk diperiksa.. mama faham perasaan dia bila dia mengadu malu di tempat kerja.. sebab orang tahu anda sudah memulakannya tapi tidak tahu bila pengakhirannya..

dalam kes mama, banyak consideration yang mama perlu ambilkira.. lagipula papa pun akan melanjutkan PhD nya juga.. dan lagi haru, kami berdua bidang yang sama.. boleh pening nak cari kat mana nak sambung belajar.. dari UK (paling senang nak dapat tempat) membawa ke Europe, NZ, Japan - sampai la ni belum ada keputusannya.. dari cerita scholarship tak benarkan ke tempat itu membawa ke masalah macammana nak handle keluarga bila dua-dua belajar pun harus difikirkan..

sebab itu, bila kita berjumpa dengan orang yang punya ilmu sehingga peringkat PhD itu, mungkin kita patut hargai dia sikit.. bukan mudah nak sampai ke tahap itu.. kita tidak tahu apa pengorbanan yang telah dia lakukan untuk sampai ke tahap tersebut..

ada yang sanggup tinggalkan anak bini, harta benda semata-mata untuk mendapat ilmu.. moga2 Allah dapat membalas kebaikan dengan kebaikan.. mencari ilmu itu ibadah, menyampaikan ilmu itu juga ibadah.. fikir-fikirkan dan selamat beramal - hahahha.. tagline biasa dengar kan?

berbalik pada tajuk.. well, both of us decided maybe we need to open up our horizon.. maybe we need to take the risk and maybe, if God's will, we will bring back the best for this country and for the sake of our future generation..

well, papa, we need to brush up our language and maths skills again.. after all, who says GRE is difficult?? we succeed in our IELTS, why must this one be a big obstacles right?

note to myself!! - balik ni pi bukak buku GRE tu.. beli mahai, pi study.. pi pi pi la balik kampung.. hahahahhaa

p/s: ada sapa2 dah seat for GRE? any tips???

GRE is an exam that need to be taken by those who wish to further their post-graduate education in US. It includes language and analytical tests which cost quite a sum of money and also time consuming.

muntah kedarah

kudapan pagi ini adalah kuih tart spesel dari JB (tq chema - muah2 love you)

sedap gilerrrr.. teksturnya lembut, intinya manis2 buah.. argghhhh.. rasanya tak turun lunch le.. hahahaha.. nasib beli 2 bekas.. kalau beli satu mesti tak cukup.. hehehehhee.. raya lambat lagi, tapi aku order siap2 tau chema.. 

sila perhati - sebelah tart nenas adalah balm kesukaan saya.. kepala cepat pening lately..

pagi tadi dah makan nasi siap2.. itupun selepas makan jeruk mangga dalam kereta - sebabnya tekak rasa mual2.. n belasah sikit itu potato chips curik2 makan di dapur sebab takut aiman nampak.. hehehehe

dasar mak buyung betul!

Isnin, 8 Jun 2009

frustration

dan sekali lagi saya kecewa.. ingatkan proses nak dapat tempat kat satu uni diluar negara ni mudah la, hmm.. tak juga.. di cadangnya ambil master lagi satu.. ape kerja nak ambil sampai 2 kali master itu.. lain la kalau disuruh ke kelas tapi under doctoral program.. cit! sabar je la..

dan semuanya kena dimulakan sekali lagi!! arrgggghhhhh!!!!!! tensi!!!!!!!!!

kepala rasa panas semacam dah ni (bukan demam, tapi hangin)

sesi luah perasaan betul!

Jumaat, 5 Jun 2009

now you see, now you don't!

finally after more than 3 years, one row down, another row to go.. bottom row will be taken off end of June.. yippiee!! 

boleh senyum puas2 seh!!!

now you see

now you don't!!!

hahahaha.. sila jeles.. sekian.. :P

what a week!

giler ah, since last post, kami berdua fully occupied. Penat ooo.. sakit2 badan.. dah tugas punya pasal, kami berjaya juga la siapkan.. dari PJ, membawa ke Bangsar, membawa ke Klang, Puncak Alam dan segala mak nenek ceruk.. lega betul harini habis dah.. total 11 company dah visited.. ada 2 cancel sebab student dah kena hantar ke site..

dalam pada melawat2, sempat lagi kami curi tulang.. selasa petang tu, kami agak lega sikit sebab tak ada company, so, mama ajak papa pi tgk movie.. kat signature GSC.. uuu.. best2.. kami ambil premiere class aje.. sebab rasa giler pulak nak bayau RM60 untuk gold class.. ahaks..

sebelum tgk movie, sahih makan2 dulu.. first time mama ke food garden.. menarik juga.. banyak pilihan.. 

selera ibu mengandung - mix cantonese noodle, tomyam dan longan n cincau sejuk.. uuuu.. 

papa try korean food.. sedap juga ayam dia n kimchi tu..

kami nengok cerita ni.. best woo.. sapa tak pi tgk, pi la... bawa anak2..

masa kat Gardens tu papa memang dah aim kedai choo choo train tu.. mama belikan aiman satu caboose (gerabak) siap ade lagu2 lagi dan aiman's first track cum bag.. hehehhe.. wood made tau.. bengkok wallet mama kejap.. papa punya belian tak buka lagi sebab aiman dok excited sambung2 train dia.. hehehe

aiman and his new fav toy

Rabu petang sempat jumpa Zeti update our Unit Trusts.. alhamdulillah, dalam masa 3 bulan dah dapat 13% untung.. weewooo.. la ni kami tambah laie.. papa tambah sikit lagi, mama tambah sikit lagi.. mana tau.. dalam 4-5 tahun bertambah lebih baik income kami.. leh renovate rumah lepas habis belajar..

dan yang paling syok, sempat update gossip dengan zeti.. hahahahha.. zeti, you know what I mean right? hehehhehehe (gelak tanduk tumbuh)


Harini kami pagi2 dah keluar ke Jabatan Perangkaan - near to Tasik Perdana bfast bihun sup fav mama.. hehehe.. tok ayah n tok pun join sekali.. wancu pula berjaya kami racun supaya pi ofis lambat.. muhahahahahaa (nana, sila bayang aiman yang gelak jahat okey)

lepas makan kami bawa aiman pusing tasik perdana dan punya la dia happy sebab dapat main kat playground.. balik rumah penat terus tidur.. hehehhe.. mama suka..
aiman in action

me and my cheeky little hero.. hehe

petang ni mama akan ke dentist.. dan yang paling tak sabar2 petang ni nak jumpa BFF mama - puan fanor balik mesia.. yep.. x sabau.. hehehe.. update later

Selasa, 2 Jun 2009

sekitar gambar kenduri czah

gambar pengantin takde.. gambar tetamu je ada.. hahahahahha.run sa.lim ba.chik..

kerana kebongokan haritu, bateri lupe nak charge, kamera jadi tugu aje.. hahahaha.. 

weng, lengan ko besar... hahahahahha.. aku jahat!

aiman encem cam papa la.. hik hik

we really deserve this

semalam siap 4 company kami visit (mama n papa) dan alhamdulillah, semua student baik2 belaka.. petang kami check-in kat impiana.. weehooo.. bilik sangat indah okey!! owh, heaven kejap.. rasa macam honeymoon pun ade.. bukan selalu weh datang KL duk hotel berdua.. hahahaha.. pagi ni mama tunggu email dari colleague.. papa sambung 2 company pagi ni.. dekat2 aje dengan KLCC.. 

uuuuu.. best!
sebelum keluar malam tadi, kami siap layan bathtub lagi.. siap penuh bubbles.. weewooo.. nasib la beli kat bodyshop haritu.. quite a bargain dan baunya sangat sedap! memang rasa macam honeymoon weh!

semalam kami dinner kat KLCC signature.. tak tahu nak makan kat restaurant apa.. end-up mama makan sizzling yee mee dan papa makan fish n chips aje.. huahahaha.. ingat kut boleh nak candlelight dinner.. hampeh! tak ada selera.. harini mama nak ajak papa lunch kat pavilion pula la.. hehehe.. tengok le karang.. ni mama kat bilik.. baru lepas bfast yang sangat lavish! hahahaha.. malam ni tidur kat Klang pulak.. esok malam PJ.. hahaha.. susun hotel kami.. ahaks!
dalam pada tak lalu, belasah yee mee ngan soursop longan gitu.. ahahahha

p/s: aiman kena tinggal rumah abah mama.. hehehehhehe.. kijam!