Ahad, 31 Mei 2009
wear and tear bhgn 2
Jumaat, 29 Mei 2009
wear and tear
Khamis, 28 Mei 2009
hectic week coming
living in a dream
Rabu, 27 Mei 2009
tsk tsk T_T
Selasa, 26 Mei 2009
takut nak ganti
Isnin, 25 Mei 2009
dalam kepala hari ni - episod 3 - gosip ustaz n artis
update awal minggu
quesadillas.. oooo.. cheesy and yummey!!
dah rasa sengkak perut punya la penuh, kami (us n isma's clan) pusing-pusing gurney plaza.. dan alhamdulillah, dapat pressie dari papa.. yeay!! wallet baru.. sebenarnya berkenan yang coach.. tapi rasa tak berbaloi pula habis ribu riban kat wallet aje.. so, mama settle dengan ini aje..
kenapa mama kena ada wallet baru?? haaa... sebab ni aaa.. sadis ooo.. jangan gelak tauuuu!!
ye, bulu2 bahagian bawah tu sebab dah tercabut-cabut leather wallet mama.. papa kata, "bagus aa.. baru worth beli baru" cit.. sabau je aaa
dan mama dapat yang ini.. yeay!!!
ahad memang hari lepak.. pagi-pagi hari dah hantar papa ke kampus.. ada tournament paintball.. papa konon-konon pakai lengan panjang aa, siap jeans lagi bagai.. konon takut kalau kena tembak sakit.. ape daaa.. sekali balik sikit punya bersih.. anyway, congratulation to the team.. papa tak pernah main langsung oo.. dapat no 5 out of 19groups.. woot woot.. terer aaa..
tengahari mama n aiman ke rumah kawan mama.. ada kenduri doa selamat.. Dr fauziah punya laksa ooOOoo.. menusuk kalbu maaa.. sedap seh!!! lepas tu balik, dua dua tergolek.. sedar2 aje papa dah sampai rumah around 5pm.. huhuhu..
papa, sampai aje, aiman pun bangun.. punya la seronok mamat tu buli papa dia..
aiman buli papa.. papa kena diselimutkan.. muka puas hati tu aiman.. eeee
pembuli dan yang kena buli.. hahhaa
hari ni mama try pakai tudung baru.. first time oo pakai tie rack.. tq czah..
me at 3 months pregnancy.. perut dah nampak aa.. huhuhu
Sabtu, 23 Mei 2009
Nyum nyum
Hope everybody will have good weekend ahead
Jumaat, 22 Mei 2009
kejadian sabtu lepas
dah seminggu potong elok aje naik semua rambutnya (gambar pagi tadi)
sikit pun tak heran nak tgk mama.. eeeeee... geram!
p/s: tokcik adalah wanita.. orang kedah tok tu pompuan ye.. huhu
kalau dah memang dasar cekik darah
dahle siaran ulang2 seminggu sampai 3 4 kali movie sama keluar..
tiba-tiba aje emo dengan astro.. apa kes?? ahahaha
Khamis, 21 Mei 2009
desktop
penangan orang mengidam
ajak la papa ke juru.. makan malam di sana.. sebelum gerak aiman dah panas badannya.. alamak.. bagi makan ubat.. mama fikir, kalau budak kecik ni tidur, mama settle McD drive-thru aje aa.. sekali dia tak tidur.. yeay!! hajat nak makan sushi king berjaya!!! order macam-macam.. semua makan.. tapi sikit-sikit aje.. hahahha.. papa jadi tukang perabih.. takoyaki aa, soft shell crab temaki la.. hahahha.. tempura aaa.. banyak juga.. hehehe..
lepas aje makan, bisik papa lagi.. teringin aa nak makan lagi satu benda.. papa kata, ok, tapi pusing-pusing naik kereta dulu, bagi aiman tidur... kami pun pi la ronda tengok rumah tengah buat.. alhamdulillah, progress sangat baik.. tingkap semua dah pasang.. wire untuk lampu dan nampak terjojol keluar dah.. cat pun dah siap.. uih, tak lama dah lagi ni.. tak sabar betul nak masuk rumah sendiri..
dah aiman rengek, mama buat susu, terus pejam matanya.. yippie.. patah balik autocity, pi lalu kat drive-thru McD.. beli sundae strawberry with extra toppingssssss... yummey!!!!! sedap gilerrrrr.. hohoho.. terbelahak rasanya makan malam tadi.. hehehehe..
Rabu, 20 Mei 2009
thinking of you
Comparisons are easily done
Once you've had a taste of perfection
Like an apple hanging from a tree
I picked the ripest one
I still got the seed
You said move on
Where do I go
I guess second best
Is all I will know
Cause when I'm with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes
You're like an Indian summer
In the middle of winter
Like a hard candy
With a surprise center
How do I get better
Once I've had the best
You said there's
Tons of fish in the water
So the waters I will test
He kissed my lips
I taste your mouth
He pulled me in
I was disgusted with myself
Cause when I'm with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into...
You're the best
And yes I do regret
How I could let myself
Let you go
Now the lesson's learned
I touched it I was burned
Oh I think you should know
Cause when I'm with him
I am thinking of you
Thinking of you
What you would do if
You were the one
Who was spending the night
Oh I wish that I
Was looking into your eyes
Looking into your eyes
Looking into your eyes
Oh won't you walk through
And bust in the door
And take me away
Oh no more mistakes
Cause in your eyes I'd like to stay...stay....
dah petang
Selasa, 19 Mei 2009
rejuvenated? not!
minggu lepas was very exhausting.. physically exhausting.. not mentally.. hari khamis lepas mama ok lagi.. pergi kelas pagi sampai tengahari tiba2 tuan rumah call bagitau ada orang nak tengok rumah.. ye, rumah itu bakal dijual.. mama fikir, alamak.. mamfus gue.. itu rumah serupa tongkang pecah.. makanya mama dengan tak berapa syok balik rumah tengahari kemas-kemas apa yang patut.. dari melipat 2 raga baju sampai la menyapu satu rumah dan basuh toilet.. ya ampun.. petang siap basuh lagi baju dua load.. giler ah.. lepas aje tuan rumah balik (dia mai dekat pukul 7 dah.. nasib baik) malam tu kami keluar kejap dinner dan beli barang rumah sedikit.. balik2 aje, mula la badan rasa sakit2.. dah mula rasa lain macam... alahai.. esok paginya (pagi jumaat) bangun awal sebab malam tak isya'.. pukul 5 tu bangun terus isya'...
sebaik lepas isya' tu terus loya semacam dan keluarlah segala isi perut.. dan bermula la episod tak sedap diceritakan itu.. aiyoooo.. memang teruk aa pagi tu.. kesian kat papa kena tolong mama n handle aiman juga.. mama ambil cuti jumaat tu sebab terbaring aje.. tak lalu makan apa-apa pun.. petang tu abah n makcik sampai.. ambil mama n aiman balik alor setar.. dengan harapan dapat la rejuvenate balik.. papa balik hari sabtu sebab ada bowling game dengan student..
sabtu n ahad memang mama rehat betul2.. sebab takut isnin tak larat.. syukur sebab ada tok ayah, makcik, tokcik n pak pak sedara aiman tolong tengokkan aiman.. so, mama totally leisure aaa.. baring2 dan bergolek2 macam dugong.. by ahad, mama dah ok.. rasa rileks aje..
semalam pagi-pagi hari lepas subuh terus balik ke ofis.. hantar aiman ke nurseri, terus ke ofis.. separuh hari semalam berjaya siapkan kerja-kerja tertangguh.. lega betul rasa.. petang meeting subjek untuk tahun depan.. pukul 6 balik rumah.. rehat kejap, lepas maghrib cook dinner.. masak simple aje.. kangkung belacan n ikan taucu.. lepas tuuuuuu... aaaaaaaaaa..... serik oooooo.. badan rasa teruk balik... waaaaaaa.. memang tak boleh letih langsung.. which is totally different dari masa mengandungkan aiman..
and to make things worst, asal letih je, mesti ada stain keluar.. aiyoooo.. giler betul... memang tak boleh letih langsung.. mama fikir, masak semalam sebabnya dah banyak hari sangat tak lalu makan.. sekali memang teruk aa letihnya.. pagi ni pun siap berkira-kira nak cuti.. sebab aiman pun agak tak berapa sihat + cirit birit (maybe panas dalam badan) tapi lepas bawa aiman ke klinik, gi check up - dan resultnya kena bebel ngan misi sebab bleeding + ada additional appointment dr buat untuk scan lagi.. aiyayayayya... memang tak terkata apa.. pagi ni punya meeting pun mama skip.. tapi gagah juga datang ofis.. sebab tak syok duduk rumah time panas2 macam ni.. at least air-cond ofis free kan? ahahhahaha.. boleh tidur dalam bilik kejap..
esok ada meeting lagi.. aiyo.. kerja bertimbun.. nama je student cuti.. tapi kerja berlambak.. sila jangan stress mastura.. nanti bleed.. hohoho..
ok.. nak pi jenguk blog kawan2 sat.. pastu nak doze-off kejap.. taaaa
Rabu, 13 Mei 2009
next few days ahead
teringin pulak nak makan ketupat jagung nih.. kalau tak raya leh makan ketupat tak? hohoho
Selasa, 12 Mei 2009
before turning 30
semalam tengok oprah, cerita pasal umur.. ada apa pada umur.. ukuran bagaimana yang perlu kita lakukan bagi setiap langkauan umur gandaan 10? bagi mama, 2 tahun lagi mama akan genap 30 (ye nana, sila gelakkan saya hampir tua) turning BIG 3 0 is quite a scary thing for me.. sebabnya, mama selalu terfikir-fikir, apa yang telah mama capai menjelang umur tu, apa yang bakal mama usahakan untuk 10 tahun akan datang.. dari segi kerjaya, keluarga mahupun diri sendiri.. ye la, kita hidup zaman yang bergerak pantas, bukan macam zaman emak-emak kita dahulu, leisure memanjang.. seriously, I should at least set a minimum standard for me to achieve before I reach 30..
bulan ni dah bulan 5.. dah hampir pertengahan 2009.. campur tolak, mama tinggal 2 1/2 tahun lagi menjelang umur 30 itu.. huhuhu.. kalau dikira, tahun ini punya azam pun lambat benar nak geraknya.. alahai.. sedih aa.. patut sampai bulan 5 kira-kira lebih kurang hampir 50% objektif tahun ini tercapai.. mungkin ada juga yang pelik, kenapa mama set macam tu.. ye, hidup ini terlalu singkat untuk kita duduk sahaja sambil lihat-lihat sekeliling.. mama bukan high flyer.. itu mama tahu, dari zaman sekolah hingga zaman masuk universiti, mama tergolong dalam golongan minda biasa-biasaan sahaja.. mana tidaknya.. selalu sangat dikelilingi kawan-kawan bijak pandai.. sehinggakan mama jadi 'low self-esteem' betul, tak percaya tanya nana.. kan nana kan??
kalau melihat transformasi mama.. dari umur 10 tahun ke umur 20 tahun.. ooOOoo.. jurang dia besar ooOOoo.. dari budak hingusan (ye, saya sentiasa berhingus zaman sekolah - sila jangan gelakkan) bercermin mata besar sehinggalah cermin mata tidak berbingkai (ahaks) banyak transformasi telah berlaku.. arwah emak banyak didik mama supaya jadi survivor.. mama bersyukur sangat-sangat sebab dilahirkan oleh seorang wanita bernama Hamilaton Saadiah (al-fatihah) emak ajar mama supaya jadi tough - tapi nangis tak lekang juga.. manja masih manja.. cuma diasuh supaya sentiasa tabah.. makanya, menjelang umur 30 ini, mama makin menjadi tabah.. asuhan untuk melihat semua perkara dari sudut positif juga dipupuk dari kecil.. makanya, amat payah untuk melihat mama benci pada seseorang... kalau anda mengenali diri saya, saya jenis tidak berdendam.. buat la saya macammana sekalipun.. marah tetap ada.. tapi kejap aje.. lepas tu terus lupa.. ada baiknya dan ada buruknya.. ada ketikanya orang disekeliling mengambil kesempatan menanam benci pada diri mama.. jauhkanlah.. ngeri..
menjelang umur 30 ini juga, mama berdoa sangat-sangat moga rezeki mama bertambah-tambah.. moga-moga dihapuskan dari segala hutang-hutang (ye, hutang kredit kad, hutang ptptn dan seangkatan dengannya) hutang masih perlu.. cuma mama harap dapat kurangkan beban hutang menjelang umur 30 ini..
mama tidak mahu pencen awal.. mama tidak ada plan seperti sesetengah orang yang mungkin fikir, nak pencen awal, nak goyang kaki nikmati hidup.. insyaAllah, mama nak sentiasa berkhidmat.. bantu anak bangsa.. dan mama berharap mama akan menjadi padi.. semakin hari semakin berisi, semakin hari semakin tunduk.. tidak sombong pada siapa-siapa dan sentiasa rendah diri..
mama juga berazam, sebelum umur 30 mama mahu ada aset sendiri.. mama kepingin punya tanah sendiri.. punya kebun buah-buahan untuk dinikmati bersama keluarga.. mama harap mama dapat capai azam ni sebelum umur tu.. sebabnya, kalau nak tanam pokok durian, kurang-kurang mahu 10 tahun berbuah elok.. ahahha..
mama juga berazam untuk menyiapkan PhD pada awal umur 30.. jangkaan mama, sebelum umur 33 mama akan bergraduasi.. insyaAllah.. mama azam pulang ke Malaysia dan berbakti pada negara.. majukan bidang yang mama sayangi.. amin..
dan paling-paling utama yang mama azam adalah untuk melihat anak-anak mama menjadi anak-anak soleh.. yang disayangi Allah dan disayangi semua.. aiman mungkin baru berusia 4 tahun menjelang umur mama 30.. tapi mama harap aiman akan menjadi anak yang baik dan bijak..
semoga Allah makbulkan permohonan mama ni.. amin...
Isnin, 11 Mei 2009
sedikit cerita pasal premium beautiful
Bila Allah kata rezeki itu bukan milikmu
sebelum cerita pasal lumut dan cuti haritu, mama nak kabarkan sedikit berita.. almaklum, mama dah pun cerita haritu mama ada bleeding masa kat KL.. pelik sebenarnya time tu, tapi hati kata tak ada apa2.. sebabnye, masa bleeding tu, bukan keluar darah aje.. tapi bercampur dengan air.. macam air ketuban.. untuk pengetahuan, masa bersalinkan aiman, mama tak sakit, cuma pecah ketuban.. so dah pernah la rasa..
masa bleeding kat KL haritu, mama ada bagitau kat Dr kat HUKM.. tapi bila dia scan dan check baby nampak intact.. last friday, mama bleeding lagi sekali.. masa nak solat zuhur.. dah janji nak keluar dengan kak Im (tq dear), jadinya minta kak Im tolong teman ke klinik jap.. sebagai langkah berjaga2.. pergi la mama ke klinik panel kat sini.. masa Dr scan tu baru la nampak..
rupanya, mama pregnant kembar.. ye.. ada 2 sack rupanya.. tapi Allah maha kaya.. satu sack tu dah nampak kempis aje.. tak ada fetal.. mungkin sebab itu mama bleeding.. sebab bila tengok sack lagi satu, baby okey aje.. nak jadi cerita, dalam sack kosong tu memang dah tak ada apa2.. dan dia dah mula nak mengecut.. tandanya bleeding tu memang nak keluarkan air dari satu sack.. hmmm.. tak ada rezeki nak dapat twin.. mungkin lain kali.. kalau Allah kata kun fayakun, jadi la dia..
tapi dari hari jumaat haritu hati mama kejap rasa okey, kejap rasa tak okey.. sedih pun ada juga.. sebabnya tak sangka.. jadinya macam ini.. takpe la.. sekurang2 nya mama tak lost dua2 sekali.. yang ada dalam perut sekarang sudah membesar dengan jayanya.. aktif bukan main.. kalau spesies aiman juga, alamatnya.. huhuhuhuhu
okeyla.. mama update lain nanti.. toodles
Jumaat, 8 Mei 2009
jumaat datang lagi
happy tengok animal planet.. rambut cacak2.. bila la mama nak bawa kamu pergi potong rambut ni.. ish ish
concentrate tengok tv.. muncung tinggi dari hidung tau!!
Rabu, 6 Mei 2009
bau cat.. uweekkk
macam ini punya orang pun ade ke?
Selasa, 5 Mei 2009
edisi update cuti seminggu den
yang ni pesen baru.. mama ambil satu.. kaler biruuuu.. yang dalam entry sebelum ni (gambar senget) tu yang munawwarah ada corak punya.. mahai!! cheq beli satu ja
- The definitive book of body language - konon2 leh la faham bahasa badan orang lain
- The monk who sold his ferrari - ada baca review buku ni kata best
- A history of God - tak silap makcik oprah review buku ni.. eh, ke discovery channel ek? err lupa..
- How Starbucks saved my life - pun ada review
- Paulo Coelho, the witch of portobello dan the alchemist - review banyak best2 buku2 dia ni
- Children's Weather encyclopedia - gambar dia cantik2.. boleh?? rupanya banyak benda pasal cuaca aku tak tahu.. kuang kuang kuang
- LOVE quotes - gatai beli..
- Flashcard untuk aiman
yang di bawah ini pula air purifier - cap diamond - beli kat homedec (konon2 pusing itu expo nak tengok grill utk rumah aa.. idea utk lampu kipas aa.. nak bajet2).. giler.. harga asal RM1680 dapat Rm500.. mengarut!! mama beli satu, papa beli satu.. dua2 bubuh kat ofis.. huhuhu
okey.. sambung lagi nanti..