anak papa
sleep baby sleep
sleep baby sleep
alhamdulillah, sabtu haritu aiman dah genap 17 bulan.. Ya Allah, syukur dengan kurniaanMu anak secerdik dan sepintar aiman.. as usual, mama update sedikit sebanyak perkembangan aiman..
- aiman dah pandai nak mandi.. bila kita sebut 'mandi' aje, siap la meluru dia ke pintu bilik air.. buka seluar sendiri.. siap tarik-tarik baju lagi (kalau baju butang depan).. masuk bilik air je mesti duduk depan kepala paip.. agaknya tunggu air keluar kut.. hehehe
- dah pandai berhenti bila bagitau "sudah".. selagi sudah puas la mandi ke, makan ke.. baru la berhenti..
- aiman agak memilih dengan makanan.. sebelum ni, kalau sayur semua dia telan.. mama agak, mungkin dekat nurseri dia pernah termakan sayur pahit kut.. sekarang ni semua yang berwarna hijau dia buang ke tepi.. termasuklah kuih ketayap, kuih cara.. asal hijau je tak mahu.. tapi aiman masih suka dengan jagung dan carrot..
- pandai tension.. contoh terbaik time main block.. ye, aiman dah pandai susun block tinggi2.. tapi, bila block tu tak mahu berdiri tegak, mula la dia marah.. macam siapa ek?? hehehehehe..
- aiman suka main susun kereta.. terutama thomas dia.. di susun kecil ke besar.. nanti mama ambil gambar time dia susun tu..
- sekarang ni nak tidur mesti berteman.. rasanya ini la penangan paling mama tak boleh handle.. ni semua hasil kemanjaan dari wancu dan mak teh dia la ni.. masa kenduri tok ayah sibuk layan siap tidur dengan dia.. mamat ni jadi la manja gedebe.. uuuuuu.
semoga aiman sentiasa jadi anak yang cerdik, sihat dan soleh.. amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan