Rabu, 23 April 2008

ayam organik


huuuu.. dengar pun macam seram je kan? semalam masa balik dari office, me and hubby decided to find this ayam kampung organik.. actually, we planned to try this last few week tapi sebab kami tak jumpa kedai tu maka tertangguh la agenda cari ayam ni.. hehe..


at first we thought that the supplier number given in the internal USM webpage was a chicken breeder.. rupanya they got the supplies every week from semenyih. http://www.azzain.com/product.htm waktu arwah emak ada dia pernah cerita kat saya pasal kepentingan makan ayam yang disembelih dengan bersih..


emak dulu selalu pergi kelas fardhu ain dsb di office dia.. ada satu ustaz pesan untuk jaga makanan kita kalau kita senang dan mudah nak menuntut ilmu. yang perlu diketahui adalah, kalau kita boleh lihat bagaimana ayam disembelih secara komersil, kita boleh lihat ketidak bersihan cara penyembelihan tu.. huhu.. bahasa!.. bila ayam disembelih, ia akan dimasukkan ke dalam satu periuk air panas untuk mencabut bulu2 ayam tersebut.. masa inilah ayam tu akan kiranya macam direbus dengan bulu + darah + najisnya sekali.. lepas tu baru ayam di hantar ke pasar dsb.. waktu arwah ada dulu, dia memang ke pasar dan tunggu ayam di sembelih (maknanya dia pilih sendiri ayam hidup). dia juga tunggu abang jual ayam tu cabut bulu ayam tu.. harga memang mahal sedikit dari kebiasaan tetapi kita mesti tidak was2 kan???
sambungan untuk ayam yg dibeli semalam adalah, ayam tu memang diberi makanan yang sihat sahaja... tidak dicucuk (sebab teringat dulu ustazah kat puteri wilayah marah kami waktu kelas. dia kata kami banyak sangat makan ayam cucuk, sebab tu jadi pemalas cam ayam.. hehehe) dan ayam ini diproses mengikut hukum syarak dan tidak direbus bersama darah dan najisnyaa.. huhu..
semalam stok tinggal seekor saja ayam saiz XL (ayam dia memang besar) tapi harga pun boleh tahan, rm18.. dah siap di potong dan cuma untuk dibasuh sedikit dan sedia utk dimasak.. jadi menu semalam adalah tomyam ayam + sayur dan ayam goreng.. nyum2.. leleh air liur aiman waktu kami makan..
pagi tadi kami bfast karipap daging.. beli dengan orang yang sama di parit buntar.. yang bestnya karipap ni adalah bahan2 inti dia masuk misai kucing la.. ulaman2 la.. sedap seh!! nanti mama goreng lagi sekali baru ambil gambar.. pagi tadi rush x sempat... hehe

Tiada ulasan: