Jumaat, 26 Ogos 2011

baked macaroni with cheese topping

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


suka suki mak je bubuh nama resepi..

Picture

resepi yang direquest oleh kawan2.. so mama upload kat sini.. benornya segan nak citer resepi ni.. haha.. sebab resepi cincai.. nampak menarik tu gambar semata.. i malu lah!

belajar masak resepi ni dari zaman sekolah menengah.. tak silap dalam buku teks kemahiran hidup.. masa tu kat SMPW rasanya.. try buat dekat rumah arwah emak suka.. since then, memang kerap la mama buat.. lagi2 bila papa dan anak2 suka makan.. tak pasti pernah jamu ini ke idak untuk kawan2.. tapi untuk family memang selalu.. sebab senang..

korang pun boleh try.. mana nak tau kut tak ada ide nak menu apa untuk iftar or open house nnt..

okey, resepi dia


  1. Elbow macaroni (kalo takde belasah aje macaroni yang bentuk camne sekalipun) - dalam 150gm banyak sangat nnt melimpah acuan. rebus, ketepikan.
  2. 1 cawan mix vege, cuci.. kalau keras celur kejap.. tp mama tak celur sbb nnt goreng masukkan air jadi lembap juga
  3. 1 cawan minced beef
  4. 1/2 cawan cendawan butang hiris halus
  5. bawang merah utk tumis -- dalam 2 ulas
  6. 2 sudu makan cili blender
  7. 1 sudu makan sos tiram
  8. 6-7 sudu makan sos tomato
  9. garam sikit
  10. 4-5 sudu makan tomato paste
  11. 1 cawan mozarella cheese
  12. 5 biji telur, pecah dan pukul 
  13. 2-3 sudu makan minyak utk tumis
Cara2
  • panaskan oven suhu 180degrees celcius
  • Tumis bawang, cili blender, sampai pecah minyak. masukkan daging.. selalunya air daging akan keluar.. ok, biar daging masak sikit..
  • masukkan sos tiram, garam dan sos tomato
  • masukkan mix vege, cendawan, sikit air dalam 2-3 sudu makan.. bagi masak sikit
  • masukkan macaroni.. gaul semua bagi sebati.. kalau nak lebih rasa, korang masukkan la lagi sos tomato
  • dalam loyang, leser dgn butter.. kalau pakai non-stick tak payah le.. mama pakai loyang 8inch
  • masukkan macaroni yang dah goreng sikit tu, pastu tuang telur yang dah dipecahkan.. telur ni dia akan lekatkan macaroni tu 
  • sapu tomato paste kat atas macaroni tu
  • tabur cheese..
  • bakar dalam 20-30 minit.. sampai brown cheese..
  • siap! 
ok, sila try.. simple kan? buat pun kejap je.. 

10 ulasan:

NadiahKhair berkata...

hoihhh berdosa sungguh. terliur aku nih! nanti aku try buat...

Unknown berkata...

posh76,

selamat hari raya juga

nad,

haha.. sila buat.. aku dapat pahala ilmu.. kuang3

anumuchan berkata...

mcm senang resepi dia..nak try nanti..thanks kak mas :)

Unknown berkata...

anum,

simple aje.. sila la cuba

Tanpa Nama berkata...

Bwg putih tak payah ye Mas??

Unknown berkata...

kalu nak bubuh pakai sikit je.. mas tak bubuh saja je pun..

anumuchan berkata...

dh try..sedap..mntk izin share resepi ye kak mas :)

Unknown berkata...

anum,

sila le.. :)

shephreak berkata...

salam,

nak tanya you ada recipe rendang daging dari buku teks kemahiran hidup tak? i cari2 buku tu tak jumpa, mungkin dah bagi kat org...

Unknown berkata...

shephreak,

alamak, tak ada pulak la tu.. eh ada ek resepi rendang? tak perasan pulak.. haha.. :P