* السلام عليکم *
こんにちは q(^_~)p
lama dah tak update pasal budak dua orang ni
|
abang bear |
Aiman bakal menginjak umur 4 tahun dalam masa tak sampai dua minggu lagi.. woot woot 4 TAHUN yang hebat!! progress aiman bagus sebab setiap fasa yang dia lalui memang cepat.. nak banding perangai dia tahun lepas dan tahun ni adalah tak fair sebab budak2 memang akan berubah dengan cepat..
so far Aiman lebih banyak converse in Nihongo.. kalau dia rasa ada benda pelik ke atau dia nak bgtau sesuatu alarming, dia cakap nihongo.. hahaha.. habis2.. agaknya kalau balik mesia pening la tok ayah, tok ngan nenek nak layan dia.. kadang2 mama sendiri tak dapat tangkap apa dia cakap.. dia boleh buat struktur ayat dalam bahasa jepun lebih baik.. ayat BM dia tunggang langgang *tutup muka! hahahhaa
kegemaran terhadap thomas dah tak macam dulu.. masih minat cuma tak kronik la.. sekarang banyak main dengan tomica *mainan kereta, kamen rider *dia akan guna apa aja barang utk jd aksesori kamen rider hehe
summer aje budak ni akan jadi itam.. seronok main pool dengan kawan2 dia.. seminggu 3 kali berendam dalam pool dengan kawan2..
aktiviti yang paling aiman suka adalah masak.. dia akan duduk sebelah mama masa masak.. especially kalau buat dessert.. curious dia menjadi2.. seronok pun ya bila dia nampak aje oven tu jalan, dia mesti cakap "mama buat keki?" -- dalam jepun, kek dipanggil keki. yang lg kami perasan dia ada interest pasal masak sebab kalau ter'klik' rancangan masak, pastu kita tukar, dia la orang pertama yang marah.. huhu.. pastu, kalau kat nursery, gambar2 aktiviti yang ada masak2, aiman akan duduk paling depan.. paling dekat dgn cikgu dia.. hahaha
aiman lebih banyak bergerak.. dia tak reti duduk diam seminit.. ada aje benda nak dibuat.. aktif.. dan dia pandai layan adik dia.. kalau main dengan adik dia seronok je tengok..
|
adik bear |
aidan pulak is one cheeky little bear.. dia tahu dia yang lebih dimanjakan.. manja sangat2 kadang2 mama luku2 manja kat dia juga.. hahaha.. geram..
aidan baru boleh cakap sepatah dua.. tapi banyak perkataan jepun la dari melayu.. owh apekan daya.. siang depa banyak dengan orang jepun kan? nak berak 'unko', nak shishi 'oshiko', nak tambah makan 'okawari' kdg2 dgr 'nak lagi', habis makan 'goshisosamadeshita' ok, pengsan.. mak pak dia memang kadang2 buka kamus.. hahaha..
aidan sangat suka dengan haiwan.. yang lagi best, dia tahu nama haiwan dalam bahasa jepun.. contoh zou - gajah, kaba - hippo, rion - lion, kuma - bear, shima uma - kuda belang, saru - monyet, inu - anjing, neko - kucing.. hehehehe.. dia boleh tunjuk haiwan2 tu dalam buku..
pastu aidan dah kenal bahagian badan dia.. pun dalam jepun *mak dia tutup muka lagi : hana - hidung, mimi - telinga, me - mata, atama - kepala, ashi - kaki hehehehe.. dia siap tunjuk bhgn badan dia bila sebut perkataan tu..
aidan banyak makan.. tak berhenti kalau makan.. lagi2 dekat rumah access peti ais memang senang kat dia.. kejap2 nak makan, nak minum.. selera beso tak padan kecik lagi.. hehe
budak dua orang ni la penyeri hidup kami.. keletah hari2 depa ya ampun.. mak tak tau nak kata apa.. tapi mama sayang 2 bear mama ni.. moga depa membesar jadi anak yang soleh.. amin..