Jumaat, 29 Julai 2011

3 hari lagi

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Harini jumaat terakhir sebelum ramadhan.. alhamdulillah.. mama dapat selesai mengganti 20 hari puasa.. mujur la 20 hari.. masa berpantang bersalin aiman sampai 30 hari mengganti.. hehe.. hopefully tahun ni tak perlu le ganti..

So apa plan weekend ni? kami ada plan nak keluar bawa anak2 jalan.. minggu ni keluar cerita ini.. kereta2 ni baru khatam belajar cakap jepun.. hahahaha.. maka minggu ni baru masuk jepun.. kalau lapang dan sihat esok boleh bawa anak2 pi tengok.. bagi merasa wayang kat jepun.. tapi tengok yang english version le.. hehehe.. kalau bahasa jepun jawabnya kami melopong! keh keh keh

image google

petang ni pula mama janji nak keluar dengan adik syafika.. nak makan kebab pastu nak ke satu kedai.. ada projek baik punya.. nanti mama cerita outcome projek tu.. ehehe.. owh, harus pi tengok tiket wayang ada ke idak.. boleh beli siap2..

ahad pula plan nak cari baju raya untuk anak2.. tak dapat baju melayu, baju biasa pun jadi la.. janji baru untuk anak2.. makpak? ada rezeki boleh la rembat sehelai dua.. kalau mahai sangat kirim salam!!

so, ok.. selamat berhujung minggu korang..

bagi yang rindu, i kasi gambar ni satu kali..

keh keh

Picture
banyak eye wrinkle dah.. tsk tsk

nota: pagi ni mama syukur.. kerja gerak sikit.. maka nnt isnin boleh full swing.. sebab mama tahu pakai acad so nak buat drawing laju le sket.. moga2 minggu depan outcome lagi baik! yoosshhh

Khamis, 28 Julai 2011

Tips Ibu Menyusu di Bulan Puasa

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Minggu depan kita akan mula berpuasa. Insyaallah, mama akan cuba berpuasa penuh tahun ni. Tahun lepas agak syahdu sebab tak pandai nak prepare diri sendiri menjelang Ramadhan maka banyak la puasa yang harus diganti.. Masa Ramadhan tahun lepas Aidan masih fully breastfeed. Dia 8 bulan masa tu.. fuuhh.. tak sangka betul masa tu gigih susukan Aidan.. tapi sebab puasa masa summer memang mencabar, stok merudum teruk.. akhirnya bulan 9 kami terpaksa introduce sebotol formula untuk aidan sehari.. mujur juga dia memang tak lekat dengan FM sampai sekarang.. jenuh suruh minum.. tapi dia suka fresh milk..

Ok,

berbalik pada tips sebelum berpuasa ni, mama nak pesan, jangan skip sahur.. sahur paling penting untuk ibu menyusu.. cuba untuk makan nasi dengan portion yang baik.. tak banyak tak sikit.. lagipun ini la peluang nak turun berat badan kan? lepas tu buah kurma pastikan ada.. makan sedikit semasa sahur, lagipun sunat kan mengakhiri sahur dengan kurma?

kemudian, susu.. sebaik2nya, minum susu anmum untuk ibu menyusu tu.. kalau tak mampu or tak lalu, minum la susu segar.. yang penting cuba untuk minum susu sehari segelas.. bukan aje bagus untuk production susu badan tapi juga untuk tulang kita sendiri kan?

pastu makan supplement. tak wajib, tapi boleh digunakan tips ni.. sebab mama memang serasi makan alfalfa dengan multivitamin.. tak kira brand apa sekalipun, yang penting istiqamah masa nak makan supplement. pastu jangan kurang minum air.. sebab buah pinggang nak proses semua vitamin tu..

tinggal lagi 4 hari nak berpuasa.. make sure stok susu anak cukup.. dan jangan susah hati sebab ini kan perjuangan.. moga sentiasa dibantu Allah dalam perjuangan ini.. ala jihad ok menyusukan anak ni.. sebab cabaran dia kuat..

to all breastfeeding moms, semoga berjaya

Rabu, 27 Julai 2011

pengaruh

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p

Ni la namanya pengaruh! dari soalan tanya buku apa nak dibeli oleh cik anis kita, membawa kepada suggestion untuk buku yang best dibaca (ye elle.. ko le tu).. dah lama rasanya mama tak review buku baru dibaca.. ada a few buku yang dibaca. baca sket berhenti, baca sket berhenti.. so la ni, dah melekat balik..

Mujur kindle ipong itu bagus.. boleh download dari atas bas lagi.. haha.. mula2 preview, pastu, eh macam best, maka beli.. nah, sekarang baca la dalam bas..

image google


so far best.. cerita dia pasal sorg perempuan cuba bunuh diri dia sendiri.. pasal apa bunuh diri? haaa.. nanti mama cerita lepas habis baca..

nota: hari la la sebab dah jumpa sensei.. next week pulak menghadap lagi

Selasa, 26 Julai 2011

30 Days Song Challenge - Day 13

* السلام عليکم * 




 こんにちは q(^_~)p


Day 13: A song that no one would expect you to love


Disclaimer --- SILA TUTUP MATA SAMBIL DENGAR LAGU NI.. haha.. sebarang penyesalan adalah tidak dijamin.. hahahaha


Yes, please blame my dear husband for consistently listening to these type of songs -- I knew he just like the tune and lyrics but I never agreed with him that those video constantly showing woman as sex symbol.. haha.. hate the video but love the song though..


It made me feel BEAUTIFUL.. :P





nota: suami saya baik.. dia cuma peminat hip-hop kipas susah nak mati aje..

Isnin, 25 Julai 2011

Chocolate Cheese Cupcake

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

weekend was so-so.. sebab mama dah selamat siapkan kerja yang sepatutnya by jumaat, maka sabtu dan ahad adalah melepak kat rumah aje.. uuu.. sabtu sempat juga membaking.. hehe.. sebab barang2 dah ada maka tak payah keluar2 dari rumah pun.. bontot berat 2 hari sebab kemalasan.. cuma semalam mama start batuk.. geram sebab bunyi kosong kong kong kong.. tensi ok.. malam tadi siap idung sumbat, batuk2.. ya allah, memang tak boleh buat kerja.. alhamdulillah pagi ni ok sikit.. so kena double kerja sebab lusa dah nak ngadap cikgu besar.. T_T

so, last saturday mama buat ni.. thanks to kak yan untuk resepi yang memang senang, mudah dan sedap!! boleh buat lagi.. resepi asal dari joyofbaking



Picture
first batch


Black Bottom Cupcakes Recipe/ Chocolate Cheese Cupcake -- I made half batch of this and got 12 medium cupcakes


Cream Cheese Filling:

8 ounces (227 grams) full fat cream cheese, room temperature - 120gm
1/3 cup (65 grams) granulated white sugar - 30gm
1 large egg
1/2 teaspoon pure vanilla extract

Chocolate Cupcakes:

1 1/2 cups (195 grams) all purpose flour - 140gm
1 cup (200 grams) granulated white sugar - 100gm
1/3 cup (30 grams) natural unsweetened cocoa powder (not Dutch processed) - 24gm
1 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt

1 cup (240 ml) water - 140ml
1/3 cup (80 ml) vegetable, corn, or canola oil (or other flavorless oil) - 50ml
1 tablespoon white vinegar - 1/2 tbs
1 teaspoon pure vanilla extract - 1/2 tsp

Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and line 12 muffin cups with paper liners. -- 170 Degrees C

Cream Cheese Filling: In your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. Add the sugar, egg, and vanilla extract and beat until creamy and smooth. Set aside while you make the Chocolate Cupcake batter.

Chocolate Cupcakes: First, in a large bowl sift together the flour, sugar, cocoa powder, baking soda, and salt. In a separate bowl mix the water, oil, vinegar, and vanilla extract. Make a well in the center of the dry ingredients and stir in the wet ingredients until nice and smooth. Evenly divide the batter among the 12 muffin cups. Then spoon a few tablespoons of the cream cheese filling into the center of each cupcake. (each cup I put 2 tablespoon of choc batter and 1 tablespoon of cream cheese)

Bake in the preheated oven for about 25 minutes, or until the cream cheese filling is a little brown and the cupcakes feel springy to the touch (a toothpick inserted into the chocolate part of the cupcake will come out clean). Remove from oven and place on a wire rack to cool.

The cupcakes can be stored in the refrigerator for about 3 - 4 days.

Makes 12 large cupcakes



Jumaat, 22 Julai 2011

confession

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Ini bukanlah pengakuan si pembeli-belah, bukan juga pengakuan lampau kisah hitam.. tapi pengakuan seorang ibu yang dah lama tak makan ubat..

source - internet, google


I think it was during Aidan delivery that I really had good medication. In fact, after gave birth, I only rely on paracetamol only (normal panadol or maybe few times of actifast) other than that I refrain myself from taking 'heavy' drugs or even painkiller. Since I'm afraid of the side effects of drugs on breastmilk, I don't simply take any medication unless prescribed by a doctor and since they knew that I am still breastfeeding, I was prescribed only 'mild' type of drugs... but not until last night..

I knew I needed time and health to finish up writing reports that I promised myself to finish before the weekend come. Suddenly, after iftar last night, I sneezed terribly and even there's water dropping coming out from the nose like an open pipe! yikes!! It was really bad that I cannot even sleep and rest a bit and the kids somehow behave terribly last night that I almost burst with anger!

So there I was, in front of our supply of drugs -- I thought that maybe a single pill of panadol might cure my sneeze and help me to rest for 2-3 hours before resume my work.. then I found out, hey! we still have 1 more balance of clarinase (papa's last pill -- hehe).. and I thought since I don't breastfeed aidan that much anymore, why not.. I took the pills, and dozed off next to Aidan..

Suddenly around 2am, papa woke me up since my alarm doesn't stop ringing.. I stand up, take my wudu', and wanted to pray isya' -- and suddenly, I felt as if I was high on drugs.. the same feeling when I had pethidine during Aiman's delivery -- yucckksss.. after pray, I stay awake for a while before sleep again. I cannot think straight and the worse part is I still have not finish the report!!! grrrr

Sebenarnya, mama tak expect langsung jadi camtu.. sblm bersalin aidan, mama makan clarinase biasa je.. tak sangka, after a while, badan mama dah tak sama macam dulu.. selalunya nak baikkan demam or selesema mama cuma makan vitamin c dan minum air banyak2..

Sampai harini badan masih rasa 'semacam' -- macam di awang2an gitu.. thank goodness I manage to finish up 2 reports by 1pm just now.. and the last one I promise to finish before tomorrow morning.. so that I can have a nice relax weekend with the kids..

till then, bye2.. -- dari mama yang masih ada baki2 high! hahahaha

Khamis, 21 Julai 2011

30 Days Song Challenge - Day 12

* السلام عليکم * 


 こんにちは q(^_~)p


Day 12: A song that is a guilty pleasure


Sumpah korang jangan gelakkan aku --- aku tau si fano ngan chema mesti dah terbahak2 gelakkan dah..


I think any frustrated lover's song from Siti Nurhaliza's old albums were my guilty pleasure songs.. hahahahhaa..




I still remember those days where I drove back after work (circa 2003-2004) singing those songs while stuck in the traffic.. and there were rain too.. talk about being such a drama.. haha.. and how can I forget the days when me, fano and chema had our kara-tak-ok sessions.. we sang and sang even when the lights were out.. hahaha.. i miss those days.. i miss being with them too.. 


Here are some of the songs..














ok, there are many more..


psst:: fano, i still remember you sing kaparinyo la, cindai la.. hahahahhhaahaha





Rabu, 20 Julai 2011

tak cepat tak lambat

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


korang perasan tak lagi 10 hari je lagi, kita nak sambut Ramadhan.. kejap je kan? korang dah set target dah? Ramadhan tahun ni kali kedua kami akan berpuasa jauh dari tanah air tercinta.. sedih letak tepi.. karang kalau menangis aje pun tak guna juga kan?

tak sabar menunggu tibanya ramadhan ni.. banyak benda yang kita sama2 boleh plan untuk buat..

1. Mama nak puasa penuh -- moga2 berjaya.. sementelah haid pun masih belum datang2 lagi ni, mama azam nak puasa penuh.. last year 10 hari je puasa.. teruk betul.. 20 hari lagi tak puasa menyusukan aidan.. dugaan summer memang hebat.. panas terik, dahaga teruk buat susu badan merudum.. stok memang semput habis.. mama redha tak dapat puasa masa tu.. bagi alasan banyak2 pun tak guna.. biar Allah aje yang nilaikan mama ye.. tahun ni aidan dah tak minum susu badan siang hari.. dia minum fresh milk.. dah setahun lebih, maka pada la dengan umur tu kan? bfeed hanya masa malam dan nak lepaskan gian sahaja..

2. Mama nak khatam quran -- ini pun satu hal.. tahun lepas terbengkalai sampai juz 16 aje.. T_T tak ada alasan untuk main2 tahun ni.. mama dah mula.. setiap hari azam mama untuk cuba 50 ayat.. nanti masa ramadhan dah masuk surah2 favourite, maka sekali baca dah boleh selesaikan satu dua surah.. moga berjaya.. rasa sedih kalau setahun tak khatam quran.. orang lain setahun mahu 2 3 kali khatam, mama ni berdikit2.. hancus betul.. jadi azam tahun ni nak khatam quran sendiri (tadarus kira lain ok.. yang tu beramai2 tak kira)

3. Mama nak solat terawih tiap2 malam.. tahun2 lepas ada bocor juga.. ape lagi bila letih balik tergolek lepas berbuka.. sejak beranak ni terawih tak lengkap je.. dahle tak dapat buat jemaah kat masjid.. jemaah kat rumah pun kantoi.. alahai.. malu betul..

4. Mama nak set aside gaji bulan ni, dan bulan depan untuk sedekah.. moga2 berjaya.. nak minta tolong abah mama la nanti sampaikan pada org2 susah kat kampung..

Tahun ni maka kami terlepas lagi kemeriahan ramadhan malaysia.. pasar ramadhan, shopping raya, imarah masjid.. alahai.. hajat hati sebenarnya nak puasa tahun ni di malaysia.. tapi tak kesampaian la nampaknya.. bajet tak ada.. sabar.. nanti selesai perjuangan di sini kami akan sambut ramadhan dengan family kat mesia.. moga Allah izinkan..

Korang dah set KPI ramadhan? jom set sama2..

Selasa, 19 Julai 2011

Bak lagu melayu

Mula2, terima kasih muah utk yg doakan mama cepat sihat.. Alhamdulillah, sabtu lepas dah ok.. Siap keluar lg anak beranak ditemani pa'e yg comel tu .. Kami ke kyoto station aje.. Pi yodobashi cari barang mama.. Lega sebab hanya bayar sikit lepas ditolak point yang ada.. Jimat !! Patut sengheng semua pun buat style kumpul point boleh tolak harga barang letrik.. Syok la sket kan?

Ahad kami lepak rumah aje sebab panas terik.. Bajet pun nak siapkan homework mama.. Malam tu siap 1.. Lega..

Semalam pula cuti umum hari laut.. Selalu cuti ni orang jepun sibuk le ke tepi pantai piknik.. Sekali, semalam taufan daaaa... Ni kira first taufan untuk summer tahun ni la.. Semalam amaran untuk kyoto tinggi jugak..

Jadi duduk memerap kat rumah aje le lagi.. Bagus juga sebab mama dapat siapkan homework lagi satu walaupun berselang seli dgn memasak, jerit aiman aidan, layan keletah depa.. Huhu

Harini mama kena keluar pi kampus lain.. Group discussion utk presentation esok.. Ada 2 presentation.. Tapi pagi ni masih ada sisa taufan.. Kayuh basikal punya la berat sebab angin kuat.. Payung rasa nak terbalik je..

Baru le tahu penangan walau ribut taufan melanda ku gagahi jua... Hahahahahha cam lagu melayu gitu..

Ok, selamat bekerja korang

I lap uollssss


- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Jumaat, 15 Julai 2011

season of sickness

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Antara sebab duduk negara 4 musim tak best adalah sering sakit.. setiap kali tukar season sakit, peak season sakit.. kerap sangat la..  kafarah dosa satu cerita, tapi progress jadi perlahan la.. anak2 sakit kita jaga, kita sakit? sendiri juga jaga -- tak macam putar2 pulak cakap camtu..

harini mama peak sakit.. ambil vitamin c dah seminggu pun tak cukup dah melawan selesema dan sakit tekak.. kurang minum air pun ye juga.. nama pun ganti puasa, takkan nak minum air kan? hihi..

kalau kat mesia time2 macam ni la semua orang terjah makan durian la.. huwaaa.. alangkah bestnya duduk mesia -- nampak sangat budak kampung weh..

sebab tu kena banyak bersyukur.. duduk sini hanya pengalaman sementara.. syukur Allah bagi peluang mama merasa duduk negara 4 musim.. pasni balik.. yeaaa... tak sabar mama.. moga2 Allah permudahkan kerja kami kat sini.. nanti boleh balik mesia dan berkhidmat untuk negara (poyo seh!)

nampak gaya harini duduk rumah la.. semalam seharian duduk lab bersin tak sudah2.. orang dok usha je.. huhuhu..

have nice friday everyone..

Khamis, 14 Julai 2011

30 Days Song Challenge - Day 11

* السلام عليکم * 


 こんにちは q(^_~)p


Day 11: A song that makes you fall asleep


Come anything jazzy, instrumental type of music, I'll surely fall asleep.. actually, let me correct again, I'll sleep with and even without music.. haha.. I still remember how my father describe how easy I can fall asleep -- even on a rock in a sahara you can sleep, kak yong.. HAHAHHA... I think my bestfriends and my husband can double confirm this.. if I were about to sleep come rain or flood, I'll sleep.. hahaha.. but, there's but.. I can't sleep in a class... no matter how bored I am, I can't sleep in a class.. I am a good student, am I? seriously.. the worst I can be in a class is 'terlentok' a little bit then I'll be fresh again until the class finish -- rasa bersalah sangat2!


Last time when I was in school and uni, I was always been laughed because I cannot stay up late. I don't do night study.. I can't think straight actually if I study late -- usually, I only do work when I stay up late.. no study.. nothing can stick into my mind if I study late at night.. 


And I am the type of person who always think, it's better if I sleep rather than do something else.. HAHAHAHA..


So,


this is one of the song that I THINK I will fall asleep when listening to it..







zzzzZZZZzzzz


see?? I already sleep! :P

Rabu, 13 Julai 2011

Sejuk sejuk sedap

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Ini bukan entry lucah la..

last weekend geng MyKyoto buat piknik tepi sungai.. Ini kali kedua kami ke sungai ni.. last time masa dengan jiran2 kat rumah lama..

Dari Demachiyanagi station, boleh naik eizan railway menghala ke Yase-Heizanguchi station. Ada tempat piknik betul2 keluar dari station tu. Kalau waktu musim lain, pengsan la kesejukan.. tapi sebab summer maka sungai adalah tempat paling best untuk lepak2..

Siap rasa tak nak balik nak berendam lagi dalam tu.. jadi badak air pun tak apa.. sebab masa nak balik tu ya Allah, melekit2 la sangat.. tak tahan!

Sebab ramai2 datang, maka makan2 adalah secara potluck.. mama buat satay aje.. perap siap2 malam sebelum tu.. ni kali kedua buat satay sendiri.. improvise lagi sikit.. outcome dia.. wallaweeeyyy.. sedap nyah! err itu orang cakap ek.. jangan kata mama angkat bakul sendiri (hehe.. yang penting papa kata memang sedap)

tips untuk buat satay, try pakai boneless leg meat, buang kulit dia dan lemak tebal aje.. lemak2 sikit biarkan.. pastu lagi lama perap lagi best.. haritu rasa pun macam tak puas makan.. 4kg ayam weh habis licin tak sempat second round! huhuhu

moh kita tengok gambar.. -- err, bukan dari kamera mama.. dari kamera adik2.. tq korang..

nom nom nom

aiman seronok habis budak tu

main dengan mayra

aidan as usual koala bear la

main isi2 air batu

aidan pengsan mama melantak

mak mak budak melepas gian.. hehehe

mana gambar papa? err.. sila jangan tanya.. papa melepas gian dengan geng bujang.. pi main terjun2 sungai.. sabar je le..

macam gatal2 aje lagi nak pi sungai.. dari rumah memang dekat weh.. naik train dalam 20minit gitu.. huhuhuhu.. dahle weekend ni cuti 3 hari.. la la laaaaa

Selasa, 12 Julai 2011

Love it!

This is my first purchase from thepoplook.. 2 henley and 1 scallop.. So far i've tried this henley and the scallop.. It was quite a bargain.. Price is reasonable, the material is good for summer and i totally love the colour!! Definitely i'll consider stocking up my closet with more henleys..

Thanks to jemaah twitter (you guys rawks!!) for introducing this brand to me..








Thepoplook has been really kind to entertain my needs and even the shipping cost was elcheapo!! Hint @linghazale (hahahhaa)


Here's the link


- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Jumaat, 8 Julai 2011

Mama and Aiman day

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


24/06/2011 -- Hari mama and Aiman. Hari untuk mama buat aktiviti yang sama aiman buat kat kindy aiman.. seronok sebab dapat tengok aiman main dan buat kraf sama2.. masa mula2 sampai, kita main pasir sama (ok, kalau opah kamu tau sure kena piat telinge sebab opah kata main pasir cacing masuk -- hahaha) buat castle dan mama tengok aiman siram pokok bunga -- nanti kat rumah kita pun aiman siram gak ek.. mama tak ambil banyak gambar masa ni.. tengok flickr acc yek..

pastu kita masuk kelas, aiman basuh tangan kaki dan minum teh..

DSC_0333
semua duduk dalam bulatan dengar teacher cerita pasal natsu matsuri

DSC_0335
jalan pi bilik main

cikgu aiman ajak masuk bilik main.. kita nyanyi sama2 (lagu ohayo kuma-san -- 2 kali mama ngan aiman jadi kuma-san purak2 tidur *kuma = bear)

DSC_0338
happy boy

DSC_0339
homeroom teacher explain pasal matsuri

DSC_0340
err err err - 2 orang homeroom teacher aiman


lepas tu, kita buat kipas tangan sama2.. preparation untuk natsu matsuri *summer festival.. aiman minta mama lukis ikan la, kereta la, tampal2 sticker..

DSC_0341
kipas aiman - mama lupa ambil gambar masa dah siap

DSC_0342
aiman baca buku train masa tunggu lunch preparation

lepas tu kita masuk kelas aiman untuk lunch -- aiman good boy sangat makan nasi lauk sampai habis..

DSC_0353
nom nom nom - lauk ikan kukus, sayur rebus, pumpkin soup - sumpah mak ko kurus!

DSC_0355
owh, mama memang kurus -- hahahaha

DSC_0358
semua orang makan -- cikgu, ko memang kawaiiiiiiiiiii

petang tu aiman ikut mama pi lab mama -- mama ajak aiman makan coklat pastry petang tu.. nyum2.. aiman happy sangat sampai tak tidur pun siang tu.. tapi mama happy.. ada hari kita dua orang..

lain kali kita buat camni lagi ek..

mama sayang aiman

Khamis, 7 Julai 2011

30 Days Song Challenge - Day 10

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Day 10: A song from your favourite band


Ok, nampak cam tah apa2.. but I really like Maroon Five --- ooohhh adam levine... drooling.. hehe..





and I always humm this song.. hehe


and another song


masuk nurseri jepun

* السلام عليکم * 


 こんにちは q(^_~)p

Entry ni patutnya dah lama publish.. tapi sebab tak sempat nak mengarang2 maka harini baru kita upload la ye..

Untuk @linghazale n @arifahira, Aiman masuk Yosei Hoikushyou sejak April 2011 - sebelum ni Yosei Neuji Hoikuen.. beza nya, hoikuen ni untuk baby dari baru lahir sampai 2 tahun.. bila 3-5 tahun kena tukar sekolah. Sebelah bangunan je pun.. bukan jauh.. haha.. Ok, nak apply kindy kerajaan jepun ni, banyak juga songehnya.. kalau masa kita nak apply tu belum masuk term sekolah yang baru (april) maka kita kena pi kindy dan tanya pengetua dia ada kosong ke idak untuk anak kita.. masa kami sampai tu, papa la yang jenuh kayuh mencari kindy dengan kawan kami yang pandai cakap jepun.. dari nak pilih dekat dengan rumah akhirnya kami jumpa dekat dengan uni.. syukur juga.. sebab bila pindah rumah ni kira kindy tak payah tukar.. mujur..

bila dah discuss dengan pengetua, kita pergi ke ward office tempat kita tinggal (bukan ward office tempat kindy tu -- in our case 2 office berbeza sebab sebelah ward) dan isi borang application.. kalau kita apply untuk kemasukan sesi baru, maka terus aje pi ward office tu dan isi borang application.. masa apply selalunya depa akan tanya 3 pilihan kindy yang kita nak.. tapi kami haritu insist kindy yang pengetua dah kata ada kosong tu.. so letak satu aje le..

lepas screening borang2 semua, kindy akan call dan panggil untuk interview.. masa ni kita kena pergi dan bawa anak sekali.. depa akan tanya kesihatan anak kita dan habit anak kita -- tidur bila, makan bila, main bila.. masa ni belum tentu lagi kita dapat ke tidak nurseri tu.. kena buat medical check-up semua.. dalam bulan 3 (kalau application baru) dan lepas sebulan kalau bukan masa awal sesi baru dapat tahu result.. so masa ni pun ada satu lagi interview.. untuk isi semua borang2 termasuk borang insurans.. dan masa ni la pengetua akan cerita barang apa nak kena bawa semua..

ok, cerita pasal aidan.. masa aidan mula2 sampai nihon, dia tak dapat nurseri gomen.. jadi dia kena masuk nurseri private.. ada pro n cons la nurseri private ni.. yang pasti nurseri private ni mahal.. mahal sangat sampai rasa nak nangis pun ada.. mujur aidan dapat masuk private nurseri kyoto univ. jadi dapat la bayar rate student.. itupun 40,000yen sebulan T___T tapi yang best private nurseri ni.. layanan 1st class! ratio cikgu dia 9 budak 3 cikgu.. gila tak? dah le masa aidan masuk tu baby je.. bukan buat apa sangat.. paham2 aje le baby jepun.. gemuk dan kuat tidur.. hahahaha.. comel! cuma renyah lagi satu private kindy ni banyak barang kita kena beli dan prepare sendiri.. almaklum mama ni dah biasa sangat makan subsidi.. maka terlampau berlemak aa bila kena beli tilam bantal selimut aidan tu.. hahahahaha.. ampun!

tapi alhamdulillah masa bulan 4 haritu aidan dapat juga masuk kindy gomen.. memandangkan kami berdua student maka bayar adalah murah serupa orang takdak income -- 2600yen aje sebulan.. kekekekke.. 

tapi kalau diberi pilihan dan ada duit, bestnya dapat hantar private kindy.. aktiviti yang anak kita boleh pilih ada macam2.. 

but on another hand..

mujur cikgu aiman hensem! sedap mata mak ko nak --- takde kena mengena.. hahahahha


test
cam pelakon you! hahaha

papa, minta ampunnnnn.. kekekekkee...

apa2 pun mama syukur anak2 semua happy kat kindy.. banyak kawan dan banyak aktiviti..


Selasa, 5 Julai 2011

Mari berjimat

Mula2 mama nak cakap terima kasih o(^▽^)o untuk semua yang concern aidan.. So far aidan ok.. Malam tadi tak demam cuma pagi ni dedar sikit.. Tengok bengkak pun memang surut dah dan tak sakit bila sentuh.. Alhamdulillah..

Harini mama nak cerita pasal tabiat orang jepun masa summer.. Kalau di mesia asal panas sikit je kita buka air cond kasi full blast terbaik kalah kutub punya sejuk.. Tapi orang jepun masa summer ni semua tutup.. Kalau buka pun seminima mungkin..

Lagi2 lepas earthquake haritu ni, depa dah keluarkan pengumuman berjimat cermat.. Sebab depa kesian dengan rakyat depa yang masih dicatu elektrik kat kawasan terjejas..

Jadi semua rakyat diminta berjimat cermat penggunaan elektrik.. Sebab mereka ni sepakat maka benda macam ni jadi mudah.. Semua orang macam faham2..

Kyoto university pun amik inisiatif la keluarkan notis ingatkan semua orang supaya kurangkan suhu aircond kepada 27-28 degree celcius aja!!! Haha.. Serupa suhu mesia ok.. Lepas tu kalau hari ada angin maka jangan mimpi buka aircond.. Sila buka tingkap!! Ada lab yang masih tidak buka air-cond sedangkan suhu kat luar lebih 33degrees!! Sabar aje le..

Selain dari air-cond, lampu2 pun kebanyakannya ditutup.. Cafeteria kurangkan lampu, lab kawan mama sampai guna pampu study aje.. Pastu toilet bidet pun dicabut plug (err tp mama sumbat gak masa nak istinjak! -- tak rela la kering2 ni)

Mama kat lab meja jauh dari lubang aircond.. Maka suhu 27-28 tu serupa tak rasa apa2 la.. Jadi mama buat apa? Mama pasang kipas kecik yang untuk komputer tu.. Hahahaha.. Kasi ada angin sikit la.. Kang fengsan cheq camna!..

Yang mama kagum.. Hampir semua sensei sendiri tak buka lampu dan aircond!! Tabik!! Mama sendiri berpeluh ketiak ko!! Tapi memang malu la.. Sbb mama dtg dr negara mmg panas spjg tahun pun mengada2 nak aircond.. Depa ni selamba aja..


Mujur Allah bantu kami juga sbb dua tiga hari ni ada hujan dan angin.. Maka sejuk la sikit..

Moga Allah permudahkan kami juga time Ramadhan nanti.. Takleh bayang kalo panas berdesing!





Tengah tunggu bas ni..


- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Isnin, 4 Julai 2011

kuang kuang kuang

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Semalam kami pi makan di rumah kak sherliza..


punya la sedap makan2.. siap dengan lauk kambing lagi.. mmmbbeeekkk.. sekali2 dapat makan lauk sedap macamtu, tak tengok kiri kanan dah..

anak2 seronok dapat lompat sana sini sebab mak dia pun kurang menjadi singa kat rumah orang..

sekali si Aidan..

ya Allah..

tak sempat sambut ok..

lompat dari atas kerusi..

landing kat meja tv kak sherliza..

hambik!!!

Picture
siap ada garis lagi.. T_T


cam ketul telur lagi..

ini pun mujur dah dituam kurang sikit la..

kalau idak saiz bola pingpong..

alalalalallalalala..

malam tadi pulak demam..

Picture
teman mama subuh sambil sponging..


ape la nak jadi wahai anak..

T___T

thomas here we goOOooOO

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Alhamdulillah.. after few weeks of not going further than our home, we managed to get fresh air.. and best thing was, It was not hot as last week! phewww.. lega..

dah janji dengan anak2 yang kami akan keluar naik train and go somewhere.. where did we go? Osaka aje.. tapi itu cerita nanti.. la ni mama nak cerita what we found during the journey..

kami keluar dari rumah pun dah dekat pukul 11.. papa kata takpa la.. kita naik train pukul 11.14.. sekali sampai kat hirakata park station, kami nampak ini...

TRAIN THOMAS!!

DSC_0408
hi, nampak aidan tak? thihihi


selalu masa kami naik tak dapat nak cuba train ni.. sebab train ni arah lain dan dia untuk local (maknanya bukan train laju) -- rezeki anak2 betul.. Aiman menjerit2 la tengok train ni..

berlari2 la kami tukar platform.. mujur sempat weh..

merasa la budak2 ni naik train thomas.. train jenis macamni selalunya limited time aje.. tak banyak.. dan untuk tahun 2011, dia pakai model 10000.. sebelum ni adala model2 lain..

yang lagi best, sebab kami nak pi jauh sikit, so tukar2 train tanpa perlu keluar ke kaunter lain adalah heaven!! hahaha.. FREE!! lega seh!

okey2..

enjoy gambar..

DSC_0407
version 10000

DSC_0403
excited

DSC_0410
siap ada tiket spesel laie

DSC_0426
interior semua thomas and friends

DSC_0413
character tak pernah tengok pun ade

DSC_0423
boleh meroyan.. sempat masa ni tak ada orang.. lepas tu penuh 

DSC_0420
even platform sepanjang laluan pun penuh aa dengan gambar2 thomas

DSC_0415
mama happy la..

DSC_0411
suara dalam train tu pun thomas gak.. haha

DSC_0405
excited aiman ngan aidan

DSC_0400
my boys

rezeki.. syukur.. merasa anak2 naik train thomas and friends --->> nanti kita cari lagi yang ada thomas ye aiman, aidan..