Selasa, 31 Mei 2011

kill kill!! die die!!!

* السلام عليکم *

m(__)m



just had my meeting with the supervisa (tsk tsk).. I already expect it.. I saw it coming.. I knew it! since my progress is not so well (not blaming anyone except myself), I should already knew that I will screw in that meeting..

padan muka..

sendiri punya penyakit..

yang paling tak tahan punya soalan

Sensei: "Did you learn FORTRAN during your studies?"
Mama: "Yes sensei, but it was in 1999.. *pause*  it was quite sometime ago"
Sensei: "I studied in 1970"
Mama: *choke!*, sumimasen sensei, atama ga waruii <<<-- sorry cikgu, saya tak pandai

HUWAAAAAAAA...

malu mak!!!!! maka next dateline, SELASA DEPAN!! maka harap bertabah la korang melayan mama lebih merepek kat blog ni bila stress tu sampai..

hnnss hnnnss

pic source: phdcomics

Isnin, 30 Mei 2011

30 Days Song Challenge - Day 02

 こんにちは q(^_~)p

Day 02 - Your Least Favourite Song

Millions might like this song.. even my sons.. but truthfully, I don't get the idea of baby-face like teenager with that voice singing love song.. I might say 'hey, underage boy! it's so wrong for you to sing that song!' kah kah kah..



but seriously, this song is contagious.. it's like stuck in my ears and brains!!! always!!!

is it just me?? am i too old for this kind of song??

hujan tu rahmat!

* السلام عليکم * 


 こんにちは q(^_~)p


dari hari jumaat sampai hari ni ok hujan kat sini.. tak berhenti langsung hujannya.. tensi jangan cakap la.. kain baju semua tak kering.. spender aiman sampai kena gosok la pagi tadi.. hehehe..

mood pun jadi tunggang langgang.. rumah apatah lagi.. pastu bila sejuk2, mood makan.. ya ampun.. macam mengandung gajah! 

weekend ok la.. in spite kepala bagai nak weng sebab esok nak submit progress, kami still dapat keluar dan bawa anak2 jalan2 sambil makan2.. haahaha..

hari sabtu kami dapat jemputan dari kawan baru yang baru pindah dari yokohama ke osaka <<-- aisha, tq sudi jemput kami.. rumah dia punyaaaaa laaaa bessaarr *bagi standard jepun le.. pastu kami makan punya la banyak.. alhamdulillah.. balik rumah malam tu tak payah makan dah kenyang tak sudah2..

semalam pula kami ada farewell party untuk Prof Dahalan yang bercuti sabatikal.. dapat le dos kambing dari shish kebab.. ya ampun.. sedap weh.. lama dah tak makan kambing.. hehe.. makan kat restoran turki kat sini.. rice pudding dia pun mmm.. dap2.. harus pergi lagi.. tapi nak dating dengan papa aje le.. :P

malam tadi lepas subuh baru tidur.. mengejarkan dateline esok.. walaupun dah tau dah.. sure kena sound sedas dua, tapi redha aje le.. nak buat camno kan? kata belajar..

korang yang bercuti tu, selamat bercuti.. yang buek kerja cam den ni ha.. ape laie, moh kerja!

SELAMAT MINGGU BARU..

Jumaat, 27 Mei 2011

30 Days Song Challenge

* السلام عليکم * 




 こんにちは q(^_~)p




Blogwalking and found out about the 30 days challenge.. woww.. it kinda gave me ideas to update the blog..


and I found a challenge that I like..


The 30 Days Song Challenge.. it's from here


Here it goes...


Day 01 - Your Favourite Song


I always like love songs.. - yep.. it's cheesy i know.. but i love the melody, love the lyrics..




Lyrics from here 
Seindah tiada lagi kau ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini

Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin, sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi teman hidup mu
Untuk selamanya

Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir
Menentukan ia
Oh belaian jiwa 


tak boleh tahan lorr

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

semalam setelah hampir 9 bulan tak dapek nengok tv3, akhirnya, dapat juga tengok.. kesian ok.. komplen la camna pun dengan tv3 tu.. tak dilayan nya.. apekebenda yang tonton tu boleh buat pun tak faham..

selama itu juga la kami guna wwi untuk tengok berita streaming dari mesia.. tu pun tak dapek tv3.. la ni bila ada raacuun tu yeehaawww.. best la sikit.. harap2 le berkekalan boleh nengok tv mesia..

alang2 dapat tengok semalam, maka, dapat le tengok citer ni..


ni geng2 twitter n syida la ni *hahahhaa.. salahkan orang

pehni ada la jugak citer boleh tengok malam2.. huhuhuhu..

eh, korang tak nengok ke? kuang3..


pastu semalam udah dapat donlod citer ni..



maka lepak rumah hujung minggu ni tengok movie melayu la nokss!!! <<-- tak sedor diri minggu depan submit progress.. tsk tsk

psst: kita tak minat #seththan tu.. kite minat erry laaa!! hahahaha.. tak kena betul kan? hahahahha

merepek pulak jumaat2 ni..

Khamis, 26 Mei 2011

Di malam hari, ditengah tensi (eh, rhyme pulak)

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Owh, sangat rindu dengan blog sendiri.. siang adalah sangat sibuk2 nak menyinggah2 blog pun adalah tidak sempat.. ditambah tadi dapat emel dari supervisa (hahaha..) nak meeting progress minggu depan, maka perut adalah seperti washing machine sekarang ni..

tengah bosan2 sambil memerah otak buat kerja, moh mama nak share daily conversation dalam bahasa jepun..

dialog biasa bila borak dengan orang jepun,

A san - Ohayo gozaimasu (orang kansai - osaka, kyoto dan kobe, akan sebut u yang last tu.. kalau orang daerah lain akan sebut ohayo gozaimas - maksud, selamat pagi)
B san - Ohayo gozaimasu

A san - Kyou ii tenki desu ne.. (cuaca harini baik ye? - orang jepun tak suka tanya khabar, tapi depa suka cerita pasal cuaca.. hehe)
B san - So desu neeee (kan kan kan? - begitu lah) Kyou hare desune (Harini cerah dan baik)

A san - Genki desuka? (awak sihat? - dalam ayat ni awak tak disebut)
B san - Hai (sebut hait!) Genki desu (ya, sihat)
          - iie (sebut iyek) Chotto genki desu (tak berapa sihat la)

A san - Jaa.. Mata atode (jumpa lagi nanti)
B san - Sayonara (bye bye)

Jaaaa... amacam? ok kan? hehehehe.. pehni boleh le cong sket cakap jepun.. keh keh keh


Rabu, 25 Mei 2011

Wordless wednesday




Gajah juga jadi mangsa...

Comeiiiiiiiiii




- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Isnin, 23 Mei 2011

nak cuti?

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


antara dilemma student post-grad adalah nak apply cuti.. nak cakap segan, progress ala2 ciput, tapi tak cakap memang salah juga kan? keh keh keh.. so when will be the right time to tell your supervisor?

PhD comics

lawak pun ada juga.. teringat masa nak balik mesia last year.. bila masa yang sesuai nak bagitau yang kita nak balik.. hehehe.. mama teringat papa la masa baca ni.. what happened?? just leave the fun and laugh part to both of us..

this year? hmmm.. tak tahu la.. ada rezeki ada la cuti nak balik..

ni pun progress ala2 lepas tak lepas aje.. maluuuuuuuuu malu semalu malunyaaaaaaaaa.. HAHAHAHA

dah2..

harini isnin, minggu baru.. jom kayuh!!!

Ahad, 22 Mei 2011

Hook on

Just realized that i can use kindle apps on the phone, immediately bought this book from the store





Summer and the city --- the prequel of sex and the city..

Currently reading this book.. So far, after 300pgs (iphone screen pages) i would say the storyline was entertaining..

Had enjoyed reading this during the weekend..

Hope you guys had nice weekend too



- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Jumaat, 20 Mei 2011

saya suka jumaat

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

sebabnya esok sabtu, kemudian lusa ahad.. masa untuk rehat2 tenangkan minda di rumah.. lagipun semester ni satu2nya hari yang tak ada kelas jumaat le.. hohoho..

tapi kan..

kalau jumaat kat malaysia la lagi best..

rehat panjang..

siap leh pi layan tengok movie lagi..

lagi2 movie ni dah keluar..





owwwh.. suara mila sedap sangat.. BERTEMU CINTA



lagu yang lagi satu tu tak berapa umpphh.. yang colaboration sabhi saddhi & helena - TANPAMU tu

last but not least..

kasi feel





huwaaaaa.... nak tengok gaaakkkkk..

sapa cerita pasal movie ni sampai habis, takmo kawan! kasi can la kami tengok jugak nanti.. huhuhuhu :P

Khamis, 19 Mei 2011

I am no judge

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

In education, whether you are teaching or being taught, no question is a stupid question. It doesn't matter if the question might make you sound silly at your friends, but as long as you need to ask it to make you understand better, it is alright.

But,

owh,

there is a but..

If you just want to ask question for the sake of making sure that your teacher sees you as a 'bright' student or just for the sake of showing off.. then there is no point to it..

Mama perasan ada few of the students here (from the third world country mentality! <<-- haa.. hambik) suka sangat tanya soalan yang cuba tunjuk depa tu cam bagus.. alahaiiiiii.. mama semalam siap ingat dia betul2 tak tahu la.. maka mama nak bantu explain (sebab mama tahu), sekali dia cakap, owh, saya dah tahu jawapan tu.. lorrr.. nape dibuat gitu.. sekadar nak menunjuk? perasan betul!.. bukan sorang mama caught gitu.. banyak!! yang paling mama tak tahan, depa ni datang dari satu negara lak tu.. ape ada pakatan ke? kui kui kui

bila orang buat macam tu, dia sebenarnya tak hargai fungsi bertanya soalan.. jika kamu dah tahu let say 70%, kamu patut tanya soalan supaya kamu boleh faham 80%.. kalau kamu faham 50%, tanya la soalan sampai kamu faham 70% (tanya banyak kali sampai faham pun tak mengapa)

semangat tanya soalan2 bijak memang kurang.. sayang.. sebab peluang belajar dari guru bukan datang hari2.. gunakan lah sebaik-baiknya..

sekian, tazkirah khamis..

hehe..

Rabu, 18 Mei 2011

Hari rabu yang haru

Sampai bulan 8 hari rabu adalah hari stress mama..

Malam nanti mama update blog ni..

Tak sempat balas komen korang

Sorry..

Tgh sangap tunggu next class


今日、むずかしい日本語勉強しました…たいへんですね…来週のtestがあります…がんばれ!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Selasa, 17 Mei 2011

old but not that old

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

sambil2 dok baca tumblr (i've got one too), mama stumble upon an entry pasal old games.. somehow teringat pula zaman dulu2.. main game was like fun thing to do - but we only had it during our secondary school.. mana eh macam budak2 sekarang.. baru setahun umur dah pandai main game.. tapi bila tengok gambar2 ni mesti korang rasa down memory lane kan? especially those who were born late 70's and 80's

thanks to google for all images
pacman? asal main pacman sure jerit2.. 

ice climber.. bila dia jatuh je rasa patah hati.. hahaha

tetris.. siap arwah emak marah kami dok layan main game ni

ooo.. yang ni sampai hafal la kiranya spot nak keluar syiling tu.. keh keh keh

err.. tua sangat ke yang main game ni? gagagagagagga.. sapa yang seangkatan dengan mama angkat mouse!! tapi mama jenis tak reti game2 bunuh2 tikam2 orang.. mama jenis suka game yang sempoi2 je dan tak perlu penat2 fikir..

sekarang my favourite game adalah

SMURF VILLAGE <<<--- geng twitter, taik smurf angkat tangan!
ANGRY BIRDS <<<--- tensi sebab aiman pi reset.. ngeeeeee
PLANT vs ZOMBIE <<<---- ni pun aiman reset.. tsk tsk

korang suka game ape?

psst papa, malam ni wii seround! hehehehe

Isnin, 16 Mei 2011

New week, new mood

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Alhamdulillah, harini Aidan ke nurseri balik lepas lebih seminggu duduk rumah.. alhamdulillah, sebab semua bintik2 dah tak ada.. tinggal parut2 aje.. syukur sangat2..

Kelmarin kami duduk rumah aje.. sebab mama dan papa pun tak berapa sihat.. mungkin letih sebab dah 3 minggu dok bergilir2 jaga anak2, kelas dsb.. dugaan masa belajar.. kena banyak2 sabar..

Sabtu pagi tu kami keluar kejap.. bawa anak2 ambil angin sambil pi cari pagar tangga.. lately budak2 ni dah pandai naik tangga.. so seram juga takut jatuh.. nasib dapat beli pagar second hand yang rupa macam tak pernah dipakai lagi.. hehe..

ok, enjoy gambar2 masa hari sabtu tu..

kenderaan beragam.. hahahahha.. camni la rupa hari2..
mujur beli basikal baru ni ada bateri.. so kayuh tak penat sangat

tunggu subway

mama genki, anak2 pun genki

adik sempat peace!!

sebelum mama lupa, selamat hari guru untuk semua guru2 yang tak pernah penat mendidik anak bangsa dan mencurahkan ilmu.. Allah saja yang dapat balas semua jasa2 guru2 ini..

to myself, balik mesia nanti kena jadi pendidik yang lebih penyabar, lebih berdaya saing dan kuat semangat..

minggu baru, mood baru, kena kerja lebih kuat!

Ahad, 15 Mei 2011

tak sangka beb!

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

boring2 harini dok blog hop.. tengok banyak pula blog yang tak update.. gamaknya lepas blogspot problem haritu ramai merajuk kut.. hehehe..

jengah le kejap kat nuffnang.. itu pun lepas dapat emel pasal grapevine nuffnang tu... ok, nanti mama cerita pasal tu kemudian.. sebab tak faham sangat lagi bab tu..

masa tengok earning punya column (tak selalu tengok sebab merajuk naik sejemput2 aje) sekali terkejut mama!

nape?

sekarang ni ada 3 Buffered Earning running dalam blog..

WEEHOOOO...

alhamdulillah.. syukur weh..

untuk blogger ala2 nan ado je, tak sangka gitu..

terima kasih la korang yang selalu singgah sini dan sudi baca blog ni..

SAYANG KORANG..

hehe

tak banyak pun earning nya.. cuma kagum je.. hehe

ni yang buat lagi semangat nak blogging ni.. untuk yang baru join nuffnang, sabo ye deknon.. mama pun join dah setahun lebih baru ado2 aje duit eh..

korang rajin2 la singgah ye.. boleh tambah2 duit belanja mama kut nanti balik mesia.. kih kih kih

lagi satu, mama notice sampai bulan ni dah ada 160 follower.. TQ korang.. untuk yang baru berkenalan, welkam2..

Sabtu, 14 Mei 2011

finally

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

pheww.. finally blogspot become sane again.. lebih sehari ngengong.. nak komen kat blog2 lain pun tak boleh.. bukan tu aje, nak komen kat blog sendiri dan update pun tak dapat..

apa agaknya yang jadi pun mama tak tahu.. yang pasti, sebelum apa2 jadi mama akan fikirkan camne nak save semua perjalanan hidup kami yang dicoret di blog ni.. hilang sayang oooooo

happy weekend semua.. kami nak keluar cari barang kejap harini..

psst: huwaaaaaaaaaaaa habis komen2 untuk entry sebelum ni.. aiyooooooo

Khamis, 12 Mei 2011

list blog yang best untuk disinggah

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p





mesti ada antara korang yang jenis addict nak blogwalk hari2 kan? mama pun macam tu juga.. kadang2 bosan tu cari2 juga blog2 yang best untuk dibaca..

apa kata kita mula buat list untuk blog yang best untuk disinggah? tak payah banyak..

kalau mama start dulu bagi 10 blog dengan link, pastu korang buat juga (redundant pun tak apa, tapi jangan la 10 tu sama dengan orang asal punya), lama2 nanti mesti kita ada banyak blog yang kita boleh singgah kan?

kasi tutorial sikit:

1. korang letakkan nama blog tu
2. copy dan letak link dia
3. bubuh genre blog tu -- contoh: blog masak, blog politik, blog agama, blog artis etc.
4. korang letakkan la badge blog my bittersweet life kat atas..
5. tinggalkan komen di entry ni kata korang dah buat.. bubuh link lagi senang kawan2 nak terjah
6. ramai2 kita singgah blog2 tu..

senang ke susah? kalau tak mahu buat 10, buat 5 pun takpe.. janji korang sudi nak share..

ok,

ini list blog yang mama suka singgah (kawan2 top priority la)

  1. TopsyTurvyMom - BLOG MASAKAN <<-- akak ni dia duduk OZ.. rajin masak.. suka baca celoteh dia.. mama selalu juga copy idea2 masak dia.. hai kak, lambai ni..
  2. Remgold OpEd - BLOG POLITIK & EKONOMI <<-- blog ni selalunya cerita komen pasal ekonomi dalam kaedah yang mudah difahami (layman) orang singapore.. 
  3. Keretamayat - BLOG AGAMA <<-- blog ni best sebab dia bincangkan isu2 agama dalam keadaan yang santai.. penulis dia anon, tapi isu yang dibincangkan selalu universal dan sejagat..
  4. Blog Usang Lagi Bersawang - BLOG TRAVELOGUE <<-- blog student Dr yang baru balik dari luar negara tgh houseman di penang.. blog ni ringan dan budak ni jenis sempoi.. 
  5. Saifulislam - BLOG AGAMA <<-- mula ikut blog ni lepas baca buku2 ustaz ni.. 
  6. Kakiku Suka Berjalan - BLOG TRAVELOGUE <<-- ina ni junior mama di UTM.. husband dia pun kawan mama.. mama suka blog ina ni.. walaupun selalu kasi dengki sebab upload gambar makan2 dan jalan2.. jeles ok! hehe -- HAI INA!
  7. YatieChomeyl - BLOG TRAVELOGUE <<-- yatie ni kawan maya yang baru kenal setahun lepas.. duduk jepun juga.. so mama banyak refer dia tips2 hidup dan jalan2 di jepun ni.. HAI YATIE!
  8. Hana Sakura - BLOG TRAVELOGUE <<-- pun orang mesia duduk jepun.. lagi tepat duduk sendai.. tempat tsunami tu.. Hanis ni student.. dia rajin update pasal jepun juga.. so mama enjoy singgah blog dia
  9. My Botang - BLOG CRAFTY <<-- kak su ni kawan mama di kyoto.. she's really good at sewing.. banyak bag mama beli dari dia.. sampai mesia ok dia jual.. dan dia jugak jual buku2 jahit jepun.. ce singgah..
  10. Hanamemories - BLOG MASAKAN <<-- ni pun antara blog yang mama suka copy idea masak2 dia.. sebab dia sebelum ni duduk jepun.. so senang nak refer bahan2 yang dia guna.
ok, kalau free korang buat ek.. boleh gak kita kongsi blog2 yang korang suka baca.. 

jangan lupa tinggalkan link kat entry ni..

Rabu, 11 Mei 2011

lebai tak berapa nak malang

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

semalam papa kesian sangat.. mula2 keciciran wallet.. aiyoooo.. susah hati mama ok.. biasa la, kalau kat mesia sekalipun, hilang wallet tu satu hal, duit tu tak kisah sangat.. masalahnya nak mengurus semua benda2 dalam wallet tu la yang letih..

tambah lagi hilang kat jepun.. haaddoooiiii.. camne le nak cakap dengan polis? cakap jepun pun semput2.. aiayayayaya.. papa semalam dalam hujan tu 2 kali ulang alik laluan yang dia balik semalam.. tak jumpa.. mama sedih dah.. banyak ujian ni..

mama kata kat papa, ajak la zul kawan kami yang pandai cakap jepun teman ke balai polis.. ok la.. dalam pukul 8 tu papa pergi le balai.. masa nak naik basikal ke balai polis tu, papa perasan pulak..


payung kat basikal kena curi!! tsk tsk T_T


kesian laki cheq..

kuyup2 tu dikayuh juga pi balai..





sampai balai isi2 le borang..

masa tengah isi tu..

sekali tu..

ada..







saja je kan..

polis datang..

bawa.. WALLET tuuuuuu.. hahahhaahahhaa.. ada orang jumpa tengah jalan.. weeehhhooooo... syukur sangat2.. ya Allah..


jadi happy ending pula semalam..

dah le muka cik abang tu dah macam asam kecut masa balik dari hantar aiman..

kesian sangat..

alhamdulillah.. masih ada rezeki dengan wallet tu..

syukur juga.. orang jepun ni agak prihatin bab2 tu..

yang lawak lagi,

kami pernah gak hilang kasut aidan sebelah masa nak pi zoo last week..

esok pagi nya kami kayuh basikal laluan ke train tu..

jumpa balik weh..

elok je ada orang letak atas tebing..

zoom in

zoom out


alhamdulillah... lega cheq..

Selasa, 10 Mei 2011

saja bagi perangat - apple pie

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


dah2 nak dekat waktu berbuka ni la kita perlu naikkan semangat sikit <<-- aku tau hangpa dok mengganti puasa kan? keh keh keh

kasi up gambar ini satu kali

rope herot petot

baki kulit pie buat masa adik2 datang last week tu elok aje dalam peti ais.. idea datang lepas tengok blog mat gebu le.. sabtu lepas mama buat apple pie ni untuk minum petang..

ya ampun.. sedap seehhhhhh!!! *ayat jahat

nampak rentung, tapi itu garing mek.. gue suka garing2 ni.. hohoho

buat jalur2 adalah tidak pas - markah subjek seni adalah C.. hahahaha.. yang penting rasa adalah maveles *sapo laie puji? lakiden aa.. tak puji kalo kita gantung periuk aje di dinding.. kakakaka

EASY APPLE PIE

kulit pai (adunan dapat 3 biji pai saiz 6 - 7 inci - boleh simpan dalam peti ais)

  • mentega 250gm
  • 500gm tepung
  • 125gm gula
  • 1 sudu kecik esen vanilla
gaul adunan dan uli jadi doh.. pakai tangan.. kalau pakai mixer tak tau hasilnya jadi macammana.. bahagi jadi 3 - 4 bebola.. pakai yang mana diperlukan aje.. ambil 1 bebola untuk jadi base, separuh bebola lagi untuk jadi hiasan cam tikar tu..

canai 1 bebola setebal 0.5 - 1cm lebih kurang la.. masukkan dalam acuan pai, bakar separuh masak dalam suhu 170 degree celcius (aweng, sila take note.. hahaha ampun!) selama 17 minit keluarkan dari oven, tuang inti kat atas..

inti pai (untuk 1 biji pai)
  • 1 biji epal belah buang empulur tengah dan dadu
  • 1 sudu makan butter.. atau lebih kurang 10gm
  • 1 sudu kecik serbuk kayu manis --- cinnamon
  • 1/2 sudu kecik serbuk buah pala (kalau ada) --- nutmeg
  • 1/2 cawan kismis -- basuh.. kalau rendam mungkin lagi ok..
  • 2 sudu makan gula perang -- ganti gula biasa pun boleh, tapi kurangkan sikit sukatan, kata harga gula naik kan?
  • 1 sudu makan tepung jagung -- mama pakai katakuriko
panaskan butter dalam kuali, masukkan epal, gula dan serbuk2 cinnamon dan nutmeg.. biar sebati.. epal akan keluar air sikit.. masukkan kismis.. last sekali baru masuk tepung jagung.. kalau nak inti basah2 sket, kurangkan la tepung tu.. tutup api, tuang inti atas kulit pai.. hias la pai tu dengan jalur kulit pai.. tangan pengkau minta ampun maaf la ye..

last sekali kalau nak nampak golden brown tu, sapu le telur atas pai..

bakar lagi suhu 170 degrees celcius tu untuk 17-18 minit..

SIAP!


haa.. boleh le buat minum petang.. mama try tak masuk peti ais, makan esok petangnya pun ok lagi rasanya.. cuma panaskan dalam microwave aje.. nom nom nom.. dap dap..

kalau jadi buat, sila upload gambo n share ye korang.. hehehehe

main sep sep

* السلام عليکم *

今朝から今まで雨がふるでしょう *dari pagi sampai la ni hujan turun.. さむくなります。*jadi sejuk <<-- prektis jepun sket

 こんにちは q(^_~)p

dari tengahari ni mama la duduk rumah.. pagi pi kelas nihonggo kejap.. tengahari pass baton dengan papa.. so la ni duduk rumah tengokkan aidan.. aidan dah tak ada bintik baru.. cuma masih ada spot yang berair.. harap2 1 2 hari ni boleh le kering campak dia..

harini dengan esok akan hujan sepanjang hari.. sabo aje le.. hujan kat jepun ni pesen alahai.. hujan nya macam malu2 nak turun.. tapi jenuh menunggu nak berhenti.. kelas pulak banyak kemain.. dengan nak ke kelas lagi, apa lagi.. maka main sep sep la kami sampai hari khamis.. mujur sv faham.. kalau tak faham mau mama meraung.. dah le banyak hari benar tak ke lab.. kalau kat rumah ni mana nye nak jadi study.. tengok dapur rasa nak masak.. kain tak berlipat bergunung, baju nak basuh lagi.. aiyoh!

dari weekend haritu dok baca paper.. banyak benar kes2 lemas ni.. sedih pun ya, geram pun ya.. betul la.. kesian tengok emak nya meraung2 anaknya meninggal sekaligus 3 orang.. mama tak sampai hati la..

tapi geram pun ada.. sebabnya point yang paling penting untuk diingat.. kalau ada hujan, walaupun sikit, kena la beringat, kita tak tahu kat sebelah atas bukit macammana hujannya.. jangan la ambil mudah.. kalau boleh tak payah la mandi2 di sungai atau air terjun.. jangan la ambil risiko.. bahaya.. air pusar dan arus bukan kita boleh agak..

betul maut ajal di tangan Allah.. mama percaya tu.. tapi sehabis mungkin jaga la diri sendiri dan anak2.. anak2 masih kecik.. 2-5 tahun bukan reti berenang.. hatta dah dihantar ke kelas berenang sekali pun jangan diambil mudah kekuatan air.. orang yang mahir berenang pun boleh lemas..

kepada keluarga mangsa al-fatihah.. moga Allah tempatkan roh anak2 yang tak berdosa tu dikalangan ahli2 syurga.. untuk yang hidup ni, jadikan la pengajaran.. ingatan untuk diri mama juga.. jangan ambil mudah dengan benda yang kita tak tahu..

wallahualam..

Isnin, 9 Mei 2011

sahur tadi

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

sekarang ni subuh dah awal.. tandanya dah dekat dah dengan summer.. tsk tsk T_T

pengsan la.. lagi 14 hari *tolak harini nak kena ganti.. subuh sekarang masuk pukul 3.20 pagi.. maghrib 6.40 ptg.. alalalalalalallaa... jenuh kayuh nak qadha puasa ni..

jadi malam tadi mama sahur awal.. pukul 12 dah sahur.. papa teman.. bukan teman puasa pun, teman soru aje..

kami sahur poori..

roti kegemaran masyarakat benggali..

beli mana?

weh, ape cerrr beli2 weh..

buat sendiri le..



ahahahahahahhahaa

gelak gaya action kamen



giler jahat gelak camni..

kembung2 lagi tauuuuuu 

dulu sebelum mai sini pernah prof fauziah citer pasal roti ni.. pastu sampai2 je sini kak su ada buat masa party kat rumah dia *wink kak su.. bila nak buat makan2 lagi? hehehe

kalau nak tengok step by step, ce google youtube aje.. sure jumpa..

adunan mama buat separuh dari yang video ajar.. itu pun dapat 10 biji..

bahan2:
1 cawan tepung atta @ whole meal
1/2 cawan air suam --- agak2 la masa uli doh tu.. jangan basah sangat atau kering sangat
2 sudu makan minyak masak sayur
1/2 sudu kecik garam

gaul bahan2 dalam bowl.. make sure air bubuh sikit2.. jangan terus bubuh air.. gaul rata dan uli jadi doh.. check consistency doh.. biar sebati.. kalau bola2kan doh tu pastu gelek dia tak tanggal atau lembik berair..

kemudian buat bebola kecik2.. saiz bola golf..

pastu gelek nipis dengan roller

dalam kuali biasa letak minyak dalam 1 - 1/2 cawan *biar tenggelam

bila dah panas minyak masukkan lempeng yang dah dicanai tu.. slide kut tepi kuali jangan campak cam masak cucur tu..

pastu jirus2 minyak atas roti tu masak goreng.. nanti nampak la jadi gelembung..

bila dah jadi brown gold camtu angkat.. tos minyak..

makan dengan kari daging terangkat beb!!!

ce try..

senang seh..

Ahad, 8 Mei 2011

tak ke mana

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


semuanya demi budak botak ni.. kesian la.. nak ngadu sakit pun tak reti.. jangkit dari abangnya start malam jumaat.. tapi so far tak ada bintik baru timbul harini.. syukur..

makanya dah masuk hari ke-3 la kami berkurung kat rumah.. malam tadi nangis2 kejap2 bangun.. agaknya gatal sangat la tu..

petang ni nak keluar ambil angin juga.. tak kira.. kang dengan mak dia menangis sapa nak pujuk? haru haru.. huhuhuhu

untuk semua ibu2.. selamat hari ibu.. moga Allah merahmati kalian selalu..

Jumaat, 6 Mei 2011

dah bajet pun

* السلام عليکم *

こんにちは q(^_~)p

bukan tak boleh agak, dah tahu.. mesti berjangkit punya.. maka harini officially aidan kena chicken pox.. tapi tu kita cerita kemudian..

la ni kita cerita trip pi zoo..

cuti golden week kami penuhi dengan jalan2 ke zoo tennoji, osaka.. besar la zoo ni.. dan banyak binatang pelik2 yang tak dapat tengok kat malaysia ada di sini.. first time tengok KOALA!! (tapi tak boleh ambil gambar), tengok red panda! alalalallaa.. comei sangat2 boleh dibuat bantal peluk..

pehtu tengok serigala (woo.. banyak giler.. di bubuh kat 10 ekor dalam satu kandang.. cam liar lak tu.. seram) dan macam2 la binatang lain yang kat mesia pun ada..

terima kasih kat adik2 (sekali lagi rasa muda bila duduk dengan depa ni) yang sudi teman kami jalan2.. next time kita jalan lagi na..

ok, enjoy gambar petang2 jumaat ni.. sure korang penat kerja kan? hehehee

rombongan cik kiah


masuk zoo

rumah koala

ramai manusia!

bear pakai spek itam.. hehehehe

jenuh nak rehat time ni

kaba' terdampar.. hahaha (kaba' tu badak)

emperor penguin

crane

my boys

adik khusyuk
tak larat nak upload banyak2.. lambat bebenar

Khamis, 5 Mei 2011

no woman no cry

* السلام عليکم * こ

こんにちは q(^_~)p


topi baru aidan punya nama.. hehehe
happy

Rabu, 4 Mei 2011

adik-adik

* السلام عليکم * こ

こんにちは q(^_~)p

hangpa kerja ka? apa tu kerja? kuang kuang kuang.. kami cuti lagi.. sampai esok.. jumaat kerja, sabtu ahad cuti balik.. jangan marah aaa.. orang jepun semua bercuti minggu ni sempena golden week..

semalam kami had fun.. asalnya cuma mahu belajar buat egg tart dari syafika.. turn out ramai yang datang rumah.. jiran2 le.. pramila, syue dan shikin.. tak ketinggalan salleh yang jauh dari katsura (sampai tersilap ambil bas - ampun salleh.. ahahahha)

cikgu nak kena ketuk.. hahaha

kami bakar cheesecake, tart dan makan panas2.. mama jamu juga laksa penang - makan dengan kawan2 lagi best.. semua laju je.. lagi2 benda2 baru dibakar..

pehni makan eggtart sendiri la jawabnya.. 

lepas maghrib sempat kami beriadah (main wii) - AHAAHAHHA.. kemudian hajat nak pergi makan takoyaki tak berjaya.. kedai tutup.. maka tukar plan makan okonomiyaki.. tengah makan datang pula daniel dan adam join sekali..

sibuk mengorder

belah kiri tu tauhu steak.. sedap! kanan adalah yakisoba (cam mee goreng)


ramai..

syukur dan happy..

ada ramai adik2 yang sudi lepak2 dengan kami..

dan tiba2..





mama..





rasa..














MUDA! HAHAHHAHA <<--- lariiiiiii

Isnin, 2 Mei 2011

cars for boys

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

memandangkan kami cuti panjang (jumaat - ahad) maka kami pun ambil kesempatan la berjalan2 di osaka.. lagipun ada expo menarik kereta mainan Tomica, jadi kami bajet memang anak2 akan suka punya la..

keluar rumah pun tak awal sangat, dah dekat tengahari sebenarnya, naik train dari demachiyanagi sampai yodoyabashi kemudian tukar chuo line tukar 2 kali train lagi baru sampai (perggh.. 1 1/2 jam jugak le) kat ATC hall tu.. ATC hall ni serupa la PWTC kat KL..

sebab budak2 jepun pun cuti sekolah jadi ramai la pi expo tu..

tapi best juga.. sebab aktiviti dia banyak untuk anak2 dan keluarga.. dari model kereta sampai le ke teknik tunjuk macammana depa produce tiap2 model kereta tu..

dapat la juga buah tangan sikit untuk anak2.. pastu masa masuk2 tu pun semua dapat free kereta die-cast sorang satu.. suka la budak2 tu..

enjoy gambar2..

tiket masuk dan kereta free.. hehe

aidan posing depan kyukyusha (ambulance) hehehe

model bergerak.. harga tiket masuk.. 

model yang ada kat expo tu

interactive pictures.. budak2 excited.. mak pak dia sekali.. hehehehe

dapat main free lagi

siap tunjuk lagi camne production kereta tu.. ada test lagi.. hehehe
ni masa lepak kat luar exhibition hall tu.. ngadap laut.. 

sambung lagi entry kat osaka..