Khamis, 31 Mac 2011

Penaik semangat

Setiap kali dengar lagu ni rasa bersemangat.. sama macam dengar lagu The Climb Miley Cyrus tu..


takmau patah semangat, mahu sentiasa kuat untuk mudah belajar dan berjuang dalam bidang mama sendiri..


Katy Perry - Firework

Do you ever feel like a plastic bag
Drifting throught the wind
Wanting to start again

Do you ever feel, feel so paper thin
Like a house of cards
One blow from caving in

Do you ever feel already buried deep
Six feet under scream
But no one seems to hear a thing

Do you know that there's still a chance for you
Cause there's a spark in you

You just gotta ignite the light
And let it shine
Just own the night
Like the Fourth of July

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what you're worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on let your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gunna leave 'em fallin' down-own-own

You don't have to feel like a waste of space
You're original, cannot be replaced
If you only knew what the future holds
After a hurricane comes a rainbow

Maybe you're reason why all the doors are closed
So you could open one that leads you to the perfect road

Like a lightning bolt, your heart will blow
And when it's time, you'll know

You just gotta ignite the light
And let it shine
Just own the night
Like the Fourth of July

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what you're worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on let your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gonna leave 'em all in awe-awe-awe"


Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
It's always been inside of you, you, you
And now it's time to let it through

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what your worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on slet your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gonna leave 'em all in awe-awe-awe

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon








ماما أيمان

Sedih sikit

السلام عليکم

Harini Aidan last day kat Women Research Center Daycare, Kyoto University.. Mula minggu depan Aidan akan join abang Aiman kat Yosei Neuji Hoikuen..

Pagi tadi mama kasi hadiah sikit untuk cikgu2 dan kawan2 Aidan.. mama kasi keychain gambar Kuala Lumpur dan ada tulisan Malaysia.. Pastu mama belikan sedikit okaashi (manisan) - sakura mochi untuk cikgu2 Aidan.. mama sedih juga sebab cikgu2 Aidan baik2 belaka..

Kat nursery ni Aidan belajar menyanyi, makan dan main dengan kawan2.. emak2 kawan2 Aidan semua baik2 sangat.. bagi hadiah gambar2 Aidan, tolong mama bila mama tak tahu prosedur jepun..

Harap next week Aidan dapat semangat baru, kita masuk nursery baru dan jumpa kawan2 baru.. kawan2 lama kita jangan lupakan ye..

Aidan-kun, Ryo-kun, Hasna-chan, Keichang, Hiro-kun, Kei-kun
Harap2 dapat berjumpa lagi dengan semua sensei dan kawan2 Aidan..

ماما أيمان

Rabu, 30 Mac 2011

decaf? caf?

السلام عليکم




ada kebenaran di situ..


 ماما أيمان

Remember me this way

السلام عليکم

Kita tak tahu bila datangnya mati.. Tapi sebelum mama mati, ada banyak pesanan yang mama nak buat untuk anak2 mama.. takut tak sempat mama nak pesan.. jadi setiap kali mama ingat, mama akan pesan kat sini.. mama bukan orang ternama, bukan orang bijakpandai, jauh lagi hebat ibadah.. tapi mama nak sampaikan pesan.. sedang kamu membesar, nak menjadi 'orang', mama rasa elok mama persiapkan kamu dengan dunia luar.. mungkin kamu akan ketemu banyak orang lain yang akan memberikan nasihat yang lebih hebat, tapi sebagai mama, mama kenal kamu luar dan dalam.. jadi biar mama sendiri bagitahu kat sini..

adab berkawan

kawanlah dengan sesiapa pun yang kamu mahu.. jangan nilai pangkat dan hartanya.. jangan nilai luarannya sahaja..

pilihlah kawan yang sanggup bersusah senang dengan kamu.. pilihlah kawan yang sentiasa mendekatkan kamu dengan Allah.. yang mengajak kamu ke jalan kebaikan dan bukan mengajak kamu menjadi sahabat syaitan..

kawan yang hanya tahu bersuka2 sudah tentu tak mahu bersama kamu ketika kamu susah dah bersedih.. pilihlah kawan dengan bersandarkan agama.. yang sentiasa tahu membezakan baik dan buruk dan tidak mahu kamu terjebak dengan benda jahat dan tidak elok..

pesan tok ayah dan arwah opah pada mama, bila pilih kawan, ingat emak dan abah.. jadi, mama nak pesan pada kamu, semasa pilih kawan, ingatlah pada mama dan papa.. pesan tok ayah dan opah, bila berkawan, jangan lupa diri.. ingat, Allah sentiasa melihat.. kalau kita berbuat jahat, pasti ada balasannya.. jangan berkawan sampai akhirnya kamu menyesali diri kamu sendiri..

kawan kita adalah cermin peribadi kita.. kalau kita pilih kawan2 yang suka kejahatan dan dosa, tempiasnya pasti akan kena pada kita juga.. kalau kita nampak kawan kita mula melakukan kerosakan, nasihati mereka.. kalau mereka dengar dan berubah, teruslah berkawan.. jika mereka tak mahu mendengar, tinggalkanlah mereka dan pilihlah jalan yang lebih baik..

Mama sayang kalian..

ماما أيمان

kemas kemassssss

السلام عليکم

Cuaca dah mula baik.. alhamdulillah.. siang mula cecah 13degrees.. pheww.. lega.. harap2 tiada lagi snow.. letih berkayuh basikal kalau ada snow..

Semalam selesai mengemas lab beramai2.. ada yang kata mama over sebab request gotong royong tu dari sensei.. aduhai.. kalau lab sentiasa bersih macam lab orang lain tak perlu la sampai mama kena mengadu dengan sensei.. mama bukan kisah sebab banyak barang dalam lab tu.. tapi kisah sebab tabiat kawan2 lab yang tak reti buang sampah elok2 dan tak reti kemas balik lepas buat sepah..

rasanya dah serupa mak orang.. takkan kerja mama kut ngemas lab tu.. sepah tak payah cerita la.. orang yang pernah datang lab mama aje tau serabutnya lab tu..

lagipun banyak masa sehari duduk dalam lab tu.. at least kasi la bersih.. baru selesa kan?

semalam dah alang2 kemas lab, mama pindah meja baru.. yeay! duduk tepi tingkap.. mmm.. best2.. pasni nak hias2 meja, baru lebih semangat nak belajar..

kalau korang, apa pemangkin korang untuk buat kerja lebih rajin ek? ce citer, ce citer.. mana tau leh tiru?

 ماما أيمان

Selasa, 29 Mac 2011

Sesuai Untuk Yang Berjiwa Muda

السلام عليکم

Entry sempena kedatangan adik mama seminggu ke sini (harini dia balik.. sob sob sob) kita mulakan dengan lawatan cik kiah ke Universal Studios Japan.. ye le, orang kat mesia boleh pi Universal Studios Singapore.. kami kat sini ke USJ le ye.. hehehe..

Universal Studios Japan (USJ) is located in Osaka Pref. From Kyoto, we can take trains (in our case, we take the Keihan Railway from Demachiyanagi Station to Kyobashi Station) after that, there's train directly to USJ.. total cost for one way trip from Kyoto is 650yen - RM25+-

This year is 10th Year Anniversary celebration for USJ.. so expect crowds and lots of fun activity special for this celebration..

Kalau nak ke sana, sila mula dari pagi.. sebab seharian pun belum tentu dapat main dan tengok show dia sampai habis.. kami betul2 syukur dan lega sebab ada adik2 yang ikut kami.. hehehe... boleh juga gilir2 ganti tengokkan budak kecik dua orang tu.. terutamanya bila mama dan papa dia nak bercinta kejap..


pintu masuk USJ

Hard Rock Cafe Osaka betul2 depan pintu USJ

Jemaah hari tu.. 
Tiket adult adalah 6200yen.. tapi disebabkan ada adik2 ni punya year round tiket (bayar 12000yen setahun kut suka la nak masuk berapa banyak kali), jadi kawan2 yang dia bawak boleh dapat 5800yen.. jimat la disitu.. anak2 bawah 3 tahun free dan sekolah 4100yen.. boleh tengok laman web dia untuk lebih lanjut.. tu harga semuanya untuk pas sehari..
dengan popeye

pose sebelum letih
mainan kat USJ ni kebanyakannya sesuai untuk orang dewasa dan budak sekolah.. budak2 kecik ni tak berapa sesuai.. cuma banyak show2 comel yang boleh budak2 enjoy tengok.. lagi2 untuk anniversary ni.. wooo.. memang best..

tabung elmo tu untuk isi popcorn..

kat sini ada show sesame street

acu dengan kitty

susun atur USJ ni banyak tiru LA dan hollywood le..

topi2 comel ni jual merata

best2..

yang ni show serupa movie waterworld tu

peace

yang ni pun best

tak caya tengok muka mama.. ahahahhaa

boleh jadi model sesame street kan

show kitty dengan kawan2 sesame street

penuh orang time ni.. ni weekdays ok.. bukan weekend..

ni pun sweet.. mama tengok show ni masa tunggu adik2 main space fantasy tu
pendek citer memang puas hati la.. pasni kami nak kumpul duit pi jauh sikit lagi.. DISNEYLAND.. lalalalalallalaa


ماما أيمان

Isnin, 28 Mac 2011

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

السلام عليکم

Kocik ajo dunia ni.. incik hasrul adalah blogger femes rupanya.. dok blogwalk terjumpa blog hasrul.. so, mama nak tumpang join..



Okey, kenapa saya perlu trafik

Sebab utama nak tambah kawan2 dan akaun Nuffnang sendiri (#pengakuanberanimati). Orang kata, lebih banyak kita kawan, lagi banyak benda baru dapat kita tahu. Lagipun, berapa kerat sangat orang Malaysia kat Kyoto ni. Rasanya dunia maya ni dapat merapatkan silaturrahim serta bagi ketenangan di dunia kerja saya. Selain dari tu, nak kongsi pengalaman hidup di negara matahari terbit ini, terutamanya buat sesiapa yang belum tentu berkesempatan ke sini.


Ok tak? Salam perkenalan dari bumi Kyoto

 ماما أيمان

bahaya tapi sedap

السلام عليکم

masa pergi tottori haritu, kami di jamu dengan makanan istimewa tapi berbahaya di Jepun.. bunyi dia memang seram.. tapi rasa dia. wallaweh! precious!! peluang yang datang sekali seumur hidup tu tak kami sia-siakan..


google image - IKAN BUNTAL

masa dinner farewell party tu, kami makan fugu (ikan buntal) di masak Nabe - ala2 stimbot kat mesia.. ikan buntal ni diketahui beracun (ok, pas baca wikipedia lagi seram!). Nak masak, handle secara terbuka di Jepun memerlukan lesen.. dan pengalaman.. nak dapat lesen pun at least pengalaman mesti 5 tahun.. nak siang dia pulak mesti pengalaman 20 tahun.. baru dianggap pro la nak buang racun dia..


teh Oolong dalam botol.. sedap.. dahle sejuk air teh tu..
belah kanan dalam piring kelabu tu sashimi maguro.. SEDAP! 

sekarang ni fugu dibela secara komersil.. disebabkan teknologi perikanan yang tinggi, orang jepun dapat bela ikan buntal yang kurang bahaya.. bahaya ikan ni hanya sebab makanan ikan tersebut.. ikan buntal ni makan bakteria yang beracun.. bakteria ni hidup dalam perut dia.. jadi, sekarang depa bela ikan ni dalam sangkar dan jauhkan dari sumber bakteria yang beracun tu..

ikan buntal mentah.. belum masak
ikan buntal ni paling mahal dan sedap dimakan masa fall dan winter.. sebab masa musim ni ikan2 buntal paling gemuk2 sebab dia banyak makan untuk tahan sejuk (comel je bunyinya kan - cam mama juga).. tekstur ikan ni kental.. macam isi kerapu.. keping2 dia tebal.. so masa masak dalam nabe tu dia tak mudah hancur..

ni rupa keseluruhan set nya

kalau disuruh beli sendiri, sumpah tak buat.. sebab seram la.. ahahahhaa.. apa2 pun, ini antara pengalaman makan makanan jepun yang best di sini.. kalau ada peluang, korang berani cuba? kuang kuang kuangggggg

fugu on wikipedia

 ماما أيمان

rezeki jangan ditolak - my first BE!!

السلام عليکم

untuk blogger suka suki macam mama ni, tak berharapan tinggi la nak dapat income berjuta-juta lemon RM macam redmummy.. dia rajin follow campaign Nuffnang.. mama ni udah le jauh, niche pula berterabur sebab blog suka suki aje..

alhamdulillah, walaupun pendapatan nanang mama tak kencang, tapi ada la sikit2.. dah nak masuk tahun ke 4 berblogging (lama tak lama) merasa la first time ada Buffered Earnings.. weeehhooo.. arigatou untuk semua kawan2 dan family yang selalu menjengah blog mama yang tak seberapa ni..

benda tu itam sebab malu le cik akak.. ciput baru..

dalam banyak2 ad campaign nuffnang, buffered earnings la yang paling dinanti-nantikan.. sebab pasni banyak la advertisement yang mahai sikit masuk.. BE ni berdasarkan jumlah pelawat dalam blog.. jumlah pelawat yang unik (bukan sehari masuk blog sendiri kat 50 kali ye) yang banyak (contoh 100-300 pelawat unik) akan menarik advertiser untuk letakkan iklan kat blog kita.. advertiser akan membeli ruang contohnya untuk 100 pelawat unik di blog kita dalam sehari untuk lihat advertisement tertentu..

BE ni selama dia letak dalam blog kita, advertiser akan bayar.. tak serupa metered earnings..

maklumat lebih lanjut korang boleh google sendiri.. kawan2 yang letak nuffnang kat blog, jangan lupa update questionnaire yang depa bagi.. baru advertiser dapat kenalpasti kita..

Kat sini ada maklumat sikit
Sini juga


pasni lagi semangat la nak blogging.. YATTA!!

ماما أيمان

Ahad, 27 Mac 2011

phewww..

السلام عليکم

what a week!! macam roller coaster.. ahahahha.. wancu, you know what i mean..

having my sister here is very comforting.. having a shoulder to rest onto.. having extra hands to keep my sanity with the kids.. aaaa.. lega betul..

somehow knowing that she's returning to malaysia this tuesday really made me sad.. i just wish this episode of Phd will finish soon.. tiring.. i know.. whining will not do anything.. but having close relative especially here near me really made me wanted to go back home ASAP!!!

acu, please come back soon.. we'll terribly miss you..

alaaaaa.... tak best nya..

doa acu cepat2 dapat duit lebih boleh mai sini.. doa masa berjalan lambat untuk 2 hari berikutnya.. tapi dalam masa yang sama doa november datang cepat.. so that I can meet my babah n makcik.. yeaaayyy!!

entry jalan2 esok ek..

nite2

ماما أيمان

Khamis, 24 Mac 2011

Yeayayayay

Harini kami kat sini






Sapa nak kirim???





- Posted using BlogPress from iPhone mama

Selasa, 22 Mac 2011

If..

I don't sleep tonight, blame this!!






Kenapa kalau baca buku study takleh stay up lagu ni? Sigh

- Posted using BlogPress from iPhone mama

been there done that

السلام عليکم

terpanggil dari status sahabat di FB.. buat mama tertanya, selepas tamat belajar, apa azam kamu? mesti ramai jawab, nak kerja gaji minimum 2k, nak ada kereta sendiri, nak beli itu, nak beli ini..

zap zap zap (bunyi cantas)

meh kembali ke realiti..

soalan 1: wajar ke kita demand untuk dapat gaji sebanyak itu?
untuk jawapan, perlu ada checklist:

1. Pointer masa belajar - mahu atau tidak, kita kena akui, inilah nombor paling besar yang mempengaruhi hidup mahasiswa yang grad dan mahu kerja.. pointer kamu berapa? soalan cepumas yang boleh menyebabkan jantung berdegup kencang.. masa mama grad degree (2003), pointer mama tak bagus, bawah 3.0 (owh, sedih la kenang2 balik..) pun dah tak dapat nak merasa gaji tinggi.. inikan pula tahun 2011, persaingan makin sengit, di mana pointer kamu meletakkan kebarangkalian untuk dapat gaji yang tinggi.. masa tahun 2003, dengan pointer dibawah 3.0, gaji mama hanyalah 1.5k, tanpa elaun OT dan sebagainya.. kerja 6 hari seminggu (kontraktor).. perit, tapi itulah rezeki mama.. sabar.. gaji ciput, tapi syukur sebab family memang di KL, jadi sewa rumah selamat.. lain2 minyak kereta, bil telefon, makan2 semua guna gaji sendiri la.. tercekik rasa.. bayangkan 2011 kalau dapat gaji macam tu.. pengsan!sebab tu mahu atau tak mahu, kena jaga pointer.. masa di uni jangan main banyak2 sangat.. perlu ada check n balance supaya masa belajar tak terkorban..

2: apa kelebihan kita dibanding mahasiswa lain?
ha.. boleh cakap 3 bahasa? tak kira la mandarin ka, jepun ka? boleh komunikasi bahasa inggeris dengan baik? ke masih cakap I is I is? oppsss.. boleh buat presentation dengan hebat? boleh guna perisian terbaik dalam bidang? ada buat volunteering work? ada internship di company besar? pernah lead kumpulan untuk menang pertandingan peringkat uni? wowowowow.. bunyi macam besar sangat kan? tapi itu la kelebihan sesetengan mahasiswa.. kita kena cari niche kita la.. apa yang boleh kita buat? macammana nak cari kelainan supaya kita boleh 'jual diri' untuk dapatkan kerja yang lebih baik..

3: pembawakan diri ok ka? selebet? mat smart?
macammana kita membawa diri juga penting.. nak masuk sesuatu organisasi, majikan akan melihat keupayaan kita untuk bersosial.. bukan terlebih sosial atau menjadi robot datang kerja balik kerja.. kena imbang.. PR perlu ada.. macammana nak berurusan dengan pihak atasan, mahupun pihak bawahan mainkan peranan juga..

mama pernah lalui semua ini.. mama pun bukan bermula dengan tiba2 hebat semacam (sampai sekarang masih merepek juga) tapi kalau boleh, mama nak share supaya mama boleh betulkan situasi minta2 gaji tinggi tanpa perlu cermin diri sendiri..

apa2 pun, tepuk dada tanya selera..

ماما أيمان

Isnin, 21 Mac 2011

La la la.. Nice cold day

Happy la hari ni.. Adik mama dah sampai.. La la la la.. Ada kawan for the next 10 days



Kami di toji temple.. Nanti mama blog lebih lanjut.. Taaa

Nota: harini cuti umum.. Spring equinoks

- Posted using BlogPress from iPhone mama

Jumaat, 18 Mac 2011

al fadang fasirrruuuunnn

السلام عليکم

kita sambung cerita kat tottori.. lepas je makan ketam nyam nyam tu, sensei bawa kami pi sand dune.. lebih kurang padang pasir le.. satu2nya di Jepun.. hebat ciptaan Allah (subhanallah).. bayangkan dalam negara 4 musim, siap ada gurun lagi.. mana nak dapek orang pergi padang pasir pakai jaket.. kah kah kah..

adik dah tak sabar.. 

Khamis, 17 Mac 2011

Really have to share this

Owh, the person who did this video is definitely a genius!! Moga semua orang memahami.. terutama sekali yang kata 'green technology' tu.. ooppssss

semalam mama tgk berita tv1, aiyoooo.. siap ada sound effect.. mana tak orang jadi panik.. tolongla.. jangan takut2kan orang please..

after all, lepas korang tengok video ni, dia siap ucap terima kasih untuk orang yang bersusah payah menempuh dugaan membaiki powerplant tu.. orang tau!! bukan robot!! so, appreciate lebih sikit ye..





ini cara betul nak educate orang.. bukan sensasikan cerita


مماما أيمان

Tottori dan ketam - nyam nyam nyammm

السلام عليکم

Kita tukar mood lain ye.. kasi ceria sikit.. sedih sangat pun tak best kan.. lagipun buat semua orang risau je..

mama nak citer pasal trip ke Tottori-ken.. Tottori ni tempat sensei kecik (assoc. prof) lab mama pindah.. dah alang2 kami ada cikgu kat sana, lab arrange

incik driver menjeling aweksnya di belakang.. ahaks
dari Kyoto sampai Tottori lebih kurang hampir 4 jam.. jenuh juga la kan nak sampai..

Jumpa tak tottori kat mana?


Rabu, 16 Mac 2011

melarikan diri?

السلام عليکم

tajuk serupa macam ada percintaan terlarang atau ditangkap orang jahat je.. kui kui kui.. tidak2.. ini sebenarnya terlintas dalam kepala mama masa baca status di FB.. kawan2 di sini ada yang mula risau.. kata nak balik dan plan sekiranya berlaku kecemasan..

manakan tidak kami di sini tak dapat apa2 makluman terus dari embassy.. hanya dari beberapa pelajar yang menjadi orang tengah.. ada yang mengadu lonely dan risau.. sabarlah wahai sahabat2.. inikan ujian Allah.. Allah uji orang2 yang terpilih aja.. kita sama2 ada di sini, yang mana kita mampu buat kita buat kan?

bagi mama n family, kami tak mahu jadi havoc satu macam.. nanti buat ahli keluarga kami sendiri yang lebih risau.. lagipun tengok orang jepun sikit punya rileks, takkan kita nak jadi kalut pula kan.. malu pulak di situ..

sebab tu sampai saat ni mama tak upload lagi gambar2 menarik untuk dikongsi.. nanti ada pula yang kata mama tak sensitif dan tak simpati.. adui dui dui.. simpati dik.. tumpang sedih juga.. walaupun berlainan bangsa dan agama, mama sedih nasib mereka yang ditimpa musibah.. tapi dalam masa yang sama, mama sentiasa berdoa moga Allah lindungi kami sekeluarga dari ditimpa musibah..

kena ingat.. kematian dah tertulis.. kalau Allah kata "Mastura, kamu mati jam gini2, di Jepun, dalam keadaan sekian2" (nauzubillah, biarle mati dalam keadaan cukup sifat dan sempurna jasad) nak buat macammana kan? itu yang dah tertulis.. tapi selagi mama ada di sini, mama perlu jalani hidup sewajarnya..

sekiranya kecemasan berlaku, yang pertama sekali sudah tentu mama selamatkan anak2.. ya Allah, kalau diKau tidak mengasihaniku, kasihanilah anak-anakku yang masih kecil itu..

beg yang mengandungi barang2 penting ada bersama papa.. yang itu yang penting.. pengenalan diri.. kemudian, fikir tempat selamatkan diri.. lari ke atas bukit? atau berkurung dalam rumah? bergantung la kan kepada situasi yang memerlukan.. kemudian, dengar arahan (yang ini paling penting sekali) untuk evacuate.. sebab selalunya bila bencana berlaku, kita panik.. jadi mendengar arahan adalah penting..

bila dapat berkumpul dan tahu selamat, baru mama akan hubungi keluarga kami, kedutaan dan teman2 rapat disekeliling kami..

untuk lari pulang ke Malaysia buat masa ini bukan option kami.. kami akan lalui hari2 di sini.. sumber maklumat dari media Jepun sentiasa kami ikuti... insyaAllah, jika Allah izinkan, selamatlah kami di sini.. ini masih bumi Allah.. sementara masih bernyawa, mama serahkan pada Allah menentukan perjalanan hidup kami di sini..

jangan risau2 ok..

 ماما أيمان

Selasa, 15 Mac 2011

Pentingnya data dan maklumat

Sebagai seorang engineer (boleh ngaku engineer sebab berdaftar ye) mama nak cerita pentingnya pengkalan data (database - selepas ni mama panggil "db") bila berlakunya situasi macam tsunami, gempa mahupun bencana alam lain. Tanpa db yang komprehensif, sebenarnya banyak benda tergendala seperti contoh agihan bantuan dan penyaluran maklumat yang tepat.

Mama nak citer pasal db penduduk dan macammana jepun kumpul maklumat mengenai kedudukan penduduknya dengan cepat dan tepat..

Setiap penduduk di Jepun tak kira sama ada warganegara mahupun tidak, perlu berdaftar di ward office (pejabat daerah) di tempat tinggal.. Untuk bukan warganegara atau pendatang asing (macam mama ni) kami diberikan kad pengenalan macam ni





Gambar adalah gumuk.. Ahahaa.. Kad ni dipanggil alien card

Setiap kali kita nak berpindah rumah atau daerah atau negeri, kita wajib lapor diri di pejabat daerah..

Yang bagusnya bukan sahaja db depa lengkap malah boleh buat laporan telus kepada semua penduduk berapa populasi penduduk daerah tu, berapa range umur, jantina dan taburan penduduk berdasarkan alamat.. Jadi bila bencana berlaku depa boleh bersiap sedia..

Selain dari guna untuk bencana, db seperti ini juga diguna untuk planning facilities di daerah.. Contoh jumlah hospital yg diperlukan ke, balai polis ke.. Jadi nak bentangkan keperluan bajet data yang digunapakai lengkap le..

Mama harap mesia satu hari nanti pun punya data lengkap rakyatnya supaya kita boleh buat planning sewajarnya terutama bila bencana tiba..

Nota: entry ni sbnrnya nak luah sikit kesedihan dgn embassy sini.. Rasanya kita ada maklumat pelajar terutamanya pelajar tajaan kerajaan.. tapi kami tak tahu situasi sebenar apa yg berlaku, apa yg patut kami buat dsb.. Ada hikmahnya ni.. Moga kita semua dapat pengajaran

- Posted using BlogPress from iPhone mama

Sebelum cerita...

... pasal cuti kami lebih panjang, mama just nak tulis sikit pasal berita semalam.. Supaya mama ingati sifat baik orang Jepun.. Mama tengok dalam berita malam tadi sebahagian kisah mereka yang berada di tempat tsunami

Cerita 1:
Seorang pakcik, berbasikal sendirian sambil meletakkan notis kertas didepan basikalnya.. Mengayuh sekitar kawasan tempat dia tinggal.. Nak cari isterinya yang hilang... Dia bawa gambar isterinya, sambil mengharap dapat bertemu semula.. Sayunya hati mama masa tengok tu.. Pakcik tu wajahnya penuh determination.. Tak menangis2 merayu pun.. Nampak tabah.. Nampak seperti seorang suami yang kasihkan isterinya dan yakin isterinya hidup sedangkan dah diketahui ribuan mayat dijumpai terdampar di pesisir pantai.. Mama pandang papa sambil tanya, "nanti kalau mama hilang papa akan cari juga kan?"

Cerita 2:
Seorang suami mendukung anaknya sambil berharap dapat bertemu isterinya yang mengandung.. Dia berjanji dengan isterinya yang dia akan jaga anak mereka dan harap isterinya dapat bersalin dengan mudah.. Bayangkan itu doa suaminya sedangkan dah beberapa hari masih belum dapat berjumpa dengan isterinya..

Cerita 3:
Seorang bos mencari stafnya.. Dia kata staf dia ada 50 org.. Tapi selepas tsunami dia cuma dapat contact balik 22 org aje.. Masa interview tu dia tengah berjalan mencari pekerjanya.. Dia dapat jumpa 2 org lagi immidiately after that.. Fikirlah, adakah kita juga masih ingat kawan2 sekerja kita semasa waktu ditimpa bencana?

Cerita 4:
Di dewan pemindahan.. Seorang ibu sanggup berkongsi nasi kepal (org jepun cuma makan nasi kepal aje masa susah, mama teringat masa student mesia blk dr egypt susah perang makan ayam potong 20 bahagian.. Nak maklum sikit ye, kat sini kan, kami potong ayam 20 bahagian tu hari2.. Makan sekali hanya 5-6 ketul kecik saiz tapak tangan aidan je.. Xpe2.. Itu cabaran namanya) ibu jepun ni cakap "tak mengapa, apa yang baki anak saya akan saya habiskan" masa orang tu hulur nasi tu suruh dia ambil lagi.. Sayu hati mama.. Sebab dia dululan perut anaknya dan org yang lebih memerlukan..

Sungguh orang2 Jepun ni tabah dan sabar.. Mama doa depa dapat lalui dugaan ni dengan tabah.. Ini pengalaman yang mama lalui disini.. Mama harap sangat mama pun akan jadi seperti orang Jepun

- Posted using BlogPress from iPhone mama

Isnin, 14 Mac 2011

Kasi preview sikit

السلام عليکم

tiap2 kali bila penghabisan sesi lab (hujung tahun sesi uni), lab biasanya akan anjurkan party (macam bunyi party liar pun ade.. ahaha)

kali ni mama dapat la join.. satu geng lab dapat merasa berjalan ke Tottori.. best.. banyak tempat menarik kami pergi.. nanti mama upload kat blog..

kasi korang preview satu kali..

muslimah yang cuba nak ke onsen

ok, sila muntah ijo.. ahahahahhhhahaa... muslimah habis ko.. bila masuk onsen jangan tak tauuuuuu (oooppssss.. bakal review malam nanti)


 ماما أيمان

Lambai dari jauh, nampak tak?

السلام عليکم

Alhamdulillah, kami masih ok di sini.. daerah Kansai/ Kinki (tengah jepun - Osaka, Kyoto, Kobe, Nara) tak terjejas.. yang teruk terjejas daerah Kanto & Tohoku (meliputi Tokyo dan Sendai) - tengok peta bawah ni ye.. kami jauh dari pusat tsunami.. dan Alhamdulillah juga tak dengar berita buruk rakyat Malaysia di sini.. lega baca blog2 kawan di Jepun - especially Hanis di Sendai.. lega sangat2.. Moga Allah sentiasa lindungi kami yang berjuang menuntut ilmu di sini..

Image google here


Jadi life goes on.. Kalau tengok kesan2 tsunami memang seram.. malam pertama (jumaat malam) nak tidur pun susah.. takut sangat.. tapi bila tengok tahap kesabaran dan redhanya orang Jepun menghadapi dugaan, timbul rasa hormat dan kagum.. mereka tak takut dugaan.. mereka laluinya dengan tenang dan tidak gopoh gapah.. walhal nak ikut pegangan agama depa jauh berbeza.. sedang kita yakin pada Allah, tapi kita cukup takut kalau diuji begitu..

sumber JMA - Intensity Earthquake around Japan
Lepas beberapa hari berlalu, Alhamdulillah, amaran tsunami dah dipadamkan dari tv dan media internet bermula semalam petang.. lega sangat.. report awal earthquake dah dikeluarkan oleh JMA (sini)

On another note, terima kasih untuk semua keluarga, sahabat yang kenal kami personally mahupun sahabat maya kerana sudi doakan keselamatan kami.. syukur sangat2 punya keluarga dan sahabat seperti kalian..

Perjalanan kami disini masih jauh.. perjuangan masih panjang dan berliku.. moga Allah sentiasa lindungi dan merahmati pejuang2 ilmu di bumi Jepun ini..

**********************************************

lepas ni kita sambung entry yang lain pula ye..

jangan sedih2 ye.. kami sayang korang semua..

I've noted that I have more follower nowadays.. Hi, Salam Perkenalan dari Kyoto.. I'll make sure to acknowledge those who has drop comment on my blog.. Let's be friends

ماما أيمان

Jumaat, 11 Mac 2011

Perhatian untuk rakyat Malaysia di Jepun

السلام عليکم


tadi mama dapat mesej berikut:


PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR MALAYSIA YANG MASIH BERADA DI JEPUN, SILA MAKLUMKAN KEADAAN ANDA KEPADA EMAIL ATAU NOMBOR DIBAWAH INI UNTUK MEMASTIKAN KEADAAN ANDA SEKARANG SELAMAT


ctz@hrdtokyo.jp 090-4246-4367
annizam@hrdtokyo.jp 090-5829-6347


harap tolong forwardkan kepada semua student di jepun...


kepada yang punya ahli keluarga dan sahabat di jepun, mohon mereka hubungi kedutaan bagi memberitahu keadaan mereka.. terutama sekali mereka di tempat yang mengalami tsunami







 ماما أيمان

Gempa Bumi

السلام عليکم

sumber Japan Meteorological Agency

Earthquake sebentar tadi.. Alhamdulillah, kami selamat di Kyoto ni.. Kyoto cuma rasa skala 2 JMA.. sekadar pening2 dan goyang sedikit.. tapi tak merisaukan.. yang teruk di North East Coast.. Tokyo rasanya agak panik juga..

Amaran Tsunami keluar tadi.. hopefully mereka di atas sana selamat..

 ماما أيمان

Misi hari ini

Hantar Aiman pi hiking (umur 3 tahun dah kena hiking) siapkan sekali bento dia

Jumpa sensei untuk progress meeting

Bawa Aidan medical checkup untuk masuk kindy baru

Submit borang potong duit kindy Aidan

Shop for groceries n kemas baju untuk trip esok




Cuaca nampak ok cuma angin kuat.. So pakai baju tebal.. Lallalalaa



- Posted using BlogPress from iPhone mama

Khamis, 10 Mac 2011

Jelajah Blog luar Negara

السلام عليکم

sorry BA, lambat join.. harap ok la kan.. sekadar nak tambah kawan2 maya.. ni nampak kat blog Hanis le.. heheehe.. saja join.. semalam join blogger ibu2.. harini join ni pulak..

Link Blog Ben
Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda

Saya ibu 2 anak sekarang menuntut di Kyoto University, Kyoto bersama2 suami tercinta.. Baru tahun pertama di sini.. ada 3 tahun lagi (alahai, lama betul la..) Bidang yang saya pelajari Earthquake Engineering - khusus dalam earthquake-induced landslide.. benda baru, banyak yang nak dipelajari.. kalau ada siapa2 kawan2 yang mungkin mahir dalam bidang yang sama, sila la hello2 saya..

Apakah kenangan manis anda di sana

Banyak juga kenangan manis.. dari pertama kali sentuh salji

ni dekat lab
 kayuh basikal bawa anak masa raya..

sambil nyanyi lagu balik kampung

makan makanan jepun..

nyam nyam nyam
banyak kenangan manis.. saya cuba coretkan pengalaman setiap detik di bumi matahari terbit ni di sini..

Kenangan pahit anda?

Nama pun hidup perantau dan lagi bila bekeluarga.. ada waktu nya payah juga.. cuma antara yang sentiasa terkesan pastinya bila berbasikal dikala mengambil anak2 dari sekolah mereka dalam hujan.. kesian sangat sebab kecil2 dulu saya sendiri pun tak pernah berhujan panas dengan berbasikal.. tapi saya harap anak2 saya akan lebih tabah dari mamanya kelak..

Kata-kata khas buat mereka yang ingin menyambung pelajaran di luar negara..

Jangan lupakan solat, jaga maruah diri dan jangan lupa diri.. Ingat tanggungjawab sebagai pelajar dan amanah yang diberikan kerajaan (kalau pakai scholar kerajaan le) supaya belajar, dan balik berkhidmat dengan negara..

ماما أيمان

boleh jadi hangin satu badan..

السلام عليکم

Hati masih suam2 kuku pasal isu yang tak sudah2.. baru nak reda, dia menjadi balik.. cuba la bagi hari ku tenang sikit.. dari minggu lepas dah isu ni tak selesai.. sakit hati ok.. kang kalau buat tindakan drastik kang takut pula kamu sakit jiwa nanti.. tapi kalau idak hati aku yang dok terbuku.. dahle aku ni fesyen tak reti simpan dalam hati.. kang ku laser baru tau..

susah bila kita kena jaga hati orang tapi orang tak heran pun hati kita.. benda sama berulang2 nak cakap.. benda biasa kita dengar kan? habis, takkan nak kena marah baru nak sedar.. itu pun kalau sedar.. kut kalau kamu tu jenis bengap tak reti bahasa dan tak makan saman serupa baik aku tak payah cakap apa2 pun kan?

tak pasal2 aku kena buat perangai plastik sekarang ni.. plastik, kamu tau apa tu plastik? haa.. kalau tak tahu pi google la weh.. takkan sampai macam tu pun harus aku suap pada kamu.. takkan aku perlu mengia dan menggangguk dengan setiap kata2 kamu? kamu tua, kamu patut lebih matang dari aku la.. owh, lupa.. umur bukan melambang kematangan.. habis, kamu layak berperangai macam budak?

sabar2.. dari aku melayan kamu, baik aku pi amik wudhu solat.. dah! SOLAT!

saja potong stim korang.. mama tensi sekarang ni.. tensi sangat..

kang ada yang p bercuti dengan muka plastik aje kang ni..

ماما أيمان

tragedy do happen now and then

السلام عليکم

canggih gak braces dia bila tengok
semalam mama balik lambat.. ada seminar petang semalam.. elok aje habis seminar, cikgu aiman call.. kata something happen dan gigi aiman berdarah.. depa terus bawa pi klinik gigi.. seriau mama dengar, tapi cikgu dia pujuk kata tak ada apa2 jadi.. mama call papa, papa kata tak dapat masuk dentist sebab terlewat sampai..

bila keluar dah rupa camni dah.. mmm.. tak terkata apa la mama.. mengenangkan kamu memang lasak, tak boleh nak komen la.. bila mama tanya aiman buat macammana sampai gigi berdarah? dia kata aiman main dengan 'tomodachi' *kawan.. camne le kamu melompat2 sampai bergoyang gigi kamu 4 batang tu? haiyooo

cuma aiman memang kuat.. tak nangis pun.. balik rumah nangis sikit cuma masa first time nak chew roti.. pastu ok dah.. siap makan mee ladna lagi.. takpe le sayang.. nama pun boy kan.. kalau tak patah riuk tu baik sangat dah mama rasa..

lagi dua minggu akan jumpa dentist balik.. tengok sama ada perlu tanggal atau tak retainer tu.. harap2 gigi aiman kuat dan boleh cabut la benda tu.. kalau dah kena pakai sentiasa sampai bila pula baru boleh cabut benda alah tu kan? alahai..

nota: total cost hanya RM100 setelah di cover oleh insurans jepun..

ماما أيمان

Rabu, 9 Mac 2011

Wordless wednesday (5)

click to view image


Korang posisi mana?


- Posted using BlogPress from iPhone mama

Tak mandi pun.. :P

السلام عليکم

Hari Sabtu lepas, kami dapat berita Aidan dapat masuk sekolah yang sama dengan Aiman.. lega weh.. dekat, mudah dan murah.. hehehe.. sebab sekolah subsidi kerajaan jepun.. sampai jepun kami bersubsidi.. kata student.. takdak income kan.. depa kasi la subsidi sket.. so, sabtu lepas kami pi sekolah Aiman nak ambil surat tawaran.. nanti kita cerita lebih lanjut la bab tu..

la ni mama citer pasal trip ke Kurama.. Kurama located at the north of Kyoto city.. dekat je dengan rumah kami sebab naik train biasa (dah macam tram pun ada.. tak laju) dalam 20minit.. dari Demachiyanagi eki, naik Eizan line.. turun last stop nama Kurama..

Aidan tanuki (raccoon) baca map tu.. hehehe

Selasa, 8 Mac 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

السلام عليکم

Takde idea nak merepek harini, mama join Ben Ashaari punya jelajah blog.. buat tambah kawan2 maya..

  1. Sila letak BANNER ini - ok, dah letak..

  2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini ...
  3. Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu ...
  4. Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
    • Ibu, bekerjaya dan juga pelajar.. all-in-one.. sekarang duduk di Kyoto.. untuk lagi 3 tahun berikutnya (lama lagi.. huhuhu.. sangap). Ada 2 orang anak teruna dan suami juga seangkatan menjadi pelajar di Kyoto ni.. 
  5. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
    • Dah tentu masa melahirkan anak dan melihat anak yang membesar.. Melihat anak menyebut nama kita dan juga memeluk kita dengan penuh kasih sayang... kasih sayang sepenuh hati dan tiada paksaan.
  6. Kenangan pahit anda ?
    • Tak nak cerita benda pahit2 boleh kan? nanti cheq meleleh ayaq mata sapa nak pujuk? ehehehehe
  7. Kata kata khas buat si suami ...
    • Ingat le, kalau Becky (pengacara tv jepun) cantik, mama lagi cantik tauuuu *sambil kelip2 mata.. hehehee
  8. Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..
    • Jadilah anak yang soleh, yang boleh dibanggakan dan jangan sekali-kali lupakan tanggungjawab terhadap Allah, Rasulullah dan mama papa.
  9. Apakah harapan anda kepada anak anda ..
    • Semoga korang membesar menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara
  10. Nasihat buat si gadis di luar sana ..
    • Buat yang belum berkahwin, pilih calon yang baik, yang taat kepada perintah Allah dan kedua ibubapanya dan yang penting disenangi oleh kedua ibu bapa kita

dah, ye ye je jawab.. macam Ben tu singgah je.. *lambai Ben dari Kyoto ni

 ماما أيمان

Misi berjaya

Datang campus macam biasa.. Tapi harini tambah aktiviti sikit..

Jeng jeng jeng...












Ye ye ok.. Siap ajak aishah teman tu sbb first time guna facility campus.. Bajet nak sihat dan kuruih la.. Pastu jeles aku tgk org tu lari 5km pastu post kat fb.. Terbakooooo


- Posted using BlogPress from iPhone mama

Isnin, 7 Mac 2011

laki bini

السلام عليکم

bajet *cough* model terkenal *cough* dan *cough* photographer paparazzi *cough*
pengsan!


 PPPFFFTTTTTTT.. miahahahhahaha


ماما أيمان