Selasa, 31 Ogos 2010

cerita bergambar

ahad lepas kami ke premium outlet rinku town.. dekat dengan osaka.. last day summer sale dan mama plan untuk shopping sikit2 baju budak2 ni untuk raya..

well.. sort of..


hahaha.. dah dasar kaki shopping selamat le bengkok gak beg duit mama ahad tu..

pejam mata..

lepas ni tunggu winter sale la baru shopping menggila lagi..







journey ahad tu bermula dari pukul 11 pagi sampai tengah malam.. hahahahahha.. GILA!



masuk semua kedai..

termasuklah cik CoAch yang penuh bagai pasar.. semua sale dah memang ada less.. pastu sebab last day dapat tambah lagi 30%.. gatai tangan mak nokkssss


dan antara yang happy sebab akhirnya muat juga jeans GaP size 29.. pueh hati den!!


budak2 dapat baju sorang sepasang.. papa dapat stokin n t-shirt timber.land (sini murah berganda2 dari mesia.. serius!).. hadiah birthday aiman pun settle dah..

wancu nana dapat wallet yang dikirim.. makcu dapat shopping raya sebelum balik mesia..


penat.. tapi puas hati..

enjoy gambar..


dekat train station



us



budak happy dapat henry versi lego.. siap dengan tracknya laie..


PEACE!



nanti mama citer pasal kindy.. insyaAllah.. once Aidan dah masuk.. esok big-day untuk baby mama tu..


muah!

Isnin, 30 Ogos 2010

Hutang

Banyak hutang belum langsai ni..

Hutang tadarus.. Terhegeh2;
Hutang puasa.. Dah 7 hari;
Hutang hadiah kawan2 yang teka berat haritu.. Hadiah dah kat mesia..
Tak pos2 sebab mama bertangguh taip alamat kawan2;
Hutang study.. Asyik melahuu aje;

Kalau tiba2 mati macammana la ni.....


Hutang duit tu takyah citer laaa

Jumaat, 27 Ogos 2010

mode mama lebah tak berapa nak sibuk

semalam was quite a journey.. dari pagi sampai ke malam! alhamdulillah, papa dah selesai examnya.. harap2 sukses macam mama juga..

hari ni kami akan ke nursery aidan.. harini aidan ada meeting cum interview dengan care provider dia.. tapi rasanya sapa nak tolak budak comel sangat ni.. hahaha.. angkat bakul sendiri..

petang ni nak lepak kat rumah.. serius dah beberapa hari letih badan2 ni.. mata bengkak tak surut lagi.. panas sangat kat sini.. suhu aje dah 37-38degree.. tak masuk humid dia ya Allah.. syukur lagi kalau dapat berpuasa di Mesia time2 macam ni..

to orang penang n selangor.. selamat bercuti dan ber hu-ha kat KL.. jeles ok..

daaa


Selasa, 24 Ogos 2010

buah yang tak boleh dimakan

*buah pemikiran

tadi mama layan satu link share kat FB.. pasal ada satu mamat ni marah kat tunang dia nak putus tunang sebab dah jumpa orang lain yang lebih kaya.. interview dalam radio.. siap dengan dj tu sekali marah2kan perempuan tu..

well to me, perempuan tu tak salah.. seriously.. dia ada hak untuk memilih lelaki yang lebih baik dalam hidup dia..

kalau dia rasa lelaki tu tak berusaha cukup kuat untuk menggembirakan hidup dia kelak, mama rasa tak salah untuk dia memilih.. lagipun dia belum berkahwin.. bertunang itu adalah sesi taaruf berkenalan dengan lelaki tersebut..

perempuan ni hatinya lembut.. kadang2 tu yang mudah je termakan pujuk.. mudah berkata.. "hmm, takpelah satu hari nanti pasti si dia akan berubah" OOOOoooo tidaksss... jangan sesekali percaya dengan ayat macam tu..

bukan niat mama jahat.. tapi sebab orang perempuan selalu beralah macam tu dan redha terima je hakikat yang dia perlu hidup dengan lelaki yang dia rasakan hanya itu je yang terbaik untuk diri dia.. tu yang menyebabkan ada kes2 kena tetak la, kena simbah asid sebab tak bagi duit la, kena pukul la.. serius ok! kita kena sentiasa simpan dalam hati yang kita deserve yang terbaik..

suami kita adalah salah satu faktor kebahagiaan kita.. kita pilih, usaha untuk kekalkan hubungan dan bertawakkal pada Allah.. jika kita pilih yang terbaik, insyaAllah kekal la jodoh kita.. cuma jangan menyerah kalah dan hanya redha kepada Allah jika kita dipukul, sedih atas perbuatan suami yang tidak sayang dan mengambil berat pada diri kita..

ingat, kita pun ada nilai.. dan kita yang meletakkan nilai pada diri kita.. jika kita letakkan nilaian yang rendah, maka terimalah hasil dari nilaian itu.. lelaki dicipta untuk menyayangi kita.. cinta itu pengorbanan kedua2 pihak.. bukan hanya wanita yang perlu menyerah dan mengorbankan hidup dan jiwa raganya.. tetapi lelaki juga perlu menyayangi isterinya..

ntahle.. mama lagi rasa berbulu bila tengok komen sang lelaki yang dok kutuk perempuan tu kata mata duitan la.. ntah apa2.. kalau lelaki ni nak pilih perempuan cantik2, lawa2, gebu2 tak mengapa pulak.. kenapa bila sang perempuan nak pilih ikut kesukaannya tak boleh kan?

boring I..

haha

sikit lagi

Harini mama ada seminar... mengantuk tak payah ckp laaaa... dah le
awek myAnmar ni cakap aduhai macam dalam kelambu... Hihihi ampun!
Sensei pulak duduk betul2 depan mama...

up until today dah 3 hari tak puasa.. stok susu ok sikit dah le..
Hopefully by next week boleh puasa balik.. Tak sabar...

2 hari conference dpt jumps orang mesia... Sukeeeeeeeeeeee... Esok
ada satu hari lagi.. Zzzzzzzzzz. Hahaha gile jahat..

sensei kecik sebelah mama bg soklan kijam kat budak myAnmar... Kesian
leeee... huhu

Isnin, 23 Ogos 2010

BOO-HOOO

dah 2 hari kantoi tak puasa.. sebab stok sangat kritikal.. dahle esok dengan lusa kena pi conference whole day.. aduyai..

harap2 adik ok.. kesian betul kat adik.. nasib adik dah boleh mamam.. kalau idak mau melalak2 la budak kecik tu..

harini kena dapat at least 3 botol.. untuk sustain esok nye stok..

nampak gaya puasa kena tangguh till end of this week.. kalau stok ok balik mama nak puasa balik.. tak seronok ganti puasa time bukan Ramadhan..


sigh

Jumaat, 20 Ogos 2010

BESAR PUNYAAAAAAAAAAAA


terima kasih la kat suria sebab bagitau.. abah akak terus beli pastu scan dik! HAHAHA.. glamer mak noksssss




berita harian hari ini.. silalah beli.. promo satu kali.. hahahahhaa



bak kata madeh.. mencapub tu.. TERBAIK!!!!







rope tak cantik.. tapi saja nak buat bakaq hangpa

tajuk terbaik punya.. saja nak bagi terbakar puasa korang.. hahaha.. jahat..

projek iftar semalam adalah donut with blueberry filling.. tak hengat nokssss... memang terbaik.. again, jatuh cinta sama cik BM..

resepi mudah aje.. tapi ni mama guna tepung cap lain sikit..

nanti sok mama ambil gambar peket tepung je.. tepung roti biasa je pun.. cuma ingredients untuk mix roti adalah lain dengan roti raisins dan hotdog haritu..

so, bahan2 roti - yang ni ada je tertera belakang peket roti tu.. selamba je ikut dia..
  • 175ml air - again, tukar pakai susu segar lagi best
  • 300gm tepung roti biasa
  • 6gm yeast kering
  • 45 gm butter
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula..

campak mencampak adalah mengikut aturan.. pastu cik BM buat kerja jadikan doh..

dah jadi doh, uli dan tekap ikut saiz berkenan.. nak kecik comel atau besar bagak terpulang..

biar kejap untuk bagi doh tu naik sikit lagi

bahan2 untuk filling lagi le.. kut suka hati mama je.. dolu2 pernah tengok kat tv.. selamba main campak2.. nasib le menjadi..

here it goes
  • 1 cawan blueberry frozen - kalau dapat fresh lagi terbaik
  • 1/2 cawan gula
  • 6 sudu makan air
  • 1 sudu makan tepung jagung untuk pekatkan inti
so, masak blueberry dan gula atas api sedang.. senang pakai le non-stick pan kalau nak selamat.. kang hangit sapa susah? pastu dah agak2 gula tu sebati, masukkan bancuhan tepung jagung dan bagi filling tu jadi pekat dan likat.. ketepikan..


kendian, korang goreng doh comel2 tu.. bila dah cantik, angkat.. kami punya semua cam nak kegaringan.. takut kalau angkat cepat sangat nanti tengah tak masak..

bila dah angkat tu, masukkan filling blueberry dalam kertas yang guna untuk letak icing cake.. kami tak ade benda tu so kami tembak aje guna hujung plastik ziploc bag tu.. lepas ni dah tau kekdahnya mama akan cari le kertas keras yang boleh letak icing tu..

cucuk aje donut yang dah siap digoreng tu dengan filling.. sebab donut tu panas2 suam lagi, senang le nak cucuk.. pastu picit dan isikan le donut tu.. ikut sesedap rasa.. papa, makcu n Ee (jiran kami..) picit terbaik punya filling tu.. hahahahaha


nak tengok ropenyeeeeeeee??????



bayau!




hahahhaa... saje je kan?





amacam? nampak syok tak?




saje je kan? buat keimanan korang tercabar.. hahahaha..

filling tu boleh diaplikasikan untuk strawberry dan berry2 lain.. kalau masam buah tu leh le buat jadi jem sendiri kan kan kan?


kredit makcu.. pueh hati berguru dengan grad bakery ni.. hahahahaa..

Khamis, 19 Ogos 2010

tengah bosan ni

entah kenapa mama rasa harini macam hari jumaat.. hehe.. nak cepat aje kalau time rehat tu.. cuba time study, pergh.. punya la nak rasa panjang je masanya..

semalam mama cuba projek baru..

projek bun sosej.. gambar dah tempek kat FB.. tapi ceritanya biar le kat sini..




ha.. tarik nafas dalam2..




yang ini spesel untuk tuan kecik Aiman.. hihihi.. nampak tak tekstur dia.. serius cam kedai bakery punya.. ringan n gebuuuuuuu



mama pakai doh yang diuli oleh cik breadmaker aje.. pastu lilit pada sosej..
nak bakar oven tak ado.. *niat jahat mula menjelma
tunggu la sikit hari laie..
semalam kami resolve dengan celup doh yang siap dibalut sosej dengan telur dan breadcrumbs pastu goreng ajo!
SIAP!!!!

rasa kembang kuncup bila laki mak ulang makan sampai ke sahur.. ada 9 biji roti semua dah licin.. hua hua hua.. bagus2..
hari ini plan lain pulak.. donut dengan blueberry filling! harap2 menjadi..
mode mengambil kesempatan dengan adik ipar grad bakery tidak aku persiakan! hihihihihi.. kalau jadi tunggu gambau nya nanti noks!

nota buat nidza: dik, tepung jagung yang ada kat sini tu untuk buat kek.. buat roti akak tak pasti la.. akak ni pun baru je try and error.. ce tanya sifu2 bakery.. tau le kut deme..

Rabu, 18 Ogos 2010

gigitan manja

si budak cekonet tu sekarang dah mula bangun nak berdiri sendiri.. kadang2 suka lepaskan tangan.. tempat pautan terbaik mestilah mama sendiri.. suka betul kalau nampak mama..

lagi suka kalau nampak bahu atau kaki mama.. confirm kena gigit ok.. bahu mama ni kalau boleh cakap mesti jerit2 dah.. sakit la AIDAN! gigi kamu dah le banyak!

asal nampak mama je mula la dia menyengih.. pastu dia aim terus tempat nak gigit tu..

eeeeeeeeeeeee



















aaaa camni le muka budak cekonet tu!






eeEEee.. gerem!


nota: gigi dah ada enam batang.. dua batang atas adalah besar dan menyerupai gigi rabbit.. kawaii

Selasa, 17 Ogos 2010

I should be happy, shouldn't I?

semalam SIL dengan begitu semangat sekali menimbang beratnya.. jangan kata dia, mama pun timbang le juga.. SIL dah susut.. alhamdulillah, capai juga la cita2 dia nak turun berat badan..


as for me, mama hilang another few kgs.. terkejut.. sebab nak kata happy tu ada.. tapi bila dah turun lagi, mama rasa mama takut.. sebab aim asal nak turun till 58kg aje.. la ni dah cecah angka 56.6kg.. maybe after iftar tambah tolak around 57kg.. maknanya dalam 2 bulan setengah ni mama dah kurang more than 7kg..


takut mama sebab sampai bila berat akan turun? kalau banyak sangat turun pun tak healthy kan? mama tak berdiet la pun.. control amaun aje.. masih makan nasi 2 kali sehari.. masih BF.. mama takut nanti kalau kurus sangat tak ada tenaga nak kendong adik, nak layan aiman.. sigh.. ke mama tak patut takut ek? ade je orang kurus yang yang ok kan?

seriau fikir kalau turun sampai 50kg.. last time mama weigh camtu time anak dara ok..


my current BMI dah ok.. just nice.. 22.. lega pun lega.. yet, itu la.. ada bibit risau sebab tak boleh predict future.. kalau lepas ni kurus? atau lepas ni lebih gemuk? wushhhh.. ngeri!

3rd time is a charm!

kali ketiga buat baru le berjaya.. tak mengalah beb..


mama dah rasa dah, sahih tepung tu tak boleh pakai.. mama try pakai corn flour - korang jangan bayang tepung jagung mesia ye.. ni tepung jagung untuk buat kek n roti..


maybe mixture tak betul.. semalam mama beli tepung baru.. heret SIL n aidan ke nearby mall beli barang- barang..


so projek semalam..




Raisin loaf..




and it turns out yummy!!!!!!! PUAS HATI DONG!



bahan-bahannya..
  • 250ml susu segar - mama substitute air sejuk dengan susu.. makcu (SIL) suggest nak bagi roti tu lemak berkrim gitu
  • 300gm tepung roti - tepung yang jenis ni tak payah letak garam gula dah.. kalau nak bubuh pun ok je.. mama fikir lepas2 ni mama nak tambah gula sikit dalam 2-3 sudu.. baru lebih mantap!
  • 3gm dry yeast
  • raisin ikut kepuasan hati korang..


Bak kata kak TTM, campak ikut aturan ingredients tu.. buat la gaya bebas ke, gaya nak terbang pulang ke sarang ke.. ikut suka..


tensi aku gambar time campak tu pulak rosak! cis!

tinggal gambar campak raisins dan yeast aje le..


untuk yeast dan raisins dia dah ada container.. barang2 lain masuk kat belah bawah tu..

keletung keletang, kneading, raising, kneading, raising, baking.. hahahha

PPOOOOOFFFFFFF!!!!!!!

TADAAAAAAA!!!!!!!! shanteeekkssss tak???

bila dipotong dengar crunchy dia.. oooo aaaaaa ooooo aaaaaa

Hasil yang menjadi semalam!

lepaih ni lagi banyak la projek baking.. GILER SUKA OK DENGAN CIK BM!

aiman siap puji SEDAP!! separuh loaf tu dia sorang bedal! sabaq ja laa..



saja bagi korang telan ayaq liuq!

Isnin, 16 Ogos 2010

tak menjadi daaaa

my new baby..




kak non ada, kak TTM pun ade..





gatai le tangan mama jadinya..





nak jugak, nak jugak..





sekali semalam ada kedai jual murah..




ish tak boleh jadi ni...





apenye? ambil je seketul.. duit boleh dicari lagi.. kegumbiraan hati yang lebih penting.. muhahahaha.. nafsu nafsi betul!



HA! amik!!! tulisan jepun lagi!!!

semalam dekat 3 jam dok google translate manual dia.. hahahahaha



outcome malam tadi tak menjadi.. kemungkinan besar tepung tu tak boleh buat roti.. hahahahaha.. jadi roti bantat!!! hahahahahaha


takpe, harini try lain pulak..


dah jadi baru boleh upload sini kan kan kan..


hihihihihi


benda alah tu bread maker laaaaaaaaaa

Jumaat, 13 Ogos 2010

aidan and his cheekiness

aidan ni kira pak lawak juga.. cheeky habis..


gambar2 ni ambil lama dah.. baru nak upload..


masa ni tengah tengok kartun..



mula2..

concentrate tengok lagu kat kartun tu sampai lupa mama kat belakang..



yeay! happy sampai angkat tangan!





mama geram la ngan kamu aidan! gigit baru tau!

First time

alhamdulillah, harini dah hari ketiga kita berpuasa.. so far, mama syukur masih ok walaupun semalam seharian aidan menyusu badan siang hari.. sebab mama bawa dia mai lab.. so, dia kejap2 je nenen..

stok masih ada walaupun semput.. syukur Allah masih bagi rezeki untuk aidan..

ada kawan2 pernah bertanya, susah ke tidak nak puasa sambil breastfeed ni..

mama nak komen sangat2 pun bukan pandai benar.. ni kira first time la menyusu sambil berpuasa..

masuk harini mama rasa masih ok dan stabil.. lega betul..

trick mama make sure banyakkan minum air masa iftar.. ye la.. kami bukannya ada air sedap2 macam kat mesia.. minum air sedap pun jus2 buah je.. anggur, oren.. mana lak nak ada air tebu (slurrrppp.. sedap tuh) pastu mama make sure akan makan alfalfa 5 biji and vita-lea 2 biji..

make sure juga berbuka dan bersahur wajib ada kurma.. terima kasih untuk abah mama n SIL sebab tolong bawakan kurma untuk kami..

pastu masa sahur, cuba minum air bersusu.. anmum lacta kalau baik.. mama minum milo je selalu.. makan pula biar la makanan yang berkhasiat.. nasi jangan tinggal.. carb penting jana tenaga.. bila tenaga ada baru susu leh supply.. konsep bila ada demand ada supply tu penting kena ingat..

tak baik rasanya bila kita jadikan alasan untuk berbuka puasa semasa menyusu.. jika kesihatan kita mengizinkan, cuba la dulu berpuasa.. usaha dulu.. pastu tawakkal pada Allah.. kalau kita memang ada diabetes ke, darah tinggi ka.. sakit yang teruk2, mungkin wajar kita berbuka sebab takut mudarat pada baby.. kalau sekadar alasan dahaga dan lapar, tak boleh ok..

kalau susah2 hati, banyakkan mengaji dan solat.. penat, tidur kejap.. ibadah bulan puasa ni kan berganda2 pahalanya..

tazkirah jumaat la pulak harini rasanya..

selamat berpuasa korang..
entry ni idea dari charantya..


ce baca sini.. kat link kak fid sweet story pun ada banyak cerita pasal breastfeed waktu puasa..

Khamis, 12 Ogos 2010

berat-berat hati

lately dah jadi kebiasaan aiman menangis2 di rumah.. merengek, bentak2.. mama pelik la.. selalu kena marah dengan mama..

harini baru mama tahu kenapa.. it's been ages since last time mama hantar aiman ke kindy.. papa selalu cakap aiman tak ada kawan..

akhirnya pagi tadi mama nampak dah.. dia lonely.. language barrier kut.. apa teacher dia cakap dia tak faham.. kawan2 dia cakap dia tak faham.. at last dia main sorang diri.. kesian.. sedih mama..

pagi tadi dia happy sebab mama hantar dia.. ntah dia perasan mama macam nak balik terus dia menangis.. teacher dia pujuk dan minta mama beredar..

alahai sayang.. mama minta maaf.. mama tak tahu nak buat apa.. mama minta maaf sebab aiman terpaksa berkorban untuk mama.. salah mama sebab tak memahami anak mama..

maafkan mama sayang..

mode syahdu


harini mak lang balik mesia dah.. dah 2 minggu di sini melawat kami sambil bantu mama tengokkan aiman n aidan sementara kami study.. tinggal makcu..

harini hujan lebat mengiringi kepulangan mak lang..

take care dear.. thank you so much..

*pics kat kinkakuji temple.. will blog about it later


Rabu, 11 Ogos 2010

tipu ek

bila tengok orang lain boleh kaya melalui nanang, mama heran le.. sejak ke jepun ni stat makin tinggi.. serius tinggi.. tak macam kat mesia.. tapi nanang naik semput juga macam kat mesia..

nak kata unique visitor tu berlambak hampir 200% lebih dari masa kat mesia dulu.. naik heran aku le..

ntah2 bias kut.. ooppsss.. jangan mare aaaaa.. posa ni tau..



azam ramadhan

tiap kali masuk ramadhan sayu je teringat arwah emak.. selalu dia la paling busy.. plan itu ini.. nak makan ape.. nak terawih mana.. lauk faveret mama n family dulu daging kicap.. arwah siap buat banyak2 simpan dalam fridge untuk sahur.. sebab dia selalu pesan, nak sahur kita biar makan benda2 panas.. baru perut berat sikit..

this year kami bersahur, berpuasa di tempat orang.. tak tahu apa cabaran menanti.. tawakkal dan lanyak aje le..

insyaAllah azam mama nak maintain BF aidan.. dan yang pasti mama nak cuba puasa penuh dan khatam al-quran.. terawih tak mahu tinggal.. tiada kompromi.. sebab tak pasti ramadhan tahun hadapan ada untuk mama atau tidak..

mama berazam nak hafal al-mulk by end of ramadhan.. giler terkedek2 beb nak hafal.. 30 ayat je pun tak hafal2.. arwah emak dulu memang hafal surah al-mulk..

kalau dulu boleh terawih dengan abah, emak n nana.. sejak beranak aiman masih tiada kesempatan nak terawih di masjid.. harap2 tahun akan datang ada rezeki terawih di masjid.. dulu, bahu arwah emak tempat mama bersandar sambil berwirid untuk terawih.. mengendeng orang kata.. pastu tiap2 kali tanya, "emak sayang kak yong tak?" huhuhuhu... sekarang mama yang jadi bahunya.. anak2 jenis mengendeng bila time mama solat.. harap2 lepas ni mereka lagi rajin beribadah..

to everyone.. selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan al-mubarak.. jangan setakat puasa tahan lapar n minum je ye..

Selasa, 10 Ogos 2010

jalan-jalan cari pasal

sabtu lepas kami bawa adik2 papa ke Osaka.. to be precised ke Namba.. shopping area kat osaka.. besar dia tak boleh nak compare la.. bukit bintang tu kira suku dia je.. serius tak habis jalan pun..

gerak dari pagi lebih kurang pkl 10.. naik keihan train dalam 45mins sampai ke osaka.. keihan ni tak selaju shinkansen la.. shinkansen kalu dalam 25-30min je..

poket mama rabak sebab nampak handbag yang mau dikirim pada kak non tak dapat sekali sini ada sale.. siap ada tax rebate utk tourist.. ape laie.. ku pakai passport adik ku itu le.. kuang3..

so, enjoy gambar dulu.. sambil cerita..




posing sebelum naik densha (train) - kak ana, terima kasih.. saya dah selamat pakai hadiah untuk diri sendiri tu..


suka gambar ni sebab anak2 nampak happy sangat..


muka menyedihkan sebab penat berjalan.. pastu makan kat tepi longkang aje.. hahahahhaa.. yang pasti kami makan ketam bakar terbaik! pasni kami akan serbu lagi kedai tu... ketam dia manis..


orang lain selalu cam eksen makan macaroon.. sini pun ade le weh.. meraso gak mokcik.. kami dah beli.. papa kata jadi dessert untuk first day ramadhan esok.. hihihi.. gambar tu pokok macaroon.. korang ado? hahahaha



part ni paling best.. sanrio (jenama untuk hello kitty dan kengkawan dia) sambut 50th anniversary.. ada kedai besar kat situ.. pastu depa kasi cabutan bertuah.. kami bertuah betul.. semua orang dapat satu hadiah.. termasuk aiman! orang lain jaki kami hadiah beso2.. mama dapat tabung ceramic hello kitty.. best!

lapar tengahari kami makan kat italian restaurant.. mama makan seafood pasta je..


dah petang time ni.. tengah lintas jalan pun sompek kami posing ok..


owh, sini ado kedai buah paling bosar yang mama pernah tengok.. 2 tingkat ye..


aidan penat.. tertidur dia.. sian baby mama..

kami sampai rumah malam le jugak.. sabtu yang penat tapi seronok.. hope adik2 papa pun happy.. gambar2 lain sapo ado dalam FB leh le jengah..

Isnin, 9 Ogos 2010

a delayed entry - exam day

so, as you guys know last thursday and friday was the exam days.. alhamdulillah, everything went smooth sailing..

ni entry nak recap le.. cerita haritu.. mana nak tau lepas ni jadi memory yang akan ditengok kelak bila dah tua..

kepada yang tak tahu, kat japan most of the uni memang ada entrance exam.. nak masuk all programs.. including doctoral..

untuk department mama, entrance exam ada 2.. first 1/2jam oral examination untuk basic subjects related to earthquake and structural engineering.. the questions boleh jadi from mathematical q until earthquake q... lega la.. mama kena lebih kurang 13 questions.. related to earthquake n geotechnical engineering.. sebab mama bidang geotechnic..

so, hari first pakai baju baru n kasut baru.. hihihihi..

baju baru sampai dari mesia..

fanor, ini no 1.. hahahahha..

hari kedua, presentation untuk research proposal.. current and future research.. 1/2jam juga..

lega betul sebab rasanya ok la mama boleh jawab..

resultnya insyaAllah lagi 5-6 hari.. hopefully ok dan boleh start doctorate study lepas ni..

jumaat tu lepas je exam pi makan parfait.. hihihihihi... pueh hati den!

day 2 - dengan anak2..


all of us..

lepas ni papa nye exam.. 26hb.. all the best to papa..

Jumaat, 6 Ogos 2010

world breastfeeding week..


bukti BF aiman.. hahaha



ni bukti aidan pulak.. siap ada service checkup telinge lagi


click here

alhamdulillah, up until today mama masih mampu fully breastfeed aidan.. syukur sangat2.. it has been a great 8 months journey.. ada ups and downs.. cabaran banyak.. dari mulut2 orang yang kureng insurans, stok semput ala2 nak kejung je, sore nipples dan macam-macam lagi le..

to all mommies yang berjaya menyusukan anak, congratulation.. semoga Allah merahmati kalian.. pahala yang menanti tak tahu besar mana, tapi ingat, janji Allah pasti datang..

my next milestones - 1 year breastfeed.. gambatte!

to mommies yang tak dapat nak full BF, jangan bersedih... ada hikmahnya tu.. yang berusaha, teruskan.. cari sahabat yang mampu support kita.. insyaAllah berjaya..

kat Malaysia banyak support group untuk breastfeed ni.. kalau segan, nak secara maya je pun ada.. contoh2 ramai.. cari aje..

kalau nak support dari jepun pun takdak hal.. hahahaha..

to all breastfeeders, Happy World Breastfeeding Week 2010..

*entry exam tunggu jumaat malam.. hihihi