Isnin, 7 Jun 2010

yatta!

*yatta = nice

semalam kami sekeluarga meluangkan masa join aktiviti MyKyoto (group student Malaysia di Kyoto) bbq di tasik biwa.. tasik ni terletak dalam daerah Shiga lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dari rumah kami ke situ..

cuaca semalam cerah dan cantik.. ramai orang berpiknik sambil bbq.. seronok bertemu malaysian terutamanya geng kyoto dan adik2 geng shiga (depa ni student ritsumeikan uni)

kami tiba lebih kurang pukul 10.15 pagi lepak sampai ke 6.30 ptg gitu.. puas hati la makan.. dari udang, scallop, kambing, ayam, ikan bakar.. desserts kak liza, char kuey teow kak yang spesel digoreng kat tepi tasik.. hehehe..

kalau tak lepak dengan depa ni memang kami mati kutu la.. bukan kenal ramai pun kat sini..

lepaih ni agenda mykyoto main game boling.. hujung bulan ni..

hohohoho.. best2

ok.. enjoy gambar



percubaan papa marah aiman main bola.. hehehe


papa tunjuk skill..

aiman cuma kaler 2 kelopak aje ok.. pastu dia cabut.. dasar tak leh duduk diam!



athari tolong tengokkan aidan.. dalam masa sama dia lepaskan rindu kat anak dia la.. sayu nengok..


mama jadi assistant kak yang.. goreng char kuey teow

papa raja belon.. hahahahha



nyum!


owh, ayam bakar ni memang sodap!!


salam perantauan dari kami.. hehehe..

*gambar ihsan kak yang kat FB n mama punya kamera..

4 ulasan:

Fid berkata...

tak nampak gambar slow loading
kena balik uamh la tgk hahahaaaa

KV berkata...

meriah nya xtvt kat sinun!

TopsyTurvyMum berkata...

meriahhhh!!

ayam bakar tu yg tak tahan tengokkk hehe

Fid berkata...

dah nampak gambarrr