opps, sila jangan salah faham.. bukan maksud mencari buah hati lain.. cukup dengan 3 jejaka dalam hidup mama buat masa ni.. mencari cinta disini adalah berkenaan perihal kerja dan sambung study mama dan papa..
bila orang tanya mama,
bila ko nak sambung mast??? serius, dah letih nak menjawab.. penat mulut dan otak saling berhubung untuk cuba temberang dengan lebih baik..
jawapan sebenar hanyalah kena tunggu dan lihat.. usaha dah pun dibuat.. hasilnya masih belum kunjung tiba.. mungkin juga usaha tidak cukup kuat.. maka Allah kata, mastura, usaha lagi, doa lagi, cari lagi, minta lagi, mohon lagi dan macam² lagi, baru kau tawakkal padaKU.. agaknyalah.. sebab tu permintaan tak dimakbulkan lagi..
ada hari, semangat datang bila ada sedikit cahaya dihujung terowong yang menyinar.. tp tak lama.. lepas tu kelam semula.. dan samalah juga diibaratkan dengan roda.. kejap diatas, kejap dibawah.. ada hari untung sabut timbul, ada hari batu tenggelam..
well, itu baru intro.. belum masuk bab isi² penting tau deknon! dalam mencari ilmu, sama lah juga dengan mencari jodoh.. itu pada firasat mama.. sama lah juga dengan mencari cinta.. kalau cintanya masih belum ketemu, maka usaha kena lebih lagi.. lagi² usaha, tak ada ke cara lain?? haha.. hidup kan?? nak kata apa..
rasa² nya bagi yang memahami mungkin boleh juga komen.. mencari penyelia bagai mencari cinta sejati..
true love la konon²nya.. mencari seribu mungkin satu dua saja yang kena 'goo'nya.. itupun bayangkan belum pernah ketemu rupa, belum kenal budi bahasanya, belum kenal isi perutnya.. yang mampu kita buat, terus berdoa.. moga niat suci menuntut ilmu diberi jalan yang mudah dan tidak terlampau terbeban..
mana mungkin yang kita bakal perolehi itu sempurna.. pasti ada cacat celanya.. itu mama yakin.. ranjau yang menanti dihadapan bukannya jalan mudah yang lurus semata.. pasti ada liku berbahaya yang perlu ditempuh.. tak masuk lagi bab permohonan lambat proses, yang baru didulukan, yang mama punya diketepikan.. aduhai, sungguh mama tak faham sesetengahnya sampai mama sendiri persoalkan, teruk sangat ke aku ni?? sampai begini jadinya.. tapi sabar juga yang diingati dan dipujuk hati, kata akal pada hati,
ingat, ada yang lebih teruk ujiannya dari engkau mas..kebelakangan ini makin lama makin teruk.. dari siang sampai ke mimpi tidur malam pun masih mengingatkan pencarian cinta ini.. ada satu malam baru² ini mama sampai bermimpi.. mama tengah buat satu kerja.. kerja pejabat rasanya.. tak ingat sangat.. buat aja tak jadi, buat aja tak jadi.. berterusan buat kerja tersebut tapi tetap tak menjadi.. mama terbangun, rasa hati berat macam nak nangis.. perasaan itu datang lagi.. papa pujuk menyedapkan hati.. kata papa, usah dibawa hal kerja sampai ke tidur.. tapi mana mungkin, setiap hari, setiap saat, hati mohon berdoa moga apa yang dihajati dapat dicapai..
pagi ini, ujian datang lagi.. pada papa.. mama sedih.. berat rasanya.. tapi nak mengadu pada siapa.. kami bertuah sebab kami berdua menempuh dugaan yang sama.. jika mama bersedih, papa yang memujuk, jika papa bersedih, mama pula memujuknya.. harini ujian papa hebat.. tempiasnya mama jua yang rasa.. yang tidak kena, tidak akan faham.. tap kami redha.. ujian ini besar.. papa kata, bila ujian besar macam ini pasti bila kita dapat merasakan kejayaannya, kejayaan itu akan lebih manis sebab usaha yang kita buat itu berbaloi² (kata cel.com)
apa²pun, kami masih tidak mengalah.. mama tidak mengalah.. tidak sesekali.. mama dah jatuh, sakit, luka masih ada, tapi mama bangun lagi, mama kayuh lagi basikal keinginan sebab mama pasti, destinasinya pasti indah.. mungkin manisnya kurang didunia, yang pasti akhirat kelak akan terbalas jua..
"Ya Allah, bantulah kami melalui hari²Mu.. berikanlah kami rezeki yang diKau redhai.. berilah kami kekuatan dan berilah kami peluang mengecap kejayaan diakhir nanti.. amin"