Isnin, 10 Ogos 2009

Bread Butter Pudding

Pagi-pagi hari tadi lepas subuh mama bakar bread butter pudding.. hehe.. sebab ada roti yang dah hampir tarikh luput (oppss) sayang nak dibuang.. resepi yang ini agak lain sikit dari yang mama pernah buat.. proportion dia lain.. tapi lebih sedap.. tak caya?? haa... tanya opismate mama.. tadi dah tinggal sekerat.. tak dan nak ambil gambar.. kang kalau sempat mama turun ambil gambar.. letak kat pantry tu karang kejap je kena rembat..

anyway, ni resepinya.. boleh try..

Bread Butter Pudding resepi ambil dari internet dan dah diubah² ikut suka hati den.. hahaha.. dasar chef tak bertauliah

Bahan²
Roti Gardenia 8 keping (ada baki banyak.. kalau idak, kurangkan aje sukatannya)
Kismis 1 kotak kecil Ligo
Susu Segar 750ml
Telur 5 biji
Gula Pasir 1 senduk
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Serbuk Cinnamon (kalau suka) 1 sudu makan

Cara²
1. Panaskan oven suhu 200 degrees
2. Griskan loyang (mama pakai 9inch loyang) dengan butter - pagi tadi pakai marjerin je.. hahaha
3. Potong 4 roti gardenia dan susun bergilir² bersama kismis dalam loyang - ketepikan loyang
4. Panaskan susu segar (jangan sampai menggelegak)
5. Dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan gula, dan pukul sikit..
6. Masukkan susu yang dipanaskan dalam bekas telur tadi
7. Kacau rata dan masukkan esen vanilla dan serbuk cinnamon
8. Tuang dalam loyang yang berisi roti
9. Tekan roti supaya tenggelam.. biarkan sekejap supaya adunan sebati dan roti kembang
10. Kalau nak bagi atas kerak tu perang2, tabur sedikit lagi gula pasir kat atas adunan.. nanti cantik la perang dia..
11. Masukkan dalam oven dan bakar untuk 25 minit atau sehingga masak


nyum nyum nyum.. sila la cuba ek.. kalau menjadi jangan lupa habaq..


Tiada ulasan: