Isnin, 26 Disember 2011

welcome back

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

setelah 9 bulan tak nmpk batang hidung, harini ia muncul balik.. welcome back snow.. hehehehe

macam hujan tp ketul2 besor..

adeh, bermula la episod cucuk2 mata.. snow memang cantik, tapi melalui snow sangat mengharukan.. sejuk, basah dan jalan licin.. moga dipermudahkan tahun ni..

anak2 nampak gembira, mungkin patut juga nanti cari waktu untuk main snow.. err papa, jom buat bajet.. hahahahahaa

Isnin, 19 Disember 2011

Kobe lagi dan lagi

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

last week ke Awaji Island, Kobe.. ada conference.. tapi tak jalan kat Awaji pun.. cuma sempat satu petang hari kedua conference jalan2 dengan labmate mama, Tsai-san.. almaklum la.. budak baik, ikut je bontot cikgu ke mana2.. kecuali la petang hari kedua tu.. haha.. itupun siap confess kat cikgu "ye, saya pi jalan tadi ni" :P hahahhaa

So kami ke Kobe city petang hari kedua.. jalan2 di Sannomiya.. walaupun dah few times jejak kaki di Kobe, tapi ni first time jalan2 Sannomiya.. sempat makan taiyaki sedap nom nom nom.. pastu pusing satu pekan sampai lenguh kaki :P

So enjoy gambar.. kami pusing2 tengok temple dan interesting building.. Kobe bandar yang menarik.. terutamanya untuk orang muda.. Kat Kobe jugak ada Chinatown.. kalau masa Chinese New Year kata orang kat situ ada tarian naga..

Kobe KKCNN 012
cantik kan building ni?

Kobe KKCNN 014
nearby jinja

Kobe KKCNN 015
dalam jinja yang sama

Kobe KKCNN 018
mesej untuk Kobe lepas earthquake 1995

Kobe KKCNN 020
kawan mama cakap tea shop ni famous kat Taiwan

Kobe KKCNN 021
Chinatown Kobe

Kobe KKCNN 023
ngular :P

Kobe KKCNN 024
temple

Kobe KKCNN 025
dalam temple tu

Kobe KKCNN 027
terminal bas Sannomiya


Isnin, 12 Disember 2011

a year older a year wiser?

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

ye ke? ye la kut.. in certain ways.. tapi manusia, bukan sentiasanya betul kan?

Alhamdulillah.. Allah dah panjangkan umur mama untuk dekad yang baru.. mak aih.. gigil weh nak sebut umur.. takpelah.. i'm still 25 + many2 months.. akakakakkaa... tak sedor diri..

Syukur.. banyak yang mama dah capai dan masih banyak yang ingin dicapai.. moga2 Allah bagi kemudahan nak capai apa yang mama hajati.. insyaAllah..

I want to start this new journey with everyone I love -- hugs n kisses

gambar muntah darah untuk harini

a mom to 2 boys, a wife, a student, a daughter, a mere slave :)

selamat berminggu baru.. this week 2 major dateline.. moga dipermudahkan..

btw fano, sila muntah ijo lagi ek.. wakakaakakakakka

Jumaat, 9 Disember 2011

last saturday -- Aidan's birthday

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Sebelum genap seminggu :P meh nak update sikit pasal Hero no 2, Aidan..

Aidan turned 2 last saturday.. orang kata dah mula trouble 2.. it's ok.. we still can handle it.. cuma kadang2 tu rasa juga nak tinggalkan kat tepi jalan jepun ni.. hahaha.. most of the time, Aidan n Aiman are my jewel.. ada tika yang mama dia rasa boleh naik darah tinggi sekali dengan suara tinggi bila geram tu mai.. hahaha..

Aidan sorang budak yang cheeky. Sama macam Aiman. Seminit tak duduk diam unless dia tidur (masa tu tenang je mukanya) mulut keletah (macam siapa la tu ek) suka nyanyi sambil goyang2 kepala tanpa fikir masalah.. hahaha..

Birthday Aidan tok ayah, tok, papa n abg aiman jalan2 pi Osaka :) mama tak dapat ikut sebab ada seminar.. haih.. sampai sudah mama ralat bila birthday tak dapat sama2.. cuma mama ganti balik malam tu beli kek.. so dapat la Aidan potong kek :) alhamdulillah..

Aidan, mama doakan Aidan membesar jadi anak yang sihat, soleh dan bijak. moga Aidan jadi insan terbaik dan sentiasa dirahmati Allah.. amin

DSC_0251
muka excited nampak kek

DSC_0253
nak tiup tak reti :p

DSC_0254
happy 2nd birthday sayang

DSC_0257
mama, picit lilin ni boleh? (background mama ngan tok jerit.. haha)

DSC_0261
terjah kek ituuuuu

Rabu, 7 Disember 2011

JR Pass

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Berhenti kejap cerita jalan2 kang korang ingat mama ni dok kerja jalan je.. huhu

Harini cerita pasal JR pass.. ok, bagi yang nak datang jepun bercuti2, atau kena travel ke banyak tempat di jepun ni, mama sarankan ambil JR pass. JR pass ni adalah tiket yang bagi pelawat ke jepun naik semua train bawah JR (Japan Railway) tanpa dikenakan caj berasingan. JR pass ni kena dibeli di luar dari Jepun. Boleh refer website ni

Abah mama beli tiket ni untuk digunakan seminggu. Kena bayar bergantung kepada jumlah hari nak pakai.. untuk seminggu bayar 28,300 yen (lebih kurang RM1200) -- kalau nak diikutkan sebab tok ayah memang plan nak travel jalan2 tengok tempat, so berbaloi2 sangat la pakai tiket ni.. kalau sekadar nak duduk setempat contoh pi tokyo aje tak mau pi tempat lain, maybe tak begitu efektif.

Kenapa pass ni murah? contohnya, naik shinkansen dari Tokyo ke Kyoto sehala adalah 13+++yen dua hala jadi 26+++yen dah hampir sama dengan JR pass tu.. so kalau kita memang plan nak travel ke tokyo ke, kyoto ke, hokkaido ke, kyushu ke, memang berbaloi la pakai tiket ni.. semua train (tak semestinya shinkansen) boleh naik janji under JR

Shinkansen pulak ada banyak jenis. Paling laju jenis nozomi.. kedua laju hikari.. kalau pakai JR pas ni tak boleh naik nozomi aje.. yang lain2 semua boleh.. beza antara nozomi dgn hikari adalah 30min tambahan (lebih kurang) untuk trip kyoto-tokyo.. so tambah sket la.. tapi memang still jimat banyak..

Bila dah beli JR pas ni (kena beli kat mesia) bawak mai jepun, kena tukar di mana2 pejabat JR, pastu terus boleh pakai..

ni rupa pass tok ayah (gambar ihsan FB tok ayah)


Selasa, 6 Disember 2011

Tokyo D3 V3.0 -- Tokyo Tower

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Day 3 kami keluar dari hotel berlengah2.. solat zuhur siap2, pelan2 keluar dari hotel zass ke Tokyo Tower.. sampai tower pun petang dah benarnya.. jenuh panjat bukit gigih nak naik tokyo tower ni.. haha.. itu pun naik sampai pelantar 150m aje.. nak naik tinggi lagi mak tak mampu mahai! haha.. tapi puas hati juga.. dapat la merasa.. tahun depan kita naik Tokyo Tree ek papa? (tower paling tinggi dalam donia nanti)

enjoy gambar

DSC_0227
peace yo! haha ini le pentingnya tripod n remote :P

DSC_0229
setiap corner ada screen bagitau building yang ada di tokyo (yang famous aje le)

DSC_0238
T_T

DSC_0239
budak dua orang ni main lari2 atas kaca tu.. huhuhu

DSC_0245
see! mak dia nak terkencing dah rasa.. haha

keluar dari tower tu terus kami naik shinkansen balik kyoto.. alhamdulillah.. seronok la bercuti kali ni.. lega sendi2 kejap..

eh, tapi tu tokyo je.. ada lagi gambar lain.. kita buat edisi khas untuk tok ayah dan tok.. jalan sakan depa tu :)

Isnin, 5 Disember 2011

Tokyo D2 V3.0 -- Disneyland

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

hari kedua di Tokyo, memang plan lama weh nak berjimba di Tokyo Disneyland.. Siap pujuk rayu papa nak tidur hotel sana.. berjimat2 tak berbelanja berlebih2 dan tak jalan jauh untuk beberapa bulan (guna duit sendiri) sebab nak puaskan hati kat Disneyland..

Tips nak ke Tokyo Disneyland 
  • cari tarikh low peak time.. harga lebih murah dan tak lama nak beratur -- kalau holiday season pengsan la! 
  • different season different event ada.. contoh bln 10 ada halloween n time kami pi dah start krismas punya parade.. so choose season yang nak tgk.. lemahnya bila autumn n winter ni malam cepat sangat so tak puas nmpk matahari la
  • pilih ride yang memang korang nak naik.. kalau pi single memang sempoi la nak kejar2 naik semua ride.. tapi kami ni ada anak2 so dulukan ride yang lebih children friendly.. 
  • ride yang glamer memang ada fastpass -- so korang boleh kutip fastpass n boleh potong barisan (haha) -- silap kami masa masuk tak tau yang fastpass ni cuma boleh amik 1 dalam tempoh 2 jam.. so ada duration untuk amik next fastpass -- so decide carefully
  • masa 3 bulan lepas, ntah rezeki kami tengok tv jepun ada show yang buat top 12 rides dalam disneyland.. ala, top 3 tak children friendly.. paling canggih kami masuk yang buzz lightyear punya -- BEST GILA! aiman syok betul main tembak2 sambil naik ride.. pastu yang menarik Haunted Mansion -- tak takut cuma rasa menarik habis sbb dia buat ride based on Nightmares before Christmas tu.. 3D dia memang cantik la..
  • kalau banyak duit n datang memang nak ke disneyland, korang beli la 2-days pass.. kami ni insyaAllah ada plan menggatal nak pi lagi.. HAHAHA.. so tak rasa ralat sangat tak masuk semua ride :P
  • Tiket boleh dibeli online -- sbb kalau peak time i.e krismas ka, tahun baru ka, depa limit bilangan orang yang masuk.
Kalau plan nak tidor kat hotel2 sekitar Disneyland
  • kami tidur di Tokyo Bay Maihama Hotel Club Resort -- maybe sebab belum peak price so kami dapat family room (2 Double bed, 2 single bed) siap breakfast (ok la food janji boleh makan) 30,000 yen -- very affordable if to compare with other hotels in Tokyo
  • Hotel ni senang access dari Disneyland sebab memang ada monorail dan bas sampai pintu depan hotel
Ok, enjoy gambar. jangan marah aa kalo banyak :P

DSC_1110
breakfast makan KFC -- tumpang panaskan dekat convenient store aje.. kakaaka

DSC_0011
depan train station -- fano, tarik napas dalam2 ok :P

DSC_0047
happy boys <3

DSC_0139
salam mickey

DSC_0058
haha buli tok ayah :P

DSC_1311
first ride
masa naik rides.. yang paling tak tahan bila papa perli mama nak naik dumbo -- eh biar la.. hahaha.. fefeling terbang atas gajah ok.. :P


DSC_0131
naik train memang la fav budak2 ni

DSC_1202
peluk goofy -- rajin goofy melayan sampai bawak budak 2 orang ni jalan ok 

DSC_1165
mickey i <3 uuuuuuu

DSC_1244
day parade

DSC_1381
princess belle yang diimport

DSC_1376
sleeping beauty punya princess nama apa ek?

DSC_1395
cinderella pun diimport dengan prince charmingnya

DSC_1388
snow white yang belah kiri ye, bukan kanan :P

DSC_0158
bas ke hotel.. semua MICKEY.. aaaaaa

DSC_0151
monorail pun mickey

aaaaa tak kira!! nak pi disneyland lagi! ok, kumpul sposen bermula sekarang -- cukup tak sebelum grad ek? haha

Ahad, 4 Disember 2011

Tok ayah mai -- Tokyo D1 v3.0

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Dah seminggu tok ayah n tok mai sini.. Alhamdulillah.. lega n happy dapat tengok muka parents kat sini.. rindu ok.. abah mama beli tiket lama dah.. dari bulan 3.. masa tu ada promo MAS.. imagine le 8 bulan kira hari ok bila tok ayah nak mai.. huhuhu..

Sekali few days sebelum tok ayah mai baru tau yang papa kena present progress pagi tok ayah sampai n mama kena present semalam.. haiyoooo.. tensi kejap tapi nak buat macammana kan? dah namanya mai belajar..

kita cerita in sequences la kan.. tok ayah sampai isnin 28 Nov pagi.. jadi mama, aiman n aidan pi tokyo (tok ayah turun Narita -- saja nak jalan2 jauh sket) hari ahad petang naik shinkansen.. bajet dah kali ke-3 so ok la kan? SILAP BESAR percaturan ok.. gatai pi amik free seating semasa weekend adalah kesilapan paling besar.. sila maklum.. kalau weekend n nak naik shinkansen, sila amik seating.. sebabnya, untuk 1 jam pertama mama dok berdiri ok.. gila ah.. tu pun mujur aiman dapat 1 seat n aidan duduk dalam stroller.. kui kui kui.. pastu bayang la budak berdua ni punya la aktif rasa nak meroyan aje dalam train tu.. haha..

sampai2 tokyo, malam tu mama tidur di rumah pelajar malaysia..

pagi2 bangun, terus siap mandi p.ramlee (u-know-how) budak2 punya la excited nak jumpa tok ayah n tok.. tapi ngeri seh naik train pagi masa rush hour n tolak stroller!!! serius kena pikir lagi panjang lepas ni.. sebab tokyo is really a crazy town.. macam SARDIN! haha.. yang lawaknya tok ayah sampai dulu baru kami sampai.. sorry tok ayah.. huhu..

DSC_0986
aiman boleh buat citer hindustan ok lari cari tok ayah.. haha

sampai je narita, mama terus poskan beg2 tok ayah n tok ke kyoto.. leceh nak jalan dengan beg besar.. bagusnya courier macam ni sebab kita boleh pilih hari n time untuk beg2 tu sampai.. paling awal keesokan hari la.. tapi sebab kami nak jalan tokyo lagi maka mama request beg sampai khamis pagi le..

DSC_1002
tunggu train nak ke ueno

lepas keluar airport kami zass ke akihabara... bawa tok ayah jalan2 tengok jalan yang penuh dengan barang2 elektrik..

DSC_1021
aidan baaaa caakkk

DSC_1032
aiman semua pamphlet yang ada gambar train dia amik

DSC_1101
ramai orang kat akihabara

DSC_1102
dua orang budak dah pengsan.. haha

pastu tok ayah dah kata letih kami check-in hotel kat ueno.. malam tu memang sempoi aa melepak dalam hotel tunggu papa sampai pastu siap pi convenience store panaskan ayam kfc (haha puas hati mak!) buat macam rumah sendiri makan kfc yo! hahaha

to be continue....

Khamis, 1 Disember 2011

Back to reality again

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Alhamdulillah, lega.. 3 hari bercuti dengan family memang sangat melegakan.. walaupun kejap aje tapi puas hati sebab dapat berehat dan tak fikir pasal kerja langsung.. syukur juga sebab asal tengok cuaca predicted to be rainy tp Allah bagi mama n family cuaca yang baik dan kami puas dapat jalan-jalan..

Where did we go? kawan2 n family twitter n facebook dah tau dah..

kami ke Tokyo.. this time around we went to Tokyo Disneyland.. WEEEEHOOOO.. ok, mama memang akan update entry pasal disneyland.. for the time being, eat your hearts out! :P

Holiday with family
BEST SANGAT!!

ok, sambung kerja.. 

Isnin, 28 November 2011

Dalam train

Kami dalam perjalanan nak pi amik tok ayah ngan tok.. Aidan dah tertidur n Aiman pulak tengah nyanyi sorang2 sambil tengok luar.. Rindu blogging tak payah cakap la.. Tapi banyak unsettle things happened yang menyebabkan mama abandon kejap blog..

Tukar tajuk, masa mama ke Tokyo last week, mama sempat habis baca buku ni.. Haha sebab byk masa conference tak faham sebijik apa depa dok present maka sempat la mama baca buku ni





Tak tau la ape nasib weh! 2 kali baca buku this month sedih tah apa2.. Depressing betul! Huhu.. Rasa macam nak gigit aje telinga author sbb mama dah rasa sebak nak nangis bila nak sampai hujung.. Dah le geram dok bajet aish bila nak seronok ni sekali huwaaaaaaaaa sedih sangat2..

Novel ni pun dah jadi movie.. Sbb mama tau heroin dia anne hathaway so macam rasa terngiang suara dia masa baca buku ni..

Cuma yang tak best lepas baca buku n tengok movie dia, anne hathaway macam tak cukup umpph! Rasa macam tak feel sbb dia buat watak heroin buku ni macam jenis tak ceria n sedih aje sokmo.. N how i wish the hero was someone else?

Ok, berbalik pasal buku ni.. Buku ni cerita pasal ulangtahun pertemuan depa.. Dr lepas grad smpilah 20 thn selepas tu.. Jalan cerita dia best cuma mak sedih la ending dia.. Sob sob

Tapi buku ni definitely lagi best dr Dear John.. Cerita dia ala2 rendition of when Harry met Sally

- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Jumaat, 18 November 2011

Asakusa, Tokyo N1

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Harini hari kedua di Tokyo. So far, mama dah 80% ready for presentation.. Slide baru je siap dibetulkan untuk tak tahu dah berapa kali.. tapi sebab hari rabu mama dah practice present depan sensei kecik (read -- Assoc. Prof), dia minta run sikit lagi analysis maka malam tadi tidoq lewat juga siapkan analysis.. pagi ni bangun baru edit balik ppt tu.. so far sensei puas hati dengan mock presentation mama cuma dia minta mama cakap perlahan sikit takut orang tak boleh catch up dengan english berterabur mama tu (itulah pentingnya english edukesyeeennn hahahaha)

So rabu malam mama naik bas ke Tokyo.. first time merasa naik bas ekspress kat jepun.. mama beli tiket women bus, so semua penumpang perempuan kecuali pak driver 2 orang.. senang juga company ni.. nak beli tiket pun dalam english menu.. harga kira wajar la memandangkan request ngada2 nak 3 seat jenis asing2, ada langsir pengadang, selimut, toilet haaa ngada tak? heehehe so tiket Kyoto-Tokyo mama beli harga 6400yen -- lebih kurang RM140 gitu.. perjalanan dari jam 11.15pm - 6.50am

Sampai pagi semalam kat Shinjuku.. punya la ramai manusia kat train station.. bersesak2 dengan orang nak pi kerja.. so mama terus la pi ke Shibuya, tukar train pi ke Tokyo University.. tapi ni kampus lain dekat KomabaTodaimae..

Shibuya cross-section
the famous junction -- kalau movie omputih je, bila tunjuk part tokyo busy giler kat sini la depa amik

Hari pertama mama survive sampai pukul 3.30pm je.. tak larat dah dengar presentation dalam jepun.. bukan faham pun.. sebab term susah kan? pastu laju depa cakap jadi mama macam org pekak bisu senyap aje le.. petang tu sensei (read Assoc Prof) ajak balik awal, kami pun pi ke hotel -- ya ampun, sensei besar ni amik hotel jauh dari tempat conf.. kat Asakusa.. tapi ok jugak sebab mama tak pernah sampai Asakusa..

Lepas check-in hotel, sensei kecik bawa kami jalan2.. ada mama dgn sorg Iranian girl labmate mama.. bertiga kami jalan round Asakusa.. masa tu dah 5.30pm.. tapi sebab maghrib pun belum pukul 5, imejin macam jalan time malam la ek.. huhuhu..

ASAKUSA ni bandar famous semasa EDO PERIOD (tak kerja nak citer panjang, pi google ye korang)

So, kami pi KAMINARIMON - maknanya THUNDER GATE.. ooOOOOoo BESOR WEH thunder god dia tunggu depan pintu masuk menghala temple2 lain kat belakang..

Kaminarimon temple
besor gadang benda alah kat gate ni

cerita sket

ni la thunder god dia

belakang gate ni ada NAKAMISE street -- nak rupa macam night market kat Bangkok.. tapi tutup pukul 6 gitu.. haha, dah kata malam awal so rupa dia jadi le macam night market.. banyak makanan special asakusa jual kat sini contoh Ningyoyaki -- anak patung goreng -- buruk benor mama translate.. hahahhahaa.. luar dia ada bun, dalam dia ada red beans, azuki -- tapi mama tak baca pulak ingredient belakang so tak tau boleh makan ke idak, nnt mama try tgk boleh ke idak makan.. mama cuma beli jajan rupa macam bepang (google sendiri kalo tak tau) ngan biskut beras -- yang tu boleh makan sbb takdak bahan terlarang.. hehe

Nakamise st
belah kiri sensei kecik, belah kanan labmate mama, Farnaz

belakang nakamise tu ada ASAKUSAJINJA -- besar gak tapi sebab dah tutup so tak nmpk le patung buddha belakang pintu tu.. tapi masa mama sampai tu masih ramai lagi orang yang dok doa depan pintu.. sensei ajak mama berdoa masuk duit dalam ruang besi tu -- tak keroje le.. tapi mama berdiri tegak kejap sebelah dia bagi tanda hormat (dalam hati dok astaghafirullah aje le :P)

Asakusa jinja
ramai orang juga masa ni

kat temple tu ada 5-Storey PAGODA -- nampak lagi besar la dari pagoda yang ada kat Toji Temple, Kyoto.. kelebihan masa jalan malam ni, lampu dia cantik betul.. kalau siang agaknya macammana la rupanya..

Asakusa pagoda
cantik sangat.. ni pun ralat tak bawak kamera weh

keluar dari situ, kami jalan ke AZUMABASHI -- tgk ASAHI BREWERIES -- cantik, tapi sbb pakai henpon je mama tak amik le gambor kat situ.. konpem tak nampak hape..

lepas tu sensei belanja kami makan tempura.. seronok benarnya kat sini bila ada waktu2 yang kita dapat berbual dengan sensei.. personaliti depa berubah bila luar waktu kerja.. kalau kat lab, seram sejuk kecut perut kena marah, tapi bila habis waktu kerja, depa memang baik sangat2..

lepas tu, kami makan aiskrim sama2, baru balik hotel.. seronok juga sekali sekala jalan2 macam ni.. selalu kami punya trip jauh dari pekan, so sekali sekala kuar pekan lagu ni rasa macam jakun.. hehehehhe

okla. nak siap pi kuar dah.. nanti sambung lagi..