Isnin, 26 November 2012

autumn 2012 - pre-autumn trip - Fushimi Inari

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Mari update semua trip yang telah dibuat sempena autumn.. cheh macam le banyak sangat.. kita mula dgn pra autumn (which is actually still end of summer.. kaaahh). Kami pi Fushimi Inari ni 17 September lepas..

Antara tempat istimewa di Kyoto untuk dilawati adalah Fushimi Inari.. Fushimi Inari ni adalah tempat ibadat (tu dia ayat cheq) untuk agama Shinto. Orang Jepun percaya yang kat sini ada tuhan nama Inari yang beri rezeki (zaman dulu depa anggap beras, padi tu rezeki besar) kepada orang Jepun. So semua syarikat besar akan beli 'tori' pagar merah tu supaya didoakan la depa ni sentiasa murah rezeki. Di kaki temple tu ada patung2 fox (kitsune) yang dikatakan merupakan messenger untuk doa2 dan dibawa kepada tuhan depa tu (Inari). Gate oren ni punya la banyak, pendek citer kami pun x habis tour.. sbb budak2 letih.. biasa la kan? what's new about that..

Fushimi Inari ni famous dalam kebanyakan puisi2 yang membayangkan keindahan Kyoto dan dalam salah satu scene cerita Memoirs of Geisha, bila Sayuri tu terima duit & aiskrim dr lelaki yang disayangi tu (Tuan pengarah ke hapa dia gelar) masa kecik lepas dia menangis kat titi, dia lari kat sini la.. korang perasan tak? tak? cheh buat susah cheq cerita haha.. nah link wikipedia

Kalau dari bandar Kyoto, boleh naik 2 jenis train. Kalau naik dari Demachiyanagi station (Keihan Railway) ambil local bound and stop kat Fushimi Inari, kena jalan sikit dalam 10 minit gitu. Kalau naik dari JR Kyoto, Fushimi Inari punya stop betul2 depan pintu temple tu..

So, enjoy gambar :)

2012-09-17 10.46.00
jalan menghala ke temple

2012-09-17 10.55.45
basuh tangan.. err nak basuh muka pun ok.. kut la dapat seri hahaha

2012-09-17 11.04.47
fox ni la yang dikatakan bawa doa2 tu

2012-09-17 11.10.02
ramai orang

2012-09-17 11.10.51-1
me and kiddos

2012-09-17 11.19.00
:) Us

2012-09-17 11.22.37
of course tuan tanah kedaung enterframe

2012-09-17 11.43.49
superlove :)

amacam? ni baru pra autumn, pengsan la hangpa tgk gambar kami jalan pasni haha.. macam tak biasa kan?

Jumaat, 16 November 2012

Sorry I don't eat pork, porcupine maybe if halal :p

Semalam ada isu kat twitter pasal susah nak makan bila ke negara yg bahasa pengantar bukan bahasa inggeris - tu dia ayat aku :p

Salah sorg respondan tu jwb akhirnya dia makan megi n roti aje kt hotel.. Bagi mama, rugi la kalau tak mencuba local delicacies -- tp mesti kita nak jaga juga halal haram makanan kita kan? Tapi kalau sampai tahap pinggan pun risau bercampur dgn yang tak halal errrr tak dapat la nak tolong.. Pendek cakap rsnya tak payah teruskan baca entry ni la huhuhu

Masa mula2 sampai jepun pun mmg mama takut nk cuba apa pun, 2 bulan makan salad aje kt cafe, hari2 masak bekal.. Dahle sebiji haram perkataan jepun tak reti.. Tau ohayo, konnichiwa aje.. Kahkahkah..

Lps dah ke kelas bahasa tu baru berani nak makan2.. Itupun ramai kawan2 yg tolong translate..

Bila celik kanji (tulisan) jepun maka lebih berani la nak makan.. So, jwpn bg semua masalah susah2 ni adalah nak ambil tahu atau tak ambil tahu..

Masa ke korea pula, mama nak juga cuba makanan korean.. Rugi la dah sampai negara tu sampai tak boleh merasa makanan depa.. So apa mama buat? Mama print perkataan2 dlm bahasa korea yg menunjukkan apa yg mama boleh makan n tak boleh makan..

Ni zaman internet yo! Gunakanlah kemudahan pakcik google.. Sama ada google translate ataupun online dictionary.. Korean punya pun hado eh! Labmate mama siap thumbs up lg kat mama kata this is good idea.. Mama print currency exchange, list food yg boleh makan n tak boleh makan.. Di korea, kalau hotel2 senang la sikit nak explain.. Sbb sure ada org yg boleh berbahasa inggeris dan lebih ajaib lagi ada ramai korean boleh berbahasa jepun.. Bila jumpa org yg tak boleh ckp jepun atau korea, mama hulur je kertas mama tu.. Hahaha.. Nmpk mcm bimbo tp haku pedulik! Nak makan kan?

Ok, so ni mama nak tolong la sikit untuk sesapa yg nak mai jepun.. Boleh la print list bawah ni untuk kesenangan hidup nak cuba makanan jepun.. Err maybe grammar tunggang terbalik, maafkan saya polis grammar.. Tp yg penting org faham cukup, kan?

すみません、私は、この材料食べません…
(I'm sorry but I don't eat these ingredients)

豚肉(ポーク)(ハーム)(べコン) �� - pig/pork/ham/bacon
牛肉 �� - beef
鳥肉(チキン) �� - chicken
酒(アルコル)�� - alcohol/sake

でも、海鮮料理(シーフード) は、だいじょうぶ ��
(But, seafood is fine)

エビ、海老 - ebi (prawn)
イカ - ika (squid)
タコ / たこ- tako (octopus)
魚 - sakana (fish)

Sila la ye, kopipes.. Senang kalau sesapa nak mai jepun, print words kat atas, menu2 kalau restoran keluarga biasanya ada allergy list.. Dalam tu dia tulis ingredients.. Kalau takde boleh tgk words kt atas..

Bahasa lain, korang google je ek? Hehe paling busuk2 sangat pun, korg print aje gambar ayam, babi, lembu dan benda2 lain yg tak boleh dimakan.. Haaaa senang kan? Haha..

Good luck :p



Isnin, 5 November 2012

wakayama-busan-seoul-tokyo

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


bunyi macam jet setter tak? kahkahkah..

dah seminggu lebih balik baru mai aura nak update blog. sorry. mood macam roller coaster.. lagi pula bila angin kus2 sebulan sekali tu mai..

nak jadi lagi best file yang di transfer masuk dalam dropbox tu tak upload online! alfun! kerja tergendala lagi.. minggu ni bakal kelam kabut lagi sbb ada conference (lagi?) dan submission full manuscript untuk jurnal.. fuuhh.. pasni baru tenaaaanngggg hidup (sekejap) sebelum haru biru balik untuk early dec nye datelines..

schedule adalah penuh.. lagi2 dah final year (gulp!)

anyway, just to rant out something.. ada waktu rasa sedih bila nak share apa2.. kat blog ka, fb ka, twitter ka, insta ka.. ntah.. tak tau nak cakap.. ---- ada ayat sambung yang aku taip dan buang disini ---- dah bior kan, biorkaaannn mereka masturrrrr.. pendek cerita, apa yang aku share, aku nak korang juga rasa gembira macam mana aku rasa.. tak ada dalam hati aku ni nak berjalan eksyen2 kat korang.. i deserve what i work for, and i want to share every experience that i get here with you guys.. if you don't like it then seriously, it's not worth your time to spend on my accounts.. go somewhere else..

dah, happy monday u guys!

XOXO