Selasa, 28 April 2009

Meroyan edisi satu

Alhamdulillah, baru aje selesai meroyan di munawwarah.. Campur tolak semua yang mengirim berjaya habis dekat 2k.. Ada lagi ka nak kirim? Habaq noooo

legaaa..

alhamdulillah, azab BTN telah tamat.. all in all, tak le teruk sepertimana orang cakap.. basuhan yang dikenakan pun ala2 biasa2 aje.. huhu.. ke mama yang terlebih kebal? kuang kuang kuang.. 


hari ni cuti.. sampai minggu depan.. malas nak taip banyak2 ni.. banyak homework blog-hop nak buat.. muhahahha


blog ini telah di'unprivate'kan sebab mama sendiri naik muak nak kena log-in.. hahahahha..


kepada yang nak teruskan hobi dolu2 ngumpat tu, silakan.. jangan lupa.. pembalasan ada tau! ahakss



Khamis, 23 April 2009

Alien

bila gaya pemikiran kita berbeza dari orang lain, adakah kita dikatakan sebagai pelik? Bagaimana jika arus yang kita hadapi laju sedangkan arus mereka yang lain adalah tenang? Itu yang mama rasakan sekarang.. hairan juga.. Mungkin environment biasa yang mama lalui sentiasa memaksa mama berfikir, mencari idea baru dan cuba menongkah arus makanya mama adalah berbeza dari orang lain? Mmmmm.. Entahlah.. Susah juga bila jadi orang yang biasa outspoken tiba2 orang keliling diam aje.. Huhuhu..

Blogging from BTN ulu sepri, N9
Nasib baik handphone tidak dirampas.. Muhahahaha

Selasa, 21 April 2009

life

looking at few of my friends life (through fb and such) make me wonder, how thankful I am for being me.. for being who I am today.. how I handle life.. and how I grew up into womanhood. It was really sad for me looking at few friends who was such a sweet and naive person turns into someone that is so weird and I wish not to say bad words here.. excuse me please..
I pray that all of them will have great life ahead.. still remember ALLAH (for goodness sake, please stop drinking and smoking, will ya?) and will be a good muslim woman.. whatever your background is.
And I keep praying that my children will turn into good muslim, practice the religion well and will pray for me so that all of us will be in Jannah.. amin

gemuk pun takpe la.. janji bahagia.. hahaha.. ayat vain aku! pics credit to jangguttouch.com


excuse moi for being emo this afternoon.. after all, this is my blog, ain't it?

Isnin, 20 April 2009

plan jangan tak plan

pagi-pagi hari lagi dah dapat email dari office.. kena pi BTN untuk kursus ke oversea.. khamis ni sampai isnin depan.. mak aih!! jenuh!! 5 hari!! makanya lusa mama akan berangkat balik ke KL.. dengan aiman kami balik berdua.. mama plan aiman duduk dengan nenek until next monday.. pastu ambil aiman.. bawa balik rumah tok ayah until next thursday (30th) friday baru balik semula ke rumah nenek.. pastu lepak sampai 4hb mei.. weeewooo.. really need a break la.. letih kat office.. tak berkesudahan dengan kerja..
balik kl pun cita2 besar.. dari nak meroyan kat munawwarah sehinggalah kepingin nak beli purse baru (papa say yes!!) dan juga nak melepaskan gian kat beberapa kedai lain.. takleh reveal.. maluuu.. ahakss..
pastu pulak, nampak dalam newspaper semalam ada ad pasal home decor exibition next week.. apo laie.. mama akan ke sana aa.. nak tgk apa2 yang patut untuk rumah kami nanti.. huhuhu.. fyi, progress rumah dah masuk tahap cat mengecat.. ngeeee.. dah dekat sangat dah!!
harap2 juga segala mak nenek claim dapat dalam minggu depan.. dan juga gaji kuu.. owh owh owh..

GHOST is back

Owh, while browsing through each channels, i stumbled into one of my favourite series, GHOST! Since the last episode where zack imran died while saving eza, i kept crossing my finger that this serie will continue.. Huhu.. This time around, new case is coming and I wonder who's going to be the new ghost! I really can't wait.. Already right now, they have revealed that eza is engaged with the editor, newcomer alam played by anding is in.. Who's got supernatural power.. Owh, commercial break has finish! Will continue tomorrow..

Toodles everyone.. Nite

Jumaat, 17 April 2009

masalah mengarut

gambar ihsan google
semenjak dua ni korang semua dah nampak yang mama macam nak meroyan dah dok terbayang2 nak shopping bagai.. huhuhu.. sekarang ni ada satu dilemma.. dilemma hampas disebabkan mama sendiri gatal pergi tengok itu penyata kewangan geran mama.. untuk pengetahuan korang, lecturer kat sini dimestikan berusaha untuk punya wang sendiri (selalunya bukan dari USM) wang terbaik mestilah datang dari international agency seperti Unesco (ada kawan punya 2 juta dari geran ini - dia sorang punya!!) dari local agency seperti TNB (ada kawan punya hampir setengah juta - dia sorang juga!! bukan orang sama dgn unesco tu tau) dan yang agak common adalah dari kementerian sama ada Kem Pengajian Tinggi mahupun Kem Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)


masalah mama sekarang, saya amat payah untuk mendapat pelajar MSc.. mama sedar lecturer baru memang terhegeh2 nak dapat barang seorang dua.. kalau dah ada Dr atau Prof Madya toksah la cerita.. memang senang la sikit.. tambahan pula agak kecewa sebab pada mulanya ada satu pelajar ni memang dah berjanji nak buat master under mama, tapi itu GAMUDA sudah bolot keseluruhan pelajar tahun akhir kami (laku bak goreng pisang!!) untuk ditempatkan pada projek landasan berkembar - fasa utara.. nak kata apa, pelajar kami semua terkejar2 la nak ke sana.. mungkin juga mereka terlupa, lepas projek itu tamat, ke mana pula perginya.. dan masih ada lagi stigma masyarakat, yang orang buat research ini tidak kemana2.. untuk pengetahuan, sekarang USM punya duit yang tidak habis2 yang sedang cuba disedekahkan kepada rakyat Malaysia.. haa.. jangan tak percaya, kalau sambung master dan PhD dan punya CGPA > 3.00 semasa degree, maka anda janganlah susah hati.. segala yuran ditanggung dan siap ada elaun bulanan lagi.. di bawah skim Zamalah Universiti, setiap seorang pelajar master akan mendapat RM1500 pada tahun pertama dan RM1800 pada tahun kedua..

untuk pelajar PhD pula, Rm1800 tahun pertama dan Rm2100 untuk tahun kedua.. ha.. tak gila?? itu pun punya la kami susah nak dapat student!! itu tak masuk lagi kalau dilantik jadi Research Assistant ka, bantu kerja perundingan ka.. wooOOoo.. kira tak perlu la susah2 hati.. dah le pulak, untuk skim ni tiada ikatan dengan universiti.. alahai, nampak gaya masih ada orang punya stigma yang sambung belajar itu tidak ke mana.. hmmm.. nak kata apa kan?

berbalik kepada isu geran mama.. sebelum tiba ke bulan 10 ini, mama perlu habiskan RM24k ++ giler ah!!! mana aku nak sumbangkan duit tu.. kalau tak habis, report kena tulis justification kenapa duit itu tidak habis??? aiyak!! lepas bulan 10 akan dapat lagi RM20k.. giler!!!! aku tak tau nak belanja apa ni!!!

ada ide tak? oh, ide tersebut mestilah logik.. takleh la belanja beli handbag ye wahai kawan2.. huhuhu


Khamis, 16 April 2009

comel tak?

harini rasa mengantuk sangat.. sedangkan semalam tidur bagai tak hengat donia.. huhuhu.. memandangkan mata berat je nak tanda exam paper student, mama update la video anak bujang mama solat.. rajin woo.. kalau nampak mama ke, papa ke tengah solat mesti nak join punya...


moga- moga sampai bila-bila la aiman rajin solat ye sayang..


video


Rabu, 15 April 2009

hensem guy

phewwiitt, muscle banyak woo.. montot comel la.. boleh ngorat tak? huhuhu..
edisi rindu kat aiman nih!

Selasa, 14 April 2009

Allah tu kan Maha Besar

Hehe, untuk meredakan ketegangan yang dicipta oleh orang- orang tertentu di pejabat ini, makanya mulai hari ini blog ini diprivatekan.. hehehe.. tapi rasanya tak lama sangat kut nak private.. mungkin barang sebulan dua sehingga tegang itu reda.. bagi orang lain, mungkin ada yang tak berapa kisah, tapi mama agak kisah juga.. ye la, kerja bukan sehari dua.. dari orang menyampah dengan kita, baik kita undur pelan2 ye tak? hehe..


sehari je lepas post entry terakhir, mama ke holiday inn feringghi untuk kursus Mental Health Facilitator.. alhamdulillah, kursus 4 hari ni membimbing mama untuk mengendalikan masalah diri sendiri dan juga masalah rakan- rakan.. kursus ini dianjurkan untuk melatih staf membantu menjadi pendengar serta mentor yang baik buat rakan2 sekerja.. sijil dikeluarkan oleh National Board of Certified Counselor - International (NBCC-I) berpengkalan di Amerika.. huhu.. ku ingatkan pergi kursus ciput2 aje.. mana nak tau besar pulak cabaran yang bakal digalas..


masa dalam kursus ini kami diberikan maklumat dan teori2 pengendalian masalah mental.. ini juga termasuklah stress, krisis dan trauma.. macammana nak menghadapi situasi itu dan juga macammana nak mendapatkan bantuan sewajarnya.. nak jadi kelakar, bila mama fikir2 kembali, maka sahihlah mama boleh kelaskan rakan- rakan mama yang tak ada kerja lain itu juga mempunyai kecelaruan mental.. huhu.. kejam, tapi itu yang benar.. sama ada kita sedar atau tidak, kita juga kadang2 mempunya masalah berkaitan mental.. perlu kita ingat masalah mental bukan bermakna kita gila ye.. itu mesti diperjelaskan..
mama bersyukur sebab Allah memberi ruang untuk mama berfikir dan mendalami diri sendiri masa kursus tersebut.. ada juga masa sesi sharing experiences tu dengar cerita macam-macam rencah hidup manusia di sini.. ye la, mana sama semua manusia menangani masalah sendiri ye tak? mama juga bersyukur sebab kawan-kawan dan family mama tak putus2 memberi semangat.. terima kasih.. semangat macam ni la kita kena pupuk sentiasa.. pandangan positif tu penting supaya tak berserabut otak kita..
okeyla.. nanti sambung lain.. ni bertimbum pula answer sheets student.. nak siapkan by tomorrow.. lepas tu yeaaahhooo.. rilekssssssss

Khamis, 9 April 2009

private atau tidak

saya dalam proses considering untuk mem'private'kan blog ini.. kerana, saya tidak boleh tahan dengan kutukan orang lain.. mungkin mereka rasa gembira kerana akhirnya saya mengalah, tapi saya tidak sanggup dicaci di belakang.. pedih rasanya.. lagipula bila yang mengutuk adalah kawan sendiri..
mana mungkin saya boleh tahan bila dikatakan tidak mempunyai kerja lain kerana punya masa untuk ber'blog' (tak tahu ke nak taip ni 10 minit aje siap?) saya tahu sedang mulut tempayan pun kita tak boleh tutup.. inikan pula mulut orang..
bukan itu sahaja, apa yang saya buat dan pamerkan dalam blog ini dikutuk dan diumpat.. menjadikan saya sebagai bahan bualan memenuhi masa mereka.. agaknya seronok betul kalau dapat mengutuk orang lain ye.. hmm..
berat hati saya.. saya sayang kawan-kawan maya & sebenar yang banyak berkongsi pendapat dengan saya.. saya ingat dengan ber'blog' saya akan gembira.. sebab sharing is caring.. nampak gaya ibu mengandung ni tak boleh tahan dikutuk.. saya masih manusia kerdil.. sedih hati saya..
dengan itu, saya umumkan saya akan mem'private'kan blog ini mulai minggu hadapan.. kepada yang mahukan access, sila email saya di masturaazmi[at]gmail[dot]com
esok, saya akan berkursus di Feringghi.. sampai Isnin.. so, see you guys then.. toodles

Rabu, 8 April 2009

berangan sekejap

bila pregnant ni, mama mula la berangan-angan.. huhuhu.. sebenarnya nak kata angan-angan pun tak adil juga.. sebab mama harap jadi kenyataan.. so, mama kata cita-citalah.. baru okey sikit tak??
  • nak khatam quran sekali time mengandung ni..

  • nak fully bfeed baby 2nd ni.. sampai 2 tahun kalau boleh.. mama sampai hari ni ralat sebab aiman bf 6 bulan aje.. nak kena belajar balik.. berguru dengan kawan-kawan hardcore bf ni.. especially kak yan.. hehe.. boleh?

  • lepas tu berangan nak ini

nak simpan duit nak beli ini!!



sekarang ada ini..
  • nak beli baby cot baru.. sebab yang sekarang aiman masih guna..
  • nak beli stroller baru.. giler ah!! dah berangan nak bawak double stroller lagi.. weeewoooo

  • berangan nak beranak kat hukm lagi.. papa bayar ye.. dgn prof hatta tau! ahakss

  • berangan nak pantang betul2 44 hari.. nak minta kak nurul jaga.. nak kena kumpul duit sebab sehari je dah RM80.. hohoho

  • nak start cloth diapering.. nak jimat sikit.. baru aje tadi purchase my first 2 CDs.. harap2 sempat buat stok untuk aiman dan adik yang bakal datang.. nak kena berguru dengan sya ni (mamadhea)

kena buat wishlist ni!!

*pics taken from google


cravings

sebenarnya sebelum dapat tahu mengandung dah memang ada mengidam.. seriously.. senarai mengidam termasuklah -
  • spaghetti bolognese Dome checked! last saturday
  • lamb cutlet VS - dok sebut ada 3 minggu dah
  • mee udang Kuala Sepetang - entah bila baru nak dapat pergi.. hoho
  • nak makan gulai lemak ketam - selalu ke pasar tengok ketam kecil2 aje.. tak puas!
  • carrot cake (kuih cina) kat food court Pavillion
  • tau fu fah keramat

list mengidam makan masih sikit.. itu belum masuk lagi list shopping!!

  • nak handbag baru.. ala, yang gitu-gitu.. kecewa sebab kawan yang balik dari London tu tak beli.. huwaaaaaa.. nak jugak, nak jugakkkkkkkk waaaaa
  • nak compact powder baru - mula2 ingat nak tukar CD ke, Chanel ke.. dah try, tapi tak best.. nampak gaya stick to M.A.C (btw, CD n Chanel lagi murah dari M.A.C. - pelik haku)
  • tak sabar nak receive tudung baru this weekend - tenkiu nana
  • nak beli blouse baru.. tapi nak lembut2 macam silk.. haritu pernah beli kat G.A.P - bestnyeeee.. nak lagiiiiii.. baju office kurang (alasan!!)

haiyooo.. ini baru nak masuk 2 bulan.. ada lagi 7 bulan woooo.. aiyoyo!!

I seriously need some retail therapy.. penat tunggu bila nak dapat balik KL.. huwaaaaaaaa.. penang tak best!!!!!

Selasa, 7 April 2009

he's big boy now

by this december, aiman will be one big 'tailo'.. today he turns 19 months (1yr 7mths old).. alhamdulillah, progress aiman kian meningkat.. kalau dulu2 nak sebut satu- satu benda mesti nak menangis dulu.. merengek aaa.. sekarang ni aiman dah mula sebut dengan terang, 'mama' 'papa' susu = tutu, berak = yak, 

aiman sekarang weigh 11.2kg.. weewooo.. mama tak larat nak dukung lama2.. semangat!! banyak akal sekarang ni.. kalau nak satu-satu benda mesti bersungguh- sungguh.. manja menjadi-jadi terutama sekali sejak akhir-akhir ni.. agaknya dia tahu yang dia akan jadi abang..

pandai tengok haiwan.. especially birds and cats (eventhough tok ayah keep on insisting that bird sounds 'aak aak' - which is crow's sound!! aiyak!!)

pelan- pelan belajar ye sayang.. enjoy your days as a toddler.. mama takut aiman cepat sangat besar.. nanti siapa nak jadi geng mama buli papa tidur.. muhahahaha


nyanyi ee-ai-ee-ai-oooooo sambil muncung mulut dan duduk dalam talam.. apakah???? esok talam itu pasti punya perisa lebih sedap.. kakakakka

video
abaikan suara sumbang mama tu ye.. hohohoh

upgrade bukan baru

membawa dari komen mama dalam blog kak non, buat mama terpanggil nak discuss hal ni.. mama pernah bagitau papa dan beberapa kawan rapat.. manusia ni tak berubah sebenarnya.. dia cuma upgrade aje.. sama ada jadi lebih baik, atau jadi lebih teruk.. bergantung.. tak percaya? cuba la lihat disekeliling.. cuba perhatikan orang- orang disekeliling kita.. terutamanya orang-orang atau kawan-kawan yang dah lama kita tak jumpa..


kadang- kadang, kita selalu kata.. ish, dia tu dah berubahlah.. oppss, cuba berhenti sejenak, lihat kembali.. dia tak berubah sebenarnya, cuma upgrade dari satu version ke satu version lain.. contoh: mungkin selama ini kita melihat si anu ini terlampau kebudak-budakkan gayanya.. tiba-tiba sekarang dia menjadi seorang yang serius, tegas dan mungkin jua menakutkan.. kita fikir, ish, dia ni dah lain la.. oppsss.. mungkin juga anda tersilap menilai.. sebenarnya, dia masih lagi kebudak-budakkan.. tapi mungkin kerana ego mahupun mahu menjaga air mukanya, dia terpaksa berubah menjadi seorang yang berbeza.. tak kisahlah, kalaupun dia menjadi lebih baik, bukankah itu akan memberi kesenangan buat semua?


dalam diri kita ini sedar atau tidak, masih ada nilai-nilai dari kecil yang telah dipupuk dari kecil lagi.. kadangkala kita terlupa yang orang disekeliling menilai diri kita.. membuatkan kita menjadi marah dengan komen-komen yang kadangkala pedih, tapi menyentuh diri kita dari angle yang sebenarnya.. mama selalu perasan pada kawan-kawan mama.. mama bukan nak cerita jahat, tapi sebenarnya nak reveal yang mungkin suatu ketika dahulu kita hanya kawan ketika belajar, seronok-seronok tanpa mempedulikan sekeliling, dan tiba- tiba kita berubah atas kapasiti sebagai seorang penting dalam kerjaya, percayalah, masih akan ada rakan anda mahupun keluarga yang masih nampak nilai- nilai zaman remaja anda itu.. dan mungkin atas sebab itu anda masih disayangi dan diingati..


ingin mencari cermin terbaik diri?? nak lihat bagaimana orang melihat anda?? tanya pada musuh anda sendiri.. dia akan memberi komen yang pedih mengenai anda.. jangan melenting.. cuba berhenti sejenak untuk berfikir.. mungkin dia melihat anda dari kacamata beliau.. dan mungkin secara tidak sengaja, anda telah bertindak tidak sesuai pada keadaan itu..


dan mungkin juga anda boleh mendapat cerminan diri anda dari orang yang baru sahaja anda kenali.. sama ada dia suka anda atau tidak, lihat saja pada reaksinya.. 

fikir-fikirkan dan selamat beramal..


saya masih tertanya-tanya, bagaimana untuk berhubung semula dengan seorang wanita yang saya kenali semasa ke kelas IELTS.. adik beliau pernah menjadi pelajar saya.. dan hari ini saya mendapat hadiah murtabak frozen dari beliau.. aduhai, tersentuh benar hati saya.. kerana beliau masih mengingati saya.. sedang saya amat buruk dalam mengingati orang lain.. ampuni saya.. maafkan saya.. mungkin jua saya telah memberi sedikit impak yang membuatkan beliau teringatkan saya.. harapnya yang baik belaka.. (^_^)

membebel..

terima kasih atas semua ucapan ahli keluarga dan kawan- kawan.. ramai sungguh wish congrats.. dari blog, membawa ke ym, sms dan macam- macam lagi la.. tak masuk lagi geng ofis semua.. doakan mama selamat dan baby juga.. hehehe..
harini agak busy.. siapkan soalan ujian untuk petang ini. mula-mula ingat nak recycle aje soalan.. rupanya ada yang bagitau student bijak bistari siap ambilkan gambar soalan (soalan tak boleh bawa balik ye) dan pas bagi pada junior.. mulia sungguh hati hangpa.. masa hangpa jawab soalan tak boleh buat elok2, tapi masa junior jadi cemerlang pula.. itu tak masuk lagi yang curi kertas soalan bawa balik.. ish.. macam- macam kaedah depa buat.. tak fikir kut markah dari situ halal ke tidak.. hmmm..
petang ni kena jaga test.. esok pagi meeting, tengahari ada lunch dengan ofismate.. jamuan dan tahlil sponsor dari seorang staf..
anyway, mama looking forward to this weekend.. am going for a 4-day course kat feringghi.. weewooo.. rindu duduk hotel.. boleh? ahakss

Isnin, 6 April 2009

penyakit berjangkit

agak-agaknya musim kut sekarang ni.. wabak penyakit yang satu ni.. lepas satu, satu dengar orang kena.. hoho.. mama tak terkecuali..
penyakit apa????
alaaaaa
........
.....
....
...
..
...
..
..
..
..
..
..
haaa.. suspen ke???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
penyakit buatan orang!!! kuang kuang kuang

terer aa suziey n kak ayu.. hahahaha.. meneka dengan jayanya..

lepas ni jadi geng dengan kak yan, ely hohoho.. meh2, sapa mau join the club??

Sabtu, 4 April 2009

rahsia besar

mama dah tak tertahan dah nak bagitau rahsia besar ni.. hohoho.. tapi papa kata nanti dulu.. haip mama!! jangan tau!! nanti kalau orang merajuk macam mana?? hahahhhahaa


rahsia apa ye?
...
..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
biar la ianya jadi suspen sekejap.. ngeh ngeh ngeh



Jumaat, 3 April 2009

what to expect the next two days

alhamdulillah, harini berjaya siapkan menanda student orang lain punya tesis (mama internal examiner) dan dah siap hantar terus pada office.. tapi yang kelakarnya tersalah isi borang.. kali ni borang diperbetulkan beberapa kali oleh urusetia final year project... menyebabkan mama dah tersilap isi borang.. huhu.. takpe, markah mama resend pada isnin nanti la..

yang tinggal sekarang my own students. nak isi markah aje. sebabnya dah naik muak baca tesis depa, in fact dalam setahun depa buat tu ada paling kurang 3 kali mama tengok tesis depa.. hopefully everything goes well.. my students will receive their internal examiner comments within next week. 

so, malam ni agak tenang la.. sambil tengok OIAM mama makan dinner dengan papa.. Aiman tidur awal malam ni.. double lega.. hahaha..
dinner malam ni.. hehe
esok, nak ajak papa teman check-up mata, kemudian ingat nak ajak tengok wayang.. huhu.. teringin sangat ni nak tengok confession of shopaholic.. huhuhu..

hope everyone's weekend enjoyable too..

Sila jangan cabar saya

Petikan surat berikut telah dihantar kepada pegawai berkenaan. Pesan saya, jangan cuba ambil kesempatan!! saya masih punya maruah dan masih punya harga diri. Jangan ingat staf muda hanya akan menerima sahaja dan berdiam diri tanpa berbuat apa2.. 

Salam Dr T,

Saya beranggapan pertemuan yang telah saya buat bersama Dr petang tadi tamat di situ. Terutamanya bab cerita berkenaan Dr R. Malangnya, saya telah diMALUkan secara terang- terangan oleh beliau pada malam ni semasa majlis makan malam anjuran pelajar tahun akhir kejuruteraan g*******k. Adalah amat memualkan saya bilamana seseorang yang senior yang saya hormati selama ini mengeluarkan kata- kata yang kurang elok untuk mengkritik saya dihadapan pelajar. Disamping mengangkat serta menyanjung pelajar beliau sendiri yang saya rasakan tidaklah begitu hebat macam yang dikata, adalah tidak wajar hanya untuk meningkatkan populariti diri sendiri dihadapan pelajar dengan meletakkan beban kesalahan pada bahu saya. Selain dari itu, kata2 prejudis terutama kepada wanita yang mana pelajar perempuan perlu cepat- cepat berkahwin dan beranak adalah menghina buat ibu bekerjaya seperti saya. Apa kesalahan wanita menceburi kejuruteraan awam? Kenapa perlu memberi komen sebegitu. Tidak kiralah walaupun setinggi mana ilmu yang beliau ada, mahupun setinggi mana pemikiran beliau, adalah bukan hak beliau untuk mempersoalkan keupayaan wanita mahupun komentar- komentar yang telah seorang wanita beri (saya dalam kes ini) semasa sesi viva kelmarin. 

Malang sekali kerana saya masih lagi mampu tersenyum sebelum mengundurkan diri ditengah majlis kerana berasakan tidak mampu menahan sebab yang saya rasa di dada. Saya amat kecewa dengan tindakan beliau. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan saya dari dicemuh sebegitu rupa lagi, saya mohon jasa baik Dr untuk tidak menanda tesis pelajar beliau. Mungkin sewajarnya diserahkan kepada mereka yang sama gender dengan beliau. Saya tidak suka, dan tidak mahu diperbodohkan sebegitu rupa lagi. Saya juga tidak mahu sehabis mungkin bekerjasama dengan beliau lagi. Selagi pemikiran ini berterusan, kita tidak akan dapat bekerjasama. Saya telah sedaya upaya saya mencuba untuk menjaga hati semua pihak. Malahan adalah dengan tegas ingin saya nyatakan yang saya sendiri tidak pernah memalukan beliau dimana- mana tempat. Saya fikir, selayaknya saya dihormati bukan sahaja sebagai seorang staf muda, tetapi sebagai rakan sekerja.

Saya sedar saya masih jauh ketinggalan dalam ilmu g*******k terutamanya, saya masih lagi mentah dan masih baru dalam bidang ini. Tetapi jika saya dicabar sebegini rupa, saya tidak akan mengalah. Saya akan berusaha lebih lagi dan yang pasti saya akan berusaha supaya saya dapat memberikan yang terbaik buat pelajar saya dengan ikhlas, jujur dan amanah. Saya juga telah sedaya upaya memastikan ilmu yang saya sampaikan TIDAK TERPESONG serta relevan dalam kepentingan kejuruteraan a**m.

Maafkan keterlanjuran kata saya.

Yang benar,

Mastura Azmi


Khamis, 2 April 2009

saya kesal

mama kesal dengan segelintir orang yang tidak mahu mengangkat telefon atau tidak menjawab sms.. apakah beliau tidak ada kredit?? ataupun tidak punya masa langsung untuk menjawab?? jangan buat kat orang dek non, esok2, bila terkena batang hidung sendiri siapa susah?? dek non juga..

orang lain pun sibuk juga.. bukan anda seorang aje tau.. jangan la buat saya rasa macam saya terhegeh2 sangat untuk bercakap dengan anda.. dan jangan la buat anda sendiri rasa yang anda tu maha hebat sehingga tidak perlu heran akan perasaan orang lain..

kalau saya ada buat salah, kenapa tak bagitau sahaja? kenapa harus berdiam diri dan buat orang lain tertanya- tanya? musykil betul ni!

fikir-fikirkanlah.. siapa makan cili, dia terasa pedasnya (again??? untuk 2 kali hari ni??)

menyakiti hati

dalam beberapa hari kebelakangan ni, ada beberapa insiden yang buat mama terfikir2.. kenapa kadangkala ada orang menyakiti hati orang lain.. bukan mama nak mengata siapa2, tapi benda ni pengajaran buat diri mama sendiri dan juga untuk semua..

bila bercerita bab ini, pertama-tama sekali, kita mesti melihat diri kita.. sama ada kita berada di pihak yang menyakiti, disakiti mahupun kita melihat perbuatan menyakiti hati itu.. alkisah mama sekarang berada di bahagian melihat perbuatan menyakiti hati..

maaf la kalau ada yang rasa tersinggung.. tapi mama rasa terpanggil untuk cerita sikit pasal beberapa perkara yang mama lihat.

ada seorang rakan mama menghantar email mengenai pemergian beliau dari satu syarikat.. alkisah, beliau mengkhabarkan pemergian beliau dan penamatan penggunaan alamat email beliau mulai dari tarikh beliau meninggalkan syarikat tersebut. mama tak menyalahkan beliau bilamana beliau menyatakan keluh kesah berada di syarikat tersebut.. tapi pada pendapat mama, usahlah buka pekung syarikat tersebut.. melainkan syarikat tersebut telah menyakiti pekerjanya (secara teruk sampai tak boleh dapat apa2 sekalipun) rasanya, tidak perlulah beliau menempel nama syarikat tersebut serta sekutunya dalam emel terbabit.. mungkin niat beliau baik untuk elakkan kawan2 kena perkara yang sama. tapi tidak terfikirkah beliau yang masih ada lagi kawan2 beliau dalam pejabat itu? berkemungkinan ada pula di kalangan kawan2 yang menerima email tersebut mengenali tuan punya syarikat tersebut (mana tahu kan??) beliau perlu ingat, syarikat tersebut pernah memberi gaji kepada beliau (walaupun sikit) dan syarikat tersebut sudi mengambil beliau bekerja..

pengalaman di situ sepatutnya dihargai kerana kadangkala yang pahit itu yang akan kita kenang lebih lama.. mama bukan berniat memperkecilkan beliau.. mama pernah juga berkhidmat dalam syarikat yang agak cekik darah.. gaji pun kecil aje.. tapi sehingga hari ini, mama masih ingat pengalaman yang mama lalui di situ.. sedar atau tidak, syarikat tersebut telah mengajar mama kaedah survival dalam dunia pekerjaan. sementelah mama masih muda ketika itu (sekarang pun muda tau!) dan mama masih mentah.. mama bersyukur walaupun kadangkala ditindas, sekurang- kurangnya mama masih punya pekerjaan.

Alhamdulillah, sehingga kini, bila mama masuk ke tempat kerja sekarang, mama masih mengamalkan sedikit sebanyak cara kerja yang baik yang datang dari pengalaman bekerja di tempat kerja lalu.. mama fikir, ini adalah titik permulaan.. buat mama dan semua sahabat2.. mohon kita mengurangi menyakiti tempat kerja kita.. memang benar, kadangkala memang sakit hati dibuatnya.. tapi kita kena bersyukur, sebab kita masih punya kerja.. ada rakan2 diluar sana yang tidak punya kerja mahupun yang bekerja dibawah dari standard sebenar mereka..

kisah kedua mama terjumpa masa blog hop kelmarin.. alkisah, ada la seorang ni meluahkan rasa tidak puas hati beliau kerana dikomen dengan cara yang kurang berhemah.. mama dah lama juga baca blog dia ni.. memang mama kagum, citarasa besar dan mewah, berkemampuan, bekerjaya dan macam- macam lagi laa.. mama akui, memang mama ketinggalan la dalam apa jua yang beliau khabarkan dalam blog tu.. dari segi trend mahupun kewangan..

yang membuatkan mama sendiri tertanya, tidakkah beliau terfikir, bilamana beliau buat segala posting yang sedikit sebanyak menunjukkan segala kemegahan yang beliau ada, bukankah itu sendiri akan menarik minat untuk orang mengkritik beliau? tidak sedarkah beliau yang bila kita meludah ke langit, ia akan jatuh bertepek ke muka kita jua? huhuhu..

mama kesian sebenarnya dekat blogger tersebut.. bukan kesian sebab dia dihentam teruk sekali.. tapi sebab ke'vulgar'an dia sendiri maka dia terpaksa terima hakikat bahawa dunia ini bukan semua orang suka kita, akan ada orang yang benci kita.. tapi tidak perlu kita menghentam orang itu kembali.. membuka keaiban orang lebih buruk.. sekurang- kurangnya jika kita bersabar dan 'ignore' adalah lagi baik.. sebab bila kita membalas balik, terutamanya dalam maya ni, mesti ada orang yang akan tersentak.. 'eh, tak sangka dia tu macam tu ye?' huhuhu

bagaimana sekalipun, ini cuma pandangan mama.. kalau ada yang termakan cili, harap jangan la terasa... bubuh aje liquid paper (ye tak sya?? hehehe)